Your Past (67)
Selepas memberikan Gempa makanan tengah hari dan ubat, akhirnya Gempa tertidur di dalam biliknya. Hali memeriksa keadaan Gempa buat kali terakhir sebelum dia menutup pintu lalu beredar dari situ.
Sewaktu sedang turun dari tangga, Hali ternampak 5 saudaranya yang lain sedang berbual di kawasan ruang tamu rumah.
Ais yang kebetulan baru keluar dari dapur rumah ternampak Hali sedang berdiri canggung di tangga.
Ais: Hali, kau kata... Kau nak dengar cerita sebenar, kan?
Hali diam seketika. Namun tidak lama kemudian, dia pun menganggukkan kepalanya.
.
.
.
Kini 6 Boboiboy bersaudara duduk serentak di atas kerusi sofa di ruang tamu. Masing-masing membawa wajah canggung dan serius. Semua mata tertumpu pada wajah Hali yang berada di atas satu-satunya sofa bersaiz single.
Hali: Jadi... Ais. Boleh tak-
Ais: Jadi kau nak dengar apa yang terjadi selepas kau tinggalkan Gempa?
Hali diam, namun kemudiannya dia menganggukkan kepalanya dengan yakin. Walaupun wajahnya sekarang serius, tetapi jujur saja bahawa sebenarnya dia sedang berada dalam keadaan kegelisahan. Hatinya tidak berhenti untuk berdegup begitu kencang sekali dan dia sendiri sedang bergetar.
Solar menjeling Hali dengan pandangan menyampah.
Solar: Kenapa kau sibuk sangat nak tahu pasal hal silam korang? Tak puas lagi nak ingat betapa kejamnya kau dulu?
Hali menjengkilkan pandangan matanya ke arah Solar.
Hali: Tsk-! aku dah cakap yang aku minta maaf kan?!
Blaze: Apa kau ingat dengan minta maaf tu semua... Boleh sembuhkan memori Gempa yang dah terluka tu ke, hah?!
Hali berdiam diri seketika. Rasa sakit hati menerpa apabila dia ditengking oleh Blaze sedemikian rupa. Taufan menjeling Hali geram.
Taufan: Kau ni ibarat pengecut, Hali! Mentang-mentang Gempa sudi memaafkan kau, kau nak ambil kesempatan atas dia?!
Hali: Kenapa... Apa yang korang tak puas hati sangat pasal aku, hah?!
Blaze: Apa yang kitorang tak puas hati?! Apa kau tanya?! Kau menyakiti Gempa! Kau dera dia waktu kami tiada!!
Taufan: Dan pula buat-buat tak tahu bila kami tanya dia kenapa dia ada luka dan parut waktu kami pulang dari KL!! Tergamak kau Hali!!
Hali mengetap giginya lalu mendiamkan diri. Kedua belah tangannya digenggam erat. Kepalanya ditunduk dan suasana menjadi hening semula. Taufan dan Blaze yang barusan sahaja selesai menengking Hali mula menarik dan menghembus nafas dengan kasar. Pandangan mereka masih lagi tajam dan marah pada Hali.
Thorn: Su-sudah lah tu semua... Bagilah Papa peluang... 💦
Thorn cuba memberanikan diri untuk menenangkan semua walaupun dirinya juga sedang ketakutan dan hampir untuk menangis. Dia sangat takut apabila melihat keadaan saudaranya yang sedang bergaduh. Tambahan pula Gempa sedang berehat kerana demam. Jadi siapa yang boleh tenangkan mereka sekarang?
Solar: Kau jangan harap nak kami biarkan kau bersama Gempa selepas ini.
Hali: Kau-?! Kau ni dah melampau!! Gempa sudah elok terima aku tapi apahal kau pula yang suka-suka nak atur hubungan kitorang, hah?!
Blaze: Wey Hali! Kau sedar dan ingat balik apa kau dah buat pada Gempa!! Kami buat semua ni, untuk kebaikan Gempa.. Dan untuk ajar kau yang jenis cemburu buta tu!!
Hali: KAU NI..!!! 💢
Ais: Berhenti!!
KRAAKK!!
Ais menggunakan kuasa aisnya untuk membekukan pergerakan Hali, Taufan, Blaze dan Solar. Mereka berempat terperangkap dalam cengkaman ais yang kuat dan sejuk itu.
Blaze: A-apa ni Ais?! Lepaskan kitorang!!
Ais: Aku cakap berhenti!! Korang nak Tok Aba dan Ochobot datang sini ke hah?! Korang nak Gempa bangun ke?!
Semua serentak mendiamkan diri apabila dibentak kuat oleh Ais. Masing-masing menundukkan kepala mereka termasuk Thorn yang tidak 'ditanam' dalam ais tersebut. Dia hanya tercengang di atas sofa.
Hali menghela nafas.
Hali: Ais, semua ini salah aku. Kau lepaskan saja diorang tu. Takpe. Aku... Aku akan-
Ais: Dan kau akan tinggalkan Gempa? Sekali lagi? Kau ingat aku nak biarkan ke, hah?
Semua orang terkejut selepas mendengar persoalan keras dari Ais.
Blaze: A-apahal dengan kau ni Ais?! Kenapa kau nak menentang keputusan kami pula?! Kau nak dia-
Ais: Blaze, manusia boleh berubah. Kalau kau perangai sama teruk macam Hali dulu boleh berubah, kenapa dia tak boleh?
Blaze tercengang apabila Ais merenungnya tajam. Renungan dingin beserta kata-kata Ais membuatkan Blaze teringat kembali akan dirinya yang sering dipanggil 'monster'. Blaze menundukkan kepalanya kesal.
Blaze: Maaf, Ais...
Setelah Blaze, yang lain juga tidak ketinggalan meminta maaf kecuali Hali dan Solar. Mereka berdua hanya menundukkan kepala mereka. Ais menghela nafas lelah. Setelah itu dia melepaskan mereka dari cengkaman aisnya.
Setelah semua keluar, Thorn dengan baik hatinya sempat membuat hit coklat untuk setiap seorang lalu memberikannya kepada saudara-saudaranya. Mereka menikmati hot coklat tersebut dengan tenang.
Ais: Baiklah. Boleh kita mulakan perbualan seperti biasa?
Mereka semua mengangguk sambil meneruskan minum hot coklat. Ais tersenyum sebelum mula berbicara.
Ais: Baiklah. Hali, kau betul-betul nak tahu apa jadi lepas kau pergi?
Hali menundukkan kepalanya sambil berdiam diri. Ditatapnya akan wajahnya yang terpantul di permukaan air panas berperisa coklat tersebut. Dia kemudian mendesah.
Hali: Hhh.... Ya.
Ais: Ok. Selepas kau pergi...
.
.
.
FLASHBACK
Ais's POV
Selepas sahaja kau pergi dan keluar dari rumah, aku hanya perhatikan sahaja Gempa yang sedang menangis teresak-esak di hadapan pintu rumah. Dia dengan keadaan luka parahnya yang teruk, buatkan aku tidak sampai hati untuk membiarkan dirinya macam tu sahaja. Jadi, aku terus bertindak mahu menolongnya. Tapi, belum sempat aku bangkit dari tempat duduk aku, Gempa tiba-tiba bangun dari tempatnya.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku tiba-tiba kaku di tangga sambil memerhatikan Gempa yang sangat sengsara cuba bangun dari duduknya. Melalui pemerhatian aku, aku dapat rasakan bahawa kaki dia sangat perit waktu tu.
Tapi aku kagum dengan Gempa. Dia masih cuba bertahan dan bangun untuk menuju ke dapur. Aku pasti dia nak ambil perkakas untuk merawat luka dia di sana. Tapi dia tak sedar aku ada dan sedang memerhatikan dia.
Dengan lumuran darah yang mengalir dari setiap tempat lukanya, ia meninggalkan kesan darah di permukaan lantai di tempat Gempa lalu. Peritnya Gempa kena tahan sakitnya sambil cuba untuk berusaha merawatkan dirinya. Aku terlalu kagum sampai tak dapat nak bergerak mahupun berkata-kata.
Namun, sebaik sahaja Gempa sampai di ambang depan dapur, dia terus jatuh pengsan.
THUMP!!
Pantas aku bangun dan mendapatkan Gempa selepas tersedar dari kekaguman aku. Telefon semua aku biarkan ada di atas dan aku terus melihat keadaan Gempa. Memang jelas. Dia sudah pengsan. Tapi... Darahnya masih mengalir.
Jadi tanpa membuang masa, aku pun terus mengambil kit kecemasan yang seingat aku Gempan dan Tok Aba selalu simpan di almari atas di dapur. Dengan menggunakan kuasa ais aku, aku cuba membekukan darah yang masih mengalir keluar dari lukanya.
Tiada sesiapa tahu... Yang keadaan Gempa sangat sadis sekali waktu tu. Aku sendiri tengok pun rasa macam nak menangis. Tapi aku tak berdiam diri sahaja. Oleh kerana aku terlalu kalut dan panik sehingga tak dapat berfikir dengan tenang, aku pun terus menelefon Fang.
Aku rasa disebabkan Fang tahu akan apa yang bakal terjadi pada Gempa selepas kau heret dia ke rumah, jadi dia terus menelefon abangnya, Kaizo untuk datang membantu.
Setelah sekian lama menunggu, nasib baik Kaizo dan Fang datang tanpa kapal angkasanya. Rupanya Fang sendiri tak nak kau tahu akan keberadaan diorang di rumah kita.
Dengan menggunakan teknologi yang canggih yang ada bersama Kapten Kaizo dan Fang, mereka berjaya mengurangkan pendarahan dan merawat luka Gempa yang dalam dan teruk. Semuanya mengambil masa 1 jam dalam proses menghentikan pendarahan dan luka sahaja.
Selepas itu, kami mencuci pula luka-luka yang ada pada setiap tubuh badan Gempa.
Siapa sangka? Kejamnya Hali dalam mendera Gempa, sehingga tiada satu pun tempat yang tiada luka. Sehingga Kapten Kaizo terkejut melihatnya.
Kami menggunakan khidmat doktor yang bertugas di Pusat Tempur A. Kapten Kaizo sudah menjelaskan perkara yang sebenar dan dia juga meminta agar doktor tersebut turut merahsiakan akan hal ini.
Jadi, proses merawat luka-luka Gempa mengambil masa 2 jam. Itu pun masih belum pulih sepenuhnya.
Setelah selesai, aku menukarkan pakaian Gempa dan menyapu ubat pada goresan-goresan yang ada pada wajahnya. Kau takkan dapat teka betapa marahnya aku kepada kau waktu tengah merawat Gempa.
Namun aku tidak meluapkan kemarahan aku. Sebaliknya aku terus merawat Gempa.
.
.
.
End Ais's POV
END FLASHBACK
Ais: Mesti kau sendiri tertanya kan bagaimana luka Gempa boleh dirawat dengan mudah?
Ais menjeling ke arah Hali yang nyatanya sedang menundukkan kepalanya. Jelas sekali terpancar wajah kerisauan dan penyesalan di mukanya.
Hali: Aku... Aku dah hairan dengan luka dia yang begitu cepat sembuh. Sebab... Aku... Aku langsung tak sedar yang kau ada di rumah.
Ais mendengus kesal. Dia mula menggelengkan kepalanya kecewa dengan Hali.
Taufan: Lepastu... Apa jadi Ais?
Ais: ...lepastu...
.
.
.
FLASHBACK
Ais membuat keputusan untuk menetap di rumah Fang memandangkan Hali pasti akan pulang setelah itu. Jadi atas bantuan baik dari Kapten Kaizo dan Fang, Ais dapat membersihkan ruang rumah yang kotor dan pada masa yang sama menjaga Gempa.
Bukan untuk hari itu sahaja sebenarnya Ais menjaga Gempa. Sebenarnya hampir setiap hari dia sering pulang ke rumah untuk memastikan keadaan Gempa selamat. Dia sering khawatir jika Hali akan bertindak mendera Gempa semula dan nasib baik Hali hanya sekadar menolak atau mempedulikan Gempa sahaja.
Setiap kali sebelum Gempa masuk tidur, Ais dan Fang akan senyap-senyap masuk ke dalam rumah dan menyuntik ubat bius pada Gempa. Mungkin ia agak berbahaya kerana ia berkemungkinan memberi efek kepada Gempa. Namun begitu, tidak selalu penggunaan ubat bius digunakan. Kadang-kadang mereka juga akan meletakkan pil tidur di dalam makanan atau minuman Gempa.
Dan sebaik sahaja Gempa tidak sedarkan diri, mereka akan mula merawat dan memeriksa keadaan luka Gempa. Mereka yang menyalin bandage Gempa dan mencuci lukanya.
Walaupun Gempa juga sering mencuci lukanya, tetapi kerana keadaan Gempa yang agak sukar untuk berjalan dan juga keperluan ubat tidak terlalu mencukupi, jadi mereka terpaksa melakukan hal demikian.
Mungkin nasib Fang dan Ais sentiasa baik kerana di sepanjang proses mereka merawat Gempa di kala malam hari, pasti Hali tidak perasan.
Lebih kurang 2 minggu hal tersebut berlalu berterusan sehinggalah waktunya kembar element yang lain pulang ke rumah.
Sebelum pulang ke rumah, Ais sempat mesej Solar dan Taufan untuk meminta mereka untuk tidak menyatakan apa-apa kerana memandangkan Ais tidak ikut serta pulang ke KL. Nasib baik mereka berdua faham dan tidak terlalu banyak bertanya.
Namun di hari kepulangan mereka, mungkin agak kurang dari apa yang diharapkan.
.
.
.
Gempa: Hari ni Tok Aba, Ochobot dan yang lain akan pulang. Aku nak masak apa eh?
Gempa yang sedang menyalin kain pembalut mula termenung memikirkan masakan yang sesuai sebaik sahaja keluarganya pulang dari perjalanan yang jauh. Dan dalam Gempa sedang ligat berfikir, dia ternampak Hali berjalan turun dari tingkat 2 dan menuju ke pintu rumah.
Gempa: Ah, Ha-!
Gempa tiba-tiba kaku untuk memanggil nama Hali. Sebenarnya, semenjak Hali mendera dan menyiksanya, mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Sehingga waktu makan pun mereka makan di tempat berasingan ataupun pada waktu yang berlainan.
Gempa sebenarnya tidak kisah akan hal itu kerana dia sebenarnya masih marah dan tidak dapat memaafkan Hali. Namun kerana jiwanya yang sering memikirkan tanggungjawabnya untuk menjaga keluarganya, dia sering terpaksa mengalah dan menolak egonya.
Paling merisaukan, tidak lama lagi saudara mereka akan balik. Dan jika mereka tahu Hali dan Gempa bergaduh dan melihat keadaan Gempa yang terluka parah, pasti mereka akan mula hairan.
Gempa tidak mahu akan hal itu terjadi. Jadi dia ingin memperbaiki masalah itu.
"Ugh... Tak kira marah mana pun aku pada Halilintar, aku masih nak kami kelihatan baik-baik saja! "
Gempa cuba menyemangatkan dirinya sendiri. Setelah selesai membalut luka, Gempa terus memanggil Hali.
Gempa: Ah, Halilintar!! Tunggu!
Hali berpura-pura tidak mendengarnya. Dia terus berjalan menuju ke ambang pintu sebelum Gempa kembali memanggilnya semula.
Gempa: Halilintar tunggu!! A-aku ada benda nak tanya! Mana kau rasa masakan yang baik untuk yang lain makan bila diorang balik nanti? Masakan-
Hali: DIAMLAH!!
Gempa terkaku apabila dia dibentak oleh Hali. Raut wajah Gempa mula kelihatan keras.
Hali sempat memberikan jelingan tajam kepada Gempa sebelum dia terus beredar dari situ. Pintu rumah dihempas dengan kuat sekali sehingga membuatkan Gempa terhinjut bahu kerana terkejut.
Raut wajah Gempa yang kaku mula berubah sedih. Dia menundukkan wajahnya sambil mengganggam kedua belah tangannya untuk menahan rasa sedihnya.
Dan setelah lama berdiam diri, akhirnya suara isakan kedengaran. Badan Gempa mula menggigil sambil menangis.
Gempa: Hali... Isk.. Hali... Snif.. J-jangan buat aku macam ni... Isk.. Tolonglah kembali... Uhuk.. Uhuk... Hwaaaaaa...
Gempa menutup wajahnya menggunakan kedua belah tangannya. Dia membiarkan air matanya mengalir deras dari kelopak matanya. Segala baju dan kain pembalut yang dipakainya di tangan mula basah kerana air mata.
.
.
.
Pin! Pin! Piinnn!!
Taufan: Yahooo~!! KAMI DAH BALIK!!
Taufan melompat riang bersama Blaze dan Thorn di belakang. Masing-masing memaparkan wajah yang begitu ceria dan senang sekali.
Mendengar suara ceria saudaranya telah pulang, Gempa yang berada di ruang dapur mula berjengket keluar dari dapur lalu menuju ke pintu utama rumah.
Dapat dilihat wajah ceria saudaranya yang amat dirindui di muka pintu. Gempa tersenyum lalu dengan pantas menghampiri mereka.
Gempa: Korang~!! Selamat pulang!! 😄
Blaze: Kami dah balik-... Gem... Pa..?
Wajah ceria mereka semua mula berubah terpegun apabila mereka melihat rupa Gempa. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat wajah Gempa iaitu pipi dan mukanya dibalut dan diletakkan plaster yang cukup banyak dan besar. Tidak cukup untuk itu, tangannya juga berbalut tebal dan kakinya juga dibalut. Lehernya? Ada pembalut juga!
Taufan: K-kenapa dengan kau ni Gempa?! 💦
Gempa: Huh?! Aaa... T-tak. Takdr apa-apa pun! A-aku ada... Kemalangan hari tu.
Blaze: Kemalangan?! Kenapa kau tak bagitahu kitorang?!
Gempa sedikit berundur apabila saudara-saudaranya semakin menghampirinya. Dengan pantas Gempa menggelengkan kepalanya dan cuba menenangkan mereka.
Gempa: B-bertenang! Aku ok lah!
Solar memerhatikan keadaan sekeliling. Ais tiada dan... Hali pun tiada?
Solar: Gem, mana Hali?
Gempa terkedu seketika apabila disoal sedemikian. Dia menunduk canggung sambil tergaru-garu lehernya.
Gempa: E-entah... Dia kata... Dia nak keluar.
Ais: Kenapa dia tak tolong beritahu kitorang yang kau kemalangan?
Semua orang berpaling ke belakang apabila terdengar suara Ais mencelah.
Blaze: Woi, Ais! Kau ke mana-! Mmmphh!! (mulut kena tekup)
Belum sempat Blaze ingin menghabiskan kata-katanya, Taufan awal-awal lagi dah tutup mulutnya.
Taufan: Aahh.. T-takde apa-apa! 😅💦 (bisik dekat Blaze) Baik kita tanya Ais lepasni. Kau tutup mulut kau tu dulu.
Blaze menganggukkan kepalanya apabila dia merasakan ada aura hitam yang keluar dari Taufan. Walaupun tak jelas sangat tapi boleh tahan creepy aura dia. 😓
Gempa yang memandang Agak terkebil-kebil melihat keadaan saudaranya. Apa yang jadi?
Solar: Ekhem! Berbalik pada soalan Ais tadi. Kenapa Hali tak call huh? Kan ada kau dan Hali kat rumah ni.
Gempa: Eerr... H-Hali pun... Tak sangkakan hal tu. D-dan aku pun... Tak nak dia kasi tahu korang sebab tak nak korang risau. 😅
Semua berdiam diri selepas mendengar alasan Gempa. Mereka tahu Gempa menipu. Tetapi mereka tidak sanggup untuk mematahkan penipuan itu. Tetapi mereka juga sebenarnya tidak tahu dan teringin untuk tahu akan apa yang sebenarnya terjadi.
Dan selepas kejadian itu, tiada sesiapa ingat untuk bertanya pada Ais tentang apa yang terjadi. Jadilah semua tidak tahu akan rahsia Hali dan Gempa kecuali mereka berdua dan Ais sahaja.
Fang dan Kapten Kaizo hanya sekadar membantu dan merawat Gempa. Mereka sendiri tidak ingin masuk campur.
.
.
.
END FLASHBACK
Taufan: Ckh, macam ni kitorang nak biarkan kau bersama Gempa?
Hali menundukkan kepalanya kesal. Dia sendiri sudah mati akal hendak berkata-kata apa untuk mempertahankan dirinya sendiri.
Hali: Maaf...
Ais: Haih.. Sudahlah. Apa kata kita bagi Hali ni peluang?
Blaze: Dan biarkan dia cederakan Gempa sekali lagi? (jeling Ais)
Ais: (rolling eyes) Kalau dia cederakan Gempa sekali lagi, pandai-pandailah kita kerjakan dia nanti.
Semua orang mengangguk setuju. Hali hanya tetap berdiam diri dan pasrah akan perkara yang menimpa dirinya.
===================
Ani: Aahh... Complicated pula jadinya. 😅
Zie: Jadi kiranya Hali dah boleh bersama Mama Gem ya?
Ani: Boleh dikatakan macam tu lah. Tapi sebetulnya dia hanya diberi peluang sahaja. Sekali silap, dia dan Mama takkan bersama dah. 💦
Zie: 😨 Agak-agak, macam mana ya? Hali akan berjaya atau gagal? 💦
Ani: Kita tunggu dan baca. Uwu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top