Promot Romantika: Kad Undangan Rahsia 🃏

❦͜͡❀✧══════•❁❀❁•══════✧❦͜͡❀

Zehra membaca kad tersebut berulang kali. Dahi dia berkerut. Betul ke atau budak-budak ni nak kenakan dia? Akhirnya kad itu dibawa bersama pulang ke rumah.

Zehra memakai gaun putih yang terdedah menampakkan bahunya. Hiasan rambut berwarna emas itu dia pakai. Zehra melihat cermin dia tersenyum dan berpuas hati dengan penampilannya. Dia harus tiba di tempat itu sebelum pukul 10 malam.

Setibanya dia di situ. Dia tercari seseorang lelaki misteri yang memberi kad undangan rahsia itu. Anak matanya meliar memandang sekeliling yang telah dihias cantik.

Tidak jauh darinya seorang lelaki lengkap berpakaian hitam menghampirinya dalam diam. Tanpa Zehra sedar. Lelaki itu merenung Zehra tanpa mengalihkan pandangan matanya.

Zehra membayangkan jika lelaki itu adalah Mikael lelaki yang dia minati dalam diam. Zehra tersenyum sendiri. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang di belakangnya. Lalu dia memusingkan tubuh. Zehra tergamam. Apabila sesuatu sejuk dan dingin menusuk ke dalam kulit dagingnya.

Membulat mata Zehra. Apabila dia merasakan sesuatu di perutnya. Perlahan kesakitan itu mula menjalar di setiap tubuhnya. Dia jatuh terduduk menahan kesakitan yang baginya seperti nyawa dia bakal diambil oleh malaikat. Dia menundukkan kepala. Tangan kanannya menekap pada cecair berwarna merah yang mengalir deras. Sebelah tangannya cuba membuka topeng labu yang dipakai oleh lelaki itu.

Lelaki itu hanya membiarkan dengan tertawa kecil. Dia sangat seronok melihat Zehra menderita di depan matanya. Tangannya dibawa ke wajah gadis itu dan dibelai lembut.

Berkerut-kerut Zehra memandang lelaki itu. Dahinya sudah mengeluarkan banyak manik-manik peluh.

Adam?

Air matanya mula bertakung. Bila-bila masa sahaja akan berderai. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakkan. Adam tersenyum manis merenung dirinya. Adakah ini janji Adam pada dia suatu ketika dahulu?

Adam seorang lelaki yang baik dan dia juga mempunyai kelemahan. Dia seorang panas baran dan kuat cemburu. Walaupun, Adam jenis panas baran tetapi tidak pernah Adam memukulnya sepanjang mereka bersama. Benda-benda berdekatan dengan dia saja habis musnah dikerjakan oleh Adam.

Zehra tidak membuat aduan atau tindakkan kerana dia fikir Adam tidak akan mencederakannya. Tetapi, hari ini terbukti andaian dia silap. Kerana itu, dia berani meninggalkan Adam tanpa fikir panjang.

Adam mendekatkan bibirnya ke bibir Zehra. Lama. Sehingga dia tidak merasakan haba dan hembusan nafas Zehra. Tangannya turut terhenti memutarkan pisau yang berada di perut Zehra. Dia menyeka air mata Zehra yang mengalir. Pisau yang penuh darah itu diambil. Titisan darah jatuh mengalir ke atas jalan. Dia mengangkat senjata itu dan dijilat darah pada pisau itu dan tertawa puas. Dia merebahkan tubuhnya di sebelah kekasih hatinya dan memeluk erat. Lagi sekali alatan tajam itu diambil dan ditikam perutnya sendiri berkali-kali. Akhirnya, pisau itu dicampak jauh darinya. Dia masih tersenyum memandang langit. Hajatnya tercapai. Bersemadi bersama kekasih hati yang sangat dia cintai. Dengan payah dia cuba mencium dahi gadisnya itu. Sama seperti Zehra kesakitannya kemuncak apabila nyawa dicabut dari badan.

****

462 patah perkataan

WattpadRomantikaMY

#romantikahv3d

#HalloweenVault3D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top