We're Home~!! (57)

Taufan: Mana diorang ni??

Solar: Tunggu siapa Taufan?

Taufan: Mama dan Papa.

Solar: Huh? Bukan ke Papa dan Mama ada dekat luar negara dengan Tok Aba dan Ochobot?

Taufan: Kau ni berjangkit dengan Thorn eh?

Solar: Huh? Apsal pula?

Taufan: Haih... Thorn pun tahu lah aku maksudkan siapa. Hali dan Gemgem lah!!

Solar: Oohh.... ok.

Solar hanya diam dan berlalu pergi meninggalkan Taufan sendirian di hadapan pintu. Taufan menayangkan wajah 'What?!' pada Solar.

Taufan: Oi! Kurang asam betul! =3=

Solar: Bukan masalah aku. Lagipun, Gempa kan ada so tak payah nak risau lah.

Taufan: Aa- Hmm...betul juga. Kalau nak harapkan Si Hali yang jaga Gempa memang sahih K.O semuanya. Nasib baik Gempa ada.

.
.
.

Gempa: Kami dah balik.

Gempa membuka pintu dan memasuki rumah, kemudian Hali muncul dari belakang Gempa lalu menutupi pintu rumah dengan rapat.

Thorn: Mamaaaa~!! Mama dah balikk!! Mama tak apa-apa??

Thorn datang ke arah mereka berdua lalu memeluk Gempa dengan erat. Gempa tertawa kecil sambil mengusap kepala Thorn dengan lembut.

Gempa: Aku ok je. Halilintar pun dah sihat.

Solar: Kami tak nak tahu pasal dia. Nak tahu pasal kau je.

Hali: Kuang ajo.

Gempa tertawa kecil lalu menggelengkkan kepalanya. Dia dan Thorn bersama pergi ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa.

Gempa: Halilintar naik dan tukar baju dahulu. Nanti aku sediakan makanan.

Hali: Hn.

Hali tidak membantah. Dia pun terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia menutup pintu biliknya rapat.

Taufan: Ha, Gem. Macam mana keadaan kau dan Hali? Dah elok?

Gempa: Uuhh... m-mestilah dah elok. Kami gaduh biasa-biasa sajalah.

Solar: Biasa-biasa apa sampai kau lempang muka dia hari tu?

Gempa: A-aku cuma marah sebab dia buat kecoh dekat sekolah je...

Solar: Hmm... kau ni. Aku tak tahu lah kau ni sayang ke tak dekat Hali tu. Kejap-kejap marah, kejap-kejap tak marah.

Gempa: Aku pun tak pastilah apa kena dengan aku.

Taufan: Kau nak datang bulan kot? 😂

Gempa: Hish! Kau ni mengarut jelah!!

Thorn: Datang bulan tu apa? 0w0

Solar: Uuhh...

Ais: Bulan datang dekat Gempa. Jadi dia rasa rimas. Sebab tu lah mood swing selalu.

Thorn: Ooohh... itu rupanya datang bulan. Ok. 😄

Gempa: Sempat kau kelentong dia, eh?

Taufan: Heheh! Terbaik!

Solar: Ok lah. Aku nak naik atas kejap. Korang borak lah dulu.

Solar segera bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke tangga.

Gempa: Eh, kau nak makan apa nanti?

Solar: Apa-apa je. (bisik) Makan kau pun boleh.

Solar terus menaiki tangga. Gempa perasan yang telinga Solar kemerahan sebelum Solar menghabiskan kata-kata terakhirnya. Gempa kembali menoleh ke arah Taufan.

Gempa: Solar cakap apa tadi?

Taufan: Uuhh... apa-apa pun boleh?

Gempa: Lepastu?

Taufan: Uhh... ehehe. Entahlah. A-aku pun tak dengar.

Gempa hanya mengangguk kecil. Dia kemudian bangun dari duduknya lalu menuju ke dapur.

.
.
.

Solar sedang berjalan melalui lorong ke bilik yang biliknya berada di hujung lorong. Dia sedang melepasi bilik Hali sambil bermain fonnya namun tanpa disangka tiba-tiba dirinya ditarik masuk ke dalam bilik tersebut.

Klik!

Solar: Apekah- WARRGH!!!

.
.
.

Solar ditolak masuk ke dalam bilik tersebut. Dia melihat keadaan sekeliling bilik. Gelap.

Dan Solar ternampak Hali berdiri di ambang pintu biliknya lalu menutup pintu itu rapat.

Solar: Oi! Apa kau buat ni?!

Hali: ...

Solar: Kau jangan main-main Hali! Aku jerit kang!!

Hali: .... (smirk)

Solar: Gem-!!! Mmmpphh!!

Baru sahaja Solar mahu menjerit, tiba-tiba mulutnya ditutup oleh sesuatu yang lembut.

Hali: Shhh- senyap.

Solar kaget apabila melihat Hali di hadapannya.

"Kejap! Hali ada depan aku! Jadi tangan siapa ni?!"

Solar cuba menoleh. Dan kelihatan seseorang yang berbaju tanpa lengan sedang menutup mulutnya dari belakang.

"Baju tanpa lengan ni..."

Solar: Bwaazee!!

Blaze: Hehehe! Hi, Solar! Terkejut tak?

Blaze melepaskan tangannya dari mulut Solar lalu ketawa berdekah melihat Solar yang dah ketakutan. Hali hanya diam sambil membuka lampu biliknya.

Solar: Bikin saintis muda suspen saja! Apahal korang heret aku masuk dalam bilik Hali ni?

Blaze: Kau kena tolong Papa, Sol.

Solar: Tolong mamat ni? Apehal pulak?!

Blaze: Papa Hali nak minta tolong kita untuk berduet nanti.

Solar: Berduet? Kenapa? Kita akan nyanyikan lagu something ke?

Blaze: Lebih kuranglah.

Kini Solar dan Blaze memandang ke arah Hali yang sedang berjalan ke arah katilnya lalu duduk di atasnya. Hali memandang mereka berdua.

Solar: Apsal aku kena nyanyi jugak, hah?

Blaze: Hmm... aku rasa sempena meraikan diorang dah bersama kot?

Solar: Bersama?

Solar memandang ke arah Hali dengan pandangan terkejut. Solar berjalan mendekati Hali sambil menjengkilkan matanya.

Solar: Kau- kau couple dengan Gempa ke?!

Hali: ...

Solar: Oi, kau dengar sini Hali. Kau aku boleh lepaskan untuk couple dengan Gempa sebab nampak macam Gempa pun suka kau. Tapi...

Blaze: Kau kena ingat, Hali. Kami pun suka Gempa juga.

Taufan: Dan jangan kau ingat kami akan serah Gemgem macam tu saja.

Taufan tiba-tiba muncul dari balik pintu bilik Hali. Dan Ais dan Thorn hanya membiarkan 4 element itu berada di dalam bilik.

Thorn: Diorang tengah cakap pasal apa tu?

Ais: Kita biarkan diorang. Jom, Thorn. Aku nak join kau siram pokok.

Thorn: Ouh? Boleh! Joomm~!!

Dengan teruja nya Thorn menarik tangan Ais lalu mereka berdua terus menuju ke arah belakang rumah.

Taufan kembali menoleh ke arah 3 elemen. Dia berjalan masuk lalu join mereka.

Taufan: Kau nak buat concert?

Hali hanya sekadar mengangguk.

Blaze: Kita ada apa-apa perayaan ke?

Hali: Tak. Tapi Gempa kata dia nak sekolah kita buat balik karnival hari ke-2 tu.

Solar: Huh? Karnival Hari Usahawan? Kenapa?

Hali: .... takde apa.

Hali dalam diam tersenyum kecil. Mengingat kembali kata-kata Gempa kepadanya. Rasa mekar di dalam hati Hali apabila mengingatkan masa mereka berdua di taman tadi.

Solar yang perasan akan Hali hanya mendengus kesal. Walaupun dia tak nampak senyuman Hali, tapi dia dapat agak bahawa Hali sedang gembira akan sesuatu yang berkaitan dengan karnival itu.

Solar: Haih... baiklah. Aku akan tolong kau.

Hali mendongak memandang Solar. Dia mengangguk faham.

Blaze: Yaayy!! Boleh nyanyi!! (high 5 dengan Taufan)

Taufan: Hmm... tapi... nak nyanyi lagu apa? Biar aku join main drum!

Solar: Kau dah sediakan lagu ke?

Hali hanya tetap menutup mulutnya sambil menghulurkan beberapa keping helai kertas kepada Solar. Solar menerimanya tanpa sebarang persoalan. Dia melihat isi kandungan kertas-kertas tersebut.

Solar: ....lirik?

Hali menangguk.

Solar: Hmm... Blaze. Kau boleh faham cara nyanyiannya?

Solar menghulurkan kertas-kertas lirik tadi kepada Blaze. Blaze mengambilnya lalu membacanya.

Hali: Oi, Taufan.

Taufan: Hm?

Hali: Muzik.

Hali menghulurkan beberapa keping helai kertas lagi kepada Taufan. Taufan menerimanya dan melihat simbol-simbol di dalam kertas tersebut.

Taufan: Blaze, kau pandai main gitar?

Blaze: Mestilah! Kenapa?

Taufan: Ada gitar lah dalam muzik ni.

Blaze: Hmm... Oi, Papa. Kau tahu tak cara nak nyanyi lagu ni?

Hali: Mestilah tahu. Kalau tak, apsal aku tulis lagu ni?

Solar: Sejak bila kau tulis lagu ni?

Hali: Dah lama dah.

Solar: Dah siap ke?

Hali hanya sekadar mengangguk menjawab. Solar mendengus kesal.

"Kalau Gempa, bukan main berjela dia menjawab. Menyampah aku dengan mamat ni."

Kini mereka ber-4 sedang berpakat dalam lagu yang bakal dimainkan oleh Solar, Blaze dan Taufan tidak lama lagi.

.
.
.

Gempa meletakkan pinggan yang berisi lauk panas di dalamnya di atas meja. Dia membuka kembali ikatan apron yang dipakainya lalu menyangkutnya semula.

Gempa: Korang!! Mari makan!

Gempa mengintai di sebalik dinding dapur yang bersambung ke tangga yang menuju ke tingkat atas. Dan kelihatan, Hali baru sahaja menuruni anak tangga terakhir dan berjalan menuju ke arah Gempa.

Gempa: Lintar, makanan dah siap. Pergilah makan.

Hali memandang Gempa lama sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Gempa. Gempa memandang Hali pelik.

Gempa: Kenapa?

Hali: Kau panggil aku apa tadi?

Gempa tersontak kerana baru tersedar yang dia memanggil Hali di luar kebiasannya.

Gempa: Eh?! Uuhh.. a-aku terpanggil je! S-sorry-

Chu~

Secara tiba-tiba Gempa menerima kucupan manis di dahinya daripada Hali. Hali memegang dagu Gempa dan mencium dahi Gempa lama. Sebaik sahaja Hali mengalihkan ciumannya, Gempa menatap Hali dengan tangan kanannya di tempat Hali mencium dahinya tadi.

Gempa: Eh? ////// (blush)

Hali: Aku suka kau panggil aku macam tu. (senyum)

Gempa terkaku melihat senyuman puas hati daripada Hali kepadanya. Hali mengusap kepala Gempa lembut lalu memakaikan Gempa topi kesayangan Gempa di kepala Gempa lalu berlalu pergi.

Bla/Tau: Yaayy!! Makan!!!

Blaze dan Taufan bersorak gembira sambil menuruni tangga. Cara diorang turun tu dah macam nak berlumba lari dari amukan Halilintar je aku tengok. :v

Setelah Blaze dan Taufan masuk dalam area dapur, Solar pula muncul dan turun dari tangga. Kemudian Ais dan Thorn yang baru masuk dari rumah setelah selesai menyiram pokok.

Gempa: Hmm... Halilintar ada. Taufan, Blaze, Ais, Thorn... Solar. Ok! Dah cukup!

Ais: Kau ni selalu je kira kitorang sebelum mula makan. Kau ingat sini kelas ke nak ambil kehadiran?

Gempa tertawa canggung apabila tingkahnya tadi diperhatikan oleh Ais. Kata-kata Ais juga mendapat kekekan tawa dari Trio Trouble Makers.

Thorn: Yelah, Mama. Mama jangan risau. Kami memang akan sentiasa muncul bila waktu makan.

Blaze: Makan lebih penting dari segalanya Mama. Jadi tak payahlah nak main kira-kira bagai.

Gempa: Eeheheh... sorry. Aku cuma nak pastikan semua ada saja.

Gempa berjalan menuju ke singki lalu membasuh tangannya. Dia berjalan mendekati meja, lebih tepat di tempat duduknya iaitu diantara sebelah Taufan dan Halilintar.

Gempa: Baiklah, jom makan~

All kec. HaliGemSol: Jom!

.

.

.

KEESOKKAN HARINYA

Gempa: Huuhh... selesai juga!

Gempa mengelap peluh yang mengalir turun dari kepalanya. Cuaca hari itu cukup panas baginya yang sedang menjemur pakaian di ampaian luar rumah.

Sebaik sahaja selesai menyidai baju terakhir, Gempa terus mengangkat bakul yang sudah kosong buat digunakan untuk mengangkat longgokan pakaian yang basah. Gempa ingin berjalan masuk ke dalam rumah sebelum dia mendapat panggilan telefon di dalam poketnya.

Kriinng~

Gempa terus menarik keluar telefonnya di dalam poket seluar lalu menatap layar telefon tersebut.

Gempa: Tok Aba telefon!

Gempa dengan penuh keterujaan mengangkat panggilan tersebut.

Gempa: Tok Aba!

Tok Aba: Boboiboy! Apa khabar korang kat sana?

Gempa: Khabar baik, tok! Atok dekat KL sihat?

Tok Aba: Sihat je. Ochobot ni hah rindukan korang. Mak ayah kau pun sama.

Gempa: Ooohh.. hehehe. Kitorang pun rindukan atok semua! Bila atok nak balik ni?

Tok Aba: Atok tak pasti lagi ni. Sebab ayah kamu kata dia perlukan masa untuk kembangkan lagi bisnes atok.

Gempa: Wah~ terbaiklah atok! Jadi usahawan muda yang berjaya!

Tok Aba: Heish! Kamu ni. Ha, duit keperluan semua cukup tak?

Gempa: Cukup tok! Tapi nampaknya duit untuk belanja harian macam tak cukup je.

Tok Aba: Ok, takpe! Nanti atok suruh ayah kamu bank in kan duit malam ni.

Gempa: Lhaa.. ingatkan atok nak bank in kan duit.

Tok Aba: Haih.. apa guna ayah kau kerja berpangkat tinggi-tinggi kalau dia tak dapat bagi duit untuk anak dia?

Gempa tertawa mendengar jenaka sinis dari Tok Aba. Di hujung panggilan Gempa sempat dengar suara ayahnya yang seolah terasa dengan kata-kata Tok Aba.

Tok Aba: Oklah Boboiboy. Atok kena pergi dah ni. Baik-baik dekat sana tu.

Gempa: Baiklah tok! Sampaikan salam kami pada yang lain ya tok?

Tok Aba: Hmm.. baik. Sampaikan salam atok pada kembar kau yang lain juga tu.

Gempa: Baik tok!

Lalu panggilan dihentikan. Gempa menyimpan kembali telefonnya dengan seyuman yang mekar di bibirnya. Dia menyambung kembali berjalan memasuki rumah. Sebaik sahaja dia berjalan masuk, telinga Gempa menangkap 1 suara yang seolah-olah sedang menyanyi di kawasan berdekatan tempatnya.

"Suara siapa ni?"

Desis hati Gempa. Kerana ingin tahu, Gempa meletakkan bakul tadi di atas meja makan lalu mengintai di sebalik dinding dapur. Dia dapat rasakan bahawa suara asal tersebut dari ruang tamu.

Dengan perlahan, Gempa dapat melihat 5 elemen berada di situ. Dan kelihatan 4 dari 5 elemen tersebut sedang memandang 1 elemen yang sedang duduk di atas sofa. Keempatnya sedang memandang 1 elemen tersebut - Halilintar.

"Halilintar... menyanyi?"

Hali: Bila bermimpi kamu, jaga dari tidurku. Aku sebut nama mu, aku seru cinta mu. Engkaulah kekasih ku, hanya engkau nyawa ku. Hanya engkau nyawa ku. Akulah perindu mu, akulah pencinta mu... (stop nyanyi) Uuhh... ok bahagian ni, kau tinggikan sikit suara kau.

Hali memandang ke arah Blaze dan mendapat anggukan daripada si pengendali api tersebut. Thorn dan Taufan serentak bertepuk tangan sambil memandang Hali teruja.

Thorn: WAAAAHH~!! Terbaiklah Papa!

Taufan: Heheh! Aku yakin dia akan suka lepas dengar lagu ni.

Hali hanya mengangguk sambil mendengus. Dia seolah-olah 50-50 yakin dan tidak yakin di atas keputusannya. Iris rubynya masih menatap lirik lagu yang ditulisnya.

Solar: Jadi, aku dan Blaze akan bergilir-gilir menyanyi lagu ni?

Hali sekadar mengangguk menjawab.

Solar: Hmm... ok aku dah tahu macam mana muziknya. Alang-alang suara kita semua sama, takde hal lah untuk nyanyi.

Hali: Huh? Apa kaitan suara kita sama?

Solar: Takde apa lah. (grin) Ok, Blaze. Sekarang, kita mulakan sesi membuat muziknya pula.

Blaze: Yosh!! Aku takkan biarkan lagu yang ditulis oleh Papa disiakan begitu sahaja!

???: Lagu apa yang korang maksudkan ni?

Semua terkaku.

Taufan memandang tepat ke arah Gempa yang sedang berjalan menghampiri mereka. Kelihatan wajah Gempa seperti telah dengar apa yang dibualkan oleh mereka tadi.

Taufan: Eh?! Err.. m-mana ada apa pun Gem!

Gempa: Huh? Betul ke? Halilintar?

Gempa memandang ke arah Hali yang diam kaku sambil berpeluh membelakangi Gempa. Dia dah tak dapat nak fikir apa apabila dapat rasa yang jarak antara dirinya dan Gempa cukup dekat walaupun dibentengkan oleh kerusi sofa.

Gempa memandang Hali dengan pandangan curiga. Yang lain pula sudah menyumpah seranah di dalam hati pada diri sendiri kerana dah terlalu blank untuk berbuat sesuatu.

".... diorang tak nak bagitahu ke? Hmm..."

Gempa: Haih.. takpelah. Aku tak nak fikirkan sangat. Cuma terpegun saja dengar Halilintar menyanyi tadi. 

Gempa tersenyum memandang ke arah Hali. Hali menoleh ke arah Gempa. Melihat wajah dan senyuman Gempa yang membuatkan hati Hali kembali berdegup.

Solar: Uuhh.. m-maaf Gempa. K-kami bukan tak nak share dekat kau apa yang kami bincangkan tadi. C-cuma, kami tak nak rancangan ni rosak.

Gempa: Rancangan? Rancangan apa yang korang- woaahh!!

Dengan tiba-tiba Hali menarik tangan Gempa membuatkan Gempa tersadung dan terus terjatuh di atas paha Hali. Gempa cepat-cepat bangun dari tidur-tersadung nya dan duduk di sebelah Hali dengan posisi yang betul. Wajahnya bertukar merah.

Gempa: Ish! Apsal kau buat macam tu, hah?! //////

Hali: Takde apa. Kau tak payah fikir sangatlah pasal tadi.

Gempa: Aku memang tak nak fikirkan sangat pun. Heish.. kau ni.

???: Hoam~ apa yang korang tengah bincangkan tu...?

Dari belakang, ke-6 elemen itu dapat mendengar suara sayu seseorang. Kesemua menoleh dan memandang Ais yang baru bangun dari tidur sambil memeluk anak patung ikan paus kesayangannya.

Blaze: Oi! Baru bangun? Dah tengah hari kot!

Ais: Habistu? Fwaahhh~ makan apa kita pagi ni?

Gempa: Uuuhh... ada kuih aku beli tadi atas meja. Kau pergilah ambil.

Ais: Hmmm... tak nak lah. Ada benda lebih menarik sebenarnya aku nak join korang ni.

Taufan: Benda menarik? Apa dia?

Ais berjalan menghampiri elemental yang lain lalu duduk di atas kerusi sofa bersebelahan kanan Hali. Dia sempat memeluk patung ikan pausnya kuat dan menguap.

Ais: Fwaahh~ hmm... aku nak tanya Mama dan Papa.

Semua mata tertumpu pada Ais. Taufan mengheret Blaze dan Thorn untuk duduk di kerusi sofa 1 lagi manakala Solar duduk di bahagian single punya. Hali dan Gempa juga sedia mendengar apa yang akan Ais katakan.

Taufan: Kau nak tanya pasal apa?

Ais: Pasal hubungan diorang?

All kec. Ais: (gasp)

Blaze mengangguk.

Blaze: Hm! Betul juga tu! Aku tahu-tahu je, diorang 2 ni dah bersama. Dah lah tu, lepastu sekarang diorang dah couple kot!

Hali: Kalau kitorang couple ke, kahwin ke, ada anak ke, apsal korang nak tahu sangat ni?

Ais: Eleh, cakap macam dia nak kahwin dengan Mama je..

Hali: Suka hatilah.

Gempa hanya menghela nafas. Tadi baru je suasana menjadi hangat, sekarang jadi dingin pula?

Gempa: Aku akan sediakan makanan ringan dan minuman.

Gempa bangun daripada duduknya lalu bergerak ke dapur. Ais memandang ke arah Hali.

Ais: Jadi Hali, bagitahu lah tentang kisah sebenar waktu dulu. Kau pernah tampar Gempa, kan?

Taufan: Huh?! (shock)

Ais: Jadi, alang-alang semua ada dekat sini. Apa kata kau ceritakan semuanya?

All kec. Ais: Huh?!








=================
Ani: Uwu saat-saat yang dinantikan akhirnya tiba.

Zie: Hmm~ macam mana cerita yang sebenarnya ya?

Ani: Eh, yang paling pelik tu, macam mana Ais tahu yang Papa pernah tampar Mama?

Zie: Kan? Hmm... >:I

Ani: Kita tunggu next update!

Zie: Oh, dan mohon kepada semua readers tolong doakan kepada Ani agar matanya cepat sembuh dari sakit mata dan juga tolong doakan ibu kepada Farah, FarahArts agar beliau selamat dari membaik pulih penglihatannya, ya? Beliau sekarang sedang berada di dalam hospital selepas pembedahan laser. Mohon ya? Doakan kepada semua orang maka kita juga akan bahagia. ^^ Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top