What Happen? (12)
Tengah hari itu
Keluarga Boboiboy sedang menikmati waktu keluarga bersama dan diikut serta oleh Ani dan Harru yang baru sampai ke rumah. (Ini sambungan chapter lepas ya?)
Oh, tertinggal seseorang! Halilintar. Dia tiada bersama mereka ber-8. Gempa sedang menikmati rancangan televisyen yang ditayangkan di kaca tv bersebelahan dengan Ani dan Ais. Matanya masih merah dan bengkak jadi dia minta pertolongan kuasa Ais untuk keluarkan ais batu kecil untuknya agar dapat diturap pada matanya.
Trio Trouble Makers sudah tahu tentang perkara itu termasuk Ais dan Solar. Mereka sendiri menyaksikan keadaan yang berlaku waktu pagi tadi...
FLASHBACK
.
.
.
Kembali ke saat selepas Taufan minta diri untuk naik ke atas dan Gempa kembali duduk di kerusinya untuk makan.
Solar: Agak-agak...apalah yang Hali tengah fikirkan tu sampai jadi macam tu.
Blaze: Alah, biarkan sajalah dia tu. Asalkan tak ganggu makan kita tak apa kan? 😆 (sambung makan)
Gempa tidak mendengar apa yang diulaskan oleh Blaze, Solar, Thorn dan Ani. Kepalanya masih ligat berfikir akan keadaan Hali. Gempa perasan, perangai Hali tiba-tiba sahaja berubah pagi tadi cuma dia tidak pedulikan dahulu kerana sibuk mengejutkan kembaran mereka yang lain.
Makanan yang di pinggan Gempa dikuis-kuis di dalam pinggan dan langsung tidak dimasukkan ke dalam mulutnya. Ais yang sedari tadi mendiamkan diri pastinya sedar akan keadaan sekelilingnya. Dia sahaja berpura-pura mengantuk dan tahan diri untuk tidur (walaupun sebenarnya betul) dan perhatikan keadaan yang sejak awal Ani datang untuk sarapan hinggalah sekarang.
Ais juga amat merisaukan Halilintar. Tetapi dia lebih runsingkan keadaan Gempa. Pasti Gempa risau akan keadaan Hali hingga tidak menjamah makanannya.
Ais: Gempa...kau tak makan ke?
Gempa: Huh? Oh...err..aku rasa macam takde seleralah. Aku...aku nak tengok lah apa jadi dekat Halilintar!
Dengan kadar segera Gempa bangun dari duduknya lalu menolak kerusi tempat duduknya kuat.
Gempa berlari ingin keluar dari dapur tapi sempat ditahan tangannya oleh Solar.
Solar: Tunggu dulu, Gempa! Aku takut kau tak patut dengar apa yang Taufan dan Hali cakap kan!
Gempa yang berhenti sambil mendengar apa yang diberitahu oleh Solar mula merasakan tidak sedap hati. Apa maksud Solar? Gempa memusingkan kepalanya lalu memandang Solar dengan wajah penuh tanda soal.
Solar yang terlepas cakap itu tersedar akan dirinya apabila dia disiku oleh Ani dan Blaze. Manakala Ais pula menepuk dahinya sambil menghela nafas kecewa dan Thorn yang masih terkebil-kebil memproses apa yang terjadi di sekelilingnya itu.
Gempa: Apa maksud kau...?
Solar: Aaa...err..m-maksud aku...uhhh... (sweat drop)
Sebaik sahaja Solar hilang fokusnya yang sedang memegang tangan Gempa, pantas Gempa menepis tangan Solar kuat lalu berlari keluar dari dapur dan menaiki tangga.
All kec. Thorn: GEMPA!!
GtaNG!! Gang!
Semua yang ada di situ kecuali Thorn terbangun dari kerusi mereka cuba mengejar Gempa tetapi akhirnya Ais memanggil mereka untuk berhenti.
Ais: Nanti. Biarlah Gempa tahu apa yang dia patut tahu. Lagipun mana tahu ia melibatkan diri Gempa juga..?
Ani: T-tapi... 😥
Blaze: Heish! Aku tak faham lagilah! Apa dah jadi ni?! 😫
Solar kembali duduk di kerusinya diikuti Blaze, Ani dan Ais.
Mereka hanya mendiamkan diri sambil menatap meja yang dihidang makanan di atasnya. Suasana sunyi dan amat tegang membuatkan Thorn yang sedari tadi tidak tahu apa-apa mula membunyikan suaranya.
Thorn: Apa dah jadi sebenarnya?
Ais yang memandang Thorn merasa kasihan pula kepada budak innocent tu. Kemudia Ais memandang Solar sebagai juru cakap kepada Thorn.
Solar: Thorn, kau tak perasan ke Hali yang berubah tadi?
Thorn menyengetkan kepalanya hairan.
Thorn: Hm? 😐
Solar: Haih...Hali kan senyap saja tadi waktu kita tengah makan.
Thorn: Oh yalah! Betul juga. Thorn pun tak perasan tadi. Iyalah, Papa kan selalu senyap. Cuma kalau ada sesiapa nak mengurat Mama Gempa je dia marah.
Blaze: Betullah. Bila kau cakap baru aku perasan. Tapi...kenapa?
Ais: Itulah persoalannya. Kita tak tahu kenapa dan apa sebab Hali jadi macam tu.
Thorn: Habis tu macam mana? 😰 Nanti kalau Mama Gempa dan Papa Halilintar gaduh??
Ani yang sedari tadi mendiamkan diri mula berasa geram. Dia bangun kembali dari duduknya lalu berlari keluar dari dapur dan menuju ke tangga.
Yang lain turut terkejut dengan tindakan Ani namun mereka yang mula mempunyai persefahaman apa yang difikirkan oleh Ani pun ikut Ani dari belakang. Meninggalkan meja makan yang dihidangkan makanan.
Kebetulan sewaktu mereka sedang tergesa-gesa menaiki tangga, Harru datang ke rumah kembar Boboiboy itu dan ternampak mereka. Harru mengangkat alisnya hairan dengan situasi itu. Namun tanpa banyak bunyi Harru masuk ke rumah yang pintunya sedari tadi sudah terbuka.
.
.
.
Ani dan yang lain sudah sampai ke tangga paling atas dan kebetulan mereka dikejutkan dengan Taufan yang sedang memeluk Gempa. Manakala Gempa pula sedang menutup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Wajah Gempa merah. Merah bukan kerana malu, tetapi terlalu sedih. Sangat sedih. Hatinya hancur dan koyak.
Ani dan element yang lain memandang kasihan kepada Gempa. Mereka dapat agak apa yang baru sahaja berlaku. Ais dan Solar memandang ke arah Taufan dan Taufan menggangguk. Faham apa yang disampaikan oleh riak wajah duo cool itu. Mereka pasti meminta kepastian sama ada Hali yang menyebabkan perkara ini terjadi atau tidak.
Ani: Mama...
Gempa yang terdengar suara Ani terus terlepas dari pelukan Taufan. Dia memandang ke arah Ani dan yang lain dengan wajaj yang amat terkejut. Pantas dia mengusap air matanya kasar lalu melemparkan senyuman yang mereka tahu itu senyuman palsu dan paksa.
Thorn: Mama Gempa okay..?
Gempa: Hn? Ah...hick! Y-ya...okay... 😊
???: Apa sudah jadi ni?
Mereka ber-7 dikejutkan dengan suara asing di sekitar mereka. Pantas mereka mengalihkan pandangan mereka ke tangga. Terlihat Harru sedang berdiri sambil 1 tangannya di dalam poket seluarnya manakala 1 tangan lagi di luar sambil memegang sebuah beg plastik.
Ani: Ha-Harru...emm...ada sesuatu terjadi. Dan Mama.... (tengok Gempa)
Harru yang memandang setiap seorang di hadapannya cuba mentafsir keadaan tersebut. Lalu dia menghela nafas.
Harru: Sudah. Jom kita ke bawah tengok movie. Aku ada beli DVD baru dan ada donut. MacDonalds pun ada ni. Sudah ayuh turun.
Blaze: MCD?! NAKK!! XD
Thorn: Thorn nak tengok movie!!
Dengan pantas suasana tegang tadi berubah menjadi ceria kerana suara Blaze dan Thorn. Yang lain turut turun ke tingkat bawah untuk menjamu makanan yang dibawa oleh Harru.
Ani: Uuuhhh....
Solar: Tak mengapa Ani. Kita sama-sama fikirkan cara nak pulihkan keadaan ni.
Ais: Tapi sebelum tu kita kena siasat dulu...
Ani: Hmm...
Ani pun bergerak selepas Solar dan Ais melepasinya. Harru yang menunggu Ani di tangga hanya merenung Ani. Ani yang melihat Harru tersenyum puas.
Ani: Thanks Harru sebab kau datang pada waktu yang sesuai. 😊
Harru: My pleasure. Nanti kau cerita dekat aku apa yang jadi.
Ani: Ok! 😆
Kemudian hanya tinggal Taufan dan Gempa yang masih belum berganjak dari tempat asal mereka.
Gempa hanya menghela nafas berat. Di dalam fikirannya kosong. Langsung tiada apa yang dapat dia fikirkan waktu itu. Dia membuat keputusan untuk membiarkan apa yang terjadi tadi dan hormati segala keputusan Hali. Ya, dia cepat mengalah. Tapi ini demi kebaikan hatinya sendiri. Jika dia degil dan berkeras juga, pasti dia akan diakhiri dengan kekecewaan seperti tadi.
Gempa: Haih...
Taufan: ...Gempa.
Gempa: Hm? (toleh dan memandang Taufan)
Taufan: Kalau Pa- maksud aku, kalau Hali tinggalkan kau...aku akan ganti tempat dia dan cuba sedaya upaya menceriakan kau. Aku harap lada waktu itu, kau dapat membuka hati kau untuk aku jika ia betul-betul terjadi...
Gempa hanya memandang Taufan dengan tatapan kosong. Namun, sebaris senyuman muncul di bibir memilik iris emas itu.
Gempa: Tengoklah nanti... 😊
Dan mereka berdua turun bersama menikmati juadah dan movie yang dibawa oleh Harru membiarkan Hali terkecuali dalam kelompok itu.
===========
Ani: Ok lah, author belanja chapter ni. Kesian pula takut readers tertunggu. Lagipun nanti puasa dah payah dah nak post. Apa sudah jadi?!!!! 😭 Keadaan semakin teruk!!!
K.Zie: Akak takde pun dalam chapter kali ni. 😢
Ani: Takpe kak. X,D Nanti akak akan muncul juga. Ha, nantikan chapter seterusnya! Apa akan jadi ya?
K.Zie: Kalau ada readers ingin membuat pertanyaan, boleh komen di bawah! Bye! XD
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top