HG35

( 2 Minggu Kemudian ) maap kerana fast forward 🙏🏻

Aku berdiri di hadapan sebuah cermin . Reflection diriku ditenung . Memang perasaan nak khawin gementar eh ?

Pintu bilik persalinan diketuk . Jimin masuk ke dalam bilik persalinan aku . Matanya tak lepas memandang aku .

" Pandang apa je . " kataku kepadanya . Jimin datang menghampiri aku .

Jimin memakai tuxedo yang sepadan dengan aku .



Aku sambung menilik diri aku di cermin . Jimin berdiri di belakang aku . Tiba-tiba tangannya memeluk aku dari belakang . Dagunya diletakkan di bahu kanan aku sehinggakan aku boleh rasa hembusan nafasnya di leher aku .

" Neomu yeopo .. " puji Jimin .

Aku hanya diam dan senyum .

" Sekejap lagi kita akan sah jadi suami isteri . " kata Jimin lagi .

" Jadi ? " soalku .

" Bolehlah oppa nak bermanja sayangg " katanya dengan nada suara kegedikan .

Aku mencubit tangannya yang berada di perut aku . Jimin mengerang kesakitan kemudian dia muncungkan bibir .

" Oppa tak sangka impian oppa tercapai .. " ujar Jimin .

" Impian oppa ? Apa impian oppa ? " tanyaku .

" Khawin dengan Min then ada anak . Chim nak anak 3 boleh ? " terus cubitan aku singgah di lengan Jimin . Berani dia tanya soalan itu . Dia fikir aku ni kilang buat anak ?

Tiba-tiba perut aku berasa sakit sangat . Aku tunduk sambil menekan perut aku . Jimin jadi cemas melihat aku begitu .

" Min ? Kenapa ni ? "

" A-ambil p-paink-killer .. " Jimin terus mencapai beg tangan aku dan menyelongkarnya . Dua biji pil painkiller Jimin berikan kepadaku .

Aku terus makan dan minum air .

" Sayang kenapa ni ? Sakit ke ? " soal Jimin prihatin . Kepalaku diusap .

" Senggugut mungkin .. " balasku . Jimin anggukkan kepala dan memelukku .

" Janganlah jatuh sakit . Oppa risau tau tengok sayang sakit macam tadi .. " kata Jimin kemudian dia mencium pipi kiriku .

" Oppa pergi dulu .. Majlis dah nak start . " ujar Jimin . Aku anggukkan kepala .

Makin kerap pula aku sakit perut . Haid aku pun tidak menentu .. Aku ada penyakit ke ?

---

" Sekarang Park Jimin dan Jung Haemin sudah sah menjadi suami isteri . Now you can kiss your bride . " sebaik sahaja paderi berkata begitu Jimin terus mencium aku .

Para hadirin memberikan tepukan kepada kami . Akhirnya kami sah juga . Sesi melayan tetamu pun bermula .

" Uuu Haemin dah khawinnn " sakat si Luhan .

Manakala exom yang lain ber'uuuuuu' . Jimin ketawa begitu juga dengan aku .

" Tahniah bro . Ingatkan dulu Yoongi yang jadi suami kau tapi .. tuhan lebih sayangkan dia . " kata si Kris pula .

" Kita hanya mampu merancang je . Yang tentukan semua tuhan . K aku gi layan yang lain . Jom sayang . " kata Jimin .

Aku pun ikut jelah Jimin dari depan dewan sampailah belakang dewan . Dia tak tahu ke dress ni berat ?!

" Min .. " panggil seseorang .

Aku menoleh ke belakang . Appa ..

Aku berlari ke arah appa lalu memeluknya . Sudah lama aku tak bersua dengan appa . Yelah sekarang ni aku duduk dekat rumah sendiri bukan rumah keluarga lagi .

" Dah khawin dah princess appa ni .. " kata appa .

Hoseok oppa dan Taehyung oppa pun ada . Aku memeluk mereka berdua . Nampaknya aku yang khawin dulu sebelum mereka . Langkah bendul huhu .

" Ingat pesanan oppa ni . Kalau gaduh dengan Jimin , bawalah berbincang . Benda yang paling teruk adalah bila kamu berdua gaduh dan masing-masing tak nak mengalah . Ingat juga ! Jimin tu bila-bila masa sahaja dia akan jatuh ke tangan perempuan lain . Pegang dia kuat-kuat . " Hoseok oppa memberi nasihat.

Aku hanya anggukkan kepala . Taehyung oppa mengusap bahu aku .

" Semoga bahagia .. Kalau ada masalah cepat-cepat call oppa . Min ni nampak je dah 26 tahun tapi dalaman macam budak-budak . " kata si Taehyung oppa pula .

Aku ketawa kecil .

" Oppa , appa gi lah makan . Min nak layan tetamu lain pula . " ujarku . Appa dan Oppaku anggukkan kepala dan pergi mengambil makanan .

---

Aku merebahkan badan aku ke katil selepas seharian melayan tetamu. Penatnya .. Pintu bilik dibuka.

Yup ! Sekarang ni kitorang berada di rumah aku . Jadi Jimin tak payahlah nak beli rumah , sebab aku dah ada rumah sendiri . Apa salahnya kita kurangkan beban suami .

" Penat ? " tanya Jimin .

Aku anggukkan kepala dan bangun dari baring . Jimin mengurut bahu aku . Namun urut dia lain macam duhhh .

" J-jimin .. " panggilku dengan gagap .

Jimin yang asyik ataupun lebih kurang khusyuk mengurut bahuku hanya mm sahaja .

Tiba-tiba Jimin mencium leher aku .

" Jimin ! " terus aku menolak Jimin daripada melakukan perbuatannya dengan lebih lanjut .

Jimin memandang aku . Aku mengeluh .

" Maafkan .. Min tak boleh .. Bendera Jepun .. " kataku dengan kesal .

Jimin senyum hambar . Aku tahu dia kecewa sebab tak dapat layanan istimewa daripada aku . Maafkan Min , sememangnya Min betul-betul bendera jepun .

" Gwenchana .. Lagipun Chim yang terburu-buru . " katanya kepadaku . Jimin terus mencapai tualanya dan masuk ke bilik air .

Aku terduduk semula di katil dan mengeluh . Aku tak pernah tengok dia kecewa macam tu ..

Ting !

Sana

Dah tengok envelope yang aku berikan tu ?


Apa minah ni nak siak ? Entah mana envelope itu aku campak .

Me

Belum lagi . Kenapa kau paksa aku tengok pada hari pertama kitorang khawin eh ?

Aku menekan 'send' . Aku pun pelik kenapa dia nak sangat aku tengok pada malam ni .

Sana

Sebab benda itu penting . Terlebih penting . Kau kena tahu .

Aku mengeluh dan mula mencari envelope tersebut . Okey dah jumpa . Aku letak bawah bantal rupanya lol . Belum sempat aku buka , pintu bilik air terbuka . Dengan cepat aku menyorokkan envelope tersebut .

" Dah gi mandi . " kata Jimin dengan dingin .

" Chim .. Min tak de niat nak buat Chim kecewa .. Min cu--- "

" Jimin keluar dulu . " Jimin pantas memintas percakapanku dan keluar dari bilik .

Ini bukan malam pertama yang aku nak . Baru hari pertama kami sudah begini , bagaimana kalau bertahun-tahun kami begini ?

Aku pun membersihkan diri dan lupakan hasrat nak tengok benda yang Sana suruh aku buka .


---

( Jimin POV )

Aku jalan menuju ke 7E . Sungguhnya memang aku kecewa tak dapat buat dengan Haemin tapi .. aku pun kecewakan dia . Malam pertama kami jadi begini .

Ting ! Tong !

Bunyi pintu 7E apabila dibuka . Aku terus menuju ke bahagian air . Air bikarbonat diambil dan beberapa bungkus roti dicapai .

Selesai membeli , aku terus balik ke rumah . Aku cuma risau takut ARMY nampak aku . Sebaik sahaja sampai di rumah , aku meletakkan barang tadi di atas meja makan dan menuju ke bilik kami .

Tapi aku ternampak dua buah bantal berserta selimut di hadapan bilik . Terdapat sehelai sticky note di selimut tersebut .


You deserves that !

" What do you mean Min ? " tanyaku kaget .

Aku cuba mengetuk pintu beberapa kali tapi tiada siapa yang buka . Aku putus asa dan tidur di bilik lagi satu . Bantal dan selimut diangkut sekali .

Aku merebahkan badan ke katil . Kenapa tertiba Haemin jadi begitu ? Akhirnya aku terlelap tanpa isteri di sebelah aku .

---

( End Jimin POV )

Aku masih tidak dapat melelapkan mata selepas apa yang aku tengok isi di dalam envelope yang Sana bagi .

Aku memeluk lutut dan menyembamkan muka .

" Sampai hati Jimin .. " tangisanku mula didengari .

Aku mengigit bibir .

" Argh !! " bantalku dicampak ke bawah .

Isi tersebut masih berlegar di otak aku .

Flashback

Selesai sahaja aku mandi , aku terus menyarungkan baju dan seluar pada tubuhku . Tertiba aku teringat nak tengok envelope yang Sana bagi .

Apabila aku buka envelope tersebut , ada satu pregnancy test dan beberapa kertas . Aku melihat pregnancy test itu dua line . Dan kertas pula menjadi perhatian aku .

Tanganku mula mengigil apabila membaca surat tersebut .

Nama pesakit : Minatozaki Sana

Berumur : 26 tahun

Penyakit : Disahkan mengandung selama 3 bulan .


Nasihat doktor : Banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat .


A-apa semua ni ? Dan aku membaca surat lagi sekali .

To Jung Haemin

Kau dah bacakan maklumat tu dan pregnancy test tu ? It's means aku mengandungkan anak Jimin . So Jimin masih hak aku . Dia tak boleh ceraikan aku kerana aku mengandungkan anak dia .

Kau tak tahu ke pada hari aku lafazkan kata cerai perut aku hampir nampak ? Bodohnya kau . Termakan kata-kata manis Jimin . Sedangkan Jimin tinggalkan benih dia dekat aku .

Apa kau rasa ? Sakit ? Rada dikhianati ? Itulah yang rasa selama ini !! Now kau pula yang rasa . What you give , you get back .

Air mata aku mula bergugur . Sampai hati awak Jimin .. Aku terus membuat semua itu ke dalam tong sampah dan mengambil dua buah bantal dan selimut dan letakkan di hadapan pintu . Pintu bilik dikunci .

Kemudian aku terdengar bunyi tapak kaki . Aku juga terdengar Jimin mengetuk pintu . Biarkan aku seorang diri malam ni . Hati aku cukup panas sekarang ini.

---

Keesokkan paginya , aku bangun dari tidur . Kepala aku pening sangat mungkin semalam aku banyak nangis . Aku keluar dari bilik dan nampak Jimin tengah buatkan sarapan .

Tengok muka Jimin teringat aku hal semalam . Aku menarik nafas dan hembus . Aku rasa Jimin tak tahu yang Sana mengandungkan anak dia. Aku kena bincang bebaik bak kata dua orang oppa aku itu .

" Sayang ? " panggilnya.

Aku terus duduk di kerusi makan . Jimin duduk di hadapan aku .

" Ada pape nak cerita ke ? " soalnya lemah lembut .

Aku mengeluh.

" Oppa .. Oppa ada ke nak beritahu Sayang sesuatu ? " soalku semula .

" Kenapa semalam sayang tak nak buka pintu ? " soalnya .

" Mare ! Oppa tau tak Sana mengandungkan anak oppa ?! " akhirnya rahsia terbongkar juga .

Jimin membuntangkan mata .

" Mengandungkan anak oppa ? Apa Sayang merepek ni ? " soalnya kaget .

" Sana .. Dia hantar pregnancy test dan beberapa lampiran dekat Min . " jujurku .

" Sayang .. percayalah .. Selama 2 tahun tu oppa tak pernah sentuh dia langsung sebab apa ? Sebab hati oppa masih terpaut pada sayang . " jujur Jimin .

Aku mengelengkan kepala dan tiba-tiba perut aku mula sakit . Aku mula mengerang dan cuba bertahan . Jimin memandang aku gelisah . Akhirnya pandangan aku gelap dan aku tak tahu apa yang berlaku pada ketika itu.

---

Aku membuka mata dan cuba menyesuaikan pandangan sekeliling .

" Sayang dah sedar ? " soal Jimin sebaik sahaja dia nampak aku membuka mata .

Jimin terus mengenggam tangan aku . Ouh aku masih di rumah .

" Oppa risau tadi sayang pengsan tertiba . " ujar Jimin dengan penuh risau . Tanganku mengusap rambutku .

" Oppa ada buatkan bubur .. Makanlah .. " kata Jimin . Jimin mencapai sebuah mangkuk berisi bubur . Aku membetulkan kedudukan aku .

" Chuuuu kereta api nak masukk " Jimin buat seperti aku ni kanak-kanak .

Selepas 5 sudu Jimin suapkan aku , aku terus menolak . Tertiba aku rasa dah kenyang .

" Sikitnya makan .. Banyak lagi ni .. " kata Jimin sambil melihat aku .

" Dah kenyang .. " kataku lemah .

" Oppa .. Boleh urutkan badan belakang sayang ? " pintaku .

Jimin anggukkan kepala dan meletakkan mangkuk bubur dan duduk di belakang aku dan mula mengurut .

" Feel better ? " soalnya .

Aku anggukkan kepala . Sudah beberapa bulan aku asyik berasa sakit dan sakit belakang . Kekadang haid aku tidak menentu . Kalau dia keluar , keluar banyak sampai hampir bocor .

Aku ada penyakit ke ?

X

Kawan saya cadangkan untuk buat vote goal sebab dia perasan makin kurang yang vote . Banyak silent readers so saya pun setuju nak buat vote goal .

Vote Goal : 10

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top