👊 Te Amor ⚡ Part 6 💕 (60)
•▶ Waktu Sekarang ◀•
Taufan: APA KAU CAKAP?!!
Situasi di ruang tamu itu senyap di kala mendengar jeritan kuat Taufan. Taufan memberikan pandangan marah dan geram kepada Hali yang hanya memandang ke arahnya tanpa sedikit pun rasa takut.
Blaze: Kau... Kau sanggup curi rantai yang Fang dan Yaya berikan pada Gempa?!
Kini Blaze pula berdiri di samping Taufan. Marahnya juga tidak kalah kuatnya dengan Taufan. Yang lain tidak marah sama sekali. Cuma memandang ke arah Hali dengan pandangan geram.
Hali: Ya. Aku yang curi rantai yang Gempa kata hilang tu.
Dengan selamba Hali meletakkan kaki kanannya di atas kaki kirinya. Gempa yang ada di sebelah hanya menghela nafas lalu menenangkan Taufan dan Blaze.
Gempa: Korang berdua. Duduk.
Taufan: Gem! Kau tahu ke dia curi?! (tunjuk Hali)
Gempa: Iya aku tahu. Malam hari lahir kita dia beritahu kepada aku.
Solar: Dan kau tak marahkan dia langsung?
Kini giliran Solar bersuara. Solar memberikan tatapan tidak percaya kepada Gempa. Gempa yang menerima tatapan itu hanya menghela nafas sekali lagi.
Gempa: Kenapa aku tidak marah? Mestilah aku marah! Aku puas cari rantai tu sampai hari nak dekat petang dan ternyata ia hanya disorokkan oleh Halilintar! Aku pun tak boleh maafkan dia!
Gempa mengetap bibirnya geram. Mengingat kembali betapa bodohnya dia tidak tahu bahawa Hali dalang segala kesedihannya sebelum ini.
Hali yang memandang Gempa hanya mengeluh dan tidak berkata apa-apa.
Thorn: Tergamak Papa lakukan macam tu kepada Mama... 😞
Ais: Cemburu buta.
Ais menjeling ke arah Hali dengan dingin sedingin nama diberi.
Hali: Cakaplah apa yang korang nak cakap. Benda memang dah lepas pun.
Gempa melirik ke arah Hali dengan wajah kecewa. Tapi kemudian dia bertindak untuk menenangkan keadaan yang dingin itu.
Gempa: Tidak mengapa semua. Halilintar sudah gantikan rantai tu dengan rantai lain.
Gempa hanya tersenyum ke arah saudaranya. Yang lain kecuali Hali menghela nafas lega. Manakala Hali? Dia melirik ke arah Gempa lalu menggenggam kedua tangannya geram.
"Seandainya aku tak berkasar dengan dia dulu..."
Solar: Jadi Hali?
Lamunan Hali terhenti. Dia memandang ke arah Solar yang sedang memandangnya dingin.
Solar: Apa jadi seterusnya sebaik sahaja kau ambil rantai tu?
Hali: ....aku bawa Gempa pulang.
•°•>★♡CONTINUE FLASHBACK♡★<•°•
Sebaik sahaja mereka berdua tiba di rumah. Taufan dan Blaze yang kebetulan baru sahaja selesai bersiap dan hendak keluar dari rumah terdiam apabila melihat Gempa sedang bersandar pada Hali.
Blaze: Gempa? Hali.. Gempa kenapa?
Hali: Hanya keletihan.
Hali memandang ke arah Blaze dan seterusnya ke Taufan. Hali perasan yang riak wajah Taufan lain macam. Tapi Hali abaikannya.
Hali: Ni korang nak ke mana?
Blaze mengela nafasnya dan memandang Hali.
Blaze: Baru sahaja nak keluar tolong cari Gempa.
Hali: Tak perlu. Kan aku dah kata biar aku sahaja yang cari?
Blaze diam dan mengalihkan pandangannya dari Hali. Dia berpeluk tubuh tidak senang melihat Gempa yang sedang lemah sedang bersandar pada Hali.
Taufan: Mari, Gem. Aku bawakan kau ke bilik?
Baru sahaja Gempa mahu menerima huluran Taufan, dirinya ditahan oleh Hali. Hali memberikan tatapan tidak suka kepada Taufan.
Hali: Biarkan aku yang uruskan dia. Korang berdua masuk balik.
Blaze dan Taufan sama-sama berdecih kesal. Namun mereka tidak berani membantah. Jadi keduanya hanya akur dan masuk ke dalam rumah diikuti Hali dan Gempa dari belakang.
.
.
.
Di Bilik Gempa
Gempa: Maaf menyusahkan kau Halilintar....
Kata Gempa sebaik sahaja dirinya berlabuh di atas katil miliknya.
Gempa mempamerkan senyumannya walaupun berada di dalam keadaan lemah. Sungguh badannya terasa berat dan kepalanya amat pening pada waktu itu.
"Mungkin kerana sejak dari pagi lagi dia sudah buat banyak kerja. Di kala petang berlari ke sana ke mari mencari rantai. Dan akhirnya menangis melepaskan kesedihan."
Hali terasa kecewa. Tidak tahu mahu kecewa kepada Gempa yang begitu keras kepala dalam menitik beratkan hal yang tidak penting. Atau dirinya yang begitu lemah untuk memulangkan kembali rantai yang diambil dan meminta maaf kepada Gempa.
Hali: Daripada fikirkan hal itu lebih baik rehat saja..
Gempa: Eh? Kau cakap apa tadi?
Hali: Ah! T-tak... Cuma... Aku rasa baik kau rehat dab tenangkan diri. Aku pasti kau tidak mempunyai rehat yang cukup sejak pagi tadi.
Hali cuba mencari alasan. Dan ternyata ia berhasil. Gempa tersenyum ke arah Hali dan menganggukkan kepalanya bersetuju. Hali menghela nafas lega lalu dia duduk di samping Gempa di atas katil.
Hali: Aku rancang... Malam ni kita keluar nak?
Gempa: Eh? Pergi mana?
Hali: Ke bandar. Aku rasa bekalan bahan mentah semakin berkurangan.
Gempa diam seketika sambil berfikir. Tidak butuh waktu yang lama, Gempa pun menganggukkan kepalanya setuju seraya mempamerkan senyuman hangatnya.
Hali tersenyum tipis lalu mengusap wajah Gempa lembut. Hal itu agak mengejutkan Gempa kerana itu pertama kalinya dia melihat sisi lembut Hali yang tidak pernah dilihatnya. Namun Gempa tidak persoalkannya. Dia hanya tersenyum.
Kemudian Hali bangun dari duduknya. Dia menyelimutkan Gempa dan menunggu Gempa sehingga tertidur sebelum dia mula melangkah keluar dari bilik Gempa.
.
.
.
Di tingkat bawah, kelihatan para element sedang duduk bersama sambil menonton televisyen. Hali turun dari tingkat atas setelah dirinya selesai mandi bersihkan dirinya. Dia melihat para element masih tidak sedarkan kehadirannya.
Hali mengabaikan mereka. Dia berjalan menuju masuk ke dalam dapur. Dibuka peti sejuk dan mengambil air mineral sejuk di dalamnya. Hali sempat melirik ke dalam peti sejuk.
Hali: Huuh... Jadi betullah bekalan hampir habis.
Hali menutup kembali pintu peti sejuk dan membawa botol mineral sejuk itu keluar bersamanya menuju ke ruang tamu/keluarga.
Ais: Hali.
Mendengar suara perlahan Ais memanggilnya, Hali memandang ke arah Ais. Ais menggunakan tangannya dan dilambai-lambai seperti memberikan isyarat supaya Hali mendekati. Hali tidak persoalkan apa-apa jadi dia pun terus menghampiri para saudaranya.
Sebaik sahaja Hali tiba, Ais mempelawa Hali duduk terlebih dahulu. Hali hanya akur.
Hali: Apehal? (duduk)
Taufan: Hali, apsal dengan Gemgem?
Hali: Apsal apanya?
Thorn: Mama nampak macam penat je tadi. Kenapa Papa? Ada terjadi sesuatu ke di sekolah?
Hali memandang wajah polos Thorn yang jelas menunjukkan kerisauan yang teramat kepada Gempa. Hali memicitkan kedua matanya di atas kelopak dan menyandarkan badannya di kerusi sofa sambil menghela nafas berat. Patutkan dia ceritakan perkara yang sebenar? Atau sebaliknya?
Taufan: Baru aku teringat, tadi selepas waktu rehat. Aku ternampak Gemgem terkejut sewaktu memeriksa laci meja dia. Bila aku datanf tegur, dia terus pura-pura tak jadi apa-apa.
Solar: Huh? Ada barang dia hilang ke?
Terkejut Hali apabila mendengar perbualan antara Taufan dan Solar. Keringatnya mula mengalir turun. Jantungnya pula berdegup kencang. Tapi wajahnya tetap stay cool. Dia cuba mengawal perasaannya.
Blaze: Ha, ni mesti ada orang curi barang kesayangan Gempa ni! Lepastu dia cari barang tu!
Ais: Macam kita tak kenal Gempa. Selagi dia tak jumpai barang yang disayanginya, selagi tu dia akan cari.
Taufan: Tapi... Barang apa yang hilang?
Kesemua element mengerahkan otak untuk berfikir. Manakala Hali? Dia hanya bersahaja. Itu kerana dia sudah tahu segalanya.
Blaze: Kita kena cari petunjuk ni.😤
Solar: Cuba perhatikan, ada tak apa-apa barang Gempa yang hilang? Apa-apa yang kurang ke?
Taufan: Hmm... Aku rasa...
???: Halilintar?
Baru sahaja Taufan mahu meneruskan kata-katanya, tiba-tiba datang suara memasuki ruangan perbincangan mereka. Lantas mereka melihat ke arah pemilik suara tersebut yang kedudukannya berada di atas tangga - Gempa.
Gempa: Apa yang korang bincangkan ni?
Gempa berjalan menuruni tangga sambil berpegang pada pemegang anak tangga. Taufan dan Thorn yang melihat pula terus bangun dan menghampiri Gempa kerana mahu membantu tetapi Gempa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Gempa: Aku masih kuat. 😊
Taufan dan Thorn saling berpandangan. Kemudian mereka hanya membenarkan sahaja Gempa berjalan dalam keadaan lemah menghampiri yang lain.
Solar: Kau seharusnya berehat Gempa.
Gempa: Hanya pening sedikit saja. Tak teruk mana pun.
Gempa berjalan dan duduk di atas sofa bersebelahan antara Hali. Dia menyandarkan dirinya pada kerusi sofa sambil menghela nafas lelah. Yang lain yang memandang Gempa dengan pandangan risau.
Thorn: Mama... Mama kan sakit? Kenapa Mama bangun?
Gempa: Aku tak nak risaukan korang. Lagipun... Aku tahu korang sedang risaukan keadaan aku. Tapi percayalah, aku tidak apa-apa.
Solar: Gem...
Gempa memandang ke arah Solar.
Solar: Kau.... Ada barang yang hilang ke?
Gempa terkedu seketika sewaktu mendengar pertanyaan dari Solar.
Taufan: Barang apa yang hilang sebenarnya?
Kali ini Taufan pula bertanya. Gempa menunduk kesal dan menghela nafas. Tapi dia tetap mencuba untuk tersenyum.
Gempa: Aku.... Rantai aku... hilang.
All kec. HaliGem: HAH?!! RANTAI HILANG?!! 😨
Semua (kecuali Hali) memandang Gempa dengan pandangan terkejut. Manakala Gempa pula hanya mempamerkan senyum pahitnya sambil menunduk pilu. Taufan memandang simpati kepada Gempa lalu dia duduk melutut membuatkan paras wajah mereka sama.
Taufan melihat iris gold Gempa. Suram. Pudar warnanya. Tidak seperti yang dia selalu lihat. Perlahan Taufan menyentuh tangan Gempa dengan lembut.
Taufan: (senyum) Jangan risau, Gem. Aku dan yang lain akan tolong kau carikan rantai tu. Ok? 😉
Gempa: ... Mm..! 😊 (angguk)
Hali berdecih kesal memandang kemesraan antara Taufan dan Gempa. Terasa panas di hatinya di kala melihat Taufan memegang tangan Gempa.
Solar: Oh ya, bila kali terakhir kau nampak rantai tu?
Solar mula berjalan menghampiri Gempa dan Taufan. Dia juga duduk seperti gaya Taufan. Wajahnya serius memandang ke arah Gempa.
Gempa cuba menginngat kembali memori kali terakhirnya dia melihat rantainya.
Gempa: Hmm... Kalau diingat balik, last punya bila kita semua nak keluar rehat. Aku simpan rantai tu di bawah meja.
Blaze: Mungkin kau tak cari betul-betul kot?
Gempa menghinjutkan bahunya menjawab. Sebenarnya dia sendiri lupa bila kali terakhir dia meletakkan rantai itu. Hal ini kerana dia banyak kali berulang-alik ke sana dan ke mari untuk menjalankan tugasannya.
Thorn: Hmm... Kalau macam tu, kita kena cari juga dekat mana-mana tempat. Mungkin Mama tercicirkannya?
Taufan: Mungkin juga. Kita boleh cuba idea Thorn!
Solar: Sejak bila kau boleh berfikir macam ni, Thorn? 😐
Thorn: Kenapa? Solar nak kata Thorn ni tak boleh berfikir ke? 😤
Solar: Uuhh... Eheheh... 😅
Gempa: Mana ada Thorn. Solar tak bermaksudkan macam tu lah.
Gempa mengusap lembut kepala Thorn yang ditutupi topinya dan tersenyum ke arah anak (tidak) polos itu. Thorn yang menerima usapan kepala lembut itu pun tersenyum ceria.
Hali yang sudah sekian lama memandang mula tidak senang duduk lalu dia bangun dan tangan Gempa ditarik kuat.
Gempa: (terbangun) Eh?! K-kenapa ni Halilintar!?
Hali tidak berkata apa-apa melainkan dia mula menarik Gempa sehingga mereka berdua mula naik ke tingkat atas bersama. Gempa cuba memanggil dan menepis dari genggaman Hali namum tidak dia sangka kekuatan Hali boleh mengalahkan kekuatannya. Dan akhirnya Gempa terpaksa ikut Hali sehingga mereka berdua naik ke tingkat atas bersama.
Manakala yang lain? Mereka hanya memerhati dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Blaze: A-apa sudah jadi? 😓
Taufan: Entahnya... 😐
Ais: ....
.
.
.
Di Tingkat Atas
Gempa: A-anuu..! Halilintar! K-kenapa ni??
Hali berhenti dari melangkah dan diikuti Gempa. Mereka kini berdiri di hadapan bilik Hali. Gempa melihat Hali dari belakangnya dengan tatapan pelik.
Gempa: Halilintar...?
Hali: Hhaa... Kau tak sepatutnya bagitau diorang pasal tadi.
Hali berkata dengan dingin tanpa sekali pun memandang ke arah Gempa. Gempa mengerutkan dahinya pelik dengan kata-kata Hali tadi.
Gempa: Kenapa pula?
Hali: Diorang akan bertambah risau nanti.
Gempa: M-maksud kau? A-aku dah menyusahkan mereka ke? Habistu macam mana?
Hali menjeling ke arah Gempa seketika. Selepas itu dia memandang ke hadapan semula. Dia melihat ke arah jam tangan yang dipakainya.
Hali: ...bersiap cepat.
Gempa: Eh?
Hali: Kita akan keluar selepas ini.
Setelah berkata demikian, Hali pun berjalan masuk ke dalam biliknya meninggalkan Gempa seorang diri di luar. Gempa diam kaku sebelum menghela nafas.
"Apa masalah dia ni sebenarnya..?"
.
.
.
JAM 8 MALAM
Klik!
Gempa membukakan pintu biliknya. Dia mengintai sebali pintu biliknya dan melihat di lorong bilik setiap saudara elementnya. Tiada sesiapa yang lalu-lalang.
Gempa secara perlahan keluar dari biliknya dab menutupkan pintu biliknya tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Dia pun berjalan seperti biasa menuju ke bilik Hali.
Tok! Tok! Tok!
Gempa: Halilintar..?
Gempa dapat mendengar gumaman dari empunya bilik, tidak lama menunggu, pintu bilik Hali terbuka dan Hali keluar dari biliknya.
Gempa memandang pemakaian Hali. Dia merenung setiap gaya pakaian yang dipakai oleh Hali.
Baju tshirt merah yang mempunyai 2 garis putih dan hitam di bahagian dada dan di kedua lengan panjangnya terdapat setiap 1 garis putih di tepi. Hali juga mengenakan seluar jeans hitam dan memakai tali pinggang yang dililit 2 kali (macam dalam galaxy punya) dan tidak lupa juga dengan topinya yang menambahkan lagi (bukan) aura kehensemannya. :v
Gempa menjadi terpesona memandang paras rupa Hali yang memakai pakaian casual. Bukan Hali tak pernah pakai selama ini tapi melihat Hali pakai sebegitu... Terasa berdebar pula hati.
Gempa tidak sedar bahawa Hali juga memandang ke arahnya, dan juga wajahnya merona.
Hali: ...oi.
Gempa: .... ////
Hali: Gempa?
Gempa: Eh?! (tersedar) Ah! M-maaf! K-kau cakap apa tadi? (blush)
Hali: Aku mana ada cakap apa-apa. (rolling eyes)
Gempa tertunduk malu sambil menggarukan kepalanya tidak gatal.
Gempa: Eh.. Aa.. Eheheh... Maaf.. Maaf.. 😅
Hali mengeluh walaupun dalam hatinya mahu tertawa sebenarnya. Hali keluar dari biliknya lalu menutup pintu.
Hali: Dah, jom.
Hali berjalan terlebih dahulu, dan diikuti oleh Gempa dari belakang. Mereka berdua berjalan menyelusuri lorong bilik dan tiba-tiba Taufan keluar dari bilik dan terpandang mereka berdua.
Taufan: Eh? Korang nak ke mana ni?
Gempa: Eh?? Aaa... K-kami...
Hali: Keluar.
Taufan memandang keduanya hairan.
Taufan: Malam macam ni? Buat apa?
Hali: Beli barang.
Taufan: Oh ya? 😐 Barang apa? 😕
Hali menghela nafas lelah. Macam wartawan pula si Ikan Masin ni. Banyak pula soalan dia.
Hali: Suka hatilah. 💢
Taufan memandang Hali pelik. Kemudian Taufan beralih kepada Gempa pula.
Taufan: Gem? Ni pakai comel-comel nak ke mana?
Gempa: K-keluar beli barang. Halilintar kata barang dapur dah nak habis tadi.
Taufan kembali menjeling ke arah Hali. Terlihat pandangan tidak puas hati di wajah si pengendali angin itu.
Hali: Apa? 😑
Taufan: Heh, sejak bila kau rajin check barang dapur ni? (smirk)
Hali: Bukan masalah kau pun. Dah, jom cepat Gempa.
Belum sempat Gempa menahan, Hali sudah menarik tangan Gempa dan mereka berdua turun bersama dari tangga dan terus menuju ke pintu lalu keluar dari rumah melalui pintu utama.
Taufan yang hanya memandang terus tersenyum sebelum ia kembali suram sedih.
Taufan: Selamat jalan dan... Selamat tinggal cinta pertama dan kedua aku...
Truutt! Truut!
Telefon Taufan berdering. Taufan mengangkatnya dan kedengaran suara di hujung talian.
Taufan: Helo? Ah, Fang!
Taufan tersenyum sebaik sahaja dia mendengar suara Fang di hujung talian. Suaranya kembali ceria dan kelihatan dirinya begitu teruja.
Taufan: Eh?? Pergi rumah kau?? Naakk!! Aku nak! Aku ajak yang lain boleh?? ... Eh? Tak boleh? ... Kau nak aku tolong ajarkan masak cupcake? Malam-malam macam ni pun ada ke yang nak makan cupcake..? .... Errr... Ok. Kejap ya aku bersiap! 😆 Bye!
Taufan terus mengakhiri panggilan dan melompat keriangan menuju ke biliknya untuk bersiap dan bermalam di rumah Fang.
.
.
.
DI BANDAR
Setelah 30 minit berlalu, di pondok bas, Hali dan Gempa turun dari bas bersama dari pondok bas dan mereka berjalan bersama menuju ke bandar yang mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki sahaja.
Gempa melirik ke arah Hali di sebelahnya. Hali pula sedang berjalan sambil memandang ke hadapan tanpa dia sedar Gempa sedang melirik ke arahnya dalam diam.
Gempa mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. Dia sedang cuba mencari topik untuk dibualkan bersama Hali. Sungguh akward bila bersama di waktu yang gelap sekarang ni. Agak tak selesa bagi Gempa.
Gempa: U-uhhmm... Anuu.. Halilintar?
Hali hanya membalas dengan gumamannya.
Gempa: Itu... Tadi.. Kenapa marah sangat dengan Taufan?
Hali mendengus dan kelihatan wajah kesal di wajahnya. Manakala Gempa sudah risau.
"Aku salah tanya ke?"
Hali: Bukannya marah sangat pun. Macam tak biasa Taufan memang selalu dah kena marah dengan aku. Kena kejutan elektrik pun dah biasa dia tu.
Gempa tertawa kecil.
Gempa: Ahh.. Ya. Aku ingat. Taufan dan Blaze paling kerap kena. 😂
Hali melirik ke arah Gempa yang sedang tertawa.
Hali: Apsal kau tanya pula?
Gempa: Hm? Uuh... Cuma saja. Aku kan selalu risaukan saudara aku?
Hali: Habis diri sendiri tak risau pula?
Hali dan Gempa berhenti dari berjalan dengan serentak. Gempa memandang ke arah Hali yang entah bila memandang ke arahnya. Iris mereka saling bertemu. From Ruby to Gold.
Gempa: Eh? Uhh... Uhm. Diri aku tidak sepenting korang.
Hali: Hhh...
Hali menggelengkan kepalanya. Pening melayan kerenah Gempa yang aneh ini.
"Inilah yang buat aku makin suka..."
Hali pun terus berjalan ke hadapan tanps menghiraukan Gempa ditinggalkan di belakang.
Gempa: Aah! H-Halilintar! Tunggu!! 😣💦
.
.
.
DI MALL
Gempa: Hmm... Sudah lama kita tak makan pasta, kan?
Gempa memandang ke arah Hali. Kini mereka berdua sedang berada di tingkat 2 mall dan berada di zon makanan ringan dan bahan mentah.
Hali: Kau nak masak ke?
Gempa: Lebih kuranglah. Kita belilah dulu. Nanti bila aku sempat buat aku masaklah.
Hali: ... Masak nanti party?
Gempa: Esok? Hmm.. Boleh juga! 😄 Ok, ambil 15!
Hali: Tak banyak sangat ke..?
Gempa: Kalau banyak sangat, biarlah diorang bawa balik. Lagipun aku yakin Gopal, Trio dan Fang mesti makan banyak.
Gempa tersenyum lalu memasukkan 15 paket pasta mentah ke dalam troli yang dibawa oleh Hali. Kemudian mereka berdua terus berjalan dan mengambil bahan-bahan mentah lain seperti sos pasta, sayur-sayuran, buah-buahan, ais krim (yummy!!😋) dan banyak lagi. Kesemuanya diambil dengan jumlah yang agak banyak kerana dalam 1 rumah ada 7 orang lelaki yang banyak bekerja dan pelahap orangnya. Dan esok pula akan ada majlis meraikan hari lahir mereka, jadi banyak bahan yang perlu dibeli.
.
.
.
Hali: Banyak juga kau borong barang...
Gempa: Ehehe... Maaf. Kalau kau tak larat biarlah aku bawa. 😄
Gempa menghulurkan tangannya untuk mengambil sedikit plastik di tangan Hali, tapi Hali sempat mengalihkannya dari Gempa membuatkan Gempa sedikit terpinga-pinga. Gempa memandang Hali pelik.
Hali: Siapa cakap aku penat bawa benda ni, hah?
Gempa: Eh?? Eerr.. Tapi kau larat ke nak bawa?
Hali: Ckh! Aku laratlah! Sudah, sekarang kita ke kedai yang aku nak cari pula.
Gempa: Halilintar nak beli apa?
Hali: Nak buat tempahan.
Gempa: Tempahan? Untuk apa?
Hali: Ikut jelah. Banyak pula tanya..
Gempa: Eerr... Ehehe... Maaf. 😅
Gempa terus sahaja mengikut Hali dari belakang. Mereka besama dari pasaraya besar yang terdapat di dalam mall itu. Mereka berjalan seiringan sambil berbual-bual mesra. Yang banyak bercakap mestilah Gempa walaupun dia sering diacuhkan oleh Hali. Orang-orang yang melepasi mereka pastinya fikir mereka ialah pasangan yang hangat bercinta dan ajaibnya tiada sesiapa pun yang perasan bahawa Gempa itu seorang lelaki yang berketinggian 168 cm kerana baju yang dipakainya itu sedikit besar di badannya dan ditambah pula Gempa memikul beg kecil di bahu kanannya. Ditambah pula rambut pendeknya yang semakin memanjang hingga sedikit melepasi leher.
Namun oleh kerana Gempa memakai topinya, orang-orang menganggap mungkin itu 'seorang gadis tomboy'?
Mereka berjalan lebih kurang 5 minit sebelum Hali mencuit bahu Gempa. Gempa menoleh ke arah Hali.
Hali: Kita masuk ke kedai sana. (tunjuk)
Gempa memandang ke arah kedai yang ditunjukkan oleh Hali. Berkerut dahinya apabila dia dapat mengenal pasti kedai tersebut. Dia kemudian memandang Hali semula dengan pandangan tak percaya.
Gempa: Kau pasti nak masuk ke dalam tu?
Hali: Dah tu? Kau ingat aku ada masa nak bergurau? Sudah, jom.
Gempa terlopong dan termenung seketika dengan jawapan Hali. Hali terus berjalan meninggalkan Gempa sebelum Gempa tersedar dari lamunannya lalu mengejar Hali. Mereka berdua bersama memasuki sebuah kedai yang begitu banyak dengan perhiasan yang cantik.
Kedai Emas dan Perhiasan.
Itulah yang sering dituju oleh para pelanggan sekiranya mereka mahu membeli barang kemas dan aksesori leher, telinga, tangan dan kaki. Semua barang perhiasa ada di situ. Pilihan juga ada sama ada mahu yang diperbuat daripada emas, perak mahupun gangsa.
Seorang tukang jaga kedai yang berdarah cina ternampak Hali memasuki kedainya lalu dia tersenyum.
Tauke Kedai: Yo, Hali! Lu datang bawa orangnya ka?
Hali: Hm. Ni dia.
Hali mendorong Gempa ke hadapan. Gempa yang terdorong terpinga-pinga pelik kerana tiba-tiba dirinya menjadi subjek utama antara Hali dan tauke kedai itu.
Tauke Kedai: Haiya! Banyak cantik wo! Lu punya taste memang power lah Hali!
Hali hanya bergumam kecil sebelum dia terus mendorong Gempa sehingga mereka berdua menghampiri tauke tadi.
Hali: Kau sudah buatkannya?
Tauke kedai: Haiya, mestilah! Ha, coba lihat saja.
Si tauke kedai itu pun memberikan sebuah kotak yang berisi sebentuk cincin perak. Hali mengambilnya dan menelitinya di setiap ukiran. Kemudian dia menghulurkan kepada Gempa.
Hali: Nah, cuba pakai.
Gempa: Eh? Apsal aku kena pakai pula?
Hali: Banyak pula tanya. Pakai jelah!
Gempa mendengus geram. Dia kemudian mengambil cincin tadi lalu menyarungkannya di jari manisnya di tangan kiri.
Hali: Macam mana? Muat tak?
Gempa: Uhmm.. Longgar sikit.
Hali mengangguk lalu memandang ke arah tauke tadi. Si tauke cina mengangguk faham lalu meminta cincin tadi semula. Gempa tanpa banyak soal terus membuka cincin tadi dan memberikannya kepada tauke tadi. Tak nak lah kena marah oleh Hali pula sebab banyak tanya.
Hali: Sekarang, kau tengok setiap rekaan cincin-cincin kat sini. Tunjukkan aku yang mana kau rasa cantik.
Gempa: Eh? Eerr... Uhm. Baik..
Gempa terus menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Hali. Dia melihat di setiap reka bentuk cincin yang dipamerkan di dalam kaca tebal bersegi empat itu. Kesemuanya cantik dan menarik tapi...
Gempa: Kejap, apsal kau suruh aku tengok bahagian cincin perempuan ni? 😐
Hali: Kenapa? Tak suka?
Gempa: Taklah. Cuma pelik- eh?
"U-uwaahh! Cantiknya!"
Iris emas Gempa kaku di sebentuk cincin emas yang begitu menarik perhatiannya. Dia rasa tertarik pula melihat cincin tersebut. Dan ia juga dipandang oleh Hali.
Hali: Kau suka yang tu?
Gempa: Eh? Err... Ha'a. 😅
Hali merenung Gempa lama sebelum dia mula memanggil tauke tadi semula. Si tauke datang dan Hali mengarahkan Gempa untuk menunjukkan cincin yang dia sukai tadi.
Tidak banyak cakap, tauke si empunya kedai pun mengambil cincin yang ditunjukkan oleh Gempa lalu membawanya pergi. Gempa terkebil-kebil seketika sebelum dia menoleh ke arah Hali dan melihat Hali sedang merenung ke dalam peti kaca yang juga berisi cincin tetapi ianya cincin lelaki.
Gempa: Anuu... Halilintar?
Hali: Hm...
Gempa: Kenapa kita tiba-tiba datang sini ni?
Hali: Beli cincin lah. Takkan beli motor pula?
Gempa: Uhh.. U-untuk apa?
Hali menjeling ke arah Gempa sekejap. Kemudian dia memandang ke dalam peti kaca semula.
Hali: Aku mahu belikan cincin ni pada seseorang.
Gempa tiba-tiba terasa sesuatu perasaan aneh datang menerpa ke dalam hatinya. Namun dia mengabaikannya.
Gempa: Oh... Err.. A-aku tak tahu pula. Untuk orang istimewa, kan?
Hali: Dah tu untuk siapa lagi?
Gempa hanya ketawa janggal. Gempa mencuba untuk mencari topik lain sebelum dia teringat sesuatu.
Gempa: Nee... Tadi kau suruh aku pakai cincin tadi.. kenapa?
Hali diam seketika sambil memikirkan dan memproseskan pertanyaan Gempa. Entah kenapa dia rasa mahu berkata jujur tapi pada masa yang sama dia masih belum sedia.
Hali: ... Sebab orang yang akan pakai cincin tu nanti... Sama saiz jarinya dengan kau.
"Takpe kan kalau aku pakai alasan ni? Gempa takkan perasan kan?"
Desis hati Hali penuh kerisauan. Dia dalam diam melirik ke arah Gempa. Terdetak jantungnya apabila melihat wajah Gempa yang entah kenapa... Macam sedih?
Hali memandang ke arah Gempa dengan terkejut.
Hali: G-Gempa?? Kau kenapa? 😦
Gempa: Ah? Huh? O-oh.. T-tak. Eheh.
Hali memandang ke arah Gempa lama. Namun hal itu tidak disedari Gempa. Dia cuma menundukkan kepalanya. Perlahan Gempa menggenggamkan kedua belah tangannya kuat.
"Kenapa aku rasa sakit hati sangat ni..?"
=================
Ani: Uwu kenapa dengan Mama ya?
Zie: Mama dah slow-slow lah tu~
Hali: Hnn~ soon you'll be mine, Lyubov~
Gempa: Nnhh! Janganlah dekatkan muka kau kat sinii!! //////
Hali: Jadi? Boleh sambung di bilik? *smirk*
Gempa: .... ////// asalkan berlembut aku tak kisah... (blush)
Hali: (peluk Gempa)
Author's NOTE!!!
Baca "👊 Te Amor ⚡ Part 7 💕" di buku kedua iaitu "Halilitar x Gempa MARRIED COUPLE!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top