HG25

" Chim .. Chim .. "

Aku memandang ke arah Yoongi yang berusaha nak pujuk Jimin . Jimin mengabaikan Yoongi dan fokus pada telefonnya .

" Jimin .. I'm so sorry .. Aku tak de niat pun nak buat begitu .. " kata Yoongi lagi .

Jimin diam dan beralih tempatnya . Dia duduk di sebelah Suga . Suga memandang Jimin pelik . Yoongi mengeluh .

" Kenapa kau buat dia begitu ? " tanya Suga kepada Jimin .

Jimin mengeluh .

" Tak baik tau .. Aku jeles tengok persahabatan korang .. Hargailah dia selagi dia ada di hadapan mata korang .. " kata Suga kemudian dia menyumbat penyumbat telinga ke telinganya .

Jimin memandang Yoongi dengan pandangan kesal .

Aku duduk di sebelah Yoongi . Aku mengusap tangannya .

" Aku faham .. " aku menepuk-nepuk tangannya .

Yoongi tersenyum hambar . Aku memandang Jimin yang langsung tidak kesal dengan tindakannya .

--

" Esok hari terakhir kita di sini . Dan esok juga photoshoot okey ? Terima kasih pada hari ini .. " kataku kepada mereka semua .

" Min ... " panggil Jun .

" Nae ? "

Mereka berlima memeluk aku . Ada yang nak nangis .

" Cutilah sini lama sedikit .. " kata si Sara .

" Betul tu .. Tak puas tahu tak nak cuti dengan kau .. " tambah si Ain .

" Tak boleh ke lama sikit ? " tanya si Sarah pula .

Aku gelengkan kepala . Memang jadual mereka 3 hari sahaja di Malaysia .

" Aniya .. Nanti pd-nim marah .. Aku tak naklah burukkan muka aku di hadapan BTS " kataku  .

" Min !! " rengek mereka semua . Aku tergelak kecil .

Aku mengusap kepala Atiqah yang ditutup oleh tudung . Atiqah memeluk aku .

" Alah janganlah macam ni .. Aku janji nanti aku khawin aku jemput korang .. "

Muka mereka dari sedih terus kepada terkejut . Pandangan mereka seperti kau-dah-jumpa-jodoh-kau-ke? .

" Nae .. Tapi lama lagilah .. Dah , aku nak balik ke bilik .. Badan aku dah melekit ni .. " kataku kepada mereka .

Mereka anggukkan kepala dan melambaikan tangan mereka ke arah aku . Aku tersenyum dan anggukkan kepala .

--

Ting !

Bunyi mesej dari telefonku . Dengan pantas aku mencapai telefon dan melihat gerangan siapakah yang mesej aku .

Ouh .. Itu bukan mesej tapi noti daripada Instagram yang Yoongi post gambar . Aku on noti dia .

YoonLy posted a picture

♡ 233 likes

YoonLy tidur pun nampak cantik (≧∇≦) . Good night Min 乁( ˙ ω˙乁)  @JungMinbersatu-

View 78 All comments
KimTaeline huwaa cantiknya adik aku . Dah lama tak nampak dia (╥╯θ╰╥)
Junghappiness @KimTaeline adik kau adik aku juga .. Nanti hyung bawa kau jumpa dia ..
Chiminlovely- yoongi ihy .

Aku memandang komen Jimin . Kenapa dia komen begitu ? Sampai gitu dia marahkan Yoongi ?

JungMinbersatu- : Chim .. Sampai begitu awak bencikan Yoongi ?

JungMinbersatu- : Kenapa diam ? Saya tahu awak dah baca !

Jimin hanya tinggalkan seen sahaja . Dia memandang telefonnya yang tak henti-henti berbunyi .

" Aku buat begitu sebab aku cemburu . Kau tak pernah lakukan semua tu dengan aku . Aku ni siapa kepada kau ? Aku ni tunang kau , Haemin ... Tunang ! Kenapa kau layan Yoongi dengan begitu mesra sekali ? " Jimin berkata sendirian .

" Aku sayangkan kau , Min .. " kata Jimin lagi .

Pintu bilik Jimin diketuk . Jimin turun dari katil dan menuju ke pintu .

" Nuguseyo ? "

" Min .. Buka pintu ni ! " kata aku di luar bilik .

Jimin membuka pintu dan aku menolaknya ke tepi dan duduk di atas katil . Jimin menutup pintu biliknya . Jimin melipat tangannya di dada dan memandang Haemin dengan pelik .

" Ada apa ? " tanya Jimin dengan malasnya .

" Kenapa tak balas mesej ? " tanya aku .

" Malas . " satu sahaja perkataan yang Jimin balas .

" Malas ? Apa motif awak komen dekat ig Yoongi ? I hate you ? Kalau awak mara- "

" Ya !! Saya marah sebab itu ! Awak apa je tahu .. Awak just tahu bermesra dengan Yoongi sedangkan awak tahu status awak ! " Jimin meninggikan suaranya .

Aku terkejut dengan perubahannya .

" Salah ke saya layan Yoongi dengan mesra ?! "

" Salah sebab kau tu tunang aku ! Aku dah penat nak pendam semua ni ! Apa yang kau tahu mesra dengan Yoongi ! "

" Saya tahu saya ni tunang awak ! Nak cemburu bertempatlah ! Saya tahu pembatasan antara kawan ! Saya cuma nak mengimbau kenangan dengan dia ! Salah ke ?! " mataku mula berkaca .. Aku tak boleh terlampau marah .

" Kau tak pernah nak buat semua tu dengan aku . Kenapa ?! " Jimin menjerit sepuas hatinya .

Aku menundukkan wajahku . Pipiku sudah basah dengan air mataku . Aku mengangkat wajahku dan memandang wajah Jimin .

" Sebab ini sahaja awak nak tengking saya ? Sebab ini sahaja ?! I hate you Park Jimin ! " kataku kemudian aku berlari keluar dari bilik hotelnya .

Suga dalam perjalanan ke bilik ternampak Haemin menangis . Haemin duduk mencangkung . Suga cangkung di sebelahnya dan mengusap rambut Haemin .

" Waeyo ? " tanya Suga .

Aku tak membalas tetapi aku makin menangis . Suga menarik aku ke dalam dakapannya dan memeluk aku dengan lembut .

" Nangislah kalau itu yang buatkan aku lega .. " kata Suga sambil mengusap belakang aku .

Jimin memerhatikan di sebalik dinding . Dia mengeluh .

" Mianhae Haemin-ah .. "

--

Suga mendukung Haemin yang terlelap dalam dakapannya itu . Pintu bilik Haemin dibuka dan Suga masuk ke dalam biliknya dan meletakkan Haemin dengan perlahan agar tidak mengejutkannya .

" Apa yang Jimin buat sampai teruk kau nangis ni .. Jalja .. "

---

Aku membuka mata aku . Sudah pukul berapa ni ? Kepala aku pening .. Aku memicit dahi aku .. Sudah pukul berapa ni ?

10 a.m.?!?!?!

Aku dah lambat ! Photoshoot diorang pukul 9 !! Tiba-tiba aku ternampak sticky note di cermin .

Jangan gelabah .. kitorang bagi Haemin masa pukul 1 kita gerak gi Desaru okey ?

Bangtan kacak lagikan hensem !

Aku menghela nafas lega . Mampus aku kalau pd-nim tahu aku terlajak tidur . Aku mula menyiapkan diri dan turun ke lobi .

Sebelum keluar dari hotel aku memakai mask dan cermin mata hitam . Tapi sebelum aku keluar , seseorang menarik lengan aku . Cer teka cer teka siapa yang tarik ..

YA ! ORANG ITU MIN YOONGI !

Aku menurunkan mask .

" Wae ? " tanyaku .

" Kau nak gi sarapan ke ? " tanya Yoongi balik .

" Nampak gayanya macam tulah .. " balasku .

" Jom .. Kita pergi sesama .. " kata Yoongi seraya itu dia memimpin tanganku .

" Er .. Bukan kau dah sarap dengan diorang ke ? "

" Tak .. Tak de kau .. Tak selera aku nak makan .. " balas Yoongi dengan tenang .

Aku memandang tangan aku yang dipimpin oleh Yoongi . Aku teringat kata Jimin semalam .


Y

a !! Saya marah sebab itu ! Awak apa je tahu .. Awak just tahu bermesra dengan Yoongi sedangkan awak tahu status awak !

Kau tak pernah buat begitu dengan aku WAE ?!

Mianhae Jimin .. Aku buat begini ada sebab .. Bukan sebab aku tak cintakan kau .. Tapi sebab Yoongi . Aku nak layan dia buat kali terakhir ..

Aku terus mengabaikan kata-kata Jimin dan bersuka ria dengan Yoongi .

--

" Jimin tak kesah ke aku keluar dengan kau ? " tanya Yoongi .

Pertanyaannya membuatkan aku terbantut nak makan roti canai . Aku memandangnya dan tersenyum .

" Aku dengar kau gaduh dengan dia sebab aku .. Maaflah .. " kata Yoongi dengan nada kesal .

" Alah kau ni .. Macam tak biasa pula dengan dia .. " kataku kemudian aku sambung makan .

---

" Okey guys .. Bas dah sampai and pastikan semua barang dah ambil .. " kataku kepada mereka semua .

Mereka semua sudah naik ke dalam bas . Dan aku last sekali yang naik . Pintu bas ditutup . Aku duduk di sebelah pemandu bas . Sedangkan leka memandang ke luar , seseorang mencuit bahuku .. Membuatkan aku kembali ke realiti .

" Min .. "

" Uhm ? "

" Bosan .. " kata Yoongi kemudian dia mencebik .

" Bosan ? Dah tu nak suruh Min buat apa ? " aku mengerutkan dahi . Kalau aku bosan , aku tidur HAHAHA act tu perangai author bila bosan .

" Ceriakan Yoongi .. " pinta Yoongi dengan aegyonya .

TOLONG MIN YOONGI JANGAN SAMPAI AKU TERKAM KAU !

Aku beralih di tempat duduk sebelahnya . Aku mula memikirkan cara untui ceraikan Min Yoongi . Aku keluarkan telefon dan membuka insta .

" Kita buat live jom ! " kataku dengan semangatnya .

Checking connection ...

3 ..

2 ..

1 ..

Muka aku dan Yoongi terpampang di skrin telefon aku . Mula ada beberapa orang join melihat live aku .

Jeonlist  arghhh unnie Haemin ! Kenapa cantik sangat ?!

Sejoeng Suga ke sebelah tu ?! OMG !!

Aku ketawa kecil .

" Ini bukan Suga BTS .. Ni Yoongi kawan Haemin dulu . Muka sahaja sama .. " kataku .

" Yoongi , cakaplah Hai . "

" Er .. Haiii "

Bgtnyeobo OMG OMG OMG unnie so lucky (╥╯θ╰╥)

Chiminlovely- Tahniahlah wak .. Semoga bahagia 

Aku dan Yoongi memandang sama sendiri .

Chiminlovely- Sweetnya korang ..

Imlikett Omg ! Park Jimin comment guyssss

JungMinbersatu- (≧∇≦)

" Okey guys .. Saya end dulu live nii " aku menekan button end .

" Gwenchana .. Dia salah faham tu .. "

Aku anggukkan kepala .

---

Akhirnya kami sampai juga di Desaru . Sampai sahaja mereka bersuka ria dahulu . Ain , Sara , Sarah , Jun dan Atiqah tidak ikut kerana selepas sahaja photoshoot ni kitorang terus ke airport .

Mula-mula photoshoot Jimin . Cantik sungguh gambarnya itu .


Muka dia macam Suho .. Ketua kumpulan EXO . Kemudian V ..


Auchh sengaja nampak badan dia tu .

Kemudian Namjoon dan Seok Jin .

Selesai photoshoot , aku menyerahkan tuala setiap seorang . Aku masih bersama Yoongi . Jimin memandang aku dengan pandangan tajam . Aku memandangnya dan memandang tempat lain .

Chiminlovely- we need to talk .

Aku merenung skrin telefonku . Buat apa nak jumpa . Nak tengking aku lagi ? Aku mematikan telefon dan mengabaikannya .

Tak rasa aku ni terlampau kejam dekat dia ?

X

Rasa mcm cerita ni tak dpt sambutan (T_T)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top