That Time when Mama is away (72)

Blaze: Weyh, Taufan.

Taufan: Apa?

Blaze: Kau tengok Si Hali tu.

Taufan menoleh ke arah tempat Hali berada iaitu di atas sofa di ruang tamu sesuai dengan arah yang ditunjukkan oleh Blaze. Taufan melihat Hali lama sebelum dia menoleh ke arah Blaze semula.

Taufan: Apahal?

Blaze: Kau tak perasan ke? Sejak Gempa kena ikut kem kepimpinan kelmarin, Hali sibuk dengan telefon dia je memanjang.

Taufan: Yeke? Entah. Tak perasan pun.

Thorn: Papa rindu Mama ke?

Thorn yang tiba-tiba muncul dari laman belakang rumah turut memandang ke arah Hali yang nampaknya masih belum berganjak dari tempatnya.

Hali kekal dengan posisi tidur melentang di atas kerusi sofa. Dah macam Ais dah. Sebijik.

Taufan: Rindu ke? Entah. Kalau dia rindu, mesti dia call ke apa, kan? Yelah. Gempa tu pergi untuk tolong pantau je. Bukannya terlibat aktiviti sekali pun.

Blaze: Entahnya. Gempa bawa telefon tak?

Taufan: Confirm ah bawak! Kau ingat dia akan pergi dengan tenang ke? Gempa hari tu bukan main susah bila kena ikut kem tu sebab risaukan kita tau! Kena pujuk dulu baru setuju!

Ais: Itu satu hal... Fwaaahh~ Hali pun sama je keras kepala nak benarkan Gem pergi..

Blaze: Sejak bila kau muncul ni?

Blaze memberikan tatapan jengkel kepada kembarnya yang pemalas seorang itu. Tiba-tiba juga muncul entah dari mana dan mencelah masuk perbualan mereka. Orang nak membawang pun tak senang!

Thorn: Papa ada marah ke bila Mama nak pergi?

Blaze: Entah. Tapi jelas lah muka dia tu memang tak setuju kalau Gempa pergi. Entah aku pun tak tahu. Mungkin malam tu Gempa ada bincang sesuatu kot dengan Hali sampai akhirnya Hali setuju? Yelah, kan? Gempa sorang je yang boleh pujuk Hali.

Solar: Alah, pujuk memujuk pun last-last dia rindu juga.

Taufan: Eh?! Sejak bila kau ada kat sini?! Korang semua memang curi dengar perbualan kitorang ke apa ni?

Solar: Whatever~ back to our topic. Kalau korang tengok baik-baik Si Hali tu, dia selalu melekat dengan telefon dia kan sekarang?

Yang lain sekadar mengangguk mengiyakan soalan Solar.

Solar: Tapi kenapa dia tak call Gempa? Korang tahu?

Taufan: Dia tak nak ganggu Gempa lah kot?

Blaze: Ke dia nak tunggu Gempa call dulu?

Thorn: Atau tengok acc Mama dan scroll gambar Mama dalam gallery?

Ais: Ada ke Hali simpan gambar Gem dalam gallery dia?

Thorn sekadar mengangkat bahu tanda tidak pasti akan katanya. Yang lain pun menghela nafas. Mungkin ada betul juga dengan kata-kata Thorn itu. Tapi... Orang seperti Hali tu, ada ke stalk orang dia suka semata-mata kerana rindu?

.
.
.

Hali: Huk.. Huk... Gem... Balik lah... Mio Marito kau dah rindu dah ni.... (┳Д┳)

Hali menatap layar skrin telefonnya yang memaparkan gambar-gambar Gempa. Gambar selfie, gambar dia bersama yang lain, gambar Gempa bersama Hali, gambar candid, gambar yang Hali curi-curi tangkap. Banyak lagi...

Hali: Lyubov... Baliklah... Rindu... (πーπ)

.
.
.

Sementara itu di tempat Gempa.

Gempa: Ha'chi!!

Yaya: Gempa? Kau ok? Sejak tadi lagi bersin tak berhenti.

Gempa: Hm? Ah.. Aku ok je. Entah kenapa tiba-tiba terbersin banyak kali ni.

Fang: Ada orang mengumpat pasal kau kot.

Ying: Haiya! Tak baik cakap macam tu maa..

Fang: Apa? Betullah, kan? Gempa kan... Pemes!

Ying: Ceh! Lu cakap sebab lu cemburu, kan?

Fang: Mana ada lah!!

Yaya: Ish! Korang ni. Jangan gaduh lah! Baik kita pantau junior-junior kita ni semua.

Sambil-sambil Yaya sedang meleraikan pergaduhan antara Fang dan Ying, Gempa pula sedang menatap sambil berdiam diri sahaja.

TING!

Gempa mendapat mesej dari seseorang. Dia tidak membuang masa lalu terus menatap telefon di tangannya dan kelihatan Taufan menghantar gambar untuknya.

Gempa tidak berfikir panjang, maka dia terus membuka chat antara dia dan Taufan dan download gambar yang dibantar.

Gempa: Huh? Pfftt-!

Hampir terhambur tawanya apabila Gempa dapat melihat gambar yang baru sahaja dihantar oleh Taufan tadi ternyata adalah gambar Hali yang kini sedang termenung di luar tingkap rumah mereka. Entah apa yang difikirkan oleh Hali sebenarnya Gempa tidak tahu. Tapi dia dapat menduga bahawa Hali pasti sedang memikirkannya. Mengingat akan personaliti Hali yang tsundere dan kebetulan Gempa tiba-tiba bersin tadi.

Gempa: Haih... Halilintar ni. Kan dah pesan kalau rindu call je? Ni mesti tak nak ganggu aku ni.

Yaya: Perangai dia sama macam kaulah, Gempa. 

Gempa: Huh? Yeke? Tak perasan pun?

Yaya: Hahaha! Takpelah. Kau call jelah Hali tu. Nanti melarat pula rindu dia.

Gempa hanya menatap sahaja pemergian Yaya dari situ sambil masih setia memegang telefon pintar di tangannya. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya untuk segera menelefon Hali namun apabila memikirkan hal itu balik, sekarang dia sedang bertugas. Jadi mustahillah, kan?

Gempa: Nantilah aku call.

.

.

.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tepat. Di rumah Tok Aba, para element kini nampaknya sudah mula kuyu mata masing-masing dek kerana sudah mengantuk kerana beraktiviti siang tadi. Blaze bersama-sama kembarnya yang lain kini mula menguap serentak.

Blaze: Geng, dah ngantuk ah...

Thorn: Hmn.. Betul tu.

Taufan: Oklah kalau macam tu. Esok kita sambung main PUBG lagi. Jom masuk tidur?

Thorn dan Blaze hanya mengangguk membalas. Sementara itu Solar masih setia dengan membaca buku manakala Ais di sebelahnya sudah terlentok tidur sambil menyadar ke arahnya.

Taufan: Solar, tak nak masuk tidur ke?

Solar: Nantilah. Aku  nak habis baca ni dulu.

Thorn: Solar dah lupa pesanan Mama Gem ke? Kan Mama Gem pesan Solar tak boleh tidur lewat sewaktu Mama takde? Dah lupa?

Solar terkaget di tempatnya apabila Thorn tiba-tiba menyeru nama Gempa. Terus terasa remang bulu romanya tegak berdiri. Dengan helaan nafas pasrah, dia pun menutup pintu dan mengangguk.

Solar: Hmn, yelah. Jom tidur. Ais? Woi, bangun.

Ais: Hah? Hmmngghh... akhu hantuk...

Solar: Jangan cakap bahasa planet Pluto dekat sini lah. Cepat bangun. Lenguh bahu aku ni.

Ais: Hmm.. Yelah.

Lalu kelima element pun mula naik dan menuju ke bilik masing-masing untuk masuk tidur. Perlahan-lahan, rumah Tok Aba mula gelap tatkala hampir kesemua lampu ditutup.

Ya, hampir.

Dalam semua penghuni rumah itu, tiada siapa pun yang sedar bahawa ternyata masih ada seorang yang belum memejamkan matanya.

Siapa lagi kalau bukan Hali?

Sejak dari lepas makan malam lagi dia sudah terperap di dalam biliknya sambil menatap gemas ke arah telefon pintarnya. Dengan posisi yang duduk bersila di atas katil merahnya dan merenung ke arah telefon di hadapannya, Hali kini sedang berfikir tentang keadaan pemilik hatinya itu. Dan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah satu-satunya insan yang bernama Gempa.

Hali: Dah lewat ni... patut ke tak aku call dia?

Hali bermonolog sendirian. Hati dan jiwanya terasa kacau sekali dikala merindui insan yang kini sedang tiada di hadapan matanya. Sejak dari Gempa pergi ke kem, hati Hali sentiasa dilanda kegusaran. Ais kata, biasanya orang yang mengalami perasaan itu sebenarnya sedang dilamun cinta yang amat dalam. Itu Ais yang kata. Nyatanya tidak tahu juga.

Tapi bukan ke memang Hali sukakan Gempa?

Entah. Jangan tanya saya. :v Saya hanya menaip.

Riingg!!
Riingg!!

Hali: OPOCOTGEMPAMENGANDUNG!! (terkejut)

Hampir-hampir sahaja telefon di tangan Hali terjatuh dan pecah ke lantai jika dia tidak terus menangkapnya dalam masa 2 saat.

Hali: Huuff... Siapa pula yang telefon aku malam-malam ni? Kacau daun- huh?

Terdiam Hali jadinya bila dia tengok nama si pemanggil yang sedang menelefonnya.

Hali: Gempa?

Hali tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana. Tetapi tanpa berfikir panjang, dia pun terus menjawab panggilan tersebut.

Hali: H-helo?

Gempa: Kksshh- Halilintar?

Hali: Gempa...?

Gempa: Ahh... Halilintar masih belum tidur lagi, ya? Baguslah...

Hali: Baguslah...? Tapi kau belum tidur ni kenapa?

Gempa: Hehe! Sebab nak call Halilintar lah! Halilintar apa khabar? Sudah makan?

Hali: Ah... Ya... Aku dah makan.

Terdapat keheningan di antara mereka buat seketika sebelum Gempa kembali menyambung semula.

Gempa: Uhhmmm... Mio Marito?

Hali: Hmm..?

Gempa: I miss you...

Hali terdiam seketika sebelum perlahan-lahan, bibirnya mula melebar dan senyuman pun terukir di wajahnya.

Hali: Ya... I miss you too, Lyubov'. (senyum)











============

Serious Ani cakap yang Ani sendiri pun tak faham apa yang Ani tulis. 😓

Dah lama dah tak sambung buku ni. Mmm... Mungkin akan ada sambungan? Entahlah... Tengoklah dulu. Ani tak boleh nak janji... 😥

Anyway! Ani, Harru dan Zie ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Happy New Year kepada semuaa!! 😆😆🎉🎉🎉🎆

Semoga azam dan semangat kita pada 2021 akan menjadi lebih semangat! Keep it up! 😆😄💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top