Random Story 💕 Fem!Gempa (19)

💕CAT LOVE STORY 💕

Pada waktu rehat di kawasan kolam ikan berdekatan perpustakaan sekolah. Kelihatan Ani dan Harru sedang dating bersam- eh! Bukan! Sedang menikmati waktu panjang mereka berdua bersama di kerusi taman kolam itu.

Ani: Haih...bosannya. Harru-chan, takde apa-apa yang menarik nak dibuat?

Harru: Takde.

Ani: Haih... hmm..buka ig lah.

Ani mengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu membukakan layar skrin telefon. Harru menjeling Ani. Buku yang dipegang diletakkan di atas meja.

Harru: Hana, mana boleh bawa telefon ke sekolah.

Ani: Sst! Jangan tengoklah kalau macam tu. Buat-buat tak nampak sudahlah.

Harru: Oi, dah orang tengok macam mana nak buat-buat tak nampak?

Ani: Haiz...sudah. Sudah. Saya nak baca news dekat ig ni. Harru-chan diam!

Harru: Haih...

Ani terus mengabaikan keberadaan Harru di sebelahnya. Dia menumpang lengan Harru untuk dibuat bantal supaya dia lebih selesa melihat telefonnya. Sempat abaikan amarah Harru sebab tangan digunakan untuk bantal.

"Eh, kucing?"

Ani ternampak 1 tayangan gambar di layar telefonnya. Dia terus meneruskan dirinya melihat foto tersebut yang lebih tepatnya komik tanpa dialog.

Ani: Hhhhheeee~~~!! So sweet!! Cuuuteeeee!! AAAAAAAA!!

Harru: (gasp) Hana! Oi, kau dah kenapa?!

Ani: Eh? Aaa...hmm.. ha! Saya dapat idea baru!

Harru: Idea baru?

Ani: Heheee~

Ani tersenyum-senyum ke arah Harru. Harru mengerutkan wajahnya melihat Ani. Dan mereka berdua saling berpandangan ke atas (lebih tepat ke langit) seperti membayangkan terjadinya putaran video di sana. Ok mengarut jap- :v

.

Ayyy~ korang berminat nak baca? Uwu
.

Kali ini,
Hali x Fem! Gem
.

Human version of course! ;3
.

Kalau tak nak baca pun takpe~ at least enjoy that comic! X,D
.

Nak lagi enjoy layan cerita ship kita lah kan~
.

Enjoy fellas! X3
.
.
.
.

Di sekitar kawasan yang ramai, terlihat susuk tubuh seseorang sedang berjalan seperti dirinya tiada arah tuju untuk menghala ke mana. Dirinya memakai hoodie hitam dan topi hitam yang mempunyai garisan merah dan berlogo kilat merah.

Posisi badannya sewaktu berjalan sedan menunduk ke bawah. Tidak mahu melihat orang-orang sekeliling yang entah baginya langsung tidak berguna.

Hembusan nafas keluar dari mulutnya. Seperti melepaskan segala kelelahan yang dialami olehnya. Dia mendongak kembali dan memandang ke hadapan.

Dan iris rubynya, tertacap pada seseorang yang sedang duduk di bangku sambil menemani 2 orang yang sedang berbual di sebelahnya.

Manis.

Itu yang difikirkan oleh yang melihat. Seorang lelaki yang sedang memandang wajah seorang gadis yang rambut lurus paras belakang dan disertakan senyuman yang cukup manis. Entah kenapa hatinya terasa berdegup laju. Inikah yang baru pertama kali dirasai oleh lelaki ini? Halilintar.

Dan gadis yang dipandang, terpandang dirinya. Membuatkan mereka bertentang mata bersama buat seketika.

Deg!

Cukup sahaja buat seketika, jantung Hali sudah suka kepada gadis manis tersebut. Iris rubynya masih tidak lari dari terus melihat iris gold itu. Kilauan yang sungguh menawan.

Gadis itu membalas tatapan Hali. Dia memandang ke arah orang sebelahnya. Lebih tepat ayahnya yang sedang berbual dengan sahabat lama. Mungkin.

Dan dengan perlahan, gadis itu meninggalkan 2 orang dewasa itu secara diam dan berjalan menghampiri Hali. Hali diam kaku di tempatnya. Menunggu si gadis menghampirinya.

"Hi."

"Eh?"

"Saya tak pernah tengok awak sebelum ini. Orang baru?"

Si gadis melemparkan senyuman ramah yang bagi Hali sungguh mendebarkan hatinya. Hali menggeleng kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Uuhh..tak. Sudah lama. Cuma aku jarang keluar ke kawasan orang ramai."

"Oh. Nama awak siapa?"

"Halilintar."

"Halilintar?"

Si gadis memandang wajah Hali lama. Hali sudah mula gugup. Adakah namanya terlalu pelik? Sedangkan itulah nama sebenarnya.

"Kenapa? Ada yang pelik?"

"Hehe..tidak. Nama awak menarik. Saya suka."

Si gadis tersenyum gembira. Dia mendekatkan lagi jarak mereka berdua sehingga menbuatkan Hali mahu berundur ke belakang tetapi kakinya tidak dapat bergerak. Hali kaku apabila wajahnya dan wajah si gadis itu berada di dalam jarak yang amat dekat.

"Uuhh... kau juga orang baru? Tak pernah nampak."

"Hn. Tidak terlalu baru dan lama. Cuma saya susah untuk keluar dari rumah. Baru kali ini dapat keluar dengan tenang bersama ayah."

"Oh. Uhh...nama.. nama kau?"

"Nama? Ah, maaf. Nama saya-"

"GEMPA!"

Si gadis terkejut dan terhenti dari menyambungkan kata-katanya. Dia segera menoleh ke belakang dan melihat ayahnya datang mendekatinya dengan wajah yang sungguh bengis seperti menahan amarah.

"Ayah sudah bilang jangan menjauh dari ayah!"

"M-maaf ayah. Gempa cuma-"

"Sudah! Mari balik! Jangan kamu berbual dengan orang yang tidak dikenali di sini!"

Ayah si gadis, atau lebih tepat dipanggil Gempa mula menarik tangan Gempa dengan kuat. Gempa cuba untuk menahan.

"T-tapi ayah-"

"Jangan degil! Balik!!"

Hali menjengkilkan matanya apabila melihat perilaku seorang ayah kepada anak sendiri sungguh kasar. Namun amarahnya hanya seketika sahaja. Dia kembali ke asal dan sedih apabila Gempa sudah ditarik pergi. Dia hanya melihat Gempa berlalu pergi bersama ayahnya ke kawasan yang ramai orang.

"Tenanglah Hali. Kau akan menjumpainya juga..."

Hali menyedapkan hatinya. Maka bermula dari saat itu, dia cuba mencari tempat tinggal Gempa. Di saat dia mahu mengekori ayah atau Gempa sendiri untuk pulang, pasti terhalang oleh sesuatu.

Namun hal itu tidak pernah memutuskan semangat Hali. Dia tetap mahu mencari si gadis yang telah mencuri hatinya. Dia mahu menemui gadis itu. Si gadis yang bermakna buatnya.

.
.
.

Hembusan angin menerpa daun-daun pokok. Membuatkan daun-daun itu jatuh berguguran. Sehelai demi sehelai daun itu gugur dan ditiup angin sepoi yang lembut.

1 daun yang terpisah oleh induknya kerana angin telah menerbangkannya jauh ke sana ke mari. Namun jika sudah ikatan takdir, daun itu masih sempat menemui kebahagiaan. Daun 1 itu menemui sehelai daun lagi. Keduanya terbang bersama angin yang agak kuat tiupannya. Namun masih, keduanya bersama dengan utuhnya.

Terbang dan melayang ke sana ke mari berdua. Sehingga keduanya jatuh ke tanah. Di bawah pokok yang rendang dan besar, semua pasti tahu, keduanya akhirnya akan menjadi baja yang akan memberikan sumbangan kebahagiaan kepada pokok. Dan melahirkan lagi beribu dan berjutaan daun-daun lain untuk kekal kuat di dahan dan ranting induk. Memberikan pelbagai kesenangan buat hidupan yang bernyawa.

Namun sehelai daun itu, masih terperangkap di dalam hembusan angin. Dia tidak tahu ke mana harus pergi. Apakah yang akan berlaku kepadanya?

Gempa menatap daun kecil hijau itu berguguran bersama yang lain. Tatapannya mula sayu.

"Mreaw~"

Gempa menoleh ke sisinya. Melihat seekor kucing berbulu tebal berwarna kelabu menghampirinya lalu menggeselkan wajahnya ke wajah Gempa. Gempa tersenyum dan mengusap bawah tengkuk kucing itu.

"Gempa, ayah mahu keluar. Pastikan kamu duduk diam di dalam rumah. Jangan pernah keluar dari rumah. Dan jangan hubungi sesiapa. Termasuk ibu kamu sendiri. Faham?!"

"Faham, ayah."

Lalu ayah Gempa beransur keluar dari rumah. Dia menguncikan pintu dari luar. Dia tahu anaknya takkan bukakan pintu sembarangan jika berada di dunia asig, namun dia masih perlu berjaga-jaga. Khawatir anaknya bakal lakukan kerja gila.

Gempa memandang kereta ayahnya yang berlalu pergi. Dia menundukkan kepalanya. Tidak perlu kunci pintu. Dia sudah tahu ayahnya sudah menguncinya dari luar.

"Aku ni...sama saja ke dengan daun kecil itu?"

Gempa mengetap bibirnya menahan permata cair mengalir keluar dari matanya. Sendirian. Hidupnya cukup sengsara. Gempa mengabaikan kucing yang berada di sebelahnya. Keduanya diam seperti patung.

"Meow~"

"Eh? Kucing?"

Gempa segera mendongakkan kepalanya. Dia hairan dengan suara kucing yang tidak pernah didengarinya. Tidak, itu bukan suara kucing peliharaannya. Gempa mencari kelibat suara asal kucing tersebut.

Walaupun seperti tidak penting, namun melihat kucingnya bersama kucing lain juga sudah cukup bahagia. Walaupun hidup kucingnya sama sahaja seperti dirinya. Sadis.

"Dari mana asalnya suara kucing tadi?"

Gempa masih mencari. Dan akhirnya dia terlihat, terdapat sebatang pokok berdekatan rumahnya. Terlihat seekor kucing hitam sedang menggeselkan wajahnya di kaki seseorang. Orang itu hanya menunduk memandang kucing itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju hoodienya dan dia bersandar di bawah pokok tersebut. Gempa melihat susuk tubuh orang itu.

"Hoodie hitam?"

Gempa merenungnya lama. Dan seolah menyedari renungan Gempa, si pemakai hoodie hitam itu menolehkan wajahnya. Topi hitam bergaris merah mengenalpastikan si pemakai hoodie hitam itu.

"Halilintar?"

Hali berjalan mendekati rumah Gempa. Tangan satunya membetulkan sudu topinya manakala tangan satu lagi masih setia di dalam poket hoodienya.

Tuk! Tuk!

"Hi."

Hali memaparkan senyumannya. Dia tersenyum memandang Gempa. Gempa memandang Hali kagum. Dan wajah Gempa berubah. Dia meletakkan kedua tangannya di cermin pintu rumah itu. Dia melekatkan kepalanya pada cermin tadi. Begitu juga dengan Hali.

"Isk...saya sangka... saya takkan berjumpa Halilintar lagi..."

Gempa tersenyum. Membiarkan aliran air matanya mengalir keluar. Dia senang dapat melihat Hali di hadapannya. Tidak tahu apa yang terjadi namun Hali adalah orang yang berjaya menambat hatinya. Membuatkan hatinya sering tertanya akan keberadaan Hali.

"Maaf ya. Aku ambil masa lama untuk mencari kau."

"Nnhh... saya tak kisah. Dapat jumpa dengan Halilintar. Sudah cukup walaupun tunggu selama 100 tahun."

Hali tersenyum senang mendengar kata-kata Gempa. Mereka berdua menikmati saat bahagia itu bersama. Biarlah mereka begitu terlebih dahulu. Masih banyak lagi cabaran baharu menanti.

"Mreaw~"

"Meaw~"

Kini daun kecil yang sendirian itu, sudah menemui pasangan daun kecilnya. Menunggu masa untuk mereka jatuh bersama dan menjadi daun yang membuatkan kebahagiaan kepada semua.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ani: AAAAAAA~!! SO SWEET!! ;;A;;

Harru: Eh, mak ayam! Ish! Hana! 💢

Ani: Eh? Ehehe...sorry Harru.

Harru: Haish.. apa-apa jelah. By the way, kau dengar tak apa aku cakap tadi?

Ani: Hn? Cakap apa?

Harru: Adoi...budak ni. Cikgu tak masuk dalam kelas sampai balik lah.

Ani: Hhhaah?! Betul ni?!

Harru mengangguk menjawab. Wajahnya masih datar sedatar tembok empangan.

Ani: YES!! SAYA NAK PERGI LIBRARY!! NAK CARI BUKU ROMANCE LAGIII~!! ADIEW~!! (lari)

Harru: Eh?! Hana! Haiz... pelik betul. Apa benda lah yang dibacanya tadi. Kejap, Hana pergi perpustakaan. ....masuk rekod dunia ni.








==========
Ani: Tenang~ Ani hanya post perkara random yang berlaku di sekolah saja! X,D Ahahaah!

Zie: Bila keluar tajuk random, itu bermakna Ani akan bayangkan sesuatu kepada HaliGem. Dunia fantasi gituh! Owo

Ani: Jadi, jangan hairan bila setiap plot cerita lain-lain. X,D Ani suka bayangkan HaliGem bersama. Jadi harap korang enjoy! Adiew~ x3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top