Your Past [Sequel] (68)
Hali melabuhkan punggungnya di atas birai katil miliknya sendiri. Dia sesekali mengusap kasar wajahnya sambil merengus. Topi yang dipakainya yang terasa Agak mengganggu terus dibuka lalu dicampakkan di atas katil. Fikirannya cukup berserabut sekarang.
Hali: Aku dah lakukan perkara yang cukup.... Teruk kepada Gempa.
Hali menundukkan wajahnya menatap lantai biliknya dengan tatapan yang kosong dan hampa.
Fikirannya tiba-tiba teringatkan situasi yang mana dia pernah mendera dan menyiksa Gempa dengan begitu teruk sekali. Sesekali dia menatap sendiri kedua belah tapak tangannya. Tangannya bergetar hebat apabila cuba menerima kenyataan bahawa tangan itulah yang memukul, menumbuk, mencekik dan mendera Gempa sehabisnya.
Hali sempat mengutuk dirinya sendiri kerana langsung tidak menoleh di saat Gempa sedang merintih sambil memanggilnya. Langsung tidak memberikan Gempa peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
"Kenapa Hali? Kenapa kau.... Bodoh sangat? "
Hali mencengkam rambutnya geram. Segala rasa sakit diabaikannya. Jelas sekali perasaan kesalnya jauh lagi penting berbanding rasa sakitnya sendiri.
Otak Hali mula mengingat kembali akan cerita Ais. Dan yang paling menyakitkan apabila dia mendengar sendiri kata-kata sadis dari saudaranya yang lain.
"Mana kau bila Gempa perlukan kau, hah? "
Hanya 1 ayat sudah cukup membuatkan Hali hancur sehancurnya.
.
.
.
Hali kini sedang menggeledah beg sekolahnya. Segala perkakas dan barang serta buku miliknya hanya dibuang begitu sahaja. Dia sedang mencari sesuatu. Ya, sesuatu.
Dan setelah puas mencari, akhirnya Hali menemuinya dan memperlihatkannya.
Sebentuk cincin.
Cincin yang pernah diberikan dan disarungkannya kepada Gempa sewaktu kali pertamanya mereka disahkan menjadi pasangan kekasih.
Hali menggenggam erat cincin tersebut. Dia kemudian terus memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Halu bangun semula dari duduk mencangkung lalu terus menghampiri katilnya semula. Dirinya terus dihempas ke atas katil tersebut. Tatapannya kosong sahaja pada siling biliknya.
Hali: Gem... Kalau aku bagi balik cincin ni... Kau akan terima balik tak?
Fikiran Hali terus melayang memikirkan apa reaksi Gempa sekiranya dia menghulurkan cincin yang pernah menjadi saksi hubungan mereka dan menjadi saksi terdekat sewaktu mereka bergaduh.
Fikir punya fikir, akhirnya dia tertidur di atas katil tanpa disedarinya.
.
.
.
Hali berjalan menuruni tangga rumah selepas keluar dari biliknya. Dia ternampak Gempa sedang berdiri di ambang muka pintu sambil memikul sebuah beg bersamanya. Hali menatap Gempa hairan. Dan tanpa basa-basi, dia terus meluru mendapatkan Gempa.
Hali: Gempa!
Gempa tidak menoleh, dia seolah-olah tidak mendengar langsung Hali yang baru sahaja memanggilnya. Hali semakin berkerut hairan. Namun sebaik sahaja dia berhenti di belakang Gempa, tangan Gempa terus diraih olehnya.
Gempa menoleh.
Gempa: Hali? Ada apa ni?
Hali: Gem... Kau nak ke mana dengan beg tu? Dan... Kenapa aku panggil kau, kau tak toleh?
Gempa: ....
Hali: Gem?
Gempa: Hali? Ada apa?
Hali berkerut mukanya. Namun dia cuba mengabaikannya. Dia cuba menyedapkan hatinya memikirkan bahawa Gempa sedang bergurau dengannya.
Hali menyeluk poket seluarnya lalu dia terus mengeluarkan cincin yang disimpannya. Cincin itu dihulurkan kepada Gempa.
Gempa memandang cincin itu lama. Wajahnya perlahan berubah lain.
Hali: Gem, aku nak kau terima balik cincin ni. Aku nak... Kau pakai balik cincin ni. Tolong terima, please?
Wajah Gempa semakin memaparkan reaksi aneh.
Gempa: Hali... Kenapa kau beri benda jijik ni?
Membutang mata Hali selepas mendengar perkataan 'jijik' yang baru sahaja keluar dari mulut Gempa. Dirinya tercengang tidak percaya manakala tangannya kaku sambil memegang cinci tersebut.
Hali: T-tapi Gem. I-ini kan cincin yang aku berikan pada-
Gempa: Buangkannya.
Hali: A-apa?
Gempa: AKU CAKAP BUANGKANNYA!!
Terundur Hali secara serta-merta selepas mendengar jeritan Gempa yang tiba-tiba. Dirinya seolah-olah tidak dapat percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Tatapannya kepada Gempa memberikan reaksi yang seolah-olah betul-betul tidak percaya.
Hali: G-Gempa... Kenapa dengan kau ni..?
Gempa: Hali... Kenapa kau nak bagi benda jijik ni pada aku?! Kau tau tak, d-disebabkan cincin ni lah aku terseksa bersama kau!!!
Hali: Gempa, aku-!
Gempa: HALI KAU TAK GUNA!!!
Hati Hali seolah-olah tiba-tiba ditusuk dengan sebilah pedang yang tajam. Sakitnya terasa apabila mendengar kata-kata Gempa yang baru sahaja menjerit ke arahnya.
Gempa mula mencengkam rambutnya kuat sambil mula menangis teresak-esak. Tangannya terketar-ketar begitu juga dengan seluruh badannya.
Gempa: Kau tak guna Hali... KAU TAK GUNAAAA!!! Kau sedar tak yang kau baru saja ingatkan aku semula pada kenangan yang kau seksa aku tu?! Kau tak sedar ke yang kau dah tarik aku kembali ke memori hitam aku, hah?!!!
Hali terkelu lidahnya. Dirinya mula ingin menangis penuh menyesal namun serta-merta dia menahan tangisan tersebut. Baru sahaja dia ingin bercakap namun tiba-tiba dirasainya tiada sebarang suara keluar dari kerongkongnya.
Hali terkedu.
Gempa: Aku sepatutnya tak terima kau dari awal lagi. KAU PEMBAWA BALA! Kau dengan cemburu buta kau tu... BAIK MATI JELAH!!!
Sehabis sahaja Gempa berkata demikian, dia pun terus memusingkan badannya dan berlari meninggalkan Hali.
Hali masih cuba untuk memanggil Gempa serta ingin mengejarnya. Namun apakan nasibnya kerana suaranya tiba-tiba hilang dan dia seolah-olah lumpuh dan rebah di atas tanah dengan sadis sekali. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah melihat pemergian Gempa bersama tangisan kebisuan.
Hali: GEMPAAAA!!! JANGAN TINGGALKAN AKU!!!!
.
.
.
Hali: GEMPAAAAA!!!!
Hali terus tersedar dari tidurnya. Wajahnya habis berpeluh dengan banyak sekali. Nafas Hali tercungap-cungap bagaikan baru sahaja selesai berlari marathon sebanyak 4 km. Hali memandang sekitar kawasannya. Itu ialah biliknya.
Hali: Gempa... Hhaah.. Haah... Gempa!! GEMPA!!!
Hali mula mengalirkan air matanya tanpa sebab. Entah kenapa mimpi tadi seolah-olah betul-betul realiti. Seolah-olah Gempa bakal meninggalkannya sendirian dan tidak akan berpaling buatnya lagi. Memikirkan hal itu sahaja sudah cukup membuatkan tangisan dan jeritan Hali semakin kuat.
BHAM!!
Gempa: Halilintar!!?
Terkejut Hali apabila pintu biliknya terbuka. Dan yang lagi memeranjatkannya ialah apabila dia dapat melihat wajah Gempa yang berada di pandangannya.
Hali: G-Gempa... Ukh- Gempa...!!
Gempa dengan cepat berlari mendapatkan Hali lalu dia terus memeluk Hali dengan erat sekali. Mereka berdua mula duduk di atas katil Hali dan Gempa membiarkan Hali membasahi bajunya dengan tangisannya.
Ais yang kebetulan lalu melepasi bilik Hali tercengang melihat suasana yang mengejutkan itu. Dan secara kebetulan mata Gempa terpandang ke arah Ais.
Gempa memberikan isyarat supaya Ais menutupkan pintu bilik dan Ais tanpa banyak soal terus akur. Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Ais berlalu meninggalkan mereka berdua di dalam bilik tersebut. Walaupun dalam hatinya sedikit tertanya akan keadaan Hali yang tidak pernah dilihat itu.
Gempa kembali memfokuskan dirinya pada Hali. Dipandangnya keadaan Hali yang kelihatan seperti kucar-kacir sekali. Hali tidak henti-henti memanggil nama Gempa dan menangi kuat sekali di bahu Gempa. Gempa yang memandangnya dan mendengarkannya sahaja sudah pilu merasainya.
Gempa: Shh.. Shh... H-Halilintar? Kenapa ni? Ada sesuatu terjadi ke? Kau sakit?
Hali: Gempa...! Gempa! Jangan tinggalkan aku!! Aku.. Aku tak nak kehilangan kau!! Tolong bersama dengan aku Gempa!!
Gempa: Halilintar, aku takkan kemana-mana lah. Kenapa ni?
Hali melepaskan pelukannya pada Gempa. Ditatapnya wajah manis Gempa lalu dikucup pipi dan dahi Gempa dengan lembut dan berkali-kali.
Walaupun wajahnya sudah basah dengam air mata Hali, namun Gempa mengabaikannya dan menatap ke arah Hali dengan penuh kerisauan.
Jari Gempa tidak henti-henti mengusap air mata Hali yang mengalir begitu deras sekali.
Gempa: Halilintar, ceritakan pada aku. Kenapa ni hm..?
Hali: Tsk.. A-aku... Mimpikan kau... T-t-tinggalkan aku...
Gempa: Tinggalkan kau? Kenapa aku kena tinggalkan kau? Aku kan ada di sini?
Hali hanya diam sambil menundukkan kepalanya. Gempa mahu bertanya banyak lagi namun melihat keadaan Hali yang begitu merisaukan itu membuatkan niatnya terbatal. Gempa melepaskan pelukan mereka berdua lalu merangkak naik di atas katil Hali. Disandarkan dirinya di kepala katil lalu dia memanggil Hali semula.
Gempa: Lintar, mari sini.
Hali tanpa berkata apa-apa hanya mengikut sahaja. Gempa kembali memeluk Hali dan meletakkan wajah Hali pada dadanya. Hali mula berasa selesa dengan keadaan sebegitu dan cuba menenangkan dirinya semula.
Gempa: Sudah, kau rehatlah. Aku ada di sini.
Hali: Sniff.. Gem... Don't leave me.
Gempa: Hahah! Iya... Aku takkan tinggalkan kau lah. Tidur dan rehatlah. Kau terlalu banyak berfikir, Mio Marito.
Mendengar perkataan terakhir dari mulut Gempa membuatkan Hali terus tenang. Dia suka apabila mendengar panggilan itu keluar dari mulut Gempa. Ia seolah-olah sebuah ubat yang baik untuk menyembuhkan segala kegusaran dan kerisauan hatinya.
Hali semakin mengeratkan dirinya dalam pelukannya dan dengan perlahan-lahan, dia pun kembali masuk ke alam mimpi.
Gempa membiarkan Hali tidur di dalam dakapannya. Dia mengusap-usap kepala Hali dengan lembut dan tersenyum lega. Untuk menghilangkan rasa bosan, Gempa pun turut masuk ke alam mimpi bersama Hali.
=============
Ani: Setelah sekian lama tak update... Tiba-tiba sahaja update dengan ke-merapu-an.. 😐
Zie: Hali nampaknya makin risau dan tak tenang dah sekarang sebab risaukan kesilapannya yang dulu. 😢
Ani: Alah, takpelah. Janji dia dah insaf. 😂
//psst- mungkin chap next bahaya sikit 👀👀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top