Where Are You Gempa!? (15)
Gempa: Isk...selamat tinggal, Halilintar.
.
.
.
.
.
.
Taufan berjalan mundar mandir di sekitar kawasan ruang tamu itu. Di dalam rumah Tok Aba, yang lain tidak seperti Taufan. Tetapi mereka senyap.
Ani yang mahu makan coklat tiba-tiba hilang selera. Thorn yang mahukan ais-krim disimpan di dalam peti sejuk. Rasa pahit di hatinya sekarang lagi penting dari itu. Manakala Blaze tidak seperti mereka berdua. Hentam saja makan snack yang dibeli tetapi matanya ligat fikirkan sesuatu.
Ais: Check mate!
Solar: Ckh!
Solar berdecih kasar apabila dia kalah dalam perlawanan catur bersama Ais. Ais tersenyum memenangi perlawanan itu namun hanya seketika. Kemudian wajahnya kembali serius apabila memandang Taufan.
Ais: Kau tak nak cari dia ke?
Taufan: Masalahnya aku tak tahu dia kat mana...haih...
Solar: Hmm...cuba call?
Blaze: Dah cuba dah...tapi tak jawab..
Thorn: Mana Mama ni...
Dalam keadaan mereka sedang risau akan keadaan di luar sana yang hujan lebat, tiba-tiba pintu rumah berbunyi dan dibuka. Pantas kepala dan mata masing-masing memandang muka pintu tersebut.
Klek!
Taufan: Gempa?
Kreaakkk...
Hali: Aku dah balik...hn?
Hali perasan akan suasana di dalam rumah tersebut. Masing-masing dengan wajah risau dan runsingkan sesuatu. Hali yang sedang basah kuyup memandang hairan.
Hali: Apahal?
Yang lain pun menghela nafas kecewa. Bukan Gempa. Mereka sambung aktiviti yang tertunggak tadi dan tidak memperdulikan Hali.
Ais: Haih..aku nak naik tidurlah.
Harru: Ais, aku ada nak pinjam buku kau. Boleh aku ikut kau kejap?
Ais: Hmmm...
Ais dan Harru pun menaiki tingkat atas tidak mempedulikan Hali.
Hali juga tidak menghiraukan mereka. Pantas dia berjalan melepasi ruang tamu dan ingin ke tangga menuju tingkat atas. Namun gerak langkahnya terhenti apabila Taufan memanggilnya.
Taufan: Hali.
Hali memusingkan badannya menghadap Taufan.
Taufan: Mana kau pergi hah?
Hali: Ckh, bukan masalah kau pun. Aku dah cakap aku nak jumpa seseorang-
Taufan: Kau tak jumpa Gempa ke?!
Kata-kata Hali terpotong dan terhenti apabila Taufan memotongnya. Gempa? Apa Taufan merepek ni?
Hali: Mana ada...buat apa aku nak jumpa dia?
Taufan: Kau..kau..!!
Gbraak!!
Dengan tiba-tiba Taufan berlari ke arah Halilintar lalu mencengkam baju Hali dengan kuat dan menjerit kasar.
Taufan: BAIK KAU BAGITAHU AKU CEPAT!!! BETUL KE KAU TAK JUMPA GEMPA HAH?!!!
Halilintar terkejut dengan serangan Taufan lalu cuba menolak Taufan namun tidak berhasil.
Suasana itu tiba-tiba menjadi hangat dan tidak tenang. Dengan pantas Hali geram dan menolak Taufan dengan menendang perut Taufan kasar.
Hali: KAU APAHAL HAH?!!
Taufan: Ugh-! Ckh! KAU YANG APAHAL!!! APA KAU INGAT GEMPA TAKDE PERASAAN KE HAH?! KALAU AKU JADI GEMPA, DAH LAMA AKU BUNUH KAU!!!
Hali semakin baran dengan tengkingan Taufan. Mujur di luar rumah sana masih hujan lebat dan memerangkap suara mereka dari dalam. Jika tidak, pasti jiran sebelah sudah dapat mendengarnya.
Hali: KAU NI-!!!
Taufan: APA?! NAK LAWAN KE?! MEH LAH!!
Hali hampir menerkam Taufan namun pergerakannya ditahan kuat oleh Solar. Manakala Blaze pula menahan Taufan yang meronta untuk melepaskan diri.
Ani dan Thorn yang memandang mula berasa takut dan Ani terus memeluk Thorn kuat dan menutup matanya dan mata Thorn untuk tidak menyaksikan adengan kasar itu.
Taufan: Ikh!! LEPASKAN AKU BLAZE!!! BIAR AKU AJAR MANUSIA MURAHAN MACAM DIA NI!!!
Hali: HOHO BERANI KAU?!! MANUSIA SAMPAH!! PERGI M*T* LAH B*D*H!!!
Blaze: Ugh-!! S-sabar Taufan!! Korang gaduh pun bukannya kita boleh tahu Gempa kat mana!!
Solar: Bertenang Hali!! Ada sebab kenapa Taufan serang kau!!
Taufan pun melepaskan diri dari cengkaman Blaze dengan kasar. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menarik dan menghembus nafas geram. Matanya masih menjeling Hali yang berada di hadapannya dengan kasar.
Hali juga dilepaskan oleh Solar. Hali membetulkan bajunya yang basah sikit terkena hujan tadi. Dia menarik nafas dan turut memandang Taufan dengan marahnya.
Hali: Aku tak tahu apa-apa punlah! Mana ada jumpa Gempa langsung!
Solar: Betul ni..?
Hali: Nak aku bagi penumbuk dulu ke baru nak percaya?!
Ani: S-sudah! Apa korang semua ni tak matang ke hah?! Macam mana kalau Gempa tengok nanti?! Tak fikir ke?!
Ani yang sedari tadi diam kini melepaskan pelukannya pada Thorn dan menengking 4 makhluk di hadapannya.
Blaze: Kau kena cerita dekat Hali, Taufan. Kalau tak...macam mana dia nak tahu?
Taufan: Ckh! Buang masa.
Taufan pun mengalihkan pandangannya lalu berjalan menuju ke arah sofa dan duduk menghempap sofa dengan kasar. Matanya memandang kaca televisyen yang menyiarkan rancangan yang baginya tak menarik langsung.
Hali pula sudah reda kemarahannya lalu dia memusingkan badannya dan berjalan menuju ke tangga dan menaikinya. Dari tingkat bawah kedengaran bunyi pintu bilik Hali dibuka dan ditutup dengan kuat.
BAM!!
Solar dan Blaze yang memandang hanya terpaksa diam kaku. Mereka buntu harus apa sekarang.
.
.
.
DI TINGKAT ATAS
.
.
.
Di bilik Hali, Hali melepaskan topinya lalu dihempas ke lantai tanda melepaskan geram. Dengusan yang keluar dari nafasnya kedengaran. Hali melepaskan jaket hitam yang dipakainya lalu dicampak ke tepi dinding dan kini dia hanya memakai t-shirt hitam berlogo petir berwarna merah di bahagian sisi kiri dadanya.
Hali: Hahhh...tak guna. Balik-balik je kena hadap benda ni! Hmmhh...!
Hali kini membaringkan dirinya di atas katilnya dan memandang siling biliknya. Hujan masih turun dengan lebatnya tanda masih tidak akan berhenti.
Di kepala Hali masih ligat terngiang-ngiang suara Taufan yang menjerit ke arahnya tadi.
Taufan: BAIK KAU BAGITAHU AKU CEPAT!!! BETUL KE KAU TAK JUMPA GEMPA HAH?!!!
Apa maksud soalan itu?
Taufan: Ugh-! Ckh! KAU YANG APAHAL!!! APA KAU INGAT GEMPA TAKDE PERASAAN KE HAH?! KALAU AKU JADI GEMPA, DAH LAMA AKU BUNUH KAU!!!
Apa kaitan dengan Gempa?
Di dalam kepala Hali semakin serabut dengan soalan-soalan yang tiba-tiba keluar. Dia semakin serabut jadinya. Apa dah jadi pada Gempa sampai Taufan jadi macam tu?
???: Biar kami terangkan...
Hali memandang ke arah bunyi suara tersebut. Di muka pintu biliknya. Berdirinya 2 orang lelaki yang berwajah tenang dan masing-masing bersandar pada dinding muka pintu sambil memandang Hali.
Hali: Ckh. Kalau Taufan tadi dah lama aku kasi kaki. Hmm..Apa dah jadi weyh...?
Ais: Haih...kau tahu kan? Gempa takde kat dalam rumah ni.
Hali menangguk malas. Ais dan Harru berjalan masuk ke dalam bilik Hali dan duduk di atas katil Hali. Harru hanya berdiri di samping Ais.
Ais: Kau tak tahu ke..? Yang Gempa terdengar perbualan kau dan Taufan pagi tadi?
Hali: H-huh?!
.
.
.
.
.
.
.
SPLASH!! SPLASH! SPLASH!!
Bunyi percikkan lopak air kedengaran apabila Hali memijaknya. Dengan kuasa gerakkan kilatnya, Hali mencari kelibat Gempa di seluruh kawasan perumah itu. Di kedai Tok Aba, di rumah Gopal, Yaya, Ying, Fang, di padang, dan sekolah.
Hali: Huff..huff..! Mana kau ni Gempa?
Hali tidak berputus asa. Dia terus mencari. Hujan yang sudah membasahi badannya tidak dihiraukan. Di biarkan dirinya basah kuyup begitu sahaja.
FLASHBACK
.
.
.
Hali: Apa?!
Ais: Gempa tak balik lagi...haih...kau ni.
Hali: T-tapi...dia pergi mana?!
Harru: Taufan kata...dia ada hal. Tapi Taufan tak tahu apa.
Hali: Habistu dia kat mana sekarang?!
Ais: Tak tahu. Taufan sendiri tak tahu kat mana Gempa. Di-call tapi tak berjawab. Dah lama kami tunggu. 3...jam..kot..?
Sontak Hali terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Blaze. 3 jam?! 3 jam Gempa berada dalam hujan ni?! Kalau jadi apa-apa pada Gempa nanti macam mana?!
Pantas Hali mengambil kembali jaket bersama topinya lalu dipakai. Dia segera bergegas turun melalui tangga dan berjalan melintasi ruang tamu. Tempat Ani, Taufan, Blaze, Thorn dan Solar berada.
Taufan yang memandang Hali terus dapat merasakan Hali ingin keluar mencari Gempa. Dia mengehela nafas sebelum berkata.
Taufan: Kalau kau cari Gempa...last aku tengok dia kat taman.
Hali tidak menjawab. Dia memakai kasutnya lalu berlari keluar dari rumah tanpa membawa payung. Yang lain hanya memerhatikan kelibat Hali yang telah hilang dari pandangan dan pintu rumah yang terbuka luas.
.
.
.
'Mana kau Gempa?!!'
Di dalam hati Hali tidak putus-putus berdoa agar Gempa dapat ditemui dan semoga tiada apa-apa yang berlaku pada Gempa.
Hali teringat akan kata-kata Taufan. Taman! Dengan kuasa kilatnya, dia terus percepatkan larian dan berlari ke arah taman.
Hali melilau mencari kelibat seseorang. Dalam 2 minit dia berulang-alik di taman, akhirnya dia jumpa orang yang dicari sedari tadi.
Hali: Akhirnya...aku jumpa kau. Gempa...
To Be Continue~
===========
Ani: Ayyee~!! X3 Akhirnya siap juga! Chapter ni boleh tahan panjang juga.
K.Zie: Alah, macamlah kita tak biasa taip chapter berjela-jela? 1000+ ni biasa saja. X,D
Ani: Tapi penat juga kak.
K.Zie: Hm! Betul tu! Tapi nak buat macam mana Ani? Awalnya kan kita nak buat sikit je...last2 jadi banyak pula. X,D
Hali: Oi! Dah lah tu! Cepat sambung part seterusnya!!
Ani: Ish, sabarlah! Kitorang baru habiskan chapter ni je.
K.Zie: Ha'a. Tak bersyukur langsung! =3=
Hali: Bukan tak bersyukur...tapi...BOLEH TAK KORANG BUAT GEMPA BERHENTI MERAJUK DENGAN AKU?!! AKU NAK TIDUR PUN TAK LENA FIKIRKAN GEMPA SAJA TAU TAK?!! 😭😭
K.Zie&Ani: Kesiannya...alahai..oklah. Jom sambung tulis. =^='
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top