Ahli Sihir
Aku duduk sambil menongkat dagu di atas meja makan. Bosan pula aku duduk keseorangan begini. Kalau aku tidak terlewat bangun sudah pasti aku juga ke pelabuhan bersama mereka. Mahu sahaja aku memandu kereta antik milik pakcik Lyon yang tersadai indah di dalam garaj tapi memikirkan Pakcik Lyon bakal memarahiku dengan berat hati niat itu ku batalkan.
Niat untuk naik ke tingkat atas terbantut setelah mendengar ketukan di pintu hadapan. Tombol pintu di capai dan terus sahaja pintu kayu berwarna putih itu ku tarik. Senyumanku mati melihat dua orang polis sedang berdiri di hadapan pintu.
'Maaf mengganggu. Ini rumah Gleovard Lyon.?'
Tanya seorang dari mereka.
Aku hanya mengangguk. Kosong fikiranku seketika. Hatiku mula berdetak laju. Mengapa dengan Pakcik Lyon.
'Boleh saya berjumpa dengan Makayla.?'
Aku sudah berubah pucat. Apalagi ni.!?
'Ya. Saya.'
'Boleh kami masuk.'
Pintanya.
Tidak berkelip aku memandang lelaki di hadapanku.
'Maaf. Pakcik saya tiada di rumah. Ada apa yang boleh saya bantu.?'
Tanya ku penuh hemah.
Dia mengeluarkan sepucuk surat dari dalam buku yang di pegangnya dan menyerahkan kepadaku. Ragu-ragu aku menyambut surat tersebut. Kelihatan jelas tulisan tangan berdakwat hitam di atas sampul tersebut menulis namaku berserta alamat rumah Pakcik Lyon.
'Surat dari siapa.?'
Tanyaku hairan. Dua lelaki di hadapan aku juga sudah saling berpandangan.
'Itu sebenarnya hajat kami. Cik Ayla kenal dengan Puan Olsen.?'
Soalnya lagi. Aku merenungnya seketika. Nama yang asing sebenarnya bagiku.
Hanya gelengan yang mampu ku berikan kepada dua lelaki itu.
'Begini cik. Sebenarnya Puan Olsen hilang. Sudah seminggu kami tidak dapat menjejak keberadaannya dan surat ini kami jumpa sewaktu membuat penggeledahan di rumahnya semalam. Alamat tempat ini dan nama cik tertera di situ. Pihak kami berharap cik dapat bekerjasama dengan kami.'
Aku memandangnya lagi. Kosong sungguh otakku begini. Pakcik Lyon dan Zen pula masih belum pulang. Surat di tangan aku pandang lagi sebelum mengambil keputusan untuk membuka surat itu.
Jangan pertaruhkan apa yang tidak pasti.
Usah cari kebenaran andai nyawa jadi galang ganti...
W.O.N
Berkerut dahiku membaca ayat tersebut dan menyerahkan kepingan surat itu kepada polis di hadapanku.
'Maaf. Saya tak kenal dengan Puan Olsen dan ini kali pertama saya dengar namanya. Isi kandungan surat ini juga saya tak faham.' Jujur aku berkata sambil menyerahkan surat tersebut kepada mereka.
'Cik pernah dengar tentang seorang wanita tua yang di gelar ahli sihir.?'
Wajahku sudah berubah kelat. Mendengar sahaja perkataan 'Ahli sihir' betul-betul membuatkan hatiku di jentik gelisah.
'Tak.' Ragu-ragu aku menjawap.
'Puan Olsen ahli sihir tu dan kami berharap jika cik ada petunjuk tentang semua ni sila laporkan segera dengan kami.'
Aku diam lagi.
'Petang ni kmu boleh datang sini semula selepas pakcik saya balik dari pelabuhan. Mungkin dia tahu sesuatu.'
Mereka mengangguk dan minta diri untuk pulang.
Ahli sihir.!
Kenapa sampai ke sini kau kejar aku.
Aku mengeluh lalu terduduk di sofa. Aku yang menjadi sebab kerajaan milik keluargaku di Naura terkena sumpahan. Aku yakin dia sudah kembali ke Naura dan surat itu adalah amaran untukku supaya tidak kembali ke sana.
W.O.N juga maksudnya jelas Witch of Naura.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top