SERIOUSLY RANDOM :v (50)
Pagi itu, Gempa sedang mengelap meja makan yang akan dia hidang untuk sarapan pagi nanti.
Dalam dia sedang asyik mengelap, tiba-tiba dadanya terasa sakit dan nafasnya entah kenapa tiba-tiba tersekat.
Gempa: Urgh- cough! Cough! Koof!! Nngh-...
Gempa tiba-tiba mula rasa sedikit pening dan tekaknya seakan sakit yang tak tertahan.
Gempa: Kenapa dengan aku ni...?
Taufan: Pagi Gem~!! (muncul) 😆
Gempa: Ukhm- s-selamat pagi Taufan!
Taufan: Gem? Suara kau bunyi lain macam lah.
Gempa: Aa? Uuhh..tak. Terbatuk saja tadi.
Taufan: Yeke?
Taufan berjalan mendekati Gempa dan menghulurkan tangannya ke dahi Gempa. Sebaik sahaja tangan Taufan hampir menyentuh dahi Gempa.
ThUum!!
Taufan: Adoi!! (kena tolak)
Hali: (tolak Taufan) (sentuh dahi Gempa)
Gempa: Eh? ' _ ')
Hali: Kau demam?
Gempa: ...tak kot?
Hali hanya memerhatikan Gempa lama sebelum yang lain pun datang dan mereka bersiap-sedia untuk makan.
.
.
.
Tengah Hari Itu
Gempa merehatkan dirinya di atas kerusi sofa. Entah apa yang terjadi tapi dia rasa aneh. Kepalanya tiba-tiba berdenyut kuat dan saluran pernafasannya bagaikan tersumbat dengan sesuatu yang besar sehinggakan dia tercungap-cungap ingin menarik nafas.
Gempa: Ughh....makin..teruk ni. A-aku kena ke klinik-!
Dengan sepantas yang boleh Gempa keluar dari rumah dan meninggalkan pintu rumah tidak berkunci. Dia berlari semahunya untuk tiba ke klinik. Perasaannya mula tidak enak.
.
.
.
Hali: Aku dah balik...
Hali melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Dan sebaik sahaja dia membuka kasutnya, satu aura lain mula menerpa dirinya.
Hali: ...mana Gempa?
Hali melangkah masuk dan mecari kelibat Gempa di dapur. Kosong. Hali naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik Gempa. Hali membuka pintu dan melihat isi dalamnya. Kosong juga.
Hali: ...pelik.
Hali berjalan turun ke tingkat bawah dan duduk di atas sofa. Dia membaringkan dirinya di atas sofa empuk tersebut dan memejamkan mata ingin melepaskan segala kelelahan sepanjang dia mengajar karate di sekolah tadi.
Dan dengan perlahan Hali mula tertidur dan dibuai mimpi.
.
.
.
Klik!
Pintu rumah terbuka dan seseorang melangkah masuk ke dalam rumah. Di tangannya terdapat beg plastik kecil lalu diletakkan di atas meja dapur setelah dia memasuki dapur. Orang itu berjalan keluar dari dapur dan berniat untuk naik ke tingkat atas sebelum ia terbatal kerana ternampak Hali sedang tidur di atas sofa di ruang tamu.
???: Halilintar?
Orang itu berjalan mendekatinya lalu melihat Hali yang tidak terbangun langsung apabila dipanggil tadi. Dia berjalan ke hadapan sofa dan mendudukkan dirinya ditongkatkan lutut.
Iris emasnya memandang Hali lembut. Dia mengusap wajah Hali dan mengambil topi milik Hali untuk menyelesakan Hali untuk tidur.
Hali: Nngh...Gempa...khh.... (tidur)
Gempa: ... (senyum) Kau mengigau siang hari macam ni?
Hali: ....
Gempa mengusap rambut Hali dengan lembut lalu ingin beredar dari situ. Tidak mahu mengejutkan Hali dari tidurnya. Gempa bangun dan mula melangkah sebelum tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang iaitu Hali. Gempa menoleh kaget.
Hali: ...mana kau pergi tadi?
Gempa: (gasp) Aa...tak. Aku keluar sekejap.
Hali duduk dari tidurnya lalu mengheret Gempa agar dia juga ikt duduk di sebelah Hali. Namun tarikannya kasar membuatkan Gempa terjatuh ke kerusi sofa itu bagai dihempas kuat ke atasnya.
Gempa: Ugh-! K-kenapa?!
Hali mendekatkan dirinya kepada Gempa lalu merenung Gempa dalam. Gempa terus terkejut dan kaku memandang Hali. Bagai dipukau, iris emas Gempa tetap memandang iris ruby yang bernyala itu.
Hali: Gem, jujur dengan aku. Kau pergi mana tadi?
Gempa: ...a-aku...aku keluarlah.
Hali: Pergi mana?
Gempa: ....i-itu...
Hali: Cakap.
Gempa: K-klinik...
Hali: ...buat apa? Kau betul-betul sakit ke?
Gempa: ...
Hali: Kau demam?
Gempa menggeleng.
Hali: Habis?
Gempa: ...aku tak tahu. Aku tiba-tiba terpaksa dibawa ke hospital. Dan...tsk-
Tiba-tiba pegangan mereka berdua digenggam erat oleh Gempa. Hali terkejut dan memandang ke arah wajah Gempa kembali. Dan alangkah terkejutnya Hali apabila melihat pipi Gempa mula dituruni air mata.
Hali: Gem?
Gempa: Isk..m-maafkan aku Halilintar...
Hali: K-kenapa?!
Gempa: Kita...dah tak boleh...dah tak boleh...
Gempa menundukkan wajahnya. Dia seolah sukar untuk menyatakan apa yang berada di fikirannya sekarang. Terlalu sakit untuk memberitahu Hali. Hali pula semakin panik. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak diingini bakal diketahuinya nanti.
Dan tiba-tiba Gempa mula sesak nafas dan nafasnya seolah-olah tersekat. Wajahnya menjadi pucat.
Hali: (shock) G-GEMPA?!!
Gempa mula lemah. Dia semakin tertunduk namun tetap digagahkan dirinya untuk terus memandang Hali.
Hali: Gempa! Bagitahu aku apa yang dah terjadi?!
Gempa: Tsk..m-maafkan aku Halilintar...
Dan belum sempat Hali kembali bertanya, telefonnya berdering. Dia mengeluarkan telefonnya dan tertera nama Taufan di situ. Gempa tersenyum sambil menyuruh Hali mengangkatnya. Hali dengan takut menjawab call Taufan dan memfokuskan dirinya mendengar hujung talian.
Hali: H-Helo...?
Taufan: Isk..sniff..H-Hali...
Hali: ...
Taufan: Hali...datang ke hospital sekarang.
Hali: ...k-kenapa?
Taufan: G-Gempa. Isk..di-dia pengsan di klinik...isk..dan dibawa ke hospital. Hiks...dan apabila sampai...hiks...dia disahkan mening-
Duuuttt-
Hali mematikan talian. Dia tidak mahu. Dia tidak mahu mendengar perkataan itu. Tak nak.
Hali: G-Gempa...kau..ada di sebelah aku..kan?
Hali mula takut untuk berpaling. Dia tidak mahu. Sama ada dia takut atau dia tidak mahu. Takut untuk terima kenyataan atau tidak mahu terima kenyataan.
Sepi.
Jantung Hali mula berdegup kencang. Dia menggenggam telefon dan dengan berani dan secara perlahan dia memusingkan kepalanya.
Hali: ...Gempa.
Kosong.
Tiada sesiapa di sebelahnya. Gempa tiada di situ.
Hali tersenyum. Dan dia ketawa.
Akhirnya...dia menangis.
Hali: Tsk- tak guna... isk...
.
.
.
Hali: (gasp) Huh?! (tersedar)
Hali dapati dirinya sedang terbaring di atas kerusi sofa tadi. Ternyata itu semua adalah mimpi. Dia cuba menenangkan dirinya yang sudah panik itu. Perasaannya kembali tenang.
Hali: Hahh...hah...a-apa benda aku mimpi tadi?
Hali berkali-kali mengusap wajahnya. Dia meraup semahunya. Tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh seseorang dari belakang.
???: Halilintar...
Hali terkedu. Dia diam seketika sebelum dia sedari bahawa perasaan tadi datang kembali. Namanya itu. Hanya seorang sahaja yang akan memanggilnya sebegitu.
Hali menoleh secara perlahan. Dan dia kaku apabila melihat Gempa sedang tersenyum ke arahnya.
Gempa: (senyum) Kau ok?
Hali: K-kejap.. Gempa! Gem-
Panggilan Hali disekat oleh masuknya 1 panggilan dari telefonnya. Hali melihat telefonnya, nama Taufan tertera. Hali melihat ke arah tempat Gempa berada tadi.
Gempa masih di situ dengan senyumannya.
Gempa: Terima kasih. Untuk semuanya...
Hali melihat, imej Gempa semakin kabur dan ia menghilang begitu sahaja. Tidak. Tiada perasaan takut langsung pada diri Hali. Sebaliknya, matanya kini panas dan mengalir turun titisan-titisan air mata lalu ia membasahkan pipi Hali.
Hali: Tsk...Gempa...
Hali mengabaikan panggilan telefon yang terus berdering itu. Dia membiarkan dirinya berduka seorang diri. Dia tahu, apa akan didengarinya sebentar lagi. Tetapi sekurangnya, biarlah dia menghabiskan sisa airmatanya. Dia tidak mahu sesiapa memandangnya sebegitu sekarang.
Hali: Gempa...maafkan aku....
.
.
.
.
Di Hospital
Ais: Macam mana...?
Taufan menggelengkan kepalanya dan menunduk kesal.
Taufan: ..tak dapat....
Thorn: Entah-entah Papa sudah tahu?
Solar: Taufan orang pertama yang dapat panggilan telefon dari pihak hospital. Aku tak rasa macam tu...
???: ...korang...
Semua mata tertumpu kepada seseorang yang sedang terbaring lemah di atas katil. Wajahnya pucat dan pandangan matanya semakin sayu.
Blaze: Sniff...hiks..k-kenapa...isk..kenapa Gempa tak cakap yang...yang Gempa ada kanser?! Hiks..isk...
Gempa: (senyum lemah) M-maaf...a-aku tak...
Taufan: Kau tipu! Kenapa Gem?! Kenapa?! Kau tak percayakan kitorang ke hah?!
Gempa: ...
Kini semua yang berada di situ mula mengalirkan air mata. Mereka memandang Gempa yang sedang bernafas dengan alat bantuan pernafasan dan di tangannya mula disalurkan dengan wayar yang banyak.
Thorn: Mama..isk..tadi Mama sihaf saja..k-kenapa...iak..kenapa sekarang Mama macam ni..? Hiks..
Gempa hanya tersenyum lemah. Dia membiarkan tangannya yang sudah tidak dirasai itu dipegang kuat oleh Thorn dan Taufan. Baru Gempa tahu, sakit yang dia alami selama ini adalah kanser. Namun dia langsung tidak sedar akan itu. Salah dia juga, sentiasa bertahan sakit. Akhirnya dia sudah tidak dapat menahannya lagi.
Selamanya.
Solar: Tsk- mana Hali ni?! Apsal tak datang?!
Gempa: ...korang...
Semua memandang Gempa.
Gempa: Tolong...bagitahu Halilintar sekali, ya? Yang aku...(senyum) sangat sayangkan korang...
Blaze: Sudah! Apa yang kau mengarut ni hah?!!
Dan mata Gempa semakin tertutup sehingga akhirnya ia tertutup rapat. Taufan dan Thorn dapat rasakan sudah tiada kehangatan yang mengalir melalui tangan Gempa yang dipegang oleh mereka. Kini Gempa sudah 'tidur'.
Tidur untuk selamanya...
Thorn meraung dalam tangisan bersama Blaze dan Solar memujuk Thorn. Manakala Taufan hanya membenamkan wajahnya di atas katil sebelah Gempa dan Ais hanya tunduk membiarkan dirinya dibasahi air mata.
Manakala Hali, dari luar bilik wad milik Gempa sudah terduduk lemah. Dia sudah sampai. Dan sempat melihar Gempa buat kali terakhir sebelum Gempa 'pergi'. Hali merelakan dirinya menangis di depan orang ramai. Dia pasrah.
.
.
.
Langit menjadi mendung. Sepeti perasaan 6 kembar itu. Salah satu warna pelangi sudah pergi. Kini pelangi itu sudah tidak menarik dan cantik tanpa 1 warna itu.
==========
Ani: Sniff...hiks..hwaaaa!! ;;A;; Tiba-tiba rasa nak buat part sedih.
Zie: (lap air mata) Pengakhiran yang tidak memuaskan tetapi perasaan sedih sampai.
Ani: Hmm.. (angguk) harap-harap random chapter depan ok. :')
Zie: Teruskan mendukung! :'D
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top