Finally Found You... (16)

Hali: Akhirnya...aku jumpa kau. Gempa...

Hali melihat susuk tubuh yang sedang duduk di atas salah satu buaian di taman permainan itu. Sudah banyak masa berlalu sepanjang pencarian Gempa. Kini, hujan yang sedari tadi turun dengan lebatnya perlahan-lahan semakin berhenti.

Semakin hujan turun kepada rintik-rintik, semakin Hali berjalan menghampiri Gempa.

Gempa tidak menyedari akan kehadiran Hali dan pada masa yang sama air matanya sudah kehabisan. Dia tidak mahu menangis lagi.

Gempa menghela nafas kecewa.

Gempa: Haaahh...mungkin...aku kena mulakan hidup baru kot...?

Gempa memegang rantai yang menggantung buaian yang didudukinya. Seketika dia mencengkam kuat rantai tersebut. Geram campur sedih, marah dan banyak lagi. Kecewa usah dikatakan.

Biarpun bajunya basah terkena hujan, hatinya kering kerana kehabisan air mata.

Gempa: Kau janji Halilintar...tapi aku tahu sampai masa kau akan mungkiri...aku harap lepasni kau-

Hali: JANGAN HILANGKAN AKU DARI INGATAN KAU GEMPA!!!!

Dengan tiba-tiba Gempa merasakan ada orang memeluknya dari belakang dengan kuat sambil menjerit.

Gempa seketika terkejut dan matanya yang tadi kering tiba-tiba mengeluarkan butiran air mata.

Gempa merenung ke arah kanannya. Dia melihat sebuah topi yang dipakai dihadapkan ke belakang dan berwarna hitam. Di situ jelas kelihatan logo kilat berwarna merah. Ini kan..

Gempa: H-Halilintar?!

Hali mendecih kesal. Menahan air matanya keluar. Ya, Hali dengar apa yang Gempa katakan. Pasti Gempa mahu melupakan dirinya. Pasti! Mungkin fikiran Hali saja kot? :v //slapp!

Hali: Jangan Gempa...jangan! Aku...aku tak sanggup kehilangan kau!

Gempa: A-apa yang kau merepek ni?! //// (blush)

Hali: Kau nak tinggalkan aku...aku tahu...tolonglah..aku tak tahu aku boleh hidup tanpa kau ke tak.

Gempa: ....Kau ada hidung dan mulut kan? Pakai lah untuk bernafas. Apa guna otak dan akal kau kalau kau tak fikir macam mana nak makan? Eh, rosak ke apa badan kau ni?

Gempa menyentuh dahi Halilintar. Sebaik sahaja Hali melepaskan pelukkan, dia bangun dan mengubah kedudukannya di hadapan Gempa.

Hali: Jangan macam ni Gempa...aku sayang kau. Aku-

Gempa: Apahal kau ni?!

Hali: Eh?!

Hali terkejut apabila melihat riak wajah Gempa yang berkerut tidak faham. Hali terkelip-kelip matanya melihat wajah Gempa itu. Walaupun keadaan duduk, sempat Gempa mencekak pinggang.

Gempa: Kau ingat aku nak pergi mana?!

Hali: Err...bukan ke kau nak tinggalkan aku ke? 😰

Gempa: Bila masa?! Ada ke aku cakap aku nak pindah hah?! Readers kalau tak caye baik korang baca balik. Kalau tak baca aku siat daging korang sekor-sekor!

Sempat Gempa berikan death glare pada readers. Ehhh budak Gempa ni. Sedap dia je tak ikut skrip! Dah, sambung citer! Peduli ah skrip! Layan random lagi awesome kan?

Hali: T-tapi...yang janji tu?

Gempa: Ouh..janji ke? Kan kau ada janji nak bayar hutang kau pinjam duit aku RM 450 hari tu. Tu yang aku sedih tu. Mesti kau guna pakai untuk awek kau kan?

Hali: Eh?! Awek...tak!

Gempa: Ckh! Tak kisahlah untuk awek ke Cikgu Papa ke. I just want to remind you that you still got a debt to pay for me! Ha, siap speaking lagi ni. Entah ada salah ke aku tak peduli. Just nak cakap tu je.

Hali hanya memaparkan poker facenya. Lhaa...ingatkan ape tadi. Punyalah dia berlakon macho last2 Gempa dengan suka hati kuali dia je tukar skrip. Untuk author pun 2 kali 5 minta kaki sebab biarkan saja Gempa.

Hali: Hmm...aku ingatkan kau nak pergi tinggalkan aku. Penat je jerit-jerit lari-lari cari kau...

Gempa: Hmm...haih. Siapa suruh kau jerit? Sakit telinga bhai kau jerit. Sampai nak nangis aku. Ha, tengok. Dah keluar dah air mata ni.

Hali: Mana aku tengok?

SUUuuUuPp~!!!

PAK! DUSH!

HaliGem: ADOI!!

Solar: KORANG IKUT SKRIP BOLEH TAK?! NAIK BENGANG AKU TENGOK KOME 2 EKOR NI!! ADA JUGAK YANG MAKAN KAKI LEPASNI!! 😤💢

Kemudian, Solar menyorok kembali di dalam semak selepas ditarik oleh Ani. Hali dan Gempa pura-pura tak nampak apa jadi dan sempat baca balik skrip diorang. Then, diorang campak bila dah settle. Oh god...memang minta kaki dia punya random ni.. 😂 Sorry readers.

Gempa mengehela nafas. Dia memegang tangan Hali yang diletakkan di atas pahanya.

Hali memandang ke arah iris emas Gempa. Gempa melemparkan senyuman sambil memegang lembut tangan Hali.

Gempa: Ermm...jujurlah aku kata. (bisik) Walaupun dari skrip. Aku sebenarnya cemburu...

Hali mengangkat keningnya pelik. Cemburu? Cemburu apa?

Gempa: Aku ada curi-curi dengar kau punya perbualan sama Taufan. Hmm...aku dapat tahu kau macam ada orang lain sebagai pengganti aku. Heh, rasa menyesal pun ada tapi...

Gempa menatap wajah Hali dengan pandangan sayu dan sedih.

Gempa: ...sekurangnya aku tak payah ganggu hidup kau kan?

Hali triggered seketika. Mendengar ungkapan Gempa sedikit sebanyak mengejutkan Hali. Apakah? Gempa terdengar perbualan mereka?! Jadi...mesti Gempa salah faham ni! Betullah apa yang diceritakan oleh Ais dan Harru.

Hali: Gempa. Aku...aku nak berkata jujur pada kau!

Hali menggenggam erat tangan Gempa.

Hali: Aku tidak suka sesiapa selain dari kau. Aku hanya suka kau sorang je. Percayalah!

Gempa pada awalnya terkejut. Namun dia tertawa kecil. Dia cuba untuk senyum walaupun dia tahu itu takkan berhasil.

Gempa: Aku tahu...kau berpura-pura kan? Jangan nak tipu lagi Halilintar. Aku-!

Belum sempat Gempa menghabiskan kalimatnya, bibirnya sudah disambar oleh bibir Hali. Mereka berkucupan beberapa saat sebelum Hali melepaskannya.

Hali: Tak. Aku tak tipu. Hanya kau seorang. Sini, aku tunjukkan bukti dan ceritakan hal yang sebenar.

Hali mengeluarkan fonnya lalu cuba dihidupkan. Eh, apsal tak nyala ni?

Hali: Eik? Dah kenapa ni?!

Gempa: Errr...fon kau rosak kot masa kalu lari-lari dalam hujan.

Hali: WUT?!! AKU BELI PAKAI DUIT AKU PINJAM DARI KAU KOT!! MACAM MANA BOLEH ROSAK?!

Gempa facepalm seketika lalu dia mengehela nafas pasrah.

Gempa: Dah kau beli yang harga beratus...bukan beribu. Memang cap ayam Blaze ah...

Hali: Alaa... 😢

Gempa tersenyum dan tertawa geli. Dia teringat akan sesuatu di dalam poket hoodienya lalu dimasukkan tangan dan dikeluarkan dari poket itu.

Gempa: Ni. Sebagai pengubat sedih kau.

Hali memandang huluran Gempa. Mata Hali terbelalak apabila dia melihat sepaket makanan manis kegemarannya diberikan kepada Gempa.

Hali: I-Ini...bukan ke..

Gempa: Ni kan...manisan yang kau suka sejak dulu lagi. Erm...macam cupcake.

Hali tertawa kecil. Dia mengambil manisan yang diberikan oleh Gempa dan menggenggam lembut di dadanya.

Hali: Gempa.

Gempa: Hm?

Hali: Aku suka kau...

Gempa: Eh... ////// (max blush)

Kedua Gempa dan Halilintar diam. Namun seketika mereka diganggu oleh gelak tawa kecil dari seseorang dari arah belakang Gempa.

K.Zie: Aha...akak dah faham kenapa jadi macam ni...

HaliGem: Zie?

K.Zie: Gempa, Hali. Akak dengar korang bergaduh sebab 1 salah faham kan?

Halilintar dan Gemp tidak bercakap banyak melainkan hanya mengganguk menjawab pertanyaan Kak Zie. Halilintar memberikan isyarat untuk Zie menerangkan perkara sebenar. Zie mengangguk faham.

K.Zie: Dah, jom akak terangkan sambil kita berjalan ke rumah.

Di sepanjang perjalanan, Gempa dan Halilintar berdiri bersebelahan dengan gugup. Manakala Zie berjalan di hadapan mereka. Dia menjeling Duo Married Couple itu dengan senyum.

K.Zie: Gempa, akak rasa kamu dah salah faham.

Gempa: Eh?

Hali: Err...sebenarnya...yang perempuan kau dengar aku cakap pada Taufan tu...Zie sebenarnya.

Gempa: OAO|| Say what?

Gempa terlopong seketika sebaik sahaja dia mendengar penjelasan daripada Hali. Jadi...

Hali: Yang nombor aku save THE ONE WHO TEACH ME ABOUT LOVE tulah Zie, Gempa.

Gempa: M-macam mana...maksud aku...boleh saja kan kau save pakai nombor biasa.

Zie: Hali kan ada penyakit lupa kronik dia. Kalau dalam contact dia memang mudah lupa kenapa dia save nombor orang-orang tertentu. Biasalah Gempa. Nombor Gempa pun lagi menarik dari akak punya.

Gempa: Tapi...kau tak boleh save nombor sampai macam tu Halilintar...kau tengok sendiri. Ramai yang sudah salah faham.

Hali: Aku tahu. Aku cuma...haih...cuba kau fikir, kalau aku save nombor Zie pakai nama dia. Dan aku selalu in contact dengan dia sekarang, mesti orang lain salah faham kata aku tengah mengorat isteri orang.

Gempa menggangguk sambil ber-oh ria. Oh, baru dia faham. Kemudian Gempa menyoal pula.

Gempa: Err...apa perbualan biasa kau dengan Zie?

Hali: Tak menarik pun...

Zie: Hali selalu cakap tak lebih 30 saat. Biasanya kebanyakkan dia hantar mesej. Dia selalu tanya tips untuk pikat hati seseorang yang dia suka. Sebab itulah kot dia save nombor akak macam tu.

Hali: Ha'a.

Gempa sekali lagi ber-oh. Haih...dia sudah salah faham. Sekarang hatinya sudah terubat dari sedih tapi ditimpa pula dengan salah faham. Ah, dia terlupa sesuatu!

Gempa: K-kejap...! Jadi yang Halilintar jumpa masa kat tepi taman tu...?

Hali&Zie: Tepi taman?

Hali cuba mengingat kembali kata-kata Gempa. Tepi taman? Hmmm...ah. Maksud Gempa tepi taman permainan yang ada selekoh kawasan perumahan itu ke.

Hali: Ouh, kat situ. Eh, kejap. Maca mana kau tahu kitorang ada kat situ.

Mereka bertiga berhenti serentak di pertengahan perjalanan. Hali dan Zie memandang Gempa dengan wajah terkejut dan penuh tanda tanya.

Gempa: Uhmm...a-aku...kan kau keluar. Aku baru lepas beli barang sikit. Tengok hari nak hujan aku teringat akan kau yang keluar tak bawa payung. Aku risau. J-jadi sebab itulah aku cuba cari kau dan akhirnya jumpa kau dekat situ...t-tapi...

TES!

Tiba-tiba setitik demi setitik air mata mengalir turun dari kelopak mata Gempa. Dia menunduk menyembunyikan tangisannya. Kedua tangannya menggenggam erat menahan geram.

Zie: Eh?! Gempa?! 😧

Gempa: A-aku terdengar perbualan korang...dan Halilintar...kau hina aku dari belakang.

Gempa menjeling ke arah Hali dengan geram. Iris emasnya yang berkaca air mata itu menatap iris ruby geram.

Hali yang terpandang 'pandangan maut' Gempa mula merasakan keringat dingin di belakang tengkuknya. Tapi mujur.mereka tidak berdua di situ.

K.Zie: Gempa sudah salah faham ni...

Gempa dan Halilintar serentak tersedar dari lamunan mereka masing-masing. Zie tertawa kecil sambil menerangkan perkara sebenar.

K.Zie: Part mana Gempa dengar sebenarnya?

Gempa: Err...part Halilintar kata dekat Zie yang Zie kena tolong dia.

K.Zie: Oh, yang tu. Ok meh akak terangkan.

Gempa memfokuskan dirinya mendengar penjelasan Zie manakala Hali hanya mengehelas nafas lega. Ah, selamat akhirnya. Gerun tengok wajah Gempa bila dia cemburu+marah.

K.Zie: Waktu tu Hali minta akak tolong dia dan akak ada tanya dia yang tentang keadaan Gempa kan?

Gempa menggangguk setuju.

K.Zie: Hmm...sebenarnya Hali minta akak tunjukkan cara macam mana married couple ni berhubung. Kan akak sudah kahwin, jadi Hali fikir mahu ke rumah akak setiap hari untuk belajar dan lihat sendiri macam mana real married couple ni bersama. Akak mestilah risaukan Gempa. Mesti Gempa akan pelik nanti kenapa Hali selalu keluar. Haih...Si Hali ni pula rileks je jawab pedulikannya.

Hali hanya tertawa terkekeh sambil menggaru tenguknya yang tidak gatal.

Gempa: Habistu yang kata Halilintar dah naik muak dengan aku?! (pandang Hali)

Hali: Eh?! T-tak!

Gempa: Tipu! Kau ingat aku tak dengar ke hah?!

Hali cuba mendekati Gempa. Nafas Gempa sudah tercungap-cungap mengatur pernafasan. Apabila marah, nafas Gempa akan tidak teratur dan Gempa akan mudah kelelahan apabila bercakap.

Hali: Bertenang Gempa. Dengar dulu. M-macam ni...aku kata aku dah naik muak dengan layanan kau sebab ianya selalu sama.

Gempa kembali menjeling geram ke arah Hali. Ni nak cari gaduh ke apa?

Hali: Err...jangan salah faham Lyubov. 😅 Maksud aku...apa-apa aku buat mesti kau akan bagi reaksi sama je.

Gempa: Iya? Contoh? 😑

Hali: Ingat tak...?

Hali mendongak ke atas melihat langit dan diikuti Gempa dan Kak Zie yang ikut serta mendongak. Persis flashback sesuatu.
.
.
.
FLASHBACK

Di waktu pagi, Hali baru selesai mandi di dalam biliknya dan sebaik sahaja dia turun dia ternampak Gempa sedang memasak sarapan untuknya dan yang lain.

Hali berjalan menghampiri Gempa lalu memeluk Gempa dari belakang di samping mencium leher Gempa lembut. Perbuatan itu mendapat kekekan tawa dari Gempa.

Gempa: Eish, gelilah. ////

Hali: Hn~ Gempa buat apa tu?

Gempa: Tengah masak lah.

Hali: Tak nak main ngan aku dulu ke?

Gempa: ...buat apa?

Hali: Alah saje? Jomlah~

Gempa menghela nafas. Dia menutup api dapur lalu membalikkan badannya menghadap Hali yang sedang berdiri di hadapannya. Gempa sempat berpeluk tubuh sebelum menolak pelawaan Hali.

Gempa: Halilintar, please. Aku tengah masak. Aku kena sediakan sarapan sebelum yang lain bangun.

Hali diam. Dia cuba menunjukkan wajah datar seperti biasa walaupun di dalam hatinya sudah koyak rabak.

Hali: Ouh...ok...

Dan perkara itu sering terjadi apabila Halilintar ingin bermanja dengan Gempa. Sehingga Hali terasa ingin putus asa.
.
.
.
END FLASHBACK

Hali: Sebab itulah...kau layan aku acuh tak acuh je.

Gempa diam sambil mengetap bibirnya. Jadi...segalanya bermula darinya? Ah...bersalahnya!

K.Zie: Jadi, Gempa dah tahu sebabnya?

Gempa manggangguk kecil sambil mendesah kecewa. Dia menundukkan kepalanya sebelum 1 soalan muncul di benak fikirannya.

Gempa: Err....jadi yang part kau kata kau suka...sesuatu tu...?

Hali: Ouh yang tu...aku cakap yang 'Aku tahu. Aku pun suka diri aku sendiri.'

Gempa terlopong mendengar penerangan Hali. Gila confident betul mamat ni! Pakai make up Cosmetic X 3000 Bagogo ke apa?! Iyalah, kan tag line dia Serlahkan kekonfindenan mu~.

K.Zie: Gempa tahu? Lepas Hali cakap macam tu terus akak blah. Alang-alang dah nak hujan kitorang pun pergi dari situ.

Gempa: Hmmh...jadi salah aku lah kan? Aku buat andaian melulu. 😔

Hali dan Kak Zie mula rasa bersalah melihat Gempa kecewa pada diri sendiri. Andai Gempa tanya saja Hali, pasti semua ini takkan berlanjutan lama.

Zie tidak tunggu lama, dia kemudian mengajak Gempa dan Halilintar untuk pulang dan mereka berdua hanya akur.

Di rumah, Hali dan Zie menerangkan perkara yang sebenar dan mendapat reaksi yang berbeza kebanyakkannya.

Taufan: HWAAAA~!! PAPA GOMEN!! TAUFAN TAK PATUT TUDUH PAPA!! 😭 (peluk Hali kuat)

Hali: EISH! RIMASLAH!!

Ais&Harru: Hmm...kitorang dah agak.

Ani: Apsal pula?

Harru: Melalui penilaian aku...Halilintar tak tunjuk sangat yang dia suka pada subjek kita ni. Sebab tu aku dan Ais serta Solar tenang saja dalam masalah ni tadi.

Thorn: Tapi...Mama ok ke?

Semua mata tertumpu pada tingkat atas. Ya, sebaik sahaja pulang, Gempa terus meminta diri untuk naik dan mengurungkan diri di dalam biliknya.

Blaze: Patut tak kita jenguk?

Taufan: Hmm..takpe. Biar aku-

Hali: Tak payah. Biar aku saja.

Belum sempat Taufan menawarkan diri, Hali sudah mendahuluinya. Jelas terpancar di iris ruby Hali bahawa dia sudah lama geram nak tendang Taufan yang tiada lesennya nak ambil Gempa darinya. 😂

Kini berpasang mata hanya tertumpu pada Hali yang sedang naik ke tingkat atas melalui tangga. Takkan ada lif kot? Kaya betul Tok Aba. 😂 K gurau je...

Taufan: Aku baru nak cakap yang biar aku cadangkan Hali pergi naik tolong jenguk.

Solar: Dia perasan kau nak rampas Gempa dari dia lah tu.

Taufan: Bukan niat aku pun. Lagipun aku tahu masa aku cakap sesuatu pada Gempa tadi Hali tengah intip kitorang.

Blaze: Hoho~ licik juga kau Taufan. 😁 (high 5)

Taufan: (high 5) Dah nama otp ship aku. Mestilah aku kena tolong. (smirk)
.
.
.
DI TINGKAT ATAS

DI BILIK GEMPA

Kelihatan Halilintar sedang berdiri di hadapan bilik Gempa. Dia berjalan masuk selepas mengetuk dan membuka pintu bilik isterinya- slapp! :v

Hali: Gem? Kau ok?

Gempa: Ok je.

Hali: Habis tu kenapa tak turun? Kesian Ani dan Zie kena masak.

Gempa: Diorang dah mesej aku kat telefon ni lah. Diorang kata biar diorang tolong masak. Bagi ruang dekat aku katanya...

Hali: Untuk?

Gempa: Entah. Fikirkan kesalahan aku kot?

Hali duduk di sebelah Gempa yang sedang duduk di atas katil. Suasana bilik itu sebenarnya gelap dan hanya diterangi cahaya lampu katil. Macam romantik pula suasana di situ.

Hali mendekatkan wajahnya pada Gempa. Manakala Gempa masih dengan posisi menunduknya. Jelas terpancar kekecewaan pada wajah pengendali elemen tanah itu.

Hali: Kau tak payah lah nak sedih sangat...aku tak kisah pun. Lagi pun...

Gempa menoleh memandang Hali apabila Hali menggantungkan ayatnya.

Hali: Lagi pun...aku masih mahal pa rin kita.

Gempa: 😐....Hah??

Hali: Pfftt...!! 😂 Bahasa Filipin lah...

Gempa: Ok...maksudnya...?

Hali berhenti ketawa. Wajah nya kembali serius dan semakin lama semakin mendekati wajah Gempa. Gempa apa lagi? Merah lah muka. Malu bhaii 😂

Hali: Maksudnya....aku masih cintakan kau. (smirk)

Gempa: Eee..hhh... //////

Hali: Hn, tak kisahlah kau nak brother-zone aku atau anggap aku tak wujud, aku akan setia meraih cinta kau. Walaupun hati sakit sikit...heheh..

Gempa mendengus kesal. Dalam hatinya meronta-ronta mahu memeluk Hali namun Gempa ada egonya sendiri. Walaupun wajah masih merah, dia cuba memberanikan diri bertanya.

Gempa: Halilintar...kau...ingat lagi ke janji kau yang kau kata pada aku?

Hali: Janji mana? Janji hutang tu? Err..aku tak ada duit lagilah... 😅

Gempa: Ish, bukanlah...janji kau...akan cuba buat aku jatuh cinta pada kau tu. ////

Hali diam seketika cuba mengingat. Walaupun dia ingat sebenarnya. Dia menjeling ke arah Gempa dan berpura-pura cuba mengingat. Gempa mengeluh kecewa. Mesti Hali tak ingat kan? Hali tersenyum melihat kekecewaan Gempa.

Hali: Haih...mestilah aku ingat. Setiap dialog aku masih ingat lah. Kenapa?

Gempa: Errr...ok ketepikan yang tu dulu. Aku nak tanya, betul ke kalau aku lempang muka kau pun kau masih tak takut pada aku?

Hali: Eh?! Siapa cakap camtu?! 0=0'

Gempa: Ingat aku pekak? Au dengar dengan jelas lagi nyata kot apa kau kata hari tu. 😑

Hali: Err...sorry Lyubov. Tak sengaja. Cuba nak yakinkan Zie je.. 😅 Sorry~

Gempa: Hoho~ kalau aku lempang muka kau baru aku maafkan. Boleh?

Gempa menjeling geram ke arah Hali. Tangannya sudah siap digilap untuk digunakan melempang lelaki tsun di depannya itu.

Hali yang melihat sudah berkeringat dingin. Matilah bapak oi~ 😨

Hali: Err...G-Gempa- kejap- 😨

Hali dengan perlahan-lahan berundur manakala Gempa mendekati Hali dengan jelingan maut yang bersinar.

GDuK!

Bunyi mereka berdua jatuh mencecah sunyi di dalam bilik tersebut. Kini mereka berdua sudah jatuh dan berada dalam keadaan posisi kiss- eh kejap. Kiss?!!

Hali: (shock) Mmhh...! G-Gempa...? (blush)

Gempa bangun dan melepaskan ciumannya dari Hali. Dia menatap wajah Hali dengan wajah maximum blush.

Gempa: Aishiteimasu, boku no otto . ///// (max blush)

(Author: Author kena guna perkataan 'boku' sebab...umm..pedulilah. Teruskan..=w=)

Hali diam memproses maksud bahasa Gempa. Namun kemudian apabila dia menangkap perkataan tersebut, wajahnya juga terikut merah.

Hali: K-kau...p-panggil aku...suamiku dalam bahasa...J-Jepun?! ////// (max blush)

Gempa diam namun menggangguk. Dia cuba memberanikan diri meluahkan kata-katanya.

Gempa: A-aku...tak dapat nak halang lagi....aku yakin...aku dah 100% jatuh cinta pada kau...//////

Hali diam seribu bahasa. Lidahnya kelu dan wajahnya merah. Di kepala dan hatinya sedang bermain dengan berbagai perasaan yang tak dapat...dia katakan!

Gempa: J-jangan diam je! ///// Reply lah balik! Bluetick saja tak cukup!! //////

Dengan wajah masih merah seperti tomato Gempa memukul dada bidang Hali dengan geram. Ish! Berani kau diam je masa aku tengah confess ni?!

Hali: A-A-Aduh! Aduh! Ah! Sakit...

Mendengar rintihan kesakitan Hali, Gempa terus bangun dengan terkejut dan memeriksa kawasan sakit Hali.

Gempa: Eh?! Sorry! K-kau ok ke?!

Hali: Pffttt..hng~ mudahnya kau tertipu kan~ (smirk)

Hali mendekatkan wajahnya pada wajah Gempa sambil smirk nakal. Gempa yang termakan tipu daya cilik Hali terus mengembung pipi geram. Cis! Terkena pula!

Hali bangun dari duduknya lalu mendekatkan badannya pada Gempa.

Gempa: Eh...! A-Apa kau cuba buat ni....?! /////// (shock)

Hali: Gempa~ apa kata kau~

Perlahan Hali mendekatkan wajahnya pada Gempa dan pada masa yang sama kedua belah tangan Hali memeluk pinggang Gempa. Mendekatkan lagi cinta mereka. //ceh kau ayat :v

Gempa: H-Halilintar- gyaAahhh!!

Dan akhirnya mereka berdua bersama menghumbankan diri di atas rajang katil milik Gempa.

Di dalam bilik Gempa kedengaran kekekan tawa dan rintihan sakit yang Hali terima dari Gempa manakala Gempa sudah membebel geram sambil mencubit Hali.
.
.
.
Yang lain yang berada di tingkat bawah terdengar sedikit sebanyak kekekan Hali dan jeritan Gempa yang mereka tahu dari dalam bilik Gempa.

Solar sempat menutup telinga Thorn tak nak kasi budak tu rosak.

Ani: Haha~ nampaknya setelah sekian lama akhirnya mereka berbaik juga! 😄

K.Zie: Lega rasanya kan?

Taufan: Dengar dari bunyi...rasanya....

Ais: Hmm...tak lama dah kita akan dapat adik.

Blaze: Uish! Tak sabarnya!! 😆

Harru: Apa yang korang merepek ni?!

Ani: Sabar jelah Harru. Yang penting...semuanya berakhir dengan tenang. Kan? 😆

Yang lain menggangguk setuju sambil tersenyum senang kecuali Harru yang masih tak faham dan pelik diikut serta Thorn dengan wajah polosnya tertanya akan keadaan yang sedang berlaku sekarang. Yalah, telinga kena tutup. Tak dengar apa-apa dan tengok-tengok je yang lain sedang tersenyum. Tak ke pelik?

END

==========
Ani: Hmm~ lega akhirnya berakhir dengan baik. 😆

K.Zie: Haha~ jadi readers dah tak perlu risau dah sambil tergigit-gigit semua benda. Jangan ada yang gigit buku sekolah sudah. X,D

Ani: Hmm..chapter ni panjang juga. 3400+ words lebih kot.

Hali: Alah, takpe. Janji semua puas hati kan? (tengok Gempa)

Gempa: (angguk setuju)

Ani: Eh, Mama tak mengandung ke?

Gempa: Nenek kau! Aku mana boleh! /////

K.Zie: Boleh je kalau kita cuba genderbend-

Gempa: Aaa takde takde takde!!

Hali,Ani&K.Zie: Alaa.... 😟

Ani: Chapter next masih sambungan! Tapi pendek je! Enjoy! ^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top