Goodbye, Halilintar. (14)

Gempa berlari-lari anak menuju ke taman yang berdekatan dengan rumah Tok Aba. Selepas melepasi 4 simpang kawasan perumahan, akhirnya Gempa tiba di taman tersebut.

Gempa menghela nafas lega apabila melihat pemilik kedai tersebut masih membuka kedainya walaupun sudah masuk musim cuti sekolah.

Gempa berjalan melepasi kawasan taman sambil melihat kanak-kanak yang berlari keriangan di dalam taman tersebut. Ada yang memanjat monkey bar, ada yang main papan gelungsur, naik buaian, main pasir dan naik jongkang-jonkit. Semuanya sekitar umur 2-6 tahun

'Teringat pula pada Taufan, Blaze dan Thorn. Hehe!' - Desis hati Gempa.

Melihat kanak-kanak yang sedang berlari sambil bermain kejar-kejar dipantau oleh ibu bapa mereka.

Teringat pula Gempa akan saat mereka iaitu kembar-kembar elemental masih kecil. Lebih kurang dalam mahu menginjak umur 13 tahun. Walaupun sudah meningkat remaja, waktu itu kebanyakkan mereka masih lagi berfikiran kebudak-budakkan. Lebih-lebih lagi Trio Trouble Makers.

FLASHBACK
.
.
.

Trio Trouble Makers berlari sambil berkerjaran. Blaze mengejar Taufan dan Blaze manakala Solar sedang membaca buku yang dipinjam. Ais seperti biasa tidur di sebelah Solar. Manakala Gempa dan Hali hanya memerhatikan mereka dengan senang hati.

Teringat pula Gempa akan kejujuran Hali waktu itu.

Hali: Kenapa kau tak main sekali? Masa kecil-kecil dulu pun kau saja yang perhatikan kitorang.

Gempa: Kalau korang main, siapa nak jaga atau jadi wakil kalau korang jatuh atau terlanggar sesiapa? Mana tahu malang tidak berbau, ada yang kena culik? Jadi aku yang perhatikan korang ni boleh lah jadi saksi apa-apa kes. 😊

Hali diam seketika menatap Gempa. Dia tidak pernah terfikir akan pemikiran Gempa pada waktu itu. Persis matang seperti orang dewasa. Jujur Hali kata, dalam kalangan mereka, hanya Gempa sahaja yang boleh dikatakan 'normal' dan entah kenapa itu menjadi daya tarikan Hali untuk terus memandang Gempa.

Hali: Hmm...mungkin sebab ni kot aku suka kau. (senyum)

Gempa: ...huh? 😶

Hali tertawa kecil lalu menggelengkan kepalanya. Tidak mahu ulang ayat tadi.

Hali: Takde apa...

Kemudian, mereka berdua mengalihkan pandangan kembali ke arah kembaran yang lain. Jujur, Gempa sebenarnya dengar apa yang dikatakan oleh Hali, cuma dia inginkan kepastian sahaja.
.
.
.
END FLASHBACK

???: Hi Gempa!

Lamunan Gempa terhenti apabila dirinya disapa oleh peniaga a.k.a pemilik kedai runcit itu. Pak Mat.

Pak Mat: Ha, ni datang tak nak beli apa?

Pak Mat menyapa Gempa dengan mesra dan dibalas senyuman khas Gempa.

Gempa: Nak beli gula-gula dan beberapa makanan ringan sikit. 😊

Pak Mat hanya ber-oh ria sambil mengganguk faham. Dia kembali menuju ke kauter untuk dijaga dan meninggalkan Gempa.

Gempa pun berjalan ke arah kawasan makanan ringan dan fast food. Dia melihat pilihan yang ada lalu mengambil seperti yang dipesan oleh Ani, Thorn dan Blaze.

Dalam Gempa sedang melihat-lihat ais-krim, Gempa ternampak kotak coklat yang menarik perhatiannya secara tiba-tiba.

'Macam kenal je...eh...ini...'

Gempa pergi ke arah kotak itu lalu dipandang isi dalamnya. Sebuah kotak yang memenuhi berpaket cupcake berwarna coklat.

Gempa: Hmm..? Bukan ke ni makanan yang selalu Halilintar makan dulu. Hmm...dia kata sedap. Tapi kenapa sekarang dah tak makan? Hmm...cuba rasalah mana tahu sedap ke tak.

Gempa pun mengambil 1 paket yang berisi 1 cawan cupcake coklat tersebut lalu membawanya ke kaunter bersama makanan yang lain. Dalam perjalanan ke kaunter Gempa ternampak Halilintar berjalan melepasi salah sebuah permainan yang berada di taman permainan tersebut. Dari jauh. Gempa melihatnya namun Halilintar tidak perasan akan kehadiran Gempa. Tiba-tiba Gempa teringatkan cupcake ti tangannya. Dia menggenggam tangannya erat lalu berpusing kembali ke tempat letaknya cupcake tadi.

Gempa: ....

Gempa mengambil 1 lagi cupcake tersebut bersamanya lalu dibawa ke kaunter dan membuat proses pembayaran.

Pak Mat: Banyak nya makanan kamu beli. Ni untuk anak-anak dan suami ke apa ni?

Gempa: Ha'a. (tak sedar dia jawab)

Pak Mat: Eh? 😅

Gempa: Eh? 😶

Krik..krik..

Suasan menjadi sunyi seketika apabila Gempa menjawab pertanyaan Pak Mat. Gempa malah tidak perasan apa yang dia jawab tetapi apabila terdengar Pak Mat ber-eh pelik baru dia tersedar- DIA TERSALAH TERLEPAS CAKAP!!!!!

Pak Mat: ...Tak tahu pula kamu dah ada anak...dan suami... 😅 Pak cik bergurau je tadi...tak sangka betul pula...

Gempa: EH!!! TAK! TAK! TAK!!!! TAK PAK CIK!!! SAYA TERSALAH CAKAP!!! S-SAYA MANA ADA ANAK DAN SUAMI!!! 😫 😫

Pak Mat ketawa terkekek lalu mengscan setiap tanda harga pada makanan yang Gempa berikan. Gempa masih lagi dengan paniknya sambil wajahnya memerah seperti tomato.

Pak Mat: Ha, harga dia RM 5.

Gempa tidak cakap banyak lalu dia mengeluarkan sekeping wang ringgit berwarna hijau lalu diberikan kepada Pak Mat. Kemudian, Pak Mat ambil wang tersebut dan berikan Gempa beg plastik yang berisi makanan yang dibeli oleh Gempa tadi.

Gempa: Terima kasih pak cik. 😄

Pak Mat: Sama-sama. Jaga suami dan anak-anak kamu tu elok-elok!

Gempa: Pak cik!!! 😭😭

Geram Gempa dengan usikkan Pak Mat itu tadi. Dikembungkan pipi chubby nya tanda protes. Menyesal pula khayal waktu Pak Mat menyoalnya tadi. Wajah Gempa nalah masih merah malu. Mujur tiada sesiapa yang lalu atau masuk ke kedai tersebut. Jika tidak pasti Gempa menjadi bahan kekekan tawa orang ramai.

Gempa kini berjalan keluar dari kedai runcit tersebut. Dia melihat ke dalam beg plastik yang berisi makanan tersebut.

ShooOo~

Gempa: Brrr~! Sejuknya! Nak hujan ni, baik aku cepat. Dah lah tak bawa payung...haih..

Baru beberapa langkah Gempa berjalan dia tiba-tiba teringatkan Halilintar. Seingat dia, Hali tak bawa payung. Mungkin Hali akan kesunyian dan kesejukkan nanti. Lebih baik dia pergi teman Hali, sekurangnya taklah Hali bosan menunggu hujan reda.

Gempa mula berfikir 2 kali. Dia melihat beg plastik di tangannya. Ani dan yang lain mesti sudah tunggu ketibaan makanan. Tapi Gempa lebih runsingkan Hali. Hatinya meronta untuk pergi jenguk Hali. Entah kenapa. Dia perlu tahu sesuatu.

Gempa mengambil 2 laket cupcake yang dibelinya lalu diselukkan di dalam poket baju hoodienya.

Sambil-sambil itu, Gempa berfikir ligat beberapa saat kemudian dia mendapat idea. Terus ditekan butang pada jam tangan kuasanya.

Gempa: Taufan?

Taufan dari hujung panggilan menerima panggilan Gempa lalu menjawabnya dengan senyuman.

Taufan: Chak! Ha, kenapa Gempa? 😁

Gempa: Kau dekat mana tu? Dah siap dah?

Taufan: Dah. Ni on the way balik. Eh, kau kat luar ke?

Gempa: Ha'a. Boleh aku minta tolong sikit?

Taufan: Apa dia?

Gempa: Datang ke kedai runcit Pak Mat jap. Aku nak minta tolong kau bawa balik barang ni.

Taufan: Oh, okay.

Taufan terus memutuskan talian lalu menggunakan kuasa anginnya untuk terbang menuju ke kedai runcit Pak Mat seperti yang diberitahu oleh Gempa.
.
.
.
6 MINIT KEMUDIAN
.
.
.
Taufan pun tiba di depan kedai runcit Pat Mat berdekatan taman. Dia mencari kelibat Gempa lalu menemui Gempa yang sedang melambai ke arahnya.

Taufan berlari anak menuju ke arah Gempa.

Taufan: Ha, apa yang kau nak minta aku tolong?

Gempa pun memberikan beg plastik berisi makanan kepada Taufan. Taufan tanpa banyak soal menerimanya.

Gempa: Ni, kau tolong bawa balik dan berikan pada Ani dan yang lain ya?

Taufan: Eh, kau tak nak balik ke?

Gempa: Aku ada hal kejap. Kau pergi dulu lah. Aku kena cepat ni. Kau pun cepat sikit balik tu. Dah nak hujan ni. Aku takut juga ais-krim dalam tu cair. Sudah, cepat-cepat balik!

Tanpa apa-apa Gempa terus berlari meninggalkan Taufan yang terpaku sambil terkebil-kebil memandang belakangnya.

Taufan: Eh! Habistu payung?! Gempa!!

Gempa tidak menjawab panggilan Taufan kerana jarak mereka sudah jauh. Cepat juga Gempa lari. Taufan hanya mendengus kesal. Dia pun tanpa berfikir panjang terus terbang pulang ke rumah.
.
.
.
.
.
.
.
Gempa berlari-lari mengelilingi kawasan taman itu. Mencari kelibat suaminya- eh silap. Mencari kelibat Halilintsar.

Gempa kemudian berhenti di sebuah bangku yang berdekatan dengan buaian dan jongkang-jongket. Dia duduk di bangku yang diperbuat oleh batu-bata itu lalu bersandar pada hiasan pokok yang parasnya di leher Gempa. Gempa tercungap-cungap meraup nafasnya letih berlari-lari.

Gempa: Huff..huff..mana Halilintar ni...?

Walaupun badan tidak bergerak, namun iris emas Gempa masih ligat mencari kelibat Hali. Kalau-kalau Hali ada berdekatan?

Iris Gempa tertacap pada 1 susuk tubuh yang mengenakan pakaian serba hitan namun terdapat garisan merah di di baju, seluar dan...topi yang dipakai.

Halilintar!

Betullah ia Hali. Dengan sekilas pandang sahaja Gempa sudah dapat mengecamnya. (The power of TRUE LOVE >:v)

Gempa terus berlari mendapatkan Hali. Angin deruan semakin kencang menandakan hujan bakal turun pada bila-bila masa sahaja nanti.

Sebaik sahaja Gempa berada lebih kurang 2 meter dari Hali, dia ingin memanggil nama Hali tetapi niatnya dibatalkan apabila dia perasan Hali sedang bercakap dengan seseorang.

Hali: Kau kena tolong aku.

???: Habis tu? Macam mana dengan Gempa? Kamu tak fikir perasaan dia?

Gempa mula menyembunyikan dirinya di sebalik dinding konkrit yang berdekatan. Cuba mendengar lebih lanjut perbualan Hali dan seseorang yang Gempa tahu ianya wanita dan hanya mereka berdua.

Hali: Pedulikan itu dulu. Aku kena buat sesuatu...

???: Kamu ni biar betul.

Hali: Haih..betul. Aku dah naik muak dengan layanan Gempa tu!

GroOoM~!!

Bunyi kilat dan deruman yang kuat persis memahami hati Gempa pada waktu itu. Seolah-olah hatinya dipanah kilat dan hancur.

???: Heheh, berani juga kamu ya? Kalau kamu katakan macam tu depan Gempa kamu rasa apa dia akan lakukan?

Hali: Heh, tak mungkin dia boleh lakukan apa-apa....kalau aku cakap pon. Mesti dia akan lari juga lepastu.

???: Ohoo~? Takkan tiada percuma penampar?

Hali: Setakat Gempa. Apalah sangat? Hehehe...

???: Hnn~ hnn~ ini yang aku suka pada kamu Hali.

Hali: Aku tahu. Aku pun suka-

Tap! Tap! Tap!

Dengan sepantas kilat Gempa berlari meninggalkan perbualan mereka berdua yang tergantung itu.

Tidak.

Tidak.

Tak nak!

Gempa menutup kedua telingannya. Membuang kembali memori kata-kata yang dia dengar tadi. Dia tidak mahu dengar. Cukup!

ZraAaaAaa~

Gempa kembali semula ke taman dengan hati yang patah. Bersama hujan lebat yang menemaninya seorang diri. Orang lain sudah lari bertempiaran dari hujan dan mencari tempat teduh. Namun hanya Gempa berjalan lemah longlai tanpa menghiraukan dirinya basah kuyup.

Gempa: ...kenapa...?

Gempa menundukkan wajahnya. Memandang tanah pasir di taman itu. Dia berjalan tak tentu hala dan akhirnya berhenti di buaian berdekatan tempat dia berhenti awal tadi semasa mencari Hali.

Walaupun hujan deras membasahi bumi, namun esakkan dan tangisan Gempa dapat didengari jika berada 1 meter darinya. Ya, Gempa menangis di dalam hujan...

Gempa: isk..isk...kau hina aku...! Hikss...tak guna...!

Gempa menangis semahunya. Melepaskan segala keperitan dan derita yang dialaminya. Mujur tiada sesiapa di sekitar kawasan itu jadi dia boleh menangis sepuasnya. Tidak perlu menahan air mata seperti sebelum ini lagi.

Gempa: iskk...hwaaaa~!

Akhirnya air mata yang mengalir setitik demi setitik kini mengalir deras dari kelopak mata Gempa. Bercampuran dengan hujan yang menimpa pipi gebunya.

Gempa: Kenapa kau janji kalau kau akan mungkiri?! Kenapa kau bagi harapan kalau kau...iskk kalau kau menipu?! Hikss..tak guna!!!

Gempa cuba mengelap air matanya dengan kedua tangannya namun kesedihan dan keperitan yang dilaluinya membuatkan tangannya terketar-ketar sambil menyentuh air matanya. Gempa memejamkan matanya dan sambung menangis. Jika itu tangisan terakhirnya, biarlah ia habis begitu sahaja. Ya, Gempa sudah tekad.

Gempa: isk...selamat tinggal, Halilintar.

Dan Gempa kembali menunduk dan menangis di dalam hujan lebat itu.





===========

Ani: Tak gunaaa~!!! 😭😭 Papa tak guna~!!! (pukul Hali)

Hali: Aduh! Aduh! Auch!! Hey! Sakitlah! 🔥💢

K.Zie: Haish..sudah! Itukan skrip drama saja...

Hali: Entahnya. Kan Gempa kan? (gosok2 bahunya sambil pandang Gempa)

Gempa: ... (tak peduli)

Hali: Ehh...Gempa..? 😅

Gempa: (lari tinggalkan Hali)

Ani: Ayoo~ Mama Gempa dah merajuk~ hahahah! Padan muka! 😆🔪 (asah pisau)

Hali: (gasp) GEMPA~!!!! 😭💔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top