Let's Go Camping! (20)
Ani berlari-lari anak menghala ke rumah keluarga para Boboiboy. Di belakangnya setia Harru yang ikut berlari namun dengan wajah datarnya. Di tangan Ani terdapat sebuah pamplet dan sehelai kertas seperti peta.
Setibanya mereka di hadapan pintu rumah mereka, terus Ani-
BHAAAMMM!!!
Gempa: OPOCOT HALILINTAR HENSEM!! (terlepas kuali)
Taufan: (tersedak air) Gohookk!! Koff! Koff!
Solar: OI AKU COUPLE DENGAN SAINS!! (terlepas fon)
Thorn: OHMAKKAUHIJAU!! 0^0'
Hampir kesemua penghuni di dalam rumah tersebut terkejut bagai nak rak dengan terjahan Ani ke dalam rumah mereka. Gempa yang baru hendak memasak terlepas kualinya. Manakala Blaze yang baru ingin mengenakan Ais yang sedang lena tidur tak sengaja membakarkan wajah Ais menyebabkan si pengendali ais itu terbangun dengan terkejutnya.
Ais: Hish!! Apsal kau pergi bakar muka aku?!!
Blaze: Erk?! S-sorry Ais!! A-aku tak sengaja!!! ;;A;; (lari)
Sebaliknya di dapur Taufan yang tersedak air yang diminumnya mengelap air pada wajahnya. Gempa memberikan kain pengelap kepada Taufan untuk dilap meja yang basah itu.
Taufan: Aku dengar kau kata Hali hensem tadi~ 😏
Gempa: Eh-?! M-mana ada!! ////// Script yang suruh aku cakap macam tu...aku ikut je... ///////
Taufan: Hoho~ 😏
Ani: Aku rekod apa yang Mama cakap tadi. 😂
Taufan: Nanti hantarkan. 😂
Ani: Okay~ x3
Ani berjalan menghampiri Taufan dan duduk di sebelahnya. Manakala Harru yang baru selesai membuka kasut berjalan menghampiri Ais yang baru sahaja habis membekukan Blaze dan di hujung leher Blaze terdapat bongkah ais yang tajam hujungnya. Jika bergerak 1 cm, pasti tertikam leher Blaze.
Blaze: Huhu...sorry Ais~ 😭
Ais: Padan muka. Yo, Harru.
Harru: Sup. (duduk) Mana Solar dan Thorn?
Ais: Solar ada kat makmal dia. Buat apa ntah. Thorn macam biasa kat belakang rumah tengah siram pokok.
Harru: Hmm...ok. Hali?
Ais: Ntah. Stalk bilik Gempa lagi kot?
Hali: Oi! 😑
Sontak Harru dan Ais berpusing kepala dan terlihat Hali sudah berdiri di belakang mereka sambil berpeluk tubuh. Ais tertawa canggung manakala Harru mengabaikannya.
Hali hanya bergeleng kepala lalu memusingkan badannya berjalan ke arah dapur. Dia lihat Ani sedang seronok berceritakan sesuatu sambil menunjukkan sehelai kertas kepada Taufan yang duduk di sebelahnya. Gempa pun ada sekali.
Taufan: Wah! Macam menarik! Kita cuba nak?!
Ani: Mestilah! Aku dah minta Harru sponsor kan untuk kita semua! 😆
Gempa: Huish! Kaya gila Harru sampai boleh sponsorkan untuk kita semua! 😨
Ani: Hehehe...anak duta katakan~ x,D
Taufan: Jadi, bila kita boleh buat ni?
Hali: Buat apa?
Hali yang tidak tahu apa-apa kerana baru turun dari tingkat atas selepas menggeledah bilik Gempa (kantoi :v) duduk bersandar pada dinding dapur sambil melihat Ani, Taufan dan Gempa. Ani bangun dari tempat duduknya lalu berlari menghampiri Hali sambil menunjukkan pamplet pada tangannya.
Ani: Papa! Jom kita pergi berkhemah!! XD (tunjuk pamplet)
Hali: Berkhemah?
Hali mengambil pamplet pada tangan Ani yang tingginya hanya beberapa cm. Ani pendek. X,D (Ani: Aku redha... 😭)
Hali membaca butiran-butiran yang terdapat di pamplet tersebut dan ada sedikit dilangkau.
Hali: Eh, inikan tapak perkhemahan yang baru dibuka baru-baru ni?
Taufan: Ha'a.
Hali: Tapi...orang kata kena bayar kalau nak masuk camp. Berapa?
Taufan: Aku kira-kira...seorang RM 55. Kita ada 9 orang. Jadi, RM 495. Genapkan jadi RM 500.
Sontak Hali terkedu dan terlopong mendengar penerangan Taufan. 500 ringgit?!! Mana nak cari duit banyak tu?!
Hali: Huish! Mahalnya!
Ani: Iyalah. Pakej lengkap makanan yang disediakan. Khemah dia dah sediakan. 1 khemah muat 2-3 orang. Ada katil, BBQ, tempat mandi, tempat sidai baju, tempat bakar api. Haa..banyak lagi! 😆
Ani dengan semangatnya bercerita tentang kelebihan tapak perkhemahan yang dikatakan baru-baru ini sehingga tergerak-gerak tangan dengan sendirinya.
Hali: Haih...habis tu mana nak cari duit? Mahal ni...takkan nak korek tabung?
Taufan: Harru dah sponsorkan lah. 😁
Hali memusingkan kepalanya menghala ke arah ruang tamu. Di situ terdapat Blaze yang sudah dicairkan, Ais yang sedang terlentok mengantuk dan Harru yang sedang menonton rancangan televisyen. Harru yang sedar dirinya diperhatikan hanya menunjukkan ✌ kepada Hali.
Hali: Aku kena berhutang ke ni?
Harru: Entah...bukannya mahal sangat pun. Tak payahlah. Aku ikhlaskan saja.
Ani: TERBAIKLAH HARRU!! 😄
Hali hanya menggeleng sambil menghela nafas. Ok, takde hutang. Sekarang, kena pastikan dulu boleh pergi ke tak ni...
Hali: Aku tak yakin lah kita semua boleh pergi...
Ani: Alaa...kenapa pula? 😧
Hali: Habistu siapa nak jagakan rumah? Lepastu korang trio trouble maker tambah pula Ani. Haih...
Taufan: Alah, aku boleh handle lah.
Hali: Senangnya cakap.
Ani: Tapi...nak pergi... 😞 Bolehlah Papa~ 😟
Hali berkerut dahinya memikirkan keputusan. Susah ni.
Taufan: Mama Gem~ tolonglah pujuk Papa Hali tu~ 😰
Gempa yang sedari tadi berdiam diri terkejut apabila dia disebutkan. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka ber-tiga. Kini dia terkelu lidah harus bagaimana.
Gempa memandang Halilintar yang sedari tadi memandangnya. Gempa hanya tersenyum canggung sambil menggangguk setuju.
Gempa: Err..jomlah Halilintar! B-bila lagi kita nak bersama macam ni? Kan kita dah mula cuti sekolah? 😅
Taufan: Haa! Ha! Tengok! Mama pun setuju!
Ani: YaaaAAaaYyy~!! Jom berkhemah!! 😆 😆
Ani kini berlari mendapatkan Harru lalu menarik Harru keluar dari rumah. Mereka berlari ke rumah masing-masing. Harru kelihatannya tak cukup kaki kena ikut larian Ani yang laju itu.
Sementara itu Taufan meminta diri untuk naik dan berkemas barang di atas diikuti Thorn, Blaze dan Solar yang baru muncul dan mendalat tahu tentang perancangan mereka. Apa lagi, naik semangat nak berkhemah!
Halilintar hanya mengeluh kesal. Macam ni ke perasaan menjadi seorang bapa yang kena bawa anak-anak pergi jalan-jalan?
Gempa berjalan menghampiri Hali sebaik sahaja dia bangun dari tempat duduknya. Ditepuk bahu Hali lembut sambil melemparkan senyuman kepada Hali.
Gempa: Rilek Halilintar. Aku kan ada? Aku akan jaga mereka.
Hali: Heh, kau kan Mama diorang. Memanglah.
Gempa: Hish! Mana ada! //////
Hali: Heheh, jom. Aku pun tak sabar sebenarnya nak camping dengan Gempa yang kusukai~ (smirk)
Gempa: Elehh~ 😂
Mereka berdua pun bersama naik ke tingkat atas melalui tangga. Meninggalkan Ais yang sedang tertidur dengan selesanya di atas sofa.
.
.
.
Selepas 1 jam 30 minit berkemas, akhirnya keluarga HaliGem (:v) keluar dari rumah bersama beg galas di belakang.
Ani dan Harru yang sudah bersedia dengan kereta penumpang yang besar dan hitam menyambut mereka.
Ani: Lamanya! Korang mengemas mengalahkan Harru tau!!
Harru: Woi! Kau ingat aku ni perempuan ke hah?!
Ani: Alah, kalau digender bender kan jadi perempuan juga? 😛
Harru: Tak guna. 😑💢
Gempa: Sorry lambat. Ais baru nak berkemas tadi. 😅
Blaze: Hmph! Siapa suruh dia tidur?! Dah, jom semua!!
All: Jom!
Kini mereka bergilir-gilir menaiki kereta penumpang. Harru di bahagian memandu, Ani di bahagian sebelah pemandu, Taufan, Blaze, Thorn dan Solar di bahagian kedua kereta manakala Ais, Gempa dan Halilintar di bahagian akhir.
Taufan: Yay!! Berkhemah!!
Blaze: Kita berkhemah berapa hari?
Ani: 2! 😆
Thorn: Ha! Sambil-sambil menunggu ni, jom nyanyi!
Taufan&Blaze: Jom!!
Trio: Berkhemah! Berkhemah! Berkhemah bersama family! Family! Family! Family yang bahagia~ Bahagia~ Bahagia~ Bahagia~ Yay!! 😆
===========
Ani: Eh, Kak Zie takde dalam citer ni?
K.Zie: Akak muncul nanti~ 😆
Ani: Ha, amacam semua? Ok tak? Nak sambungan tak? Mestilah nak kan~ xD
K.Zie: Nantikan chapter akan datang~ 😆
K.Zie&Ani: Bye!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top