Two Mama? (71)

BHOOOMM!!

Gempa: GYAAAAHHHH!!!

All kec. SolGem: (gasp) Huh?!

Blaze: Bunyi apa tu?!

Taufan: Macam bunyi dari makmal Solar lah!

Thorn: Yang jerit tadi tu Mama, kan?!

Hali: Cepat naik atas!!

Dengan keadaan yang tergesa-gesa dan panik kelima element itu berlari baik melalui tangga menuju ke tingkat atas dan menghampiri makmal Solar yang berada di sebelah bilik Solar sendiri.

Masing-masing mula berfikiran negatif yang tidak dapat dibendung membayangkan apa yang bakal terjadi kepada 2 kembar mereka yang mereka pasti terlibat dalam letusan tadi.

Hali: Gempa!!

Hali menerjah masuk ke dalam makmal Solar selepas menghempas kuat pintu bilik tersebut. Kepulan asap pun mula menyapa indra penglihatan kelima element tadi setelah mereka menjejakkan kaki memasuki ruang makmal.

Kelibat 2 kembar mereka iaitu Gempa dan Solar tidak dapat dilihat melainkan hanya asap yang berwarna ungu sahaja yang dapat dilihat.

Solar: Uhuk! Uhuk! Aargh-! Taufan! Buang asap ni cepat!

Taufan: Eh?! Eerr... B-baik! Hembusan Angin!!

Fwoosshh~!!!

Sesuai dengan arahan yang diberikan oleh Solar, Taufan menggunakan kuasanya untuk menolak keluar kepulan asap ungu yang tebal itu melalui tingkap dan pintu yang terbuka. Tidak mengambil masa yang lama, kepulan asap ungu tadi pun keluar.

Ais: Semua ok ke?!

Solar: Uurghh... Ok je... Haish...

Solar menatap ke atas lantai yang kini mula bersepah dengan sebuah alat yang kelihatan seperti pistol dan sebuah tabung uji yang sudah pecah. Tatapannya jelas kelihatan kecewa sekali.

Hali: Apa dah jadi ni? Gempa mana??

Gempa&???: Urghh... S-sini...

Semua element kecuali Gempa menoleh ke arah sumber asal suara tadi. Mereka dapat melihat Gempa sedang terbatuk-batuk kecil namun tatapan mereka berubah terkedu apabila melihat satu susuk tubuh yang amat familiar namun aneh bila dipandang.

Taufan: A.. Pe... Kah..?

Blaze: A-aku mimpi ke ni...?

Thorn: Ma-Mama ada...

TTM: MAMA GEM ADA DUA?!!! 😨😨😨

Terlopong mulut 6 element itu apabila mereka melihat 2 Gempa sedang berdiri di hadapan mereka.

Yang menjadi tatapan oleh 6 element tersebut mula saling berpandangan. Serta-merta wajah mereka memucat.

Gempa: S-siapa?! (le shock)

Gempa: Eh?! K-kau pula siapa?!

Gempa: Aku Gempa lah!

Gempa: Aku pun Gempa!

Taufan: MasyaAllah :v

Solar: Diam ah, Taufan! Ish! Susah lah macam ni...

Hali mengetap giginya sambil memandang kekasihnya yang kini sudah ada dua. Dia segera mendapatkan mereka berdua.

Hali: Gempa... Gempa dan Gempa... Ok?

Duo Gem: O-ok je... (serentak)

"Aku tak tahu nak rasa lega atau marah tapi sejujurnya aku rasa bahagia gila dapat tengok dua Gempa!!! "

Hali bermonolog sendirian sambil menahan tangisan kegembiraannya.

Solar pula berjalan mendekati mereka bertiga dan melihat keadaan Gempa yang ada dua itu.

Solar: Gem, kau sedang fikirkan apa sekarang?

Duo Gem: Keadaan sekarang sangat menyusahkan/merunsingkan.

Thorn: Eh? Owo

Bla&Tau: Nani? :v

Ais: Lmao

Hali: Wut?

Solar: Sksksksksksksks ʘ‿ʘ

Solar terkumat-kamitkan sesuatu sambil sedang memahami keadaan yang sedang berlaku.

Solar: Hmm... Senang cerita, aku rasa Gempa terbahagi 2 dan 2 personaliti dia pun berpecah.

TTM: Dua personaliti?

Blaze: Jap, bukan ke Gem ada 1 personaliti je ke?

Taufan: Ha'a. Tanggungjawab je, kan?

Solar: Memanglah. Tapi jika difikirkan secara logik, personaliti tanggungjawab dia hanya pada masa yang tertentu sahaja, kan? Sebab... (bisik) walaupun ia menyakitkan tapi aku mengaku yang Gempa paling normal.

Hali: Hah? Kau cakap apa tadi? (jeling)

Solar: T-tak!! Maksud aku... Macam ni. Personaliti Gempa bukan satu tu je. Masih ada personaliti lain. Macam contoh... Blaze!

Blaze: Ha? Aku?

Solar: Ni contoh je. Blaze pun ada macam-macam personaliti. Bersemangat, marah dan teruja. Jadi, secara mudah untuk aku terangkan ialah, Gempa pun ada personaliti yang berbeza macam Blaze dan macam kita dan personaliti Gempa sekarang terbelah 2. Faham?

Hali&Ais: (angguk)

TTM: Tak.

Solar: Haih... Korang makan semut ke apa, hah? Hmm... Macam mana nak senang cakap eh? Ok, Gempa ada personaliti lain selain bertanggungjawab juga. Aku tak tahulah apa personaliti tu tapi yang pasti, personaliti bertanggungjawab dan yang satu lagi tu terbelah 2 dan setiap satu ada di dalam badan seorang Gempa sekarang.

Panjang lebar Solar menerangkan maksud dari perkataannya untuk memudahkan

Taufan: Tapi, Gempa ada 2 sekarang. Macam mana nak tahu?

Solar: Alah, apa susah? Kita berkomunikasi jelah dengan dia. Kan senang? Lagipun aku rasa Gempa mana ada personaliti yang cepat marah dan pemalas kan?

Hali: Kau nak perli aku ke, hah?

Solar: Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedas.

Taufan: Habistu macam mana sekarang? Kalau Tok Aba dan yang lain bertanya macam mana?

Solar: Pandai-pandailah korang cover line. Korang kan terer dalam bab cover line ni? By the way kita buat sahaja aktiviti macam biasa sehingga aku menemui penawar untuk kembalikan Gempa kepada keadaan asal semula. Korang setuju?

Trio: Boleh lah...

Ais: Asalkan tak mengganggu sudah...

Kini mereka semua sudah mula bersepakat. Masing-masing akan melakukan aktiviti seperti biasa namun pada masa yang sama mereka juga bersepakat untuk memerhatikan Gempa yang kini berbadan 2 itu. Ekhem! Bukan mengandung, ya? :v

Gempa(1): Baiklah, aku rasa waktu makan dah tak lama lagi. Aku nak pergi masak dulu lah.

Usai berkata demikian, Gempa(1) pun berlalu pergi meninggalkan yang lain. 

Taufan: Hmm... aku rasa kita tak perlu risau apa-apa. Jom gays? Kita pergi main!

Thorn&Blaze: Jom!

Lalu Trio Trouble Maker pun berlalu pergi untuk keluar dari rumah. Setelah itu diikuti pula dengan Ais dan Solar yang mula menuju ke destinasi masing-masing untuk menyambung kerja mereka. Seorang pergi tidur seorang lagi mula membuat eksperimen.

Dan kini, hanya tinggal Gempa(2) dan Hali sahaja. Mereka berdua tidak nampak canggung namun Hali kelihatan begitu serius sekali sewaktu melihat ke arah Gempa(2). Dan Gempa(2) pula sudah tentu perasan akannya. 

Gempa(2): Uuuh... kenapa kau pandang aku macam tu, Halilintar?

Hali: Nothing. Cuma aku tertanya dengan personaliti kedua kau ni. Sebab mengikut apa yang Solar katakan, bukan sahaja badan kau terbahagi 2. Tapi personaliti kau juga. Dan berdasarkan pemerhatian aku, yang 1 tadi mesti personaliti kau yang bertanggungjawab, kan? Dan kau pula?

Gempa(2) tergamam. Tak sangka Hali boleh mencari tahu dengan begitu cepat sekali. Hmm.. mungkin sebab author pun malas nak  panjangkan cerita agaknya. :v 

Gempa(2): I'm just normal.

Hali: Yeah, but not perfect one, right?

Gempa(2): I didn't said that I am perfect.

Hali: Perfect aku adalah yang tersurat. Bukan tersirat.

Gempa(2) terdiam. Dirinya mula gelabah akan keadaan suasana antara dia dan Hali sekarang. Entah kenapa tiba-tiba lelaki beriris Ruby di hadapannya ini seolah-olah begitu serius sekali dengannya. 

Gempa(2): Kenapa dengan kau ni?

Hali: Just wanna know you.

Gempa(2): Kau sudah mengenali aku, Halilintar.

Hali: Yeah, so? Salah ke untuk aku kenali kau lebih dalam? 

Hali berjalan mendekati Gempa(2) lalu menarik tangannya untuk membuatkan jarak mereka berdua lebih dekat.

Hali: Gem, kau special untuk aku. You are my everything. Jadi aku nak tahu, personaliti apa lagi yang kau ada? Selain bertanggungjawab, baik hati, peramah, penyayang, prihatin dan peka. Apa lagi?

Gempa(2): Halilintar, kau nak cakap yang aku ni ada personaliti lain lagi ke?

Hali: It is not impossible, Lyubov'.

Bersemu muka Gempa(2) apabila mendengar suara serius Hali yang menyebut perkataan Lyubov' itu. Jantungnya berdebar-debar dan kakinya mula menggeletar.

Gempa(2): S-sudahlah Hali... kau akan buat aku malu.

Hali terdiam. Dia seolah-olah dapat menangkap sisi Gempa yang kedua ini. Gempa ini kelihatan agak kekok bersamanya tetapi dia masih boleh bercakap dengan baik. Tetapi Gempa ini juga jenis yang mudah gelabah dan malu-malu. 

Hali: Gem, you are cute.

Gempa(2): (blussshhhh) ///// A-apa??

Hali pun tersenyum. Ah, sekarang dia dah dapat tangkap personaliti apa Gempa yang ini. Dia pun menarik Gempa(2) ke dalam pelukannya dan menciumnya dengan lembut di bibirnya.

Hali: I love you.

Gempa(2) kemerahan jadinya. Dan kerana tidak sanggup lagi berdepan dengan sikap Hali yang aneh-aneh itu, dia pun segera menolak Hali menjauh darinya dan meluru masuk ke dalam bilik lalu menguncinya dari dalam. Malu bukan kepalang dirinya apabila diperlakukan sebegitu mudah oleh Hali.

Hali: Cute. Now, aku nak tengok yang seorang lagi ni sisi yang macam mana.

Dengan lompatan yang riang Hali berjalan turun dari tingkat atas untuk menuju ke dapur di tingkat bawah.

.

.

.

Hali: Gummy!

Gempa(1): Opocot Gummy Bear! 

Termelatah Gempa(1) apabila munculnya Hali secara tiba-tiba di belakangnya. Makhluk ini seorang, memang kelajuannya sepantas kilat!

Gempa(1): Halilintar nak apa?

Malu-malu saja Gempa bertanya sewaktu Hali kini sedang berdiri di sebelahnya sambil melihat dia sedang memasak.

Hali: Nothing. Cuma nak tahu yang kau ni personaliti apa saja. Yelah, Solar kan cakap yang korang akan terbahagi 2 personaliti. Jadi aku nak tahu dengan lebih mendalam apa personaliti korang ni.

Gempa(1): Oouhh... yang aku punya rasanya tak susah sangat. Kau tengok pun dah tahu, kan?

Hali: Hmm... bertanggungjawab?

Gempa(1): Kind of? Tapi Halilintar...

Wajah Gempa(1) kini mula berubah sedih. Api dapur yang menyala kini ditutupnya dan penutup periuk dicapai untuk dia menutup periuk yang masih mengeluarkan asap itu. Sebaik sahaja sudah memastikan bahawa segalanya telah selesai, Gempa(1) kembali menghadap ke arah Hali.

Gempa(1): Kau tahu, kan? Dalam menjalankan tanggungjawab, kita tak boleh memilih kasih? Tak kira walaupun orang itu suami, kekasih, mak atau ayah mahupun keluarga kita.

Hali tidak berkata apa-apa. Namun dia menganggukkan sahaja.

Gempa(1): Jadi dalam sisi aku yang ini, maaf aku katakan Halilintar, jika kau menginginkan perhatian aku, aku tak dapat untuk memberikannya.

Hali tercengang. Debaran jantungnya mula bertambah laju seolah-olah dipukul dengan palu yang kuat sekali.

Hali: Adakah ia bermaksud kau tak suka pada aku?

Gempa(1) menggeleng.

Gempa(1): Perasaan itu masih ada, Halilintar. Untuk pengetahuan kau, tak kiralah aku berpecah banyak mana pun, perasaan aku terhadap kau takkan berubah. Tapi Halilintar, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Sisi aku yang ini menunjukkan bahawa aku tak akan mengikut perasaan aku. Aku hanya perlu menjalankan tanggungjawab. Itu sahaja.

Hali hanya mampu diam sambil tercengang di tempatnya. Tanpa berfikir untuk kekal lama lagi, dia pun pergi begitu sahaja dan meninggalkan Gempa untuk meneruskan tugasnya di dapur.

.

.

.

Hali: Jadi macam tu lah Gempa bila dia takde perasaan dekat aku? Tak... Maksud aku bila dia lebih pentingkan tanggungjawab dia berbanding aku? Aah... Jadi macam tu rupanya...

???: Apa yang rupanya?

Hali: Gyaaaahh!! Huh?! (toleh) Tsk! Tak guna kau Solar! Kau nak apa?!

Solar hanya memutarkan bola matanya dan berdecih. Tidak pedulikan soalan Hali, dia terus berjalan menuju ke arah bilik Gempa untuk memanggilnya.

Sementara itu di tempat Hali pula, dia perasan yang Solar tengah pegang sesuatu. Seperti sebuah balang yang berisi cecair.

Hali: Oi, apa benda tu?

Solar: Cecair untuk pulihkan Gempa semula. Aku dah berjaya. Hmm.. Nampaknya takdelah susah sangat cecair tu.

Hali: Ish, habis apa lagi yang kau nak?! Cepat pulihkan Gempa semula ke asal!

Solar: (roll eyes) Yela... mana Gempa? Jom kita kumpul ramai-ramai.

Hali: Ada je. Dan nak buat apa nak kumpul yang lain jugak?

Solar: Untuk apa lagi? Untuk tunjukkan hasil kehebatan aku la!

Hali memandang Solar dengan pandangan keji bercampur menyampah. Susah betul ya bila kau ada sejenis saudara yang suka bangga diri dengan kehebatan dia? Nasib baik dalam berlawan pun boleh tahan hebat. Walaupun Hali sendiri tak nak mengaku benda tu.

.

.

.

Untuk dipendekkan cerita, akhirnya cecair yang dihasilkan oleh Solar tadi berjaya untuk memulihkan Gempa kembali ke asal. Kesemua yang berada dan menyaksiakannya sendiri akhirnya dapat menghela nafas dengan lega dan bersorak gembira.

Thorn: Mantap lah Solar!

Solar: Heh, tengoklah! Aku ni bila je tak hebat?

Thorn: Betul! Walaupun bila dalam tempur kau selalu kena belasah dan kena campak sana sini, kau memang hebat!

Solar: Erk?!

Taufan&Blaze: Pfft-!

Gempa: Haah... terima kasih Solar. Aku tak sangka sebab kecuaian aku semua orang jadi panik. Dan sampai susahkan kau pulak...

Solar: Eh, takpelah Gempa! Silap aku jugak tak jaga bahan eksperimen aku baik-baik!

Hali merenung wajah kepenatan dan pucat Gempa dengan lama. Walaupun dia tidak seberapa tahu tentang Sains dan sebagainya, tapi Hali dapat jangka yang sebab kenapa keadaan Gempa jadi macam tu adalah berkemungkinan daripada 2 jiwanya yang terpisah dan banyak melakukan pekerjaan dalam satu masa. Ah, mesti penat.

Hali: Sudah. Gempa, mari naik dan rehatkan diri kau. Aku yakin lepas apa yang terjadi kau penat.

Gempa: Ah... y-ya...

Lalu Hali pun memimpin tangan Gempa untuk membantu dia naik ke tingkat atas supaya Gempa dapat pergi ke biliknya dengan keadaan selamat. Meninggalkan yang lain di ruang tamu untuk berbual bersama-sama.

Gempa: Halilintar...

Hali: Hm.

Gempa: Kau mesti rasa kesal kan?

Hali berhenti untuk memandang Gempa yang sedang ada dalam pangkuannya setelah sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu bilik Gempa. Iris mereka berdua saling bertemu dan Hali mencari segala maksud yang diungkapkan oleh Gempa melalui iris keemasannya.

Hali: Maksud kau?

Gempa: Aku ingat segala apa yang aku dah cakap sewaktu badan aku terpisah tadi. Jadi aku ingat dengan jelas macam mana reaksi wajah kau lepas aku cakap pasal tanggungjawab tu.

Hali menjilat bibirnya yang tiba-tiba terasa kering sembari mengalihkan pandangannya ke arah lain. Memandang apa sahaja yang ada di sekitar sana selain daripada Gempa di hadapannya.

Gempa: Halilintar, pandang aku.

Helaan nafas keluar dari bibirnya. Mata terpejam rapat untuk seketika, kemudian Hali pun memandang sepenuhnya ke arah Gempa semula.

Hali: Ya, ya betul. Aku kesal lepas dapat tahu yang kau... lagi rela lepaskan aku, hubungan kita semata-mata untuk tanggungjawab kau semua. Tapi pada masa yang sama aku tahu yang aku tak patut rasa macam tu! Kau dah lama pikul tanggungjawab kau tu semua sejak dari sebelum kita bersama lagi. So... I'm sorry. I should be more mature about this matter.

Gempa tersenyum dan kemudiannya mengangguk faham. Tangan kekar Hali ditariknya dan kemudian Gempa menggenggamnya dengan erat.

Gempa: Terima kasih. Tapi sebenarnya ada satu lagi yang aku tak sempat bagitau kau sebenarnya.

Hali: Huh? Bagitau apa?

Gempa: Kau tahu... bila aku rasa ada sesuatu yang perlu aku jaga dengan baik atau ia jadi milik aku, rasa tanggungjawab dan keinginan untuk menjaganya dengan baik aku akan jadi sangat tinggi. Aku akan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan tiada apa yang akan melukakannya. Sampailah tiba 1 masa aku rasa dah tak perlu menjaganya dan melepaskannya pergi. Termasuk orang-orang yang aku sayang. Tapi kau, Halilintar... ia berbeza.

Wajah Hali sudah bersemu kemerahan. Tunggu, adakah ini yang dikatakan luahan perasaan? Ah, sekejap! Hali belum bersedia!

Hali: Gulp... ke-kenapa?

Gempa: (senyum) Mestilah sebab Halilintar selamanya jadi milik aku! Betul tak?

Hali sudah tidak tahan lagi! Dia ingin terjun bangunan dan menjerit sepuas-puasnya! AAAAAAAA lambat laun 7 kaki ke bawah juga alamatnya kalau Hali terus-menerus terima kecomelan dan kejujuran Gempa seperti ini tiap hari!

===========
Ani: Akhirnya dapat selesaikan chapter ni... :') Tertekan gila bila nak siapkannya sebab memang bertahun-tahun dia berhabuk dekat sini hshshshhsh! Apa-apa pun maaf random! Bye2!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top