Mama Got A Fever? (65)
Hali: Macam mana Ochobot?
Hali bertanya kepada Ochobot Si Robot Kuning sebaik sahaja ia keluar dari bilik Gempa. Ochobot menghela nafas selepas dia menutup pintu bilik Gempa dengan rapat. Ia memandang ke arah Hali dan yang lain yang kelihatannya berada di belakang Hali.
Ocho: Hmm... Nampaknya kita kena bawa dia ke hospital juga ni. Dah 2 hari dia demam panas sampai 39°c. Aku takut ia akan lebih teruk kalau dibiarkan.
Para element yang lain hanya mendesah kecewa. Semenjak 2 hari yang lalu, Gempa tiba-tiba berubah sikap dan jadi lebih berdiam diri. Sehinggalah satu masa tu dia tiba-tiba pengsan dan apabila diperiksa, ternyata dia demam. Dan secara kebetulannya Tok Aba dan Ochobot sudah balik dari KL, mereka segera membawa pulang Gempa dan merehatkannya di dalam bilik.
Selepas menelan ubat dan buat seperti biasa di kala Gempa demam sebelum ni, entah kenapa kali ini semuanya tidak menjadi. Malah demam Gempa semakin naik dan ia membuatkan Gempa sampai tak larat untuk bergerak.
Semestinya apa yang berlaku ini membuatkan seluruh keluarga dan kawan-kawan risaukan keadaan Gempa. Jadi pada hari yang ke-2 ini, Ochobot memeriksa akan keadaan Gempa dan tampaknya masih tidak boleh buat apa-apa.
Taufan: Haih... Kita kena hantar Gempa ke hospital sekarang. Aku risaulah keadaan dia.
Thorn: Tapi Mama kan tak larat nak bangun. Thorn tengok, dia nak buka kelopak mata pun macam penat.
Ais: Kenapa dia boleh jadi macam ni?
Blaze: Kena sampuk ke?
Solar: Kau lah yang jadi tukang sampuk tu kan?
Blaze: Heish! Kalau aku yang sampuk, aku baik sampuk kau dulu! Kalau aku sampuk Gemgem, awal 1000 tahun lagi ok!
Hali: Woi, sudah! Korang ni tak habis-habis nak gaduh!
Semua element terdiam apabila ditengking oleh Hali. Mereka masing-masing menundukkan kepala mereka.
Hali: Haih... Taufan.
Taufan menoleh ke arah Hali. Hali mengeluarkan sebuah kad dari poket seluarnya lalu memberikannya kepada Taufan.
Taufan: (ambil) Apa benda ni?
Hali: Itu doktor personal yang aku pernah kenal sebelum ni. Aku nak kau telefon dia dan suruh dia datang.
Blaze: Eh? Sejak bila kau boleh ada kenalan macam ni?
Hali: Malas aku nak cerita. Yang pastinya aku kenal dia waktu aku kerja sambilan.
Yang lain hanya menganggukkan kepala dan ber-oh ria. Selepas berdiam sekejap, Hali pun bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah dapur untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Tok Aba di sana.
.
.
.
DAPUR
Hali: Atok, atok tengah buat apa tu?
Tok Aba: Oh, Hali. Ni hah atok tengah buat bubur untuk Gempa makan sebelum dia makan ubat nanti.
Hali hanya menganggukkan kepalanya faham. Dia melirik ke arah bubur yang sedang dikacau oleh Tok Aba di dalam periuk kecil. Dia terdiam seketika.
Terasa cucunya tiba-tiba berdiam diri. Tok Aba melirik ke arah Hali dan dia melihat wajah Hali kini kelihatannya sedang berduka. Tok Aba tersenyum dalam diam.
Tok Aba: Kamu tak perlulah risau sangat tentang Gempa. Atok pasti dia akan ok nanti.
Hali: Hali percaya je semua tu atok. Cuma... Hali risau lah. Gempa tak pernah demam lama macam ni, tok.
Tok Aba: Aii... Kamu sayang dia ni macam dia tu isteri kamu je?
Hali sedikit malu apabila dia diusik oleh Tok Aba sedemikian rupa. Dia menggaru-garu pipinya menggunakan jarinya sambil tersengih malu.
Hali: Kalau dia jadi isteri Hali pun apa salahnya, atok? Hehehe..
Tok Aba: Haih... Boleh pula macam tu. Kalau Gempa nak jadi isteri kamu, baru kamu boleh claim dia jadi isteri kamu. Mana boleh suka-suka je cop macam tu.
Hali: Tapi... Hali boleh ke miliki dia, tok?
Tok Aba: Itu atas usaha kamulah. Ha, nah. Bawa bubur ni kepada Gempa. Kejutkan dia suruh makan. Ok?
Hali: Baik tok.
Hali menerima huluran sedulang mangkuk bubur bersama air suam kosong dan ubat bersamanya. Dengan hati-hati Hali membawanya menuju ke tangga dan seterusnya menuju ke tingkat atas dan menghala ke arah bilik Gempa.
.
.
.
Tok! Tok! Tok!
"Harap-harap dia bangunlah. "
Hali menolak pintu bilik Gempa untuk membukanya lalu sebaik sahaja dia masuk, pintu tersebut ditutup rapat. Dulang yang dibawa Hali kini dibawa menuju ke arah katil Gempa.
Hali meletakkan dulang tersebut di atas pahanya sebaik sahaja dia duduk di atas katil di sebelah Gempa. Dengan perlahan Hali menepuk badan Gempa untuk mengejutkannya.
Hali: Gem... Gem? Bangun, Gem. Meh, makan.
Gempa sedikit merengus dalam tidurnya apabila dia dikejutkan oleh Hali. Dia mencuba sedaya upaya untuk mencelikkan matanya dan melihat keberadaan Hali di sisinya.
Gempa: Hali... Lintar... Hai... (senyum)
Hali: Jangan nak sapa aku dalam keadaan lemah macam tu lah. Makan ya?
Gempa menggelengkan kepalanya lemah. Kemudian dia terbatuk-batuk kuat dan memejamkan matanya perit. Entah kenapa matanya terasa seperti terbakar.
Gempa: Tak... Nak... Uhuk! Uhuk! A-aku... Takde selera.. Maaf... Cough! Cough!
Hali menghela nafas resah. Dulang yang berada di atas pahanya di letakkan di atas meja laci kecil di sebelah katil Gempa. Hali semakin mendekatkan dirinya pada diri Gempa. Wajah Gempa diusap lembut dan dia membetulkan kedudukan rambut Gempa dengan baik.
Hali: Gempa, jangan macam ni. Kau kena makan juga. Habis bila kau nak sembuh?
Gempa: Nanak...
Hali: Degillah budak ni!
Dengan geram Hali mencubit pipi Gempa kuat. Gempa meringis kesakitan dan dia menangis kerana tak tahan sakit dek kerana cubitan Hali tersebut.
Gempa: Hwaaaa~!! Haliii... Sakitt...!!
Hali: Bangun makan!
Gempa: Sniff... Halilintar suap boleh..?
Hali cemberut seketika sebelum dia menghela nafas dan mengaangguk.
Hali: Asalkan kau tak tolak nak makan takpe.
Gempa hanya tertawa kecil. Hali membantu Gempa untuk memperbetulkan kedudukannya. Sekali lagi dulang yang berisi makanan diambil Hali lalu sudu yang diisi dengan bubur dihulurkan kepada Gempa.
Gempa cuba memaksa dirinya untuk makan walaupun kepalanya sudah berdenyut kuat menahan sakit. Entah kenapa pandangannya makin kabur dan matanya kian sayu seolah-olah mahu tertutup.
Hali yang tidak menyedari akan hal itu terus menyuapkan bubur kepada Gempa. Seketika kemudian, Gempa sudah mula menolak suapan Hali.
Hali: Eh? Kenapa tak makan Gem?
Gempa: Tak nak... Aku tak dapat nak telan dah...
Hali: Habis kalau tak makan macam mana nak makan ubat?
Gempa: Tak nak..
Gempa masih setia menggelengkan kepalanya menolak suapan Hali. Hali sudah geram dengan Gempa.
Hali: Gem, tolonglah fikirkan keadaan kau. Tak nak mana pun kau tetap kena makan!
Gempa: Tak nak! Isk.. Isk.. Janganlah paksa aku!
Dengan tiba-tiba Gempa menangis. Hali sudah mula panik apabila melihat keadaan Gempa sedemikian, makin terkejut apabila Hali melihat cairan merah mengalir keluar dari hidung Gempa.
Hali: G-Gempa?! Hidung kau berdarah!!
Gempa: U-urrghh...
Gempa tiba-tiba pengsan dan jatuh di atas badan Hali. Hali semakin panik apabila menyedari Gempa sudah pengsan. Namun dia cuba menenangkan dirinya. Dia cuba mengawal kedudukan Gempa sambil meletakkan kembali mangkuk bubur tadi di atas dulang semula.
Hali tanpa membuang masa terus mengelap hidung Gempa yang mujur ada kotak tisu di atas meja. Pelekat cool fever yang dipakai oleh Gempa terus ditukar oleh Hali.
Hali bertungkus-lumus cuba menyelesaikan masalah itu dengan dirinya sendiri. Dia tak nak menambahkan lagi beban Tok Aba dan kerisauan saudaranya yang lain. Jadi dia sanggup membuat semua itu sendirian agar segala masalah termasuk masalahnya dan saudaranya itu dapat diselesaikan.
Setelah selesai, Hali membaringkan semula Gempa di atas katil. Hidung Gempa juga sudah tidak mengeluarkan darah. Hali menghela nafas lega.
Tok! Tok! Tok!
Solar: Hali, doktor yang kau suruh telefon tadi dah datang.
Hali: Suruh dia masuk.
Tidak menunggu masa yang lama, doktor yang ditelefon oleh Taufan tadi terus masuk ke dalam bilik Gempa. Hali berdiri dari duduknya sambil menatap wajah doktor yang sedang berjalan menghampiri katil.
Hali: Apa khabar doktor?
Doktor: Hm. Lama tak jumpa kau Hali.
Hali hanya tersenyum nipis sahaja. Dia rasa bertuah kerana sebelum ini sebenarnya dia pernah menolong doktor ini sewaktu beliau dirompak dulu. Lebih kurang waktu itu Hali sedang bekerja sambilan di sebuah kedai runcit mini dan dia terdengar suara orang menjerit meminta tolong. Tanpa membuang masa, Hali terus menolong mangsa tadi yang ternyata doktor tersebut dan dia berjaya. Sebagai balasan, doktor itu rela memberikan perkhidmatan separuh bayaran kepada Hali secara individu jika Hali memerlukan bantuan perubatan.
Mungkin boleh dikatakan tuah menyebelahi Hali. Jadi segala urusannya untuk membantu Gempa dipermudahkan.
Doktor: Berikan saya masa untuk menjalankan rawatan kepadanya, ya?
Hali hanya menganggukkan kepalanya faham sebelum dia beredar keluar dari bilik Gempa. Meninggalkan doktor tadi dan Gempa bersama.
.
.
.
15 Minit Berlalu
Doktor tadi keluar dari bilik Gempa. Semua yang sedia kala menunggu di luar bilik Gempa mula mendekatkan diri kepada doktor tadi.
Hali: Macam mana keadaan Gempa?
Doktor: Demam dia sebenarnya hampir dikategorikan oleh Demam Denggi. Sebabnya tanda-tanda Demam Denggi ada padanya sewaktu saya memeriksanya.
Tok Aba: Jadi cucu saya akan ok tak, doktor?
Doktor: (angguk) Saya sempat memberikan suntikan sampingan untuk menahan demam tersebut dari merebak. Jangan risau, tanda-tandanya hanya suhu yang panas dalam jangka masa yang lama sahaja. Selain itu matanya juga merah dan ada bengkak-bengkak di tempat-tempat yang biasa penghidap penyakit Demam Denggi ada. Tapi dengan suntikan yang saya berikan, saya harap ia akan memberikan kesan kepadanya. Selebihnya tanda-tanda lain nampaknya ia masih belum ditemui.
Semua yang mendengarnya mula menghela nafas lega. Masing-masing mengucapkan terima kasih kepada doktor yang sudi membantu. Yang lain kecuali Hali menghantar doktor tadi untuk turun ke bawah.
Hali kembali masuk ke dalam bilik dan menjenguk keadaan Gempa. Hali melabuhkan punggungnya di atas katil Gempa. Diusapnya wajah Gempa dengan penuh belas kasihan dan sayangnya pada Gempa.
Hali: Gem, cepatlah sembuh. Aku rindu kau....
Satu kucupan di dahi Gempa diberikan oleh Hali. Hali sekali lagi mengusap wajah Gempa dan dia menemani Gempa di situ sehingga malam menjelma.
================
Ani: Satu lagi cerita randon. 😐 Ani tahu yang sebelum ni sudah ada part Mama Gem demam tapi rasa best pula buat part ni.
Zie: Jelas kelihatan wajah kerisauan Hali. 😎
Hali: Woi! Aku betul-betul risau kau tau tak?! 💢
Gempa: Sabar jelah... Aku juga yang jadi mangsanya... 😅
Zie: Lolol. Jangan lupa vote dan komen guys! 😄
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top