Pickup Line ft. Papa Hali (67)
Hali: Gem? Kau dah ok?
Hali menatap Gempa yang sedang melipat pakaian di atas sofa. Dia berjalan mendekati Gempa lalu duduk di sebelahnya.
Gempa: Oh, Halilintar. Ha'a. Aku rasa ok dah sikit sekarang.
Hali hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Dan suasana hening seketika sebelum Hali mendapat idea untuk mengusik Gempa.
Hali: Gem.
Gempa: Hm?
Hali: Nanti bila kita besar nanti kau tolong ingatkan aku tau.
Gempa: Eh? Tolong ingatkan apa?
Hali: Tolong ingatkan aku untuk tidak lupa meminang kau lah~ ciiaaaa!!
Ais yang kebetulan sedang berjalan menaiki tangga terus tergelincir jatuh selepas mendengar pickup line dari Hali. Namun hal itu diabaikan oleh HaliGem.
Gempa: Ish!! Apahal kau ni?! ////// Umur tak sampai 20 lagi dah fikir nak kahwin! 💦💦
Gempa memukul Hali dengan menggunakan kain yang barusan ingin dilipatnya. Hali pula hanya ketawa berdekah-dekah dengan hal itu. Berjaya usik Gempa!
.
.
.
Sekarang HaliGem sedang bersama-sama keluar untuk membeli belah di sebuah pasar raya. Katanya Gempa nak cari baju untuk Tok Aba.
Sedang-sedang Gempa mencari baju, Hali tiba-tiba menarik memanggilnya.
Hali: Gem!
Gempa: Hm? (toleh)
Hali: Tengok ni! Mana lagi cantik? Kuning atau merah?
Gempa memandang Hali hairan. Atas bawah atas bawah dipandang Gempa kepada Hali di hadapannya.
Gempa: Uhh... Halilintar? Kau tahu kan... Yang itu adalah.. Baju bayi?
Hali: Ya, kenapa?
Gempa: Untuk apa kau tanya aku?
Hali: Untuk beli la...
Gempa: E-eeh? Untuk apa?
Hali: Untuk anak kita di masa hadapan lah~ ciaaa~
Gempa mengetap bibirnya geram sambil menahan malu. Terus dikejarnya Hali sambil memukul-mukul belakang Hali geram.
Gempa: Eeiii!! Tak habis-habis dengan gatal dia tuuu...!! 💢💦
Hali hanya ketawa melayan amarah Gempa yang baginya sangat comel. Dan mereka hanya kekal macam tu sahaja walaupun ada yang sedang memandang mereka hairan.
.
.
.
Hali: Gem, sini jap.
Gempa yang sedang menyapu lantai rumah menoleh ke arah Hali hairan. Dia pun tanpa membuang masa terus berjalan menghampiri Hali yang kini sedang berdiri di sebuah kalendar.
Gempa: Kenapa?
Hali: Cuba kau tengok. Hmm... Mana tarikh yang sesuai?
Gempa: Tarikh yang sesuai? Untuk apa?
Hali: Kahwin.
Gempa: Kahwin?!
Hali: Ha'a.
Gempa: T-tarikh perkahwinan siapa?
Hali: Untuk kita berdualah~ (wink)
Gempa: Iiiisshhh!!! Suka sangat buat ayat pickup line!! Dah lah tu!! 😣💦
Hali hanya tertawa lalu menarik Gempa masuk ke dalam pelukannya. Geram pula bila tengok muka comel Gempa bila tengah marah tu.
Manakala geng trio yang sedang menikmati manga shou-ai yang sedang dibaca masing-masing terdiam sambil blushing selepas tengok HaliGem tadi. Apa kes orang buat pickup line untuk orang lain korang yang blushing woi? 😂😂
.
.
.
Hali: Gem, suatu hari nanti... Aku nak sangat berjalan bersama kau.
Gempa yang sedang menikmati nasi goreng bersama element yang lain terhenti makannya sambil menatap Hali hairan.
Gempa: Ha? Berjalan? Kan kita selalu berjalan bersama?
Hali: Yelah, tapi yang ni berjalan lain...
Gempa: Berjalan ke mana?
Hali: Hingga ke jinjang pelamin kita lah~ (smirk)
Gempa: Eeyy!! Seluar dalam kau pun aku basuh lagi ada hati nak ke jinjang pelamin bersama! 💦
Hali: Wow, kau ke yang cuci seluar dalam aku? Padanlah selesa semacam. ✨
Gempa: Hali!!! 💢💦
Blaze yang sedang makan ayam hasil curiannya dari Thorn terus tercekik ayam dan pengsan selepas mendengar ayat jiwang Hali tadi. Adeehh... 😂
.
.
.
Hali: Gem.
Hali berjalan mendekati Gempa yang sedang mencuci sayur-sayuran di singki. Gempa menjeling ke arah Hali sekilas dengan pandangan menyampah.
Gempa: Kalau kau datang sini nak pickup line lagi aku malas nak layan.
Hali: Mana ada nak pickup line. Nak pickup benda lainlah.
Gempa menoleh dan memandang ke arah Hali hairan.
Gempa: Nak pickup apa?
Hali: Nak pickup cinta kau untuk aku la, Lyubov~
Sengaja Hali membelai wajah Gempa yang membuatkan Gempa merona kemerahan.
Gempa: Eeiii!! Gatal! Miang! Mulut takde lesen! Buaya! Playboy! Jijik! Belacaaaann!!! 😣💢
Gempa memukul-mukul Hali menggunakan sayur sawi yang baru sahaja dibasuhnya. Solar dan Taufan yang kebetulan tengah minum air booba tersedak jelinya selepas mendengar ayat pickup line Hali tadi.
.
.
.
Hali: Gem... Help mee kari...
Hali menyandarkan dirinya di bahu Gempa sewaktu mereka berdua sedang berada di kawasan rumah dan duduk di kerusi batu. Gempa menoleh ke arah Hali hairan.
Gempa: Kenapa ni, Halilintar?
Hali: Aku dah mati akal dah nak bagi ayat pickup line dekat kau...
Gempa: Habistu kenapa kau nak buat juga? Tak payahlah bagi. Nanti penat pula aku..
Hali: Penat? Apsal pula?
Gempa: Penat sebab selalu jatuh cinta pada kau lah~
Gempa mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum nakal ke arah Hali. Hali yang menerima pickup line dari Gempa pun serta-merta blushing.
Hali: Nakal kau sekarang eehh~?? (smirk)
Gempa: Hehe! Nakal dengan Halilintar je. 😉
Hali mencubit pipi pau Gempa dengan geram.
Hali: Eeii... Ada juga kena makan ni!
Gempa: Aduuhh... Janganlah makan Gemgem! Nanti diabetes Halilintar sebab Gem manis sangat! 😆💦
Hali: Hahaha! Meh sini nak makan juga!!
Mereka berdua akhirnya ketawa bersama-sama sambil menikmati masa bersama. Susah untuk tengok suasana HaliGem yang ceria sebegini. 😄
================
Zie: Maaf kalau hambar ayat pickup line tu! 😂💦 Akak cuba sehabis mampu untuk buatnya lain dari biasa.
Hali: Aku jadi OOC kejap dalam ni.
Gempa: Alah biarlah... Btw dah lama korang tak update buku ni. Tapi... Mana Ani?
Zie: Aaaa.... I-itu..
Harru: Nanti dia muncullah...
HaliGem: Ouhhh... Jangan lupa vote dan komen!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top