👊 Te Amor ⚡ Part 8 💕 (61)

Ani: Waahh~ dah masuk chapter 61! 😮

Gempa: Tahniaahh! 😄

Taufan: Ha, sempena meraikan chapter yang panjang ni, jom rayakan party hari jadi!! 😆 (tarik Ani masuk cerita)

Ani: Eh! Eh! Oi!! Aku kena menaip lah!! 😨













Ani: (keluar cerita) Ha! Kan aku dah kata aku kena menaip! Tengok! Kau dah bazirkan banyak space! 😤

Taufan: Eheheh! Sorry! 😅 Ok aku masuk balik, ya?

Ani: Hmm.. Yelah.

BACK TO STORY

Di bilik Trio, kelihatan mereka bertiga sedang bersiap memakai pakaian yang sama temanya dan juga stail coraknya. Hanya saja tema warna masing-masing berbeza.

Thorn: Yay~!! Sekarang kita dah masuk umur 17 tahun! 😆💕

Blaze: Huish! Tak sabarnya tahun depan kita semua akan masuk teras pekerjaan masing-masing!

Taufan: Heheheh! Korang berdua ni macam tak sabar betul!

Blaze: Mestilah! Aku dah rancang dah nanti bila aku besar aku nak jadi apa!

Thorn: Wah! Betul ke?! Kau nak jadi apa nanti besar??

Blaze: Mestilah jadi penternak ayam!

... Krik.. Krik...

Kedua Duo T itu merenung Blaze dengan pandangan tak percaya. Sampai terlopong jadinya muka Taufan memandang Blaze.

Taufan: Biar betul kau ni?! 😧

Blaze: Hahahahah! Aku gurau jelah! Nanti besar, aku nak jadi coach bola sepak!

Thorn: Waaahh~! Mesti terbaik kan!

Blaze: Mestilah! Tapi mula-mula dulu, aku nak jadi pemain bola sepak yang terkenal!

Taufan: Haa! Kalau macam tu mesti kau kena berlatih banyak-banyak nanti!

Blaze: Semestinya! Oh ya, korang pula nak jadi apa?

Taufan: Aku nak jadi pilot!

Thorn: Thorn nak jadi florist! 😄

Mendengar bunyi teriakan teruja dari dalam bilik geng trio, Gempa membatalkan niatnya untuk turun ke bawah. Lagipun kesemua persiapa sudah selesai. Tunggu hidangkan makanan sahaja.

Gempa berjalan menghampiri bilik geng trio lalu mengetuk pintu. Sebaik sahaja tombol pintu dipulas, Gempa menjengukkan kepalanya melihat ke dalam bilik itu. Senyuman manis terukir di wajahnya.

Gempa: Ha, macam meriah je bunyi? Sambut 1 geng je ke?

Geng trio tadi memandang ke arah Gempa. Ketiganya tertawa kecil sambil serentak menggaru-garu pipi masing-masing.

Taufan: Ehehehe! Mana ada, Gem. Tadi kami tengah bercerita tentang cita-cita kami!

Gempa berjalan masuk ke dalam bilik trio itu lalu berjalan menghampiri mereka. Dia semakin mengukirkan senyumannya kepada mereka.

Gempa: Wah, hebatlah korang sebab dah fikirkan masa depan. Korang nak jadi apa?

Taufan: Aku nak jadi pilot! └(^o^)┘

Gempa: Pilot? Kau nak pandu kapal terbang?

Taufan: Yup! Aku suka sangat bila dapat terbang di udara! Aku rasa aku dapat bebas terbang ke sana ke mari! Melihat awan dan burung-burung yang terbang seringan.

Taufan berkata sambil mejamkan matanya. Dia juga turut mendepakan tangannya seolah membayangkan dirinya yang sedang terbang bebas di udara. Hal itu telah membuatkan Gempa dan yang lain tertawa dengan telatah Taufan.

Gempa berjalan menghampiri Taufan lalu mengusapkan kepalanya lalu tersenyum.

Gempa: Cita-cita kau sangat menarik Taufan. 😄

Taufan: (blush) Eeheheh... Biasa-biasa je... ///v///

Blaze: Aku! Aku! Aku nak jadi pemain bola sepak nanti besar! Lepas bersara, aku nak jadi coach diorang!

Gempa menoleh ke arah Blaze. Wajahnya memaparkan reaksi yang begitu teruja.

Gempa: Wah! Terbaiklah Blaze! Kau dah fikir sampai jauh macam tu??

Blaze: (angguk) Mestilah! Aku dah rancang, aku akan kongsikan segala kelebihan bola sepak aku kepada anak didik aku nanti!

Taufan: Apsal kau tak jadi ke coach dan pemain pada masa yang sama?

Blaze: Oh? Hmm... Boleh juga! 😆

Gempa tertawa kecil melihat reaksi Blaze. Dia kemudian berjalan menghampiri Blaze lalu menepuk belakangnya dengan lembut.

Gempa: Cita-cita kau hebat Blaze! Aku akan sokong kau!

Gempa mengukirkan senyuman bangganya kepada Blaze. Blaze sedikit malu-malu lalu tertawa kecil bagi menyembunyikannya.

Blaze: Thanks Gem!

Gempa: Sama-sama. 😊 (pandang Thorn) Thorn pula macam mana?

Thorn: Thorn... Umm.. Thorn nak jadi florist..

Dengan malu-malu Thorn berkata dengan nada perlahan. Dia mengalihkan pandangannya dari bertentang mata dengan Gempa sambil menggaru-garu pipinya janggal. Gempa memandang Thorn hairan.

Gempa: Florist? Itu cita-cita yang hebat Thorn! Kenapa kamu macam malu nak beritahu?

Thorn menundukkan kepalanya sambil menguis-uis lantai menggunakan kaki kanannya. Gempa mengangkat alisnya hairan. Dia berjalan menghampiri Thorn lalu mengusap wajah Thorn lembut.

Gempa: Thorn? Kenapa ni?

Thorn diam mengetap bibirnya. Gempa terdiam seketika sebelum dia mula menarik Thorn dengan lembut lalu mendudukkan Thorn bersamanya di atas katil. Gempa menatap Thorn lama lalu mengusap wajah Thorn lembut.

Gempa: Thorn, pandang Gempa.

Thorn masih diam menunduk. Tidak mahu mengikut arahan Gempa walaupun di dalam hatinya meronta untuk mengikutinya.

Gempa menghela nafas. Tangannya menyentuh tangan Thorn lembut dan mendekatkan lagi wajahnya pada Thorn.
Gempa: Thorn~ pandang Mama?

Dengan lembut Gempa memanggil nama Thorn. Thorn tersenyum lalu memandang ke arah Gempa. Gempa tertawa kecil dan diikuti helaan nafas lega oleh Taufan dan Blaze.

Gempa: Kenapa Thorn macam tak suka dengan keputusan Thorn nak jadi florist?

Thorn: ...sebab... Taufan dan Blaze ada cita-cita yang hebat. Thorn pula... Jadi florist je.

Taufan: Kenapa kau rasa cita-cita kau tak best ke, Thorn?

Thorn mengangguk menjawab pertanyaan Taufan.

Blaze: Apsal kau boleh pikir macam tu? Ok apa jadi florist? Alang-alang kau pun minat tumbuhan, kan?

Thorn: Tapi... Thorn pun nak sehebat korang berdua juga.

Gempa: Thorn... (usap kepala Thorn) Jangan fikirkan impian yang membuat Thorn ingin usahakan selama ini menjadi keraguan untuk Thorn. Sebaliknya jadikanlah ia sebagai tujuan utama untuk Thorn terus bangkit dan mengecapi impian Thorn.

Thorn: Tapi... Macam mana kalau orang lain pandang lekeh pada cita-cita Thorn?

Gempa: Kenapa Thorn cakap macam tu pula?

Taufan: Tu mungkin sebab... Gopal pernah kata yang dia pelik sebab kenapa Thorn kena ambil kerja perempuan? Fang pun ada cakap juga. Kata diorang yang pekerjaan tu nanti akan buat Thorn nampak macam... Lelaki sotong?

Blaze: Peduli lah apa diorang kata tu. Janji kau ada impian.

Gempa mengangguk setuju dengan kata-kata Blaze. Dia kembali menatap Thorn. Kelihatan Thorn masih ragu-ragu dengan segala nasihat yang dilontarkan kepadanya. Gempa menepuk bahu kiri Thorn sambil tersenyum.

Gempa: Pedulikan apa yang orang lain katakan, Thorn. Thorn ialah Thorn. Tiada apa yang akan mengawal hidup kamu. Dan tak kiralah pekerjaan apa pun yang tak Thorn dan yang lain nak jadi, Gempa akan sokong 100%! Ok Thorn? 😄

Thorn: (angguk) Thanks Mama~ (peluk Gempa)

Menerima pelukan dari Thorn, Gempa tertawa kecil sambil menepuk-nepuk kepala Thorn dengan lembut. Thorn semakin mengeratkan pelukannya manakala Blaze dan Taufan agak muncung kerana cemburu melihat kemesraan Gempa dan Thorn.

Blaze: Ceh! Main peluk-peluk pulak!

Taufan: Nak peluk juga Gem~ (ಥ_ಥ)

Gempa: Heheheh! Ok mari sini!

Tanpa membuang masa, Taufan dan Blaze pun turut masuk ke dalam pelukkan Gempa dan Thorn. Mereka menikmati pelukkan hangat antara satu sama lain bersama.

Kehangatan kekeluargaan yang sering dilakukan oleh mereka ber-4 sedikit sebanyak menghangatkan hati masing-masing. Namun dalam mereka sedang berpelukan, di luar bilik, terdapat susuk tubuh seseorang sedang berdiri sambil bersandaran pada dinding bersebelah pintu yang terbuka.

Dia menutup wajahnya dengan topi hitamnya sebelum dia menghela nafas dan berlalu pergi dari situ.

.
.
.

Yaya: Gempa~ Ooo...Gempa?

Gempa: Sekejap!

Gempa berlari turun dari tangga dan terus menuju ke pintu rumah. Dia memulas tombol pintu lalu membukanya. Kelihatan Yaya, Ying, Gopal, Fang dan beberapa rakan sekelas mereka yang lain. Di tangan masing-masing sudah ada hadiah yang siap dibalut.

All: Happy Birthday!!

Gempa tersenyum sambil malu-malu.

Gempa: Terima kasih! Jemputlah masuk! 😄

Gempa mempelawa mereka masuk dan membawa mereka menuju ke meja makan. Geng Trio sedang menjalankan tugas mereka iaitu menerima hadiah pemberian rakan-rakan.

Fang: Happy Birthday Taufan. Nah, hadiah aku untuk korang.

Taufan: Waahh! Thanks Fang! Apa kau bagi dekat kitorang ni??

Fang: Nanti korang bukalah. Heish, tak sabar betul.

Taufan: Ehehehe! Ha, jemputlah makan Fang! Aku yang buat kek dan manisan tu semua! 😆

Fang: Hmm.. Nantilah. Dan.. Uuhh.. Nah.

Fang menghulurkan sebungkus hadiah kepada Taufan. Saiz yang sederhana besar dan sebaik sahaja Taufan menerimanya, dia dapat merasakan jisim hadiah itu agak berat.

Taufan: Ugh! B-berat juga hadiah kau ni Fang! Apa dalamnya?

Fang: Nanti kau bukalah...

Taufan: Alah, bagitahulah aku sekarang! Aku pun nak tahu jugak!

Fang: Haish... Yelah. Dalam tu ialah alat pemainan video game skateboard yang terbaharu. Yang kau pernah cakap minggu lepas. Aku beli.

Fang sedikit menggaru-garu kepalanya sambil berkara-kata. Di pipinya terdapat beberapa garisan merah kerana malu. Taufan menatap Fang sambil terkelip-kelip lalu senyuman di wajahnya semakin melebar.

Taufan: HHHHHHH-!!! TERIMA KASIH FAAAAANNGGG!!! 😆💞

Taufan terus memeluk Fang kuat sampau mereka berdua terjatuh di atas lantai. Blaze dan Thorn yang kebetulan berada berhampiran turut melompat dan peluk Fang.

Blaze: Kami dah dengar perbualan korang tadi! THANKS FANG!!!

Thorn: Fang nanti jadi abang ipar Thorn ya?? 😄

F

ang: Aarrgh!! Woi! Korang ni beratlah!!! Turun lah woi!!

Fang cuba sedaya upaya untuk menolak para geng trouble maker dari atas badannya namun jisim berat badan mereka bertiga terlalu berat untuk Fang. Ditambah pula mereka yang tak nak berganjak sedikit pun dari atas Fang.

Puas bergelut akhirnya Fang mengalah dan biar sahaja geng trio itu menindihnya.

Ais dan Solar memerhatikan sahaja mereka ber-4 sambil tersenyum.

Solar: Bahagia betul diorang tu.

Ais: (angguk) Nampaknya party kita disambut dengan meriah juga.

Ais memandang sekeliling di dalam rumah mereka. Kelihatan jumlah tetamu semakin ramai. Malah Cikgu Papa bersama keluarga juga datang. Keluarga Gopal, Yaya dan Ying juga ada.

Solar: Sedih pula takde Tok Aba dan Ochobot bersama kita.

Ais: Biarlah. Kan Tok Aba nak uruskan perniagaan Koko Tiam dia.

Solar mengangguk setuju. Kemudian dia menyeluk saku hoodienya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil yang dibalut dengan pembalut berwarna biru muda dan mempunyai polkadot putih sebagai corak pbalut tersebut. Hadiah itu juga diikat dengan ribbon berwarna biru gelap dan terdapat kepingan kad kecil di situ tertulis "To Ais".

Solar menghulurkan kotak hadiah tersebut kepada Ais.

Solar: Nah.

Ais: Eh? Apa benda ni? (ambil)

Solar: Hadiah lah.

Ais melihat kotak hadiah yang diberikan oleh Solar kepadanya.

Ais: Boleh aku buka?

Solar mengangguk menjawab. Ais tanpa membuang masa terus membukakan pembalut kotak tersebut dan terlihat kotak yang mempunyai plastik lutsinar di mukanya. Dari luar dia dapat melihat keychain berbentuk ikan paus berwarna biru dan terdapat loceng berwarna biru bersamanya.

Mata Ais bersinar melihat rupa bentuk ikan paus tersebut yang baginya cantik ukirannya dan comel.

Ais: Woaahh... Mana kau beli ni?

Solar: Waktu aku keluar beli-belah dengan Gempa hari tu. Gempa yang jumpa keychain ni dan kami berdua sama-sama sepakat bayar sama rata dan belikannya untuk kau.

Ais: (senyum) Heheheh, pilihan Gempa sentiasa terbaik.

Solar menganggukkan kepalanya setuju. Ais mengeluarkan bungkusan segiempat dari bantal peluk berbentuk ikan pausnya dan memberikannya kepada Solar. Solar menerimanya dengan pandangan ingin tahu.

Solar: Apa ni?

Ais: Hadiah dari aku dan Gempa juga. Kami pun bersepakat belikan kau sebuah buku.

Solar: Buku? (buka hadiah)

Terkebil-kebil Solar melihat buku yang diberikan oleh Ais. Sebuah buku yang sederhana tebal yang bertulis "Rahsia Tersembunyi Di Dalam Badan Manusia dan Hidupan Lain. Bahagian 2"

Solar: I-ini kan... Sambungan buku yang aku beli?

Ais: Aku tak tahu. Gempa kata yang dia nak belikannya untuk kau. Dia kata dia pernah nampak kau ada baca buku ni dan ceritakannya pada dia.

Solar: Tapi buku ni baru je keluar minggu lepas! Aku pun baru tengah kumpul duit nak belikannya.

Ais: Hmm... Aku rasa Gempa memang dah berniat untuk belikannya kepada kau.

Solar memandang ke arah buku tersebut dengan pandangan terharu. Betapa gembiranya hati dia kerana dia dapat memperoleh buku yang mana penulisnya adalah penulis kegemarannya. Dia tak sangka yang Gempa akan memberikan hadiah terbaik untuknya.

Solar: Tapi... Aku tak sediakan apa-apa hadiah untuk Gempa.

Ais: Samalah. Aku ingatkan kita semua memang bersepakat tak akan bagi hadiah apa-apa untuk tahun ni. Tapi...

Solar dan Ais saling berpandangan ke arah Gempa yang sedang memotong kek lalu memberikannya kepada para tetamu yang hadir. Senyuman Gempa masih tidak lekang di wajahnya. Pandangan mereka berdua tidak langsung berganjak dari melihat Gempa.

Solar: Hmm... Mungkin kita berdua boleh sepakat belikan hadiah untuk Gempa?

Ais: Boleh juga. Tapi nak beli apa?

Mereka saling berpandangan. Masing-masing sedang berfikir ligat memikirkan hadiah terbaik untuk Gempa.

Solar: Berapa duit yang kau ada sekarang?

Ais: .... 25 ringgit?

Solar: Aku ada RM 30. Kalau kita campurkan keduanya ada RM 55. Hmmm...

Taufan: Ha! Buat apa tu! (terjah)

Solar: AAAAARGHH!! (terkejut)

Blaze: Pfftt-! Wahahahaahahha!! Awesome Taufan! (high 5 dengan Taufan)

Ais: Haih... Suka sangat kenakan orang.

Taufan: Hehehe! Sorry. Oh ya, korang tengah bincangkan apa tadi?

Solar: Kitorang tengah rancang nak belikan apa hadiah untuk Gempa.

Trio: Hadiah?

Thorn: Korang tak sediakan apa-apa ke untuk Mama?

Solar dan Ais menggelengkan kepala mereka. Mereka ber-5 menunduk kesal.

Taufan: Sedihnya. Aku dapat kot hadiah dari Gempa.

Blaze: Aku pun.

Thorn: Thorn pun... 😞

Solar: Samalah macam kami. Tapi... Kita tak belikan apa-apa pun untuk Gempa.

Mereka ber-5 sama-sama diam. Seketika kemudian, Fang, Yaya, Ying dan Gopal datang menghampiri mereka ber-5. Cikgu Papa Zola juga datang.

Cikgu Papa: Ha, ni kenapa anak-anak kebenaran muncung sedepa ni?

Blaze: Kitorang mana ada muncung sedepa cikgu!

Cikgu Papa: Haiihh... Mana kamu tahu? Apa kamu tak dapat tengok ke..muncung kamu semua ni...macam ayam berak kapur.

Taufan: A-ayam berak kapur...? 😅

Thorn: Muncung sedepa tu apa? Thorn tak tahu pula ayam boleh berak kapur. (^・ω・^ )

Solar hanya terkekeh ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Biarlah mereka terus berbual sebegini terlebih dahulu.

.
.
.

Padangannya dilemparkan di luar pintu rumah. Melihat suasana malam hari yang dilatarbelakangkan langit yang gelap. Dihiasi pula dengan bintang-bintang yang berkelipan da angkasa raya. Hembusan angin malam menerpa di wajahnya dengan lembut sehingga dirinya terasa kedinginannya. Untung dia memakai jaket hoodie yang berwarna hitam bercorakkan kilat merah-putih.

Hali: Hhhh...

Hali menghela nafas seraya menghabiskan minuman yang dipegangnya. Dapat dirasakan yang minuman tersebut semakin sejuk dikala angin malam mengenainya. Sebaik sahaja menghabiskan minumannya, Hali pun kembali berjalan masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur. Mempedulikan orang-orang yang bising di dalam rumah tersebut kerana sedang meraikan majlis ulang tahun dia dan saudaranya.

???: Yaya... Fang. A-aku nak cakap sikit ni.

Yaya: Kenapa ni Gempa?

Terdengar nama Gempa disebut, pantas Hali menghentikan langkahnya. Dia cuba menghampiri meja makan yang dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan dan secara kebetulannya Yaya, Fang dan Gempa berada berdekatan. Dalam diam dia mendengar perbualan antara Gempa, Yaya dan Fang.

Yaya: Gempa? Kenapa kau sedih je ni?

Fang: Ha'a. Kalau ada apa-apa masalah kau bagitahu jelah kitorang.

Gempa mengetap bibirnya sambil menggenggam kedua belah tangannya. Kegusaran dan ketakutan di hati menguasai hati dan perasaan Gempa. Jika dia tidak dapat mengawal diri, pasti dia sudah menangis dalam menyesal.

Gempa: Yaya..Fang.. A-aku...

Yaya dan Fang saling berpandangan sebelum mereka berdua kembali menoleh memandang ke arah Gempa. Hati mereka juga tertanya-tanya kenapa Gempa tiba-tiba memanggil mereka berdua. Dan kini, Gempa pula gugup untuk berkata-kata.

Fang: Gempa. Kalau kau takut nak bagitahu, kitorang ok jelah.

Yaya: Takpe Gempa. Kami takkan marahkan kau kalau kau ada buat silap.

Gempa tersenyum nipis. Dia menarik dan menghela nafas cuba mendapatkan keberanian. Gempa memejamkan matanya cuba menenangkan dirinya. Apabila rasa sudah cukup tenang, dia membuka matanya dan memandang Yaya dan Fang.

Gempa: Yaya.. Fang.. Ingat lagi tak tentang.. Rantai korang yang korang bagi tu?

Fang: Rantai?

Yaya: Rantai yang berlogo tanah tu?

Gempa menganggukkan kepalanya mengiyakan pertanyaan Yaya.

Fang: Kenapa dengan rantai tu?

Gempa: S-sebenarnya... Rantai tu... H-hilang.

Fang/Yaya: Hilang??!

Gempa: Maafkan aku! Aku tak sengaja menghilangkannya!

Fang: Macam mana kau-!

Hali: Gempa!

Serentak Gempa, Yaya dan Fang berpaling ke arah mereka yang berada di sebelah kanan. Dan dari situ, mereka dapat melihat Hali sedang berdiri sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam saku poketnya.

Gempa: Ha-Halilintar?

Seraya Gempa memandang Hali pelik, Hali terus berjalan mendekati Gempa lalu memegang tangannya.

Hali: Oi, Fang. (pandang Fang)

Fang: H-huh?

Hali: Bagi aku kunci motor kau.

Fang: Eh?! Apsal pulak?!

Hali: Bagi cepat!!

Dengan nada yang keras Hali memaksa. Fang pada awalnya agak ragu-ragu untuk memberikannya namun setelah melihat (lebih tepatnya menganggap) mungkin Hali mahu lakukan sesuatu bersama Gempa dan dia perlukan privasi, Fang memberikannya kepada Hali.

Hali mengambilnya dan berlalu pergi sambil menarik tangan Gempa tanpa mengucapkan terima kasih. Hali dan Gempa berlalu pergi meninggalkan Fang dan Yaya bersama. Yaya terpinga-pinga melihat pemergian Hali dan Gempa. Dia kemudian memandang ke arah Fang semula.

Yaya: Apsal kau bagi dekat Hali tadi?

Fang: ....sebab aku tahu sesuatu yang Hali tak perlu katakannya.

.
.
.

Di luar rumah, Hali mengarahkan Gempa untuk menaiki motor Fang dan dia memakaikan topi keledar yang satu-satunya milik Fang di kepala Gempa manakala dirinya tidak dilindungi oleh apa-apa. Hali mengambil topi Gempa dan topinya lalu diletakkan di bahagian bakul motor.

Gempa: Uuhh... H-Halilimtar. Kenapa ni?

Hali: Naik cepat.

Gempa: Eh, t-tapi!

Hali: Ke nak aku gendong kau, hah?

Hali memberikan pandangan amaran kepada Gempa. Gempa meneguk ludahnya takut lalu cepat-cepat dia naik motor tersebut dan berada di belakang Hali. Topi yang dipakainya dibetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Pandangan Gempa masih tertumpu pada Hali yang sedang menghidupkan enjin motor.

Gempa: A-anuu.. Halilintar. Kita nak ke mana?

Hali tidak menjawab. Dan dengan sekali tekanan, enjin motor hidup dan Hali memulas pemegang kanan membuatkan bunyi enjin motor begitu kuat didengari.

Vroomm! VROOMM!!

Hali: Pegang aku kuat-kuat.

Gempa: Eh?!

VRRRRROOOOMMM~~!!!

Gempa: Gyaaahhhhh!!!! (*。>Д<)o゜

.

.

.

Di jalan raya yang luas, kelihatan kenderaan masih banyak yang menghuninya. Di setiap jalan kereta tidak henti-henti berjalan lurus dan dengan kadar kelajuan yang pantas masing-masing menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Di sisi jalan pula terdapat sebuah motor yang dinaiki oleh 2 kembar element yang terkenal dengan nama Halilintar dan Gempa.

Hali terus memulas motor dan mempercepatkan kelajuannya. Gempa yang berada di belakang Hali mula rasa cukup takut dengan kelajuan motor yang dipandu Hali. Sudah lama dia tidak naik motor jadi perasaan kekok dan takut tentu dirasai oleh Gempa.

Gempa: HALILINTAR!! PERLAHAN SIKIT!! 😵💦

Tidak berhenti, Hali malah semakin mempercepatkan kelajuan motor yang ditunggangi olehnya dan Gempa. Oleh kerana kelajuan yang dia pasti takkan perlahan, Gempa terus memeluk belakang Hali dengan erat. Wajahnya menempel di belakang sasa Hali.

Hal tersebut membuatkan Hali sedikit terkejut namun dia dapat rasakan perasaan yang hangat. Jantung Hali berdegup kencang di kala dia dapat merasakan kehangatan nafas Gempa di belakangnya. Oleh itu, Hali memperlahankan sedikit kadar kelajuan motor dan kebetulan mereka sampai di selekoh.

Hali membelok ke selekoh kiri. Jalan kelihatan semakin sempit dan dihiasi dengan belukar dan semak-samun. Lampu jalan juga tidak terlalu banyak hatta kenderaan juga tiada. Gempa yang akhirnya dapat bertenang di kala kelajuan motor semakin perlahan kembali rasa takut sebaik sahaja dia melihat suasana yang suram dan gelap tanpa lampu itu.

Gempa: Halilintar... K-kita buat apa dekat sini...?

Gempa soal dalam keadaan takut. Namun dia masih cover suaranya agar tidak terdengar terlalu takut. Hali tidak menjawab. Dia terus membonceng motor menuju ke hadapan.

.
.
.

Setelah cukup dalam perjalanan dan akhirnua dapat dilihat beberapa lampu jalan di kawasan seperti hujung jalan, Hali terus memperlahankan lagi kadar kelajuan motor. Dan akhirnya mereka tiba di sebuah taman.

Hali menghentikan motor dan menurunkan tongkat motor menggunakan kaki kirinya. Hali memulas kunci motor membuatkan enjin motor terus berhenti.

Hali: Dah. Kau boleh turun.

Gempa agak ragu-ragu mahu melepaskan pelukkannya namun apabila dia yakin motor sudah tidak berjalan jadi dia melepaskannya. Gempa turun dari motor dan membukakan topi keledar yang dipakainya di atas kepala.

Gempa: U-uhmm... Kita dekat mana ni?

Hali: Di taman.

Gempa: Taman..?

Gempa memandang Hali pelik. Hali malah tidak memandang Gempa namun dia mengambil topi yang berada di tangan Gempa dan meletakkannya di dalam bakul motor. Hali pun turun dari motor yang dinaikinya.

Hali: Dah, jom.

Hali berjalan terlebih dahulu ke hadapan. Gempa pula mengekori Hali dari belakang tanpa banyak bunyi. Mereka berdua berjalan ke hadapan sehinggalah Hali berhenti di pagar yang menjadi jalan mati dan penghalang di taman tersebut. Gempa juga berhenti di sebelah Hali. Dia memandang Hali pelik.

Gempa: Halilintar? Kita sebenarnya buat apa di sini?

Hali: .... Confession.

Hanya satu ayat. Walaupun kedengaran seperti laluan angin yang berlalu dan perlahan, namun Gempa masih dapat mendengarinya kerana hanya mereka berdua yang berada di sana.

Gempa: Con-fession...?

Hali menoleh dan memandang ke arah Gempa. Dia kemudian tersenyum sehingga membuatkan Gempa semakin pelik namun wajahnya merona memandang ke arah Hali.
















===================
Ani: AAAAAAAAAA AKHIRNYA DAPAT JUGA UPDATE BUKU NI!!! 😭😭

Zie: Bukan main struggle lagi kita berdua cari mood dan paksa diri update buku ni, kan? 😅

Ani: Hm! Tambah pula Ani masih merajuk dengan Papa sebab dia pilih Solar dari Mama dalam 'Broken and Goodbye' tu. 😤

Hali: Yang kau buat cerita tu apsal?!

Ani: Errr... Ehehehe. S-sebab Ani nak cuba buat shjp lain juga. 😅

Hali: Dah tu?! Nak salahkan aku?? 💢

Gempa: Eh, sudahlah korang. Baik semua fokuskan pada buku ni je sekarang. Amacam?

Ani: Hm... Ok! 😄

Zie: Jangan lupa vote dan komen! //author jadi kurang semangat tanpa komen korang sekarang. 😅

Author's Note!!!

Baca "👊 Te Amor ⚡ Part 9 💕" di buku kedua iaitu "Halilitar x Gempa MARRIED COUPLE!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top