Chapter 3

Nafsu, kepuasan, kemahuan sanggup dilakukan walau terpaksa mengorbankan orang lain. Di sebabkan perbuatan bodoh kami. Orang lain turut terkena tempias.











CHAPTER 3











"Ini tali leher abang" seorang wanita menyarungkan tali leher kepada sang suami. Dalam isterinya leka kerana mengikat tali leher buat suami tercintanya. Si suami pun mengambil kesempatan mengusap lembut perut isterinya yang mengandung.

"Macam mana dengan check up semalam?" soal sang suami.

"Doktor kata anak kita sihat je. Tak sabarnya sayang nak tengok anak lelaki kita ni" Isterinya mengukir senyuman.

"Abang minta maaf sebab tak teman sayang pergi check up, abang busy sikit dengan student abang"

"Sayang faham, abang jangan risau. Saya boleh pergi sendiri"

Suaminya mengukir senyuman. Melihat isterinya yang sedang mengandung 5 bulan membuatkan dia berasa gembira selalu. Mungkin di sebabkan anak pertama. Suami  mana yang tidak gembira bila mendapat berita bahawa isterinya mengandung.

Sesudah sarapan. Isterinya pun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Si suami mencium lembut dahi isterinya. Diikuti dengan pelukan mesra.

Sang suami melanjutkan jalan nya menuju ke tempat dimana dia bekerja. Universiti Linton. Benar sang suami yang di maksudkan ialah pensyarah aku!

Prof. Alex, mengikut apa yang aku dengar dari para pensyarah di Universiti ini. Prof. Alex baru sebulan bekerja di sini. Pada umur yang muda Prof. Alex mendapat gelaran Professor. Aku tanya korang. Wanita mana di muka bumi ini tak cair bila berjumpa dengan lelaki yang berpendidikan, kacak, dan mendapat gelaran pada umur yang muda. Tapi apa yang dibenci oleh wanita di muka bumi ini ialah bila mendapat kabar angin yang Prof. Alex sebenarnya dah berkahwin!

"Prof. Alex!" sapa aku dari hujung dunia. Walaupun Prof. Alex masih belum melangkah masuk pintu Universiti. Aku tak kesah! aku nak sapa juga. Aku berlari anak menuju ke Prof. Alex.

"Prof. saya nak bagi tahu. Bonda saya suruh bagi ini dekat Prof." Aku menghulurkan sebuah kotak kecil buat Prof Alex. Sebenarnya aku sendiri tidak mengetahui apa yang di isikan oleh bonda dalam kotak itu. Tapi aku yakin kemungkinan kotak itu berisi cek.

"Bonda saya kata jangan buka dekat orang ramai. Buka masa Prof. sendirian" Aku mengukir senyuman yang penuh makna seraya melangkah pergi ke kelas.

"Alahai ada-ada je"

Dari jauh aku mengintai Prof. Alex. Hanya sahaja untuk memastikan Prof. tidak membuka kotak hadiah itu sesudah aku beredar.

Mesti ada yang tertanya, kenapa aku boleh rasuah pensyarah aku, tetapi aku tidak boleh merasuah cikgu di sekolah aku sehingga aku lambat masuk ke Universiti? Semuanya berpunca dari kelalaian aku juga. Bonda aku menggunakan teknik yang sama seperti ini, memberikan kotak yang berisi cek. Namun, aku tidak sengaja menjatuhkan kotak tersebut di hadapan pengetua. di sebabkan itu, semua cikgu yang bonda aku rasuah di buang. Cikgu yang diganti pula semuanya adalah orang suci-murni yang tidak mahukan rasuah. Jadi aku terpakasa belajar bersungguh-sungguh.

Jadi aku kena memastikan bahawa semuanya berjalan dengan lancar.





***





Suasana perpustakaan sunyi. Stephen yang bersendirian di perpustakaan tekun sedang menyiapkan assignment nya. Sesekali dia melihat jam dinding yang tidak jauh darinya.

"Tepat pukul 5 aku kena bersiap-siap pergi kerja" bisik Stephen.

Seseorang menyentuh pundak Stephen. Stephen yang fokus memandang laptop segera menoleh ke belakang. Katheriona menayangkan senyuman manis ke Stephen.

Benar, Katheriona juga merupakan pelajar di Universiti Linton. Katheriona yang berasal dari keluarga susah menerima biasiswa. Namun, biasiswa nya cukup-cukup untuk menampung kos yuran pembelajaran di Universiti ini. Segala keperluan harian Katheriona dapat di penuhi dengan bekerja sambilan di kedai serbaneka yang tidak jauh dari Universiti ini.





***





Seperti biasa, kelas Prof. Alex sentiasa penuh. Mereka yang hadir bukan lah untuk belajar tapi untuk menikmati ketampanan Prof. Alex. Dasar perempuan-perempuan gatal. Prof. Alex sibuk menerangkan pembelajaran untuk hari ini. Melihat Prof. Alex yang memakai cermin mata. Terlihat jugalah ketampanan nya. Namun, bukan cita rasa aku. Aku menguap kebosanan. Mata aku tidak henti melihat jam menanti kelas habis.

Tiba-tiba aku teringat mengenai apa yang Jefran ceritakan semalam mengenai satu permainan. Bunga! aku masih menyimpan bunga tu. Aku menyelongkah bag aku untuk mencari bunga itu. Jumpa! aku mengeluarkan bunga itu, tak layu pun. Sedangkan Stephen cakap yang bunga ni tak tahan lama. Tapi tak sangka pula bunga ini mekar di dalam bag aku yang berisi make up ni.

Aku melirik Jefran yang duduk  di bahagian hadapan. Biasalah budak pandai memang duduk depan. Jefran yang terlihat fokus dalam pembelajaran nampaknya tak dapat aku ganggu. Aku tak menyerah. Aku mencapai telefon aku. Aku cuba menghantar mesej ke Jefran.

"Woi jantan" namun tidak diendahkan oleh Jefran. Terlalu fokus mungkin. Tak guna bosan aku dah level nak mati ni.




***





Stephen yang fokus untuk menyelesaikan assignment sehingga tidak sedar Katheriona yang meliriknya.

"Dah siap" suara Stephen memecahkan suasana.

"Sekarang baru pukul 4.20, nak singgah kafe dulu tak sebelum kita masuk kerja?" soal Katheriona. Stephen mengangguk.

Mungkin di sebabkan assignment siap awal. Jadi hari terasa cantik. Awan yang kelihatan sedikit kekuningan. Di ikuti tiupan angin sempoi-sempoi. Dan paling penting ditemani oleh seseorang yang istimewa. Daun kering yang berguguran menambahkan lagi keindahan suasana.

"Hari khamis ni hari jadi kau kan?" soal Katheriona.

"Wahh ingat dah lupa, tak sangka ada yang ingat" Stephen tersenyum manis.

"So kau nak aku bagi hadiah apa ni, kau jangan mintak mahal-mahal kang terjual ginjal aku"

"Apa ni, tak surprise lah kalau aku yang mintak" Stephen merungut.

"Alaa, aku mana ada kawan lelaki, jadi aku tak tahu ni nak bagi hadiah apa dekat lelaki. Lelaki suka apa?"

"Lelaki suka apa?" Stephen terdiam seketika. Memikirkan apa yang biasannya lelaki suka.

Katheriona menanti jawapan dari Stephen.

"Selalunya lelaki suka..." mata Stephen tertumpu pada satu arah.

"SUKA APA!" Katheriona meninggikan suara. Tangan kanan nya memukul lembut bahu Stephen.

"Hehe gurau je" Stephen yang malu-malu segera mengalihkan pandangan nya.

Kafe yang ingin mereka tuju mula terlihat di seberang jalan. Entah kenapa, sinaran matahari yang menyinari wajah Katheriona membuat wanita itu jelita sekali. Mata Stephen tak berkelip melihat wajah Katheriona pabila angin sempoi meniup rambut Katheriona.








***





Pejabat kelihatan sunyi. Alex yang baru sampai di bangkunya segera melabuhkan punggungnya. Mata Alex tertumpu pada kotak yang diberi oleh Hana pagi tadi. Tertanya juga apa yang diberikan oleh Ibu Hana. Kotak yang bewarna merah jambu, berukuran sebesar tapak tangan. Di tambah pula dengan ikatan reben di atasnya. Alex membuka ikatan reben di atas kotak itu terlebih dahulu, lalu membuka penutup kotak tersebut perlahan-lahan.

"Tiket untuk dua orang makan di Restaurant Sky!"

Alex terkejut. Sebenarnya memang sudah lama isteri Alex teringin mahu pergi ke restoran ini. Tetapi di sebabkan harganya yang semahal buah ginjal jadi Alex terpaksa menguburkan hasrat isterinya. Alex mencapai telefon.

"Hello?"

"Sayangggggg, cepat bersiap. Balik nanti abang nak bawa sayang pergi dinner" nada gembira Alex tidak dapat disembunyikan sehingga lupa untuk memberi tahu mengenai makan malam itu.

"Sayang, pakai cantik-cantik tau. Pukul 7.30 abang ambil sayang dekat rumah ye" sambung Alex lagi.

"Tapi abang..." panggilan terputus. Isterinya yang masih tidak faham dengan situasi sekadar menurut kehendak sang suami.

"Yesss, mesti Sara teruja!" omelan Alex bersendirian di pejabat.








***





Mata aku sekadar memerhati sekitar. Setiap ada pelajar lelaki yang lalu aku segera menghampiri pelajar tersebut. Emily a.k.a Tan sekadar memerhati gelagat aku sambil menghirup teh nya.

"Ahh tak guna, mana dia ni!" tiba-tiba aku membentak Emily. Teh yang ingin di hirup Emily dimuntahkan kembali.

"Kau dah kenapa setan!" Maki Emily. Tisu yang berada dihadapan nya segera di capai.

"Lelaki...lelaki haritu..." wajah sedih yang di campurkan sedikit kecomelan aku paparkan ke Emilly.

"Lelaki mana ni?"

"Hari tu aku ada nampak seorang lelaki ni. Handsome nak mati. Dari kereta dia, nampak macam orang kaya" Jelas aku kepada Emily. Si Tan yang berniat ingin memarahi aku mula terbawa dengan cerita aku.

"Apa nama lelaki tu?" soal Tan.

"Mana lah aku tahu, bercakap pun belum dengan dia. Aku cuma nampak dari cermin kereta dia"

"Ni semua salah korang! kalau lah lift tu tak rosak tiba-tiba, mesti aku dapat kejar lelaki tu" sambung aku lagi.

"Apa hal salah kitaorang!" Tan yang baru menyuapkan kek dimulutnya hampir sahaja tersedak apabila aku menyalahinya.

"Habis tu salah siapa?" soalan bodoh aku lontarkan.

"Mana aku tahu, salah lift tu lah kenapa dia nak rosak masa tu juga" Balas Tan.

"Mungkin juga, tak guna punya lift" aku sekadar menyambung.

Satu panggilan masuk ke telefon aku. Dari Jefran. Mesti dia risau aku lah tu sebab tadi aku tak layan dia masa nak keluar kelas tadi.

"Kenapa kau tak balas mesej aku?" aku yang menahan Jefran yang hendak keluar kelas.

"Ehh, Hana sorry. Aku terlalu fokus maybe sampai tak sedar kau mesej aku" balas Jefran.

"Dah cukup, semua tu alasan. Jangan tegur aku lagi, jangan makan dengan aku lagi, jangan duduk sebelah aku lagi" rajuk aku seraya menghentak kaki meninggalkan Jefran di belakang.

Mungkin sebab tu kot dia telefon. Mesti dia risau kan aku. Tan yang memandang aku seakan mahu muntah.

"Kau pandang apa Tan?" soal aku.

"Kau memang nak mengedik sampai mati ke? Panggilan dari Jefran tu bila kau nak angkat?"

Ohh ya lupa pula. Aku menjawab panggilan.

"Hello nak apa? Cukup, aku dah tak nak dengar alasan" aku bersuara terlebih dahulu.

"Aku baru terfikir nak belanja kau tapi kalau tak nak, tak apalah" balas Jefran.

"Ahhhhhh, sorry Jefran, jangan salah faham. Yang tadi tu aku bukan cakap dengan kau, aku cakap dengan si Emily bodoh ni...hehehe"

Emily yang baru ingin menyuapkan kek dimulutnya sekali lagi hampir dimuntahnya.

"Kau ada dekat mana, aku ada dekat Kafe ni. it's okay kau tak perlu gerak. Biar aku datang dekat kau" Panggilan di putuskan. Aku mengeluarkan cermin kecil dari bag tangan aku.

"Sorry Emily sayang. Aku ada hal sikit, aku pergi dulu ye" Di sebabkan aku yang sibuk membetulkan riasan wajah aku sehingga wajah Emily sayang aku ni tidak terpandang.

"Bagus, pergi cepat. Aman sikit aku dekat sini" Balas Emily sayang aku yang comel gebu muah-muah.

"Memuji lain macam ni mesti ada benda baik lah tu" bisik hati Emily seraya melihat Hana berjalan pergi.

Matanya teralih kepada jam di dinding Kafe. Jam menunjukan pukul 6.40 pm. Emily menguap perlahan. Mata nya terasa mengangtuk, sudah tiba dia untuk pulang. Emily segera mengemas barang nya. Ketika dia ingin membuka beg tangan miliknya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada bunga yang bewarna putih.

"Aku ingatkan aku dah buang bunga ni" bisik hati Emily. Fikirannya teringat kembali mengenai permainan yang di sebutkan oleh Jefran.

"Mengarutlah" Emily mengeluarkan bunga tersebut dari bag tangan nya lalu di letakan di atas meja. Emily pun melangkah pergi meninggalkan Kafe tersebut.

Suasana kawasan tempat letak kereta kelihatan sunyi sekali. Hanya lampu yang menerangi suasana. Melihat itu, Emily pun melangkah dengan pantas menuju ke keretanya.

Dari jauh kereta nya yang bewarna hitam sudah kelihatan. Selangkah Emily mahu beredar. Tiba-tiba satu susuk nenek menghalang laluan Emily. Emily tersentak.

"Ya nenek, kenapa" soal Emily dengan nada ketakutan. Badannya mula bergetar.

Wajah nenek itu berkerut. Perlahan-lahan nenek itu melangkah mendekati Emily.

"Ne-nenek..." Emily melangkah kebelakang menjauhi nenek itu.

"Hati-hati nak...jangan terlalu mengharap" nenek itu bersuara seraya langkahnya terhenti. Bau mulut nya sungguh menyegat. Nenek itu menghulurkan tangan kanan.

"Kembalikan semula, jangan bermain dengan benda yang berbahaya"

Emily kebingungan. Wajahnya mula memucat.

"Apa yang nenek nak!" tengking Emily. Tiba-tiba tangan Kiri nenek itu mengengam kasar tali beg tangan milik Emily. Emily jatuh ke tanah.

"Pulangkan!" nenek itu meninggikan suara. Nenek itu mencapai beg tangan Emily. Dengan sekuat tenaga Emily menarik beg tangan nya lalu berdiri dan lari meninggalkan kawasan itu.

Emily yang lari namun matanya tidak putus memandang ke belakang. Susuk tubuh nenek itu masih ada.

Dalam keadaan leka memaling ke belakang. Emily melanggar susuk tubuh seorang lelaki. Emily terjatuh ke tanah.

"Cik tak apa-apa?" Soal lelaki itu.

"Lepaskan aku!" Emily menjerit meronta-ronta lalu pengsan.

"Cik, cik!" lelaki itu panik.

"Ahh siapa pula perempuan ni!" rungut Alex.

"sekarang belum pukul 7, mungkin sempat aku nak hantar perempuan ni dekat hospital dulu" Alex segera mendukung Emily masuk ke dalam keretanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top