Imagine It (23)

Ani: Hai semua! Rindu Ani dan Taufan tak? 😘

Readers: Tak... 😑

Ani: Kejamnya... QwQ

Taufan: Hehehe, terbaik! 👍 Mesti diorang marah sebab kita ambil masa sikit nak post chapter ni.

Ani: Oh ya ke? Sorry-sorry~ 😅 Oklah! Tak perlu berbasa-basi lagi, jom tengok hasil video yang diambil oleh Ani dan Taufan! 😆

Pantas element-element yang lain bersama Harru dan Kak Zie duduk bersama Ani dan Taufan di hadapan sebuah skrin slide yang besar.

Solar: Buat apa kita kat sini?

Ani: Korang tengok sajalah~ 😆

Taufan: Sedia?

All kec Tau: SEDIA!

Taufan: In 3...2...1! Action!

Selepas Taufan menekankan remote pada butang 'Play', terus skrin ditayangkan video dan wajah Ani dan Taufan terlihat di dalamnya.

VIDEO SOUND MODE ON

Ani: Hi semua! 😄 Haa..Ani dan Taufan hari ni nak stalk Mama dan Papa kita~ 😜 Kan ramai yang anggap diorang macam Married Couple. Hmm...betul ke? 😮

Taufan: Haa...Ani dan aku sudah sahkan! Kalau korang tak percaya, tengok video ni! 😆

Di sebuah café yang berada di seberang jalan di bandar Pulau Rintis, kelihatan Halilintar sedang bersama Gempa sedang memasuki café tersebut. Mereka mengambil tempat duduk yang sedikit tersorok iaitu di hujung café tersebut.

Hali: Gempa, aku nak pergi ambil order, kau tunggu sini ya? Jangan pergi mana-mana. Hilang nanti susah pula aku nak kena cari.

Gempa: Amboi kau. Ingat aku budak kecil ke? 😂 Sudah, pergi ambil order.

Hali: Baik bos! (tabik TAPOPS)

Gempa tertawa terkekek melihat telatah Hali. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke telefonnya. Di-scroll telefon tersebut.

Entah apa yang ditengok tak tahulah sebab Ani dan Taufan rekod video jauh dari tempat.mereka. Kang dekat-dekat kantoi pula ganggu diorang dating. Kan? Kan? Kan? :v

5 minit kemudian, Hali datang bersama 2 cawan coffee di tangan kiri kanannya. Diletakkan coffee di tangan kanannya di hadapan Gempa dan yang satu lagi di tempatnya.

Gempa yang menyedari kehadiran Hali terus menutup telefonnya lalu menyimpannya di dalam poket hoodienya. Senyuman manis tidak lekang di bibir delima Gempa. Manis je tengok. 😍

Gempa seketika terkejut sambil mengangkat alisnya.

Gempa: Eh, macam mana kau tahu coffee kegemaran aku?

Hali tertawa kecil. Dia kemudian duduk berhadapan dengan tempat duduk Gempa.

Hali: Aku dah tahu lama lah. Takkan kau tak perasan? Selama ni kita keluar aku selalu perasan kau pesan air yang sama.

Gempa: Oh yeke? Hehe...tak perasan pula. Eh, coffee yang kau minum ni yang selalu aku belikan kat rumah tu kan?

Hali: Ha! Pandai pun! Cayalah Gem! Mana kau tahu ni coffee kegemaran aku?

Gempa: Awalnya aku agak je beli serbuk coffee untuk kau. Kau kan kadang-kadang kena berjaga. Jadi aku main ambil jelah coffee ni...tak tahu pula kau suka.

Hali: Semua yang kau pilih aku suka. (smile)

Gempa: Hmm..baguslah kalau macam tu.

Dan mereka sambung berbual bersama dengan bahagia tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ada yang ambil gambar mereka dan ada yang rekod macam Ani dan Taufan sedang buat sekarang. Ada juga yang tengah cakap-cakap sambil berfangirling tengok mereka persis Married Couple. Bahagia betul! Tak lain tak bukan geng-geng fujoshi lah. :v

Ani kemudian mengalihkan kamera tersebut dan terlihat wajah Taufan dan dirinya sekali lagi.

Ani: Ha, ni baru 1! Jom kita tengok 6 lagi! 😆

Taufan: Kita akan skip bila video dah habis! Pandai-pandai korang lah faham video ni ya? 😆

Jika pasangan itu betul-betul mengenali antara satu sama lain, pastu apa yang disukai akan mereka ketahui walaupun itu hanya sangkaan mereka untuk kali pertama.

Ataupun kebetulan. Namun jika benar mereka saling melengkapi, tidak perlu ditanya akan kegemaran mereka. Ini kerana setiap detik hati mereka akan sentiasa sama. //ceh kau ayat 😂

===SKIP VIDEO===

Di sebuah tapak perlawanan yang berdebu, kelihatan Adu du sedang menaiki Mega Probe sambil tertawa jahat.

Hali: WOI ADUDU!! BERANI KAU CUBA CURI KOKO TOK ABA LAGI?!! 💢🔥💢🔥

Hmm...macam video diambil dari atas. Kat langit ni. Jangan cakap- :v

Kedengaran suara Taufan di sebalik video itu.

Taufan: Ops! Macam Papa Hali tengah marah je. Jap, nak zoom.

Adudu: MWAHAHAHAHAH!! Padan muka kau BOBOIBOY!! Sekarang, kau akan- Eh?!! Woah, woah woah!!!

Gempa: Heh! Menyesallah kau cari masalah dengan kitorang! Sekarang Blaze!

Blaze tiba-tiba muncul dari belakang Gempa yang sedang menggegarkan tanah yang dipijak oleh Mega Probe dan Adu du. Dengan segera Blaze melemparkan Cakera Berapi kepada Mega Probe dan Adu du menyebabkan kedua alien-robot itu jatuh hangus.

Blaze: Heh! Kena pun!

Adudu: Hehe..k-kena?! Mwehehehe~ hehahahahaha!!!

Solar: Dah sawan ke apa Si Adudu ni?

Ais: Hmm..macam pelik- eh?! G-Gempa!!

Sontak Gempa memandang ke arah Ais. Ais sedang menunjukkan jari telunjuknya membuatkan Gempa berpaling ke arah sesuatu tempat.

Gempa: (gasp) T-THORN!!!

Thorn: HuwaaAaaa~!! Mama!! Tolong Thorn!! 😭

Terlihat Thorn sedang berada di dalam cengkaman Mega Probe yang besar itu. Wajah Thorn sedikit ketakutan. Adu du pula ketawa dengan penuh kejahatan.

Adudu: MWAHAHAHAH!! HABISLAH KAU BOBOIBOY!!

Hali: Hish!! Lepas kan dia!! YOU SON OF B*TCH!! JUST F*CKING LET GO OF THAT KID AND FIGHT LIKE A SH*T MAN!!!

Hali melepaskan amarahnya melihat anaknya- //slapp :v Thorn kena tangkap. Dan disebabkan caci makinya yang banyak disensor itu Hali mendapat 'hadiah' dari Gempa.

GANG!!!

Hali: Adoi~!!

Gempa: Woi! Kot ya pun nak marah cakaplah ayat baik-baik! Ni nak rosakkan buku je!

Hali: Alaa...aku bukannya sengaja. Aku cuma nak...

Gempa: Ceh, alasan lah tu!

Taufan: Pfftt...! Hali kena marah! 😂 Ha, ni baru satu. Meh aku tunjukkan part lain Hali mencarut.

Adudu: Kesiannya ada bini sensitif camtu..

Probe: Tak patut..tak patut..

===SKIP VIDEO===

Di rumah Boboiboy.

Kelihatan Hali sedang menggeledah sesuatu dan ia diketahui oleh Gempa.

Gempa: Cari apa tu?

Hali: Hmm...ada buku aku ni. Hilang mana ntah. Haih...dah 2 jam mencari tak jumpa-jumpan SH*T AH!!

Hali menghempas barang yang dipegangnya melepaskan amarah. Namun amarahnya hanya seketika kerana sebaik sahaja dia merasakan aura seram pelik.

Gempa: Haaaaaaliiiilinnntaaaaar~ (creepy voice)

Hali: Erk?! Y-ya G-Gem....?? 😨

Sebaik sahaja Hali menoleh-

Krak! Krakk!!

Kelihatan Gempa sedang mematah-matahkan tulang tangannya. Aura pembunuh mula keluar di sekeliling badannya.

Gempa: Ohoo~ nampaknya kau tak serik lagi ya~ (creepy grin)

Hali: (gasp) HWAAHH!!! MAAFKAN AKU ISTRI YANG KU CINTAI!!! 😨😭

BHOOMM!!!

Ani: Err...ok yang ni kena sensor.

Taufan: B-baik kita lari...

===SKIP VIDEO===

Suatu hari Halilintar keluar bersama Gempa. Katanya nak teman Gempa beli barang.

Ani: Eh, ni...ni tempat mak cik tu!

Taufan: Huh? Apa maksudnya?

Ani: T-tempat ni...! Alamak, konfem Hali mengamuk!

Taufan: Eh?! Apsal pula?!

Ani: Ish! Tengoklah sendiri!

Tanpa membuang masa, Taufan terus menghalakan kamera pada sebuah kedai runcit yang dimana Gempa bersama Hali sedang berdiri di hadapan kaunter.

Gempa: Ha, mak cik. Minta tolong kira ya? ^^

Dengan manis Gempa tersenyum kepada mak cik empunya kedai itu. Namun mak cik itu hanya membuat tidak acuh pada Gempa. Saja dia lambatkan aktivitinya dengan melayan telefon terlebih dahulu.

Gempa hanya mengeluh pasrah. Haih...kalau bukan sebab kedai mak cik ini saja dia boleh dapatkan barang yang dia boleh beli daripada berjalan jauh ke mall, dia dah lama tak nak datang. Tapi nampaknya mood dia hari ini memang boleh tahan je. (Ok done mengarut :v)

Hali yang memandang sifat mak cik itu terus tahap kesabarannya mula menggelegak.

Gempa: Err..mak cik. B-boleh cepat sikit? Err..s-saya nak ke tempat lain pula. 😅

Dapat merasakan Hali mula merasa kurang sabar, Gempa cuba-cuba pujuk mak cik itu. Alahai...lupa pula Hali ni jenis macam ni! Menyesal weyh!! Kang nanti blah macam tu terasa pula mak cik ni nanti!

Mak cik kedai itu hanya mendengus malas. Dijeling Gempa dengan menyampah. Dia meletakkan fonnya dengan lembut. Lalu diambil barang yang diletakkan Gempa di atas meja kaunter dengan kasar. Dia juga memang sengaja melambatkan sesi meng-scan harga barang itu.

Sekali lagi Hali naik bengang. Tapi cuba disabar.

Selesai meng-scan barang, mak cik itu sengaja melambatkan pula ambil beg plastik. Gempa sudah berpeluh merasakan Hali sudah terbakar di dalamnya. Ni Halilintar ke Blaze yang tengah ada sebelah Gempa ni?

Gempa: Err..mak cik..k-kalau takde saiz yang sesuai untuk barang ni...err..
S-saya pegang sajalah.

Selesai memilih, dimasukkan pula barang tu. Kini kelajuannya cepat sikit. Mak cik itu memberikan jelingan menyampah kepada Gempa.

MakCik: Nah! Ambillah barang ni! Kalau nak cepat sangat baik kau bukak kedai sendiri! Ingat senang ke?! Orang tengah sibuk ni ada saja pelanggan mengada-ngada!

Apabila selesai. Dia mencampakkan saja beg plastik itu ke arah Gempa. Hampir terkeluar barang di dalamnya dan untung Gempa sempat menyambut.

Hali yang sudah tidak dapat menahan amarahnya kini bakal meletus! Dihentakkan meja sambil menghambur habis ayat puaka dalam mulutnya.

Hali: WOI MAK CIK TUA KEREPOT!! KALAU ENGKAU TAK NAK BERNIAGA TUTUP JELA KEDAI!! GULUNG TIKAR TERUS!!

Gempa terkejut dengan ayat Hali. Dia terus cuba menenangkan Hali.

Gempa: Halilintar!! Jaga mulut tu!

Hali: Aku tak habis cakap lagi kat mak cik ni! WEYH, MAK CIK. KAU INGAT GEMPA AKU NI NAK SANGAT KE HADAP MUKA KAU TIAP HARI HAH?!! BAIK KAU RUGI TERUS KENA LINGKUP SAMPAI KAU KENA MINTA SEDEKAH KAT TEPI JALAN! EH, BOLEH JALANLAH MAK CIK TUA MACAM KAU NI!!

Selesai memaki hamun, Hali terus menarik tangan Gempa keluar dan meninggalkan mak cik tadi dengan wajah terkebil-kebil. Terasa ke mak cik? :v Terus telefon tidak ditatapnya. Termenung saja.

Kamera dialihkan ke arah Hali dan Gempa yang sedang berjalan. Gempa memanggil-manggil nama Hali manakala Hali masih memegang erat tangan Gempa. Amarahnya masih belum reda.

Gempa: H-Halilintar! Ughh....err...A-Aduh! Aduh! S-sakit-!!

Gempa menggunakan helah pura-pura sakit disebabkan cengkaman Hali tadi. Sontak Hali berhenti lalu melepaskan pegangang kuat itu. Di pusingkan badang lalu menatap wajah Gempa. Wajah Hali kemerahan menahan amarah yang baru saja tadi dia keluarkan. Gempa menatap iris ruby Hali.

Gempa: Bertenang...semuanya dah okay. Sudah.

Gempa cuba senyum. Hali yang melihat senyuman Gempa mula reda amarahnya. Thanks Gempa for your sweet smile.

Hali: Hahh...hah..huh...hmmhh...ckh! Tak guna betul mak cik tu!

Gempa: Bertenang. Tak baiklah kau nak marah-marah mak cik tu. Biasalah perangai dia macam tu.

Hali: Tapi dia kurang ajar dengan kau!

Gempa: ....Kau pun sama...

Hali diam.

Gempa: ...Walau kau marah sekalipun, mak cik tu lagi tua. Sabar sajalah. Okay? Mak cik tu tak buat benda-benda jahat pun...dia cuma saja malas-malas. Macam Ais? 😄

Hali menghambur sedikit tawanya apabila Gempa mention kembarnya yang pemalas itu. Ok ini lawak.

Hali: Pfft..! Betullah!

Gempa tersenyum melihat Hali akhirnya tertawa. Lega rasanya.

Gempa: Tengok? Hehe...maaflah. Silap aku juga sebab bawa kau ke kedai mak cik tu. Sorry...

Hali menyentuh pipi gebu Gempa sambil tersenyum.

Hali: Aku pun. Aku kurang sabar sekarang. Hehe...mesti balik ni kena marah oleh kau lagi ni.

Gempa: Pfft...! Mungkin? 😄

Dan mereka berpelukkan erat.

Jika salah satu daripada pasangan itu jenis baran dan berkata dengan perkataan pesat, sudah pasti sudah menjadi tugas pasangannya memarahi atau menasihatinya. Itulah pelengkap yang melengkapi.

===SKIP VIDEO===

DI SUATU MALAM

Halilintar berjalan menuju ke sebuah pondok bas yang berada di bandar Pulau Rintis. Di tangannya terdapat jaket sejuk yang dibawanya bersama. Tetapi...kenapa dia tidak pakai?

Pppsshhhh....!

Kedengaran bunyi hisikan dari sebuah bas yang berhenti di pondok bas yang Hali sedang tujui.

Pintu bas itu terbuka dan keluarlah beberapa orang dan pasangan lalu mereka segera beredar.

Iris ruby Hali tercari-cari susuk tubuh seseorang. Seketika keluarlah seseorang dari perut bas melalui pintu. Dia menapakkan kaki kirinya dari tangga bas dan tercari-cari sesuatu. Tangannya di takup pada wajahnya sambil menghembus nafas kesejukkan.

Hali tersenyum melihat hanya tinggal susuk tubuh itu sahaja di situ. Dia pun berjalan menghampirinya.

Hali: Gempa.

Susuk tubuh itu a.k.a Gempa terus memandang ke arah orang yang memanggilnya iaitu Hali. Pantas senyuman manis terukir serentak di bibir pasangan itu.

Hali: Selamat pulang.

Gempa: Aku dah balik. 😊

Gempa berjalan mendekati Hali lalu memeluk Hali erat. Hali membalas pelukan Gempa dan melepaskannya sambik menyentuh pipi gebu Gempa.

Hali: Heish, sejuknya. Kan aku dah pesan bawa jaket kalau nak keluar malam-malam.

Gempa: Err...tertinggal. Eh, silap. Terlupa. 😅

Hali menghela nafasnya sebelum dia melemparkan jaket yang dibawanya kepada Gempa. Jaket itu mendarat selamat di atas kepala Gempa. Gempa mengalihkannya dengan wajah yang penuh tanda soal. Comel je mata bulat polos dia tu.

Gempa: Ni...?

Hali: Pakai.

Gempa: Tapi, untuk kau-

Hali: Aku tak sejuk. Kau tu yang kat luar lama sangat. Nanti demam pula.

Gempa: Oohh..ok. Thanks. 😊

Hali: Hn.

Dan mereka berdua berjalan seiringan untuk pulang ke rumah. Untuk menghangatkan lagi situasi, mereka berdua berpegangan tangan erat walaupun mereka sendiri tidak sedar akan perbuatan itu.

===SKIP VIDEO===

Taufan: Korang, aku nak cakap something ni. Meh duduk kat sini semua.

Element yang lain diikuti Ani duduk di tempat masing-masing sebaik sahaja mereka dipanggil oleh Taufan.

Dan tanpa disedari, Halilintar dan Gempa duduk bersebelahan antara satu sama lain sambil mendengar apa yang Taufan sedang cerita.

===SKIP VIDEO===

Sedang Gempa mengelap meja makan di kedai Tok Aba, Solar datang ke kedai tersebut dan diikuti oleh Hali di belakangnya.

Solar: Gem, biar aku ganti kau pula. Kau rehatlah.

Gempa: Oh, thanks!

Solar: My pleasure. Kau nak minum apa-apa tak?

Gempa: Hmm...macam biasalah.

Solar: Ok!

Sedang Solar membuat air untuk Gempa, Hali duduk di sebelah Gempa di dekat kaunter kedai sambil berbual dengan Gempa.

Hali: Letih?

Gempa: Tak sangat pun.

Hali: Nanti balik berehatlah.

Gempa: Eh, takpe. Aku dah biasalah buat semua ni.

Hali: Ye ye je. Kang nanti pengsan sebab letih.

Gempa: Aku pernah pengsan ke sebelum ni?

Hali: Hmph...tak ingatlah tu.

Gempa tertawa kecil mendengar perli Hali. Sebaik sahaja Solar siap buat air, dia terus memberikannya kepada Gempa.

Solar: Nah.

Gempa: Thanks!

Solar: Your welcome! Eh, korang berdua memang susah nak dipisahkan eh?

Gempa dan Hali menatap wajah Solar dengan hairan. Ni dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?

Hali: Apehal pula?

Solar: Taklah, asal kalau korang duduk semeja saja, mesti korang duduk bersebelahan. Sama macam duduk atas kerusi sofa hari tu, korang duduk bersebelah je. Tak perasan ke?

Hali dan Gempa menatap antara satu sama lain.

HaliGem: Err...tak?

Solar: (facepalm)

===SKIP VIDEO===

Para elemental mendapat mesej daripada Ani yang mengatakan Ani ingin belanja mereka makan di sebuah restoran.

Semuanya berkumpul di sana kecuali Gempa.

Ani: Eh? Mana Mama?

Hali: Dia ada hal. Nanti dia datang.

Taufan: Habis tu makanan untuk dia? Kita tak tahu dia nak makan-

Hali: Cik, tolong sediakan yang ni dan air ni ya? 1 set sekali dengan pencuci mulut.

Pelayan: Baik. (mencatat)

Dan sebaik sahaja pelayan tersebut pergi, Gempa terus datang dan duduk di sebelah Hali.

Gempa: Sorry lambat. Huff...ada hal pula.

Hali: Takpe. Aku dah pesankan makanan untuk kau tadi.

Gempa: Yeke? Terima kasih!

Solar: Eh, jap. Mana kau tahu itu yang Gempa nak makan?

Hali: Apa? Memang itu yang Gempa suka. Kau memang nak yang ni kan Gempa? (tunjuk menu)

Gempa: Oh? Ha'a. Memang aku suka yang ni pun. ^^

Yang lain kecuali HaliGem terlopong tidak percaya. Macam mana Hali boleh tahu makanan kegemaran Gempa selama ni?!

===SKIP VIDEO===

Gempa: Halilintar! Bukan ke kau ada aktiviti kelab ke hari ni?

Di awal tengah hari Gempa sudah sibuk mengemas rumah dan memasak. Dalam pada kesibukkan itu, masih sempat dia mengingati tugas dan aktiviti Hali walaupun Hali sendiri lupa.

Hali: Oh yeke? Ok, aku pergi dulu.

Dan itulah Hali. Selagi tidak diperingati Gempa yang selalu sibuk tu, entah bila nak ingat.

MALAM ITU.

Hali: Oh, Harru ajak study kat rumah dia.

Gempa: Pukul berapa?

Hali: 9

Gempa: Nanti jangan lupa pula. Kang ditunggu pula dia tu.

Hali: Aku ingatlah.

Gempa: Yelah tu.
.
.
.
8.30 MALAM

Gempa melihat jam dinding sambil sibuk melipat pakaian. Dia mencuit kaki Hali yang sedang khusyuk bermain telefonnya.

Gempa: Bukan ke kau ada janji nak pergi rumah Harru ke pukul 9 nanti?

Hali: Yeke?

Gempa: Lupalah tu. Dah, pergi cepat! Aku yang sibuk ni boleh ingat, takkan kau tak ingat pula?

Hali tertawa kecil sahaja sebelum dia bangun dan bersiap untuk ke rumah Harru.

===SKIP VIDEO===

Di dalam mesyuarat para majlis perwakilan pelajar, kelihatan Gempa masih tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut dan yang lain mula tertanya ke mana dia pergi.

Ying: Haiya ini budak, mana dia pergi maa?

Yaya: Hmm..entah? Kita cuba tanya Hali? Mana tahu dia ada dengan Gempa?

Lalu Yaya mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Hali. Hali mengangkatnya.

Yaya: Hali, kau ada dengan Gempa tak?

Hali: Takde. Aku kat luar ni. Bukan ke dia ada mesyuarat dengan korang ke?

Yaya: Gempa takde sekarang. Tu yang telefon ni. Kau tahu tak dia kat mana?

Hali: Aku dah lama keluarlah. Alah, dia pergi kedai alat tulis lah tu. Beli apa-apa barang untuk mesyuarat korang. Tunggu jelah.

Yaya: Eh? Mana kau tahu?

Hali: Teka je.

Dan Hali terus memutuskan talian belum sempat Yaya bertanya lebih lanjut. Dan Gempa pun datang dengan keadaan tercungap-cungap seperti baru selesai lari.

Gempa: Sorry! Aku lambat sikit.

Ying: Mana lu pergi Gempa?

Gempa: Kedai alat tulis. Aku beli barang sikit untuk mesyuarat kita kali ni. Dah, jom mulakan.

Yaya terkebil-kebil memandang ke arah Gempa. Betullah apa yang Hali kata tadi.

Gempa: Kenapa Yaya?

Yaya: Kau...ada dengan Hali ke tadi?

Gempa: Eh? Tak pun. Dia dah lama keluar rumah sebelum kita ada mesyuarat. Kenapa?

Yaya: ....serious kau takkan percaya kalau aku cerita... (sweatdrop)

Gempa memandang Yaya polos. Tidak faham apa yang Yaya katakan namun Yaya cepat-cepat minta Gempa teruskan mesyuarat.

===SKIP VIDEO===

Di dalam perjalanan HaliGem pulang dari beli barang, kelihatan Fang dan Gopal juga baru pulang dari tempat yang sama dan kebetulan bertemu dengan mereka berdua.

Gopal: Hey Gempa dan Hali!

Hali dan Gempa menoleh ke arah Gopal dan Fang yang berada di belakang mereka. Gempa membalas sapaan Gopal manakala Hali hanya diam dengan wajah datarnya.

Fang: Beli barang?

Gempa: Ha'a.

Gopal: Berdua saja?

Hali: Habistu? Takkan ber-3?

Fang: Sejak bila korang bersama ni?

Gempa dan Hali berkerut dahi memandang ke arah Fang. Apa benda si Alien ni mengarut? Fang dan Gopal bertatapan antara satu sama lain. Keduanya diam.

Gopal: Eh, korang tak tahu ke?

Gempa: Tahu apa?

Fang: Fasal koranglah.

Hali: Dah kenapa pula dengan kitorang?

Gopal: Dey, sudah 1 sekolah dan 1 pulau tahulah yang korang ni Married Couple!

HaliGem: HaaAahh?!!

Terkejut besar Hali dan Gempa mendengar pernyataan Gopal.

Gempa: Apsal pula??

Fang: Korang selalu bersama tahu tak? Apa-apa pasal korang berdua, mesti korang je yang tahu. Minuman dan makanan kegemaran korang, kelemahan dan kelebihan korang, korang siap kenal perangai masing-masing lagi. Asal keluar atau duduk semeja saja, mesti korang bersama. Korang ni couple kan? Bagitahu sajalah.

Gempa: Eh? Taklah!

Hali: Kitorang tak couple pun!

Gopal: Jangan nak tipulah dey! Taufan dan Ani dah sebarkan kot video tentang korang. Sebijik macam Married Couple!

Hali dan Gempa terlopong mendengar penerangan Fang dan Gopal. Mana tak terkejut? Tiba-tiba dikatakan Married Couple.

Sedangkan mereka belum officially COUPLE pun lagi.

===END VIDEO===

Element yang lain kecuali Taufan dan HaliGem yang hilang entah ke mana terlopong sebaik sahaja melihat video tersebut. Tidak lupa Zie dan Harru yang setia join sedari awal video lagi.

Solar: Eh, seriouslah diorang tah tahu tentang heboh ni?

Taufan: Ha'a. Tu yang terkejut besar bila Gopal cakap macam tu.

Harru: Nampaknya diorang tak sedar lagi yang diorang tu memang betul-betul macam tengah couple.

Ani: Setuju. Haha...no wonderlah takde apa-apa next move antara diorang...belum officially lagi dalam buku ni rupanya... 😅

Blaze: Apsal kau tak buat je?

K.Zie: Saja? Nak kasi hangat sikit. X,D

Thorn: Jadi...Mama dan Papa belum couple lagi lah kiranya?

Ani dan Zie angguk mengiyakan pertanyaan Thorn tadi.

All Elemen: HAAAHH?!! APSAL TAK BUAT LAGI WOI?!!
.
.
.
PADA MASA YANG SAMA

Di dapur keluarga element, kelihatan Gempa sedang mengupas kulit buah epal dan Hali masuk ke dalam dapur lalu duduk di sebelah Gempa.

Gempa: Jumpa yang lain?

Hali: Tak. Hilang ke mana entah.

Gempa: Hmm..takpelah. Janji diorang ingat jalan balik. Diorang akan ok saja kan?

Hali: Tak payah risau sangatlah. Err..nak epal boleh?

Gempa: Oh? Boleh. Nah.

Gempa menyuakan potongan epal yang sudah dibuang kulitnya lalu menyuap ke dalam mulut Hali.

Hali: Mmm! Manis~ macam kau.

Gempa: Nak makan epal ke apa ni? //////// (blush)

Hali: Nak (makan) kau boleh?

Gempa: (max blush)

Hali dan Gempa tertawa bersama di dalam dapur itu dan tanpa siapa tahu.
Yup, mereka bukan couple sepenuhnya lagi. Tapi bakal! X3 Cuma waktu belum tentu lagi. Biasalah orang sebelum couple ni kan lagi sweet? Tambah pula dah digelar Married Couple ni.

HaliGem always the best. Uwu

Don't worry readers! Diorang akan couple juga nanti. Cuma tak tahu bila. X3 Nantikan saja~

Semua idea datang daripada ini!
↓↓↓↓

Thanks Kak Sya ManisPedas29 sudi share! XD Amat membantu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top