Parti Topeng

Mataku tidak berhenti memerhati sekeliling ruang utama rumah agam di hadapan mata.  Rumah agam yang sebenarnya agak asing bagiku. Jika tidak disebabkan sahabatku Reanna yang tidak putus-putus memujuk untuk datang ke parti ini, aku berani kata yang aku pasti tidak datang. Meja-meja di tepi ruang sebelah kanan dan kiri kelihatan penuh dengan pelbagai hidangan. Ruang tengah rumah agam ini pula kelihatan kosong namun tetap terhias indah. Mungkin empunya rumah sengaja membiarkan kawasan itu kosong untuk acara tari-manari pada kemuncak parti nanti.

Meja-meja yang terhias indah dengan bunga-bungaan dan hiasan yang berkilau tidak juga berjaya menarik perhatianku. Sudah hampir sejam aku berdiri di sudut hujung ruang tamu ini namun kelibat Reanna langsung tidak kelihatan. Hatiku mendengus geram lalu dengan tertib aku berjalan menuju ke meja yang menyediakan pelbagai minuman. Dress merah singkat yang tersarung di badanku benar-benar membuatkan pergerakanku teratur. Topeng hitam yang hanya menutup mataku sudah terikat kemas di muka.

'Siapa dia.?'
Langkahku terhenti. Aku melihat ke arah empunya suara tersebut. Kelihatan beberapa orang gadis yang lengkap dengan dress berwarna hitam pekat dan topeng muka berwarna hitam memandang ke arahku. Aku berpaling ke belakang namun tidak ada sesiapa di tepiku.

Mereka pasti berkata tentangku. Ingin sahaja aku berterima kasih kepada mereka kerana berjaya membuatkan niatku terbantut. Namun jauh di sudut hati, aku tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin mereka hairan melihatku kerana sedari tadi hanya berdiri sendirian sedangkan tetamu yang lain bersuka ria.

Aku sudah mula mengatur langkahku ke arah pintu utama. Malas mahu memikirkan Reanna yang tidak muncul-muncul akhirnya aku nekad untuk balik ke rumah. Bukan parti namanya jika aku keseorangan begini.

Baru sahaja aku melintasi pintu utama terasa bahuku sakit dek terlanggar seseorang. Sambil memegang bahuku, mataku mencari gerangan makhluk yang melanggarku. Kalau sahaja itu Reanna atau kawan-kawan lain yang aku kenali sudah pasti aku hadiahkan tumbukan sulung yang jadi kebanggaanku selama ini.
Namun tiada kata yang dapat aku ucapkan saat bertentang mata dengannya. Matanya yang sedikit kebiruan itu membuatkan jantungku ingin melonjak keluar. Sut hitam yang di pakainya kelihatan kemas dan sesuai dengan susuk tubuhnya yang tinggi.

Genggaman tanggannya di tanganku membuatkan aku memandangnya lagi.

'Maafkan saya. Saya tak sengaja.'
Ujarnya.

Mengapa suaranya seperti pernah aku dengar.

'Saya tak apa-apa.'
Jawabku perlahan. Aku sudah menarik tanganku dari genggamannya.

'Ayla nak ke mana.? Parti baru mahu bermula.'
Ujarnya perlahan sambil memandang ke hadapannya.

Aku yang berdiri membelakangkan ruang utama rumah agam itu juga sudah berpaling.

Pelik.!
Bagaimana lelaki itu mengetahui namaku.
Terasa jantungku seakan terhenti melihat suasana di ruang rumah agam itu.

Ia sama.!
Sama seperti mimpiku tiap malam.

'Makayla..'
Aku melihat lelaki itu. Perlahan topengnya di buka. Terasa tanganku sudah mulai mengigil.

Itu dia.!
Dia yang selalu muncul dalam mimpiku.
Dia yang sering mengucapkan ungkapan cinta padaku setiap malam.
Dia Kei.!
Putera raja di dunia sebelah. Dunia yang tidak terjangkau dek akal waras sesiapa.

'Sorry Ayla aku lambat. Kenalkan ini abang aku'.
Suara yang cukup aku kenali. Itu suara Reanna.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top