Fever (18)

Hali memasuki ruang bilik Gempa yang gelap tanpa cahaya lampu. Perlahan Hali berjalan menghampiri katil Gempa yang berada di hujung tengah biliknya. Setibanya di katil, Hali duduk di atas katil Gempa. Di sisinya terlihat Gempa masih tidur dan diselimut hampir kesemua anggota badannya. Hanya rambut di kepala yang keluar.

Hali: Gem? Kau dah bangun?

Gempa tidak memberi sebarang refleks. Dia masih kekal statik di atas katilnya. Ini menimbulkan tanda tanya kepada Hali. Kenapa ni? Tak pernah Gempa susah bangun bila bunyi suara sesiapa.

Hali: Gem? Gempa? Hey...bangun.

Perlahan Hali menggoncangkan badan Gempa dan tidak lama kemudin akhirnya Gempa memberi tindak balas.

Gempa pun perlahan bergerak menurunkan selimut yang menutup wajahnya. Di tatap wajah Hali yang dalam keadaan gelap itu.

Gempa: Emm...Halilintar...? Kenapa..?

Dengan keadaan mamai Gempa mencari-cari suis lampu katil lalu ditekan suis kepada ON. Maka menyala lah lampu tersebut dan menampakkan wajah duo married couple itu. :v //disepak ama Gem

Hali: Kau tak nak bangun lagi ke? Dah pukul 5.30 pagi dah ni...

Gempa: Emm...eh? Dah lewat ni! A-aku kena sediakan sarapan- achoom!!

Sontak Gempa bersin sebaik sahaja dia cuba bangun dan membuka selimut dari badannya. Hali yang mendengar bersin Gempa terus merasakan perasaan tidak sedap hati.

Hali: Eh, kenapa kau ni? Demam ke?

Gempa: Ng?? Tak lah...a..ku...A-A-ACHUM!!!

Hali: Haih...tak apa pula? Meh sini nak rasa suhu kat dahi tu.

Perlahan-lahan tangan Hali menghala ke arah dahi Gempa lalu disentuh lembut dahi Gempa itu. Dengan sekali sentuh saja Hali mula memberi reaksi terkejut dan risau.

Hali: Eh?! P-Panas nya dahi kau! Kau demam panas ke ni?!

Gempa: Ng....tak kot? Demam biasa lah ni kot...dah-dah. Aku nak masa~

Baru sahaja Gempa ingin bangun dari duduknya di atas katil, tiba-tiba dia terasa badannya berat semacan dan kepalanya berpusing pelik.

Hali dengan cepat menghalang Gempa dari jatuh ke lantai. Dia meletakkan Gempa duduk di atas katil sambil memegang bahu Gempa.

Hali: Kau demam ni...dah, biar aku minta tolong Taufan masakkan sarapan. Kau duduk sini. Aku nak pergi ambil pengukur suhu badan kejap.

Hali meninggalkan Gempa yang sedang duduk di atas katilnya. Gempa menghela nafas sedih.

Gempa: Haih...apsal kelmarin okay je..? Hmmhh...

Dan tanpa banyak bunyi, Gempa pun kembali baring di atas katilnya sambil menyelimutkan dirinya dengan selimut yang tebal dan memperlahankan suhu bilik yang disejukkan oleh kipas remote control.

Gempa: Hmm...baru je demam sikit, dah rindu dapur...
.
.
.
Taufan yang baru keluar dari biliknya ternampak Halilintar yang keluar dari bilik Gempa lalu menutup pintu.

Taufan: Hali! Kau buat apa dalam bilik Gempa? Eh, awal pagi macam ni pun korang nak bua- mmmpphh!! (tiba-tiba mulut ditutup oleh tangan Hali)

Hali: Jangan nak mengarut boleh tak? Otak kau ni aku rasa dah kena cuci balik kot. Dah teruk kuningnya aku rasa... 😑

Hali masih menutup mulut Taufan dengan tangannya kasar. Merapu tak habis-habis budak angin sorang ni. Nilah padahnya kalau kau baca banyak sangat benda-benda camtu dan pengaruh rakan sebaya.

Taufan akhirnya terlepas dari cengkaman Hali selepas puas meronta macam ikan mahu masuk air balik.

Taufan: Huff! Huff! Apa salahnya?? Mana tahu mulut Ais masin nanti? (rujuk chapter lepas)

Hali: Mengarut lah kau. Dah, aku tak nak layan kau sangat pagi-pagi ni...aku nak kau masak.

Taufan: Masak? Gempa mana? Bukan ke dia dalam bilik?

Hali: Mana kau tahu dia ada dalam bilik?

Taufan: Oh, jadi kiranya kalau dia takde dalam bilik pun kau akan masuk lah? Hoho~ kau buat apa Hali masa dia takde dalam bilik ni~?? (smirk) 😏

Sontak Hali terkejut. Ah, sudah...tak guna. Tertangkap pula!!

Hali: Err...hish! M-mana ada!? Bila masa aku masuk dalam bilik dia time dia takde?! Bukannya ada apa-apa pun dalam laci dia ke alamari dia..! ///////

Taufan: Eh, aku tak cakap pun almari dan laci dia. Heheee~ kau cari apa Hali~??? 😏

Hali semakin merona. Jantungnya mula berdegup kencang apabila dia tertangkap oleh Taufan. Hali hanya berdecih lalu berjalan meninggalkan Taufan.

Taufan: Hoho~ aku akan bagitau Gempa!

Hali: (stop) Bagitau lah kalau nak umur pendek (jeling)

Sengaja ditekankan perkataan pendek itu tadi tanda amaran Hali kepada Taufan. Taufan meneguk ludah takut lalu bersiul canggung melarikan diri turun ke tingkat bawah dan masuk ke ruang dapur.

Hali yang dengan muka masamnya menggeleng kepala kesal sambil memulas tombol pintu biliknya lalu masuk ke dalam biliknya.
.
.
.
DI BILIK GEMPA

Gempa: Cough!! Cough! Koff! Koff! Ughh...hachum!! Ha-choom! Ugh...haaa...

Gempa bangun dari tidurnya. Nampaknya dia tak dapat tidur dengan keadaan dia sekarang. Terasa haba di dalam badannya amat meruap-ruap panasnya seperti dia direbus oleh air yang panas. Sehingga berpeluh tubuh badannya. Kepala Gempa juga berpusing pening dan berat jika diangkat lama-lama. Pernafasan dia juga tidak teratur dan dia cepat meraup oksigen dari biasa.

Gempa: Hhaahh...aku kena mandi ni...dah berpeluh ni...

Dengan perlahan Gempa beralih ke sisi katil satu lagi dan cuba menggunakan hujung kepala katil untuk bangun lalu dia bersandar pada dinding biliknya untuk menuju ke bilik mandi yang sudah disediakan khas di dalam setiap bilik elemental tersebut.

Gempa: Hahh..hah...sakit pula kepala ni...

Klik! Kreakk~

Hali: Gempa, ni aku dah- eh?! Kau nak pergi mana ni?!

Sebaik sahaja Hali masuk ke dalam bilik Gempa terus dia mencari Gempa di atas katil, namun sebaik dia terlihat Gempa sedang berjalan lemah ke arah bilik mandi terus dia berlari mendapatkan Gempa.

Gempa: Aku...nak mandi...panas.

Hali: Haih...kot ya pun tunggulah aku datang dulu. Dah, meh aku tolong mandikan kau.

Gempa: ?!!! Eh?! T-tak payahlah!! //////

Hali: Apsal pula? 😧 ....?! 😶 Ohh..kau ingat aku nak buat sesuatu eh kat kau ekk...?? 😏

Gempa terkejut apabila Hali dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Wajah Gempa yang merah akibat demam kini semakin merah apabila dirinya tertangkap oleh Hali dengan mudah.

Gempa: Heish!! Takdelah! A-aku nak mandi sendiri! Aku boleh! K-kau tunggu kat katil aku je!! //////

Hali: Biarlah aku tolong....aku takkan sentuh apa-apa pun...

Gempa: Ha! Dengar apa yang kau cakap tu pun aku dah tahu! Dah, aku dah ada tenaga dah nak mandi ni. Shuh! Shuh!

Hali: Alaa.... 😢

Hali pun membiarkan sahaja Gempa masuk ke dalam bilik air. Alahai, melepas pula... 😢

Dan hari itu Gempa sangkakan yang element yang lain akan okay seperti yang diberitahu Hali namun seperti yang Gempa jangkakan...tiada yang dapat bertahan lama jika Gempa tiada bersama.

Semakin teruk jadinya demam Gempa sehingga dia terpaksa masuk wad sebab terlampau risau dan stress dalam demamnya. Habis badannya kena masuk air sebab kurang air dan darah nya naik.

===========

Ani: Ish ish ish...kesian Gempa... ^^'

K.Zie: Ha'a. Dah lah demam, lepastu last2 kena tahan wad. Haduih yang lain tak boleh pakailah... x,D

Ani: Oklah! Itu saja! Bye semua!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top