Chapter 4

Isteri Alex melihat sekitar. Batang hidung suaminya masih tidak kelihatan. Pakaiannya kelihatan menyerlah.

Kembali bersama Hana yang penyibuk. Aku akan sentiasa mencungkil dan mencari tahu mengenai informasi orang yang ada di sekitar aku. Mengikut apa yang aku dengar dari kawan-kawan Prof. Alex, Prof. Alex sudah berkahwin. Isterinya bernama Mira, mereka telah berkahwin selama satu tahun lebih. Sedikit kecewa sebenarnya mendengar Prof. Alex sudah berkahwin.

Satu panggilan masuk, Mira menjawab dengan keterujaan.

"Sayang...Abang mintak maaf, mungkin kita terpaksa batalkan. Abang ada hal sikit" Alex bernada sayu. Mira tidak menjawab banyak sekadar mengiyakan jawapan Alex lalu memutuskan panggilan.





***





Di sebabkan hari ini hari ahad. Kedai serbaneka di mana tempat Stephen dan Katheriona bekerja terlihat sibuk. Stephen yang sedang sibuk menyusun stok barang di datangi oleh Katheriona.

"Petang ni kau busy tak?" soal Katheriona.

"Kenapa? kau nak ajak aku pergi dating ke?" soal Stephen kembali.

"Dating apanya, aku nak ajak kau pergi teman aku beli hadiah"

"Hadiah? wahh awalnya" Stephen tersengih.

"Bukan untuk kau, ni untuk kawan aku yang lain"

Stephen yang tidak henti tersenyum kini senyuman nya pudar.

"Lelaki ke perempuan?" Pertanyaan dengan nada marah di lontarkan.

"Adalah, jumpa pukul 7 nanti tau..." Katheriona tersenyum, riak wajahnya kelihatan tidak sabar. Katheriona sekadar melihat wajah gembira Stephen yang kian pudar sambil melangkah pergi diikuti dengan lambaian.





CHAPTER 4





Satu persatu pakaian yang tergantung aku ambil lalu di hulurkan ke Jefran. Dari jelingan aku sudah melihat wajah Jefran yang sudah memerah. Namun, aku sekadar mengikut arahan. Jefran kata ambil apa yang aku nak, jadi aku ambil.

"Ha-Hana..." Jefran memanggil. Nada suarannya terdengar berat.

"Ye" aku membalas ringkas kerana terlalu fokus memilih pakaian.

"Hana, kau dah cukup ke? dah pukul berapa ni...." kata Jefran sambil mengelap peluhnya. Matanya tidak putus melihat setiap tag harga pakaian yang diambil Hana.

"Okay ni last" Hana mengambil pakaian terakhir.

"Okay aku pergi bayar dulu" riak wajah Jefran penuh dengan penyesalan.

Aku yang menanti Jefran di luar terasa kedinginan. Entah kenapa malam ini terasa dingin sekali. Jefran pula pergi bayar baju atau larikan diri. Kenapa lama sangat.

"Tunggu! bukan ke lelaki tu..." satu susuk tubuh seakan aku kenal terlihat diseberang jalan.

"Lelaki yang kaya tu!" tak sangka kalau sudah jodoh tak akan kemana. Aku tidak berfikir panjang. Aku mengambil langkah melalui lalu lintas. Kenderaan masih melalui tapi aku tak kesah.

Kini aku di tengah jalan, satu langkah lagi, lelaki itu akan jadi milik aku!

Tiba-tiba satu tangan merangkul pinggang lelaki itu. Seorang wanita! lelaki itu nampak tersenyum lebar menatap wajah wanita itu.

"Tak guna...dia dah ada kekasih..." aku terkilan. Tanpa aku sedar yang aku kini di tengah jalan. Kenderaan meluncur laju.

PINGGGGGGGG-PINGGGGGGG

Hon dari sebuah kereta kedengaran. Aku menoleh ke kanan, tanpa aku sedar kereta itu telah berada dekat dengan aku. Badan aku terkaku tidak mampu digerakkan. Tak guna!

Sepasang tangan menolak aku jatuh ketepi. Badan aku rebah ke permukaan tanah. Orang sekitar melihat ke arah aku. Kereta yang melontarkan hon meluncur laju meninggalkan aku.

"Woiiii perempuan, ke-kenapa...kau nak mati ke haa?" seorang lelaki menengking ke arah aku. Pandangan aku tidak jelas, wajah lelaki itu kelihatan kabur. Kedua pasangan tangan lelaki itu mengengam erat bahu aku.

"Ka-kau dah pe-penat hidup ke haa!" lelaki itu menguncang tubuh aku. Tidak tahu kenapa suara lelaki itu terdengar sebak.

Tunggu! lelaki ni menangis?

"Fuhhh lesap duit aku, tak guna punya Hana" Jefran yang baru keluar menatap lama kad kredit miliknya.

"Hana..." mulut Jefran terkunci seketika melihat ketiadaan Hana. Mata Jefran teralih ke kerumunan orang di tepi jalan.

"Hana!" jerit Jefran seraya berlari kearah kerumunan orang ramai.

Beberapa kali aku cuba pejam celik. Penglihan aku mula jelas. Aku melihat wajah lelaki itu yang mengalirkan air mata. Lelaki itu mungkin sedar yang aku dapat melihat wajahnya dengan jelas segera dia melepaskan aku. Air matanya diusap menggunakan tangan lalu melangkah pergi meninggalkan aku.

"Tu-tunggu" aku cuba menghentikan lelaki itu. Mungkin suara aku yang perlahan tidak terdengar oleh lelaki itu.

"HANA!" Jefran segera memapar aku. Kelibat lelaki tadi tidak lagi kelihatan.





***





Kedai hadiah yang dituju sudah tiba. Katheriona melangkah masuk di ikuti oleh Stephen. Wajah Stephen jelas kelihatan tidak gembira.

"Kau tunggu sini sekejap tau" arah Katheriona. Stephen sekadar mengikut arahan. Bangku dihadapannya dihampiri. Mata Stephen melihat kelibat Katheriona yang melangkah pergi.

"Nak beli hadiah untuk crush lah tu" Stephen memerli, nada suarannya diperlahankan.

Lebih kurang 10 minit, Katheriona masih belum kembali. Stephen menguap kecil. Mungkin kerana terlalu lama menuggu Katheriona yang belum kunjung tiba. Tiba-tiba mata Stephen teralih ke rak hadiah dihadapannya. Rak yang mempamirkan bingkai gambar entah kenapa menarik perhatian Stepehen. Suasana kedai hadiah pada masa itu sunyi. Penjual atau juruwang juga tidak kelihatan.

Sebuah bingkai gambar yang agak usang menjadi perhatian Stephen. Terdapat gambar juga pada bingkai itu sebagai perhiasan sahaja. Bingkai gambar yang satu ini kelihatan berbeza berbanding bingkai gambar lain yang berada di rak ini. Stephen merapatkan pandangan nya ke bingkai gambar satu ini. Gambar seorang wanita duduk berdampingan dengan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai hadiah. Dari warna gambar itu kelihatan gambar itu sudah lama.

"Bingkai gambar yang satu ini bukan untuk di jual ye"

Suara dari seorang lelaki berumur memeranjatkan Stephen. Melihat lelaki berumur itu, kemungkinan lelaki itu lingkungan 80-an.

"Kenapa bingkai yang satu ini tidak dijual atok?" soal Stephen.

"Gambar yang kamu lihat itu, gambar atok dengan arwah isteri atok" balas lelaki berumur itu.

"Banyak kenangan gambar itu" sambung lelaki itu seraya melangkah ke kaunter.

Katheriona melangkah ke kaunter tersebut. Tangan nya membawa sebuah kotak hadiah, tidak tahu apa isinya.






***





Emily tersedar dari pengsan nya. Alex yang duduk di bangku segera mendekati Emily.

"Cik dah sedar?" soal Alex bimbang.

Tanpa membalas soalan Alex. Emily memeluk erat tubuh Alex. Air mata Emily mengalir.

"Aw-awak saya takut" Emily mengeratkan lagi pelukan nya. Alex dapat merasakan tubuh badan Emily sedikit bergetar. Alex segera melepaskan tubuhnya dari pelukan Emily.

"Kalau cik dah sedar. Saya pualng dulu ye" kata Alex segera melangkah pergi.

Di luar bilik wad, Alex menyandarkan badannya ke dinding. Tiket makan malam Restaurant Sky di tenung lama oleh Alex. Rasa serba salah timbul.

"Abang minta maaf sayang, abang tak dapat tunaikan permintaan sayang"








***








Aku yang merebahkan tubuh aku di katil tidak berkelip mata aku memandang langit bilik aku. Bayangan lelaki yang membantu aku tadi masih menjadi tanda tanya. Kenapa dengan dia? kenapa dia menangis?

"Woiiii perempuan, ke-kenapa...kau nak mati ke haa?"

Suarannya tak henti berputar dipikiran aku. Aku mengeleng kepala agar melupakan kejadian itu. Yang paling penting sekarang lelaki tu. Dasar lelaki tak guna! Dah ada kekasih tapi masih nak goda-goda aku. Dah tahu kekasih tu ada, kenapa nak handsome-handsome. Sia-sia aku terkurung dalam lift demi nak kejar lelaki tak guna tu!

Tunggu...bila sebut pasal terkurung dalam lift. Aku teringat kembali mengenai bunga milik Stephen. Handbag yang aku bawa ke Universiti hari ini segera aku ambil dari dalam almari. Aku terkedu seketika melihat bunga milik Stephen. Bunga milik Stephen masih mekar walaupun sudah beberapa hari.





***





Wajah Stephen tidak berhenti merengut. Matanya menjeling hadiah yang dibawa oleh Katheriona, kelihatan hadiah mahal. Dalam perjalanan pulang mereka hanya mendiam.

"Stephen..." Katheriona memanggil Stephen.

"Ye" Stephen membalas ringkas.

"Kau marah ke aku bagi hadiah ni dekat lelaki?" perkataan 'ke' ditekan oleh Katheriona. Langkah mereka terhenti.

"Mana ada" Stephen membalas santai. Matanya cuba lari dari bertembung mata Katheriona.

Katheriona tidak berkata apa-apa, dari beg yang dibawa oleh Katheriona, dia mengeluarkan sebuah lagi kotak hadiah yang bersaiz lebih kecil berbanding kotak hadiah yang dirangkul Katheriona.

"Jangan nak cemburu sangat. Hadiah untuk kau pun aku dah beli"

"Kenapa hadiah untuk aku lebih kecil berbanding dengan hadiah kawan kau tu" Stephen menunding jari membandingkan saiz dua kotak hadiah itu.

Katheriona sekadar tersenyum melihat gelagat Stephen. Kotak hadiah yang bersaiz besar itu Katheriona buka di hadapan Stephen.

"Nampak tak? kawan aku tu perempuan, jadi aku bagi lah dia hadiah patung" jelas Katheriona sambil menunjukkan isi kotak hadiah itu kepada Stephen.

Stephen memberikan isyarat menggunakan matanya kepada Katheriona untuk membuka kotak hadiah yang satu lagi. Katheriona sekadar menggelenggkan kepala melihat Stephen yang cemburu. Kotak kedua itu dibuka. Terdapat sebentuk cincin.

"Dah alang-alang kau tahu isi hadiah ni, apa kata kau ambil terus hadiah ni" kata Katheriona.

"Apa ni Katheriona! sepatutnya aku yang bagi kau cincin, ni kenapa kau yang bagi dekat aku!" marah Stephen kepada Katheriona.

"Tunggu, aku pun nak bagi kau sesuatu..." Stephen mengeledah isi bagnya.

Bunga, bunga yang bewarna putih dihulurkan kepada Katheriona.

"Untuk sekarang aku tidak mampu berikan kau apa-apa. Tapi aku harap bunga ini cukup bererti buat kau"

Katheriona mengambil bunga yang di hulurkan oleh Stephen.

"Permainan bermula! aku yakin yang aku tak bertepuk sebelah tangan" bisik hati Stephen.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top