Family! (1)
Gempa: Taufan! Thorn! Blaze! Ni mee goreng yang korang nak dah siap!
Gempa memanggil TRIO Trouble Maker dari arah dapur sambil menghidangkan 3 pinggan mee goreng udang yang nampak menyelerakan sekali. Nyum!
Ketiga-tiga Trio Trouble Maker pun berebut berlari menuju ke dapur. Dari luar rumah dapat dengar bunyi tapak kaki diorang yang sedang berlari. Dah macam bunyi sekumpulan gajah marhaban yang tengah berlari dah bunyinya.
Blaze: Yayy!! Makan! (sorak)
Thorn: Hmm~!! Sedapnya bau! Pandai Mama masak!
Kata Thorn sambil duduk dan mencapai mee gorengnya.
Taufan: Terima kasih Mama!
Taufan tidak melepaskan peluang mengambil tempat duduk dan menjamah mee goreng yang masih berasap.
Trio Trouble Maker pun menjamah masakan Gempa dengan penuh selera. Gempa senang melihat kembarannya dapat makan dengan tenang. Kalau tak, mahu riuh 1 Pulau Rintis dengar perut diorang berbunyi. Kang tak pasal-pasal habis diserbu restoran makanan dan bakery terdekat sampai masuk berita TV 33 dan surat khabar yang tak seberapa khabar yang bertajuk, "Trio Trouble Maker Kebenaran serbu seluruh restoran dan bakery kerana tak dapat makan."
Gempa: Hm! Sama-sama! Eh! Kan aku dah pesan jangan panggil aku MAMA!! ///// Aku ni lelakilah!
Lelaki bertopi dino berwarna coklat-hitam yang dipakai secara terbalik yang sedang memarahi Trio Trouble Maker itu bernama Boboiboy Gempa atau lebih dikenali sebagai Gempa. Salah seorang kembar daripada 7 pecahan Boboiboy. Dialah ketua dan abang sulung (kembar pertama) yang paling bertanggungjawab di antara yang lain dan boleh diharap dalam segala hal. Namun tanpa kembarnya yang lain juga dia tak dapat siapkan tugasnya.
Gempalah watak utama yang dipegang sebagai MAMA sebab personalitinya yang bertanggungjawab dan sikapnya yang prihatin. Tetapi dia tidak suka dipanggil sedemikian kerana...okay cuba bayangkan readers (perempuan) dipanggil PAPA atau DADDY atau....ABANG? How you feel? X'D Lol.
Back to the story!
Taufan. Salah satu kembaran Boboiboy. Bertopi biru tua dan berjalur putih-kuning yang diserongkan ke kanan. Merupakan kembar ke-3. Sikapnya yang jenis happy-go-lucky dan matang sentiasa menenangkan Gempa. Di dalam kalangan Boboiboy yang lain, Taufan yang Gempa berharap dalam menjaga keselamatan adik kembar yang lain.
Boboiboy Blaze atau lebih dikenali sebagai Blaze. Memakai topi berwarna merah-oren yang sudunya dinaikkan menampakkan helaian rambut putihnya itu. Dia nampak sahaja macam Taufan tapi sifatnya lebih kepada baran dan tak suka buat perkara yang dia benci. Tak suka dipaksa dan dia suka bersaing dengan kawan-kawannya lebih-lebih lagi dalam hal berlawan. Seorang yang hyperactive dan suka bermain. Dia paling rapat dengan Taufan selain Thorn.
Thorn. Salah seorang pecahan Boboiboy yang ke-2 akhir. Bertopi hitam-hijau dan topinya diserongkan seperti Taufan tetapi dia punya serong ke kiri. Sifatnya yang innocent dan suka bertanya sudah menjadi SENJATA UTAMA-nya dalam mengenakan kembarannya yang lain. Dia tidak pernah serius dan sentiasa ambil mudah dalam segala perkara. Dia lebih kepada pelawak dan perawat. Selain bersama abangnya iaitu Taufan dan Blaze, Thorn lebih gemar berjalan-jalan dengan adik kembar bonsunya yang ke-7 (terakhir) ataupun BERBUAL dengan POKOKnya. =^='
Taufan: Alah...kau jangan marah Gempa. Macamlah kau tak biasa kitorang panggil kau Mama.
Blaze: Ha'a! Selain kitorang, Hali sorang je yang tak pernah panggil kau Mama. Ani dan Kak Zie pun selalu panggil kau Mama! Walhal Kak Zie tu jauh lagi tua dari kita!
Thorn: Cakap pasal Ani dan Kak Zie, mana diorang?
Taufan: Ha'a. Kelibat Harru pun takde ni.
Gempa: Jangan nak ubah topik! Haih...baiklah. Aku benarkan korang panggil aku Mama. Tapi dengan syarat, jangan panggil masa dekat tempat awam! Kat kedai Tok Aba pun jangan! Kalau panggil siap korang! (acu pisau kat hidung Thorn)
Trio.TM: Gulp! 0=0'
Gempa: Gurau je. ^^ Aku bukannya kejam sangat. Cuma jangan panggil depan orang ramai sudahlah. Dalam rumah atau kalangan kita je. Malulah aku nanti.
Thorn: Yay!! Mama yang terbaik!! XD Yiip! Yiip!
Blaze&Taufan: Horray!!!
Dalam mereka bersorak gembira, terlihat satu susuk tubuh datang dari arah ruang tamu lalu masuk ke dapur sambil memeluk bantal gebu gebas dengan erat.
Blaze: Ais! Baru bangun? 0w0
Ais: Eh, taklah. Baru balik dari Yoga ni. Tak nampak?
Blaze: Tanya jaa...QAQ
Taufan&Thorn: Pfftt...! (tahan gelak)
Boboiboy Ais atau lebih dikenali sebagai Ais. Cara pakai topi sama macam Blaze tetapi warna topi Ais lebih kepada biru-silver dan sudunya dijatuhkan hingga tertutup matanya. Kembar pecahan Boboiboy yang ke-5 selepas Blaze. Berbeza dengan Blaze, Ais lebih suka menyendiri dan pendiam. Hobinya...TLDM! Tidur, lepak dan makan! Ais seorang yang agak malas dan kalau boleh dia sering mengelakkan diri daripada bertarung. Hanya dia pecahan yang dapat mengawal tempo hal ini kerana sifatnya yang tenang itu. Sekiranya dia BOSAN tidur, dia akan turun dari bilik dan tolong Gempa apa yang patut.
Ais juga salah seorang kembar yang sentiasa Gempa harapkan tetapi tak setinggi Taufan sebab...macamlah korang tak kenal Ais kan? =w='
Gempa: Ais nak makan? Ni aku dah masak mee goreng.
Ais: Tak nak. Nak minum susu je. Lepastu tidur.
Sepatah-sepatah sahaja ayat dikelurkan Ais. Bunyi macam dingin tapi dia sebenarnya kurang bersosial dan dari sebab itu apa yang dia cakap (nak buat lawak pun) mesti terasa dingin sejuk. Mungkin lawak dia tak menjadi kot. Perlukan Blaze untuk hangatkan. Padanlah kembaran ni femes di kalangan peminat.
Usai meminum air susu dari peti sejuk dalam beberapa teguk, Ais pun meletakkan gelas ke dalam singki lalu terus berjalan menaiki tangga.
Gempa: Nanti makan malam aku panggil!
Ais: Hm...
Gempa sempat menjerit kepada Ais. Takut terlupa pula budak bertuah tu tentang makan malam. Pernah terjadi sekali waktu bulan puasa, semua orang sudah selesai berbuka puasa dan sedang seronok tengok cerita kartun Boboiboy Galaxy di tayangan tv (tengok cerita sendiri dohh...X"D) dan Ais tiba-tiba turun. Dia kemudian berjalan ke dapur tetapi buat seketika dia kembali semula dengan dahi berkerut.
Ais: Weyh, apsal tak hidang lagi? Kan dah nak berbuka?
Semua memandang Ais dengan muka pelik plus terkejut.
Blaze: Kitorang dah lama berbuka Ais!
Ais: Hah?! Bukan ke baru pukul 7?
Taufan: Pukul 7 apa?! Dah pukul 11 malam lah! ^^'
Ais: EEEeeEEHHhhHHHH?!!!!! (shock habis)
Semua orang kalut plus gelak sakan pada Ais. Diri sendiri jugak. Diorang memang betul-betul lupa tentang Ais! Macamlah korang tak kenal Boboiboy kan? Jenis pelupa dalam macam-macam hal. Sekarang baca? Kang dah sampai salah satu diri sendiri pun lupa. =^=' Innalillah budak ni...
Habis tu Ais tak makan ke? Gila tak makan? X"D Gempa terus masak maggi sup special untuk Ais sebagai tanda maaf. Yang lain pandang terliur pulak.
Thorn: Mama! Nak ugak! 0w0
Blaze&Taufan: Sini jugak! >w</
Dan akhirnya semua pecahan makan maggi sup special Gempa dengan ketawa sakan. Sejak dari hari itu asal nak makan je mesti diorang akan tulis nota dekat stickynote dan tampal pada setiap penjuru dinding dan meja serta kerusi. Kes tak nak lupa pasal Ais sorang habis semua kena. Sekali dengan Yaya, Ying, Gopal dan Fang pun kena tiap-tiap hari telefon sebab kena ingatkan pacahan Boboiboy tentang salah seorang polar bear diorang tu. Aduhai...Ais...
Back to the story!
Selepas Ais menaiki tangga, datang pula susuk tubuh yang lain iaitu salah seorang pecahan Boboiboy juga tetapi bertopi putih-kelabu. Cara pemakaian topinya sudu dihadap kedepan tetapi disengetkan sedikit ke kiri. Berbeza dengan yang lain hanya dia satu-satunya pecahan Boboiboy yang memakai cermin mata yang dinamakan SWAG. Lol...=^='
Thorn: SOLAR~!! >w</ Nak makan mee goreng tak? Sedap ni!
Boboiboy Solar. Atau lebih dikenali sebagai Solar. Pecahan Boboiboy yang terakhir. Perwatakkannya pintar dan agak pendiam. Selain Gempa, dia juga pecahan yang terpintar dalam kalangan yang lain. Solar ialah SENJATA TERKUAT selepas abang kembarnya yang ke-2. Solar rapat dengan Thorn namun dia berbeza dengan Thorn. Dia lebih gemar membaca dan duduk dirumah sahaja. Kadang-kadang dia berSELFIE dan post dekat SpaceGram (SG) untuk kongsi gambar dengan peminat. Hensem kot dia. Tapi tak setanding pilihan hati peminat pada Boboiboy yang lain~ =w=
Solar: Boleh juga. Aku pun tengah lapar ni.
Gempa pun mencedokkan mee dari kuali ke dalam pinggan lalu dicapainya sudu dan garfu. Dia memberikan pinggan berisi mee tersebut kepada Solar. Solar mengambilnya lalu duduk disamping Thorn.
Blaze: Lepasni nak main apa pulak?
Taufan: Aku fikir nak pergi rumah Gopal lepasni! Main PapaZola Galactic Space 7!!
Thorn: WOAHH!!! BESTNYA! Aku ikut ekk?!
Taufan: Mesti! Lepas habis main kita main bola sepak pulak!
Blaze: Yeah!! Setuju!! Ajak Fang sekali lah!
Solar: Kang korang ajak Fang dari main bola sepak ke bola keranjang pulak. =^='
Solar menjampuk. Betul juga dia cakap. Fang mana reti main bola sepak. Setakat jado penjaga gol bolehlah! Waktu dulu pun dia tak tahu yang bola itu bulat! Kalau tak, taklah dibacanya Fang tentang buku yang bertajuk Bola Itu Bulat semata-mata nak lawan Boboiboy punya pasal! (Tengok Boboiboy Season 2 episod 4 untuk keterangan lanjut!)
Blaze: Err...alah. Kita suruh dia jadi penjaga gol sudahlah! ^^"
Taufan: Hmm...bolehlah! Eh tapi...baru 5 orang! Kita kena cari sorang lagi baru cukup 2 team! 1 team ada 3 orang! Amacam? Ada cadangan siapa-siapa?
Thorn: Kalau kita ajak Yaya atau Ying?
Blaze: Ish! Tak nak ah! Karang kena marah dan at the end kena study. =3=
Thorn: Papa Zola? Mama Zila? Uncle Kumar? Mak Yaya? Mak Ying? Nenek Ying? Ha! Tok Aba!
Gempa: Woi! Karang tak pasal-pasal habis semua retak tulang belakang! Macam lah korang tak ingat masa Tok Aba join main bola sepak masa lawan dengan Fang dulu!
Taufan: Hmm...betul jugak. Ochobot?
Solar: Kau rasa dia ada kaki ke nak main? Kang tak pasal-pasal bukan bola yang disepak, last-last dia pulak yang kena. Tak cukup kita 7 orang sekali dengan Ochobot jadi pelupa.
Blaze: Hahahah! Masa season 1 dulu tu kan? X"D
Taufan: Ha'a lah! Ingat lagi! X'D
Thorn: Hmm..habis tu nak ajak siapa?
Trio tersebut terus memandang Gempa. Gempa menggeleng menidakkan.
Gempa: Ish! Tak nak ah aku! Aku ada banyak kerja nak kena buat ni!
Trio.TM: Alaahhh...
Kemudian, diorang pandang Solar serentak. Solar yang baru suap mee goreng tersentap bila dirinya dipandang oleh Trio yang sedang mata mereka bersinar kalah sinaran Tembakan Solar. Solar pula menghirup a.k.a menghabiskan mee terakhir di dalam mulutnya. Ditelan mee tersebut dengan keadaan berdebar. Jangan cakap pilih aku kot?
Thorn: Solar~ Jom lah join~ Solar join kan kalau Thorn minta~?? 0w0
Thorn menggunakan SENJATA TERHEBATnya dan suppp!! Terus Solar terjerat dalam perangkap Thorn. Aduhai...ditambahkan lagi dengan Taufan dan Blaze yang memaparkan senyuman mengharap. Sabar jelah...
Solar: Yelah....OMO; Gempa, aku tinggalkan ek pinggan ni.
Gempa: No hal. Berseronoklah korang. ^^
Blaze dan Taufan pun terus memecut keluar dari rumah. Diikuti Thorn dan Solar dari belakang. Tak boleh lari laju-laju! Nanti tak pasal-pasal muntah balik mee tadi!
HaliGem Detected!
Sebaik sahaja semua sudah pergi, Gempa pun mengumpul pinggan dan membawanya ke singki. Dalam keadaan sedang mencuci pinggan, Gempa tidak sedar yang salah seorang pecahan Boboiboy masuk ke dapur.
Pecahan yang mempunyai reaksi dingin dan iris rubynya gerun dilihat. Cara pemakaian topinya seperti Blaze dan Ais tapi dia hanya memakai secara normal. Topinya berwarna hitam dan bercorak petir berwarna merah. Dia berjalan mendekati Gempa, dan tanpa Gempa ketahui dia terus menepuk belakang Gempa tanpa sebarang bunyi.
Gempa: OPOCOT TOK ABA HENSEM!! (terkejut)
Hali: Pfft....bahahahaha!! (ketawa) Tok Aba kau kata hensem?!
Gempa: Heish! Aku melatahlah tadi! Kau ni dah kenapa masuk dapur senyap-senyap! Kalau aku anggap kau pencuri macam mana? Karang tak pasal-pasal aku keluarkan golem tanah!
Hali: Alah...jangan marah. Lagipun betul apa aku ni pencuri?
Gempa: Hah? Kau curi apa? Diary Taufan?
Hali: Tak. Sejak bila Taufan ada diary?
Gempa: Kau mana tahu. Habistu? Kau curi apa?
Hali: Ku curi hatimu~ (wink)
Gempa: =-= Woi Halilintar.
Hali: Yes? :v
Gempa: Pernah tak kau terfikir diri kau kena timbus dalam tanah sebelum ajal menjemput?
Hali: Err...tak? Alah, rilek lah. Aku main-main je. Buku ni kata ship kita 2 kan?
Gempa: Yalah, tapi kalau kau terus jadi Ooc macam ni mana aku nak tahan?
Hali: Eik? Apa yang kau nak tahankan?
Gempa: Tahan diriku dari jatuh cinta padamu~ (senyum)
Hali: Omaigrape! Bidadari Syurga! O_o
Gempa: Woy! Aku lelakilah! Dah-dah! Pergi sana! Aku nak cuci pinggan ni!
Hali: Kau tak nak ke tawar mee goreng dekat aku macam kau tawarkan pada yang lain?
Gempa: Kau dah besarkan? Pandai-pandailah ambil! Mengada pulak.
Hali: Hmm..yelah.
Hali pun mengambil pinggan dan mencedok mee goreng ke dalam pinggan. Dia mengambil sudu lalu membawa sepinggan mee goreng ke meja lalu duduk makan.
Boboiboy Halilintar. Atau dipanggil Halilintar atau lebih mesra Hali. Kembar pecahan Boboiboy yang ke-2 selepas Gempa dan sebelum Taufan. Dia seorang yang dingin dan tak banyak cakap. Cepat baran dan pemarah. Agak cerewet orangnya. Dialah pesaing hebat antara Blaze dan Solar kerana mereka bertiga merupakan COMBAT yang paling hebat di kalangan pecahan yang lain. Mereka juga turut dikenali sebagai TRIO HOTTIE kerana perwatakan diorang dan style diorang yang berbeza dengan orang lain.
Hali kadang-kadang ikut mood juga dalam beberapa perkara. Memandangkan dalam cerita ini dia dijadikan OOC jadi dia lebih kepada melawak. Dia kadang-kadang suka ganggu Gempa dan menyakat Gempa sampai muka Gempa memerah. Aduhai...sweetnya!
Hali dengan yang lain dia dingin dan pendiam. Kadang-kadang sahaja bercakap itupun jika perlu. Dan dia sentiasa frust dengan Trio Trouble Maker. Apsallah dalam banyak-banyak pecahan dia juga yang selalu kena? Tapi sekali beri jelingan maut, Trio tersebut akan berhenti. Alah...macam anak takutkan ayah diorang macam tulah.
Tapi Hali berbeza pula bila bersama Gempa. Dia sentiasa kenakan Gempa dan akan sakat Gempa jika ada peluang. Dan memandangkan dia sudah jadi OOC, author ulang HALILINTAR MENJADI OOC jadi dia akan menjadi sweet-talker KHAS untuk Gempa seorang.
=====
Harru: Korang ada pernah ugut Hali ke hah?
Ani&Kak Zie: Mana ada~ ;)
Hali: Aku insan yang tidak berdosa...T^T
=====
Back to the story!
Usai habis makan, Hali melihat gelagat Gempa yang sedang kalut mencuci beberapa pinggan mangkuk yang kotor yang ditinggalkannya sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, Gempa cuci pula singki sampai berkilat. Macam mak Ani dah Gempa ni! OwO'
Hali terfikir sesuatu yang nakal lalu dia terus bangun dan berjalan menghampiri Gempa dengan perlahan sambil smirk.
TEEN DETECTED! MATURE READERS ONLY!
Hali merangkul keliling pinggang Gempa dengan kedua belah tangannya. Gempa terkejut atas tindakan Hali yang tiba-tiba. Gempa cuba untuk lepaskan diri namun Hali kuat memeluknya dari belakang. Muka Gempa pada waktu itu sudah merah seperti buah tembikai. :v
Gempa: H-Halilintar?! Ap-apa yang k-kau b-buat ni?! ///// (max blush)
Hali: Hn? Takde apa. Aku nak cuci pinggan je. Kenapa? Tak boleh? (smirk)
Gempa: I-iee...(bukan) Ak-aku sedikit kurang selesa.
Hali: Jadi izinkan aku buat kau selesa. Boleh?
Gempa: .....///// S-sudah! Cuci pinggan kau! Aku nak keluar! (meronta untuk keluar)
Hali: Nak pergi mana? (smirk) Aku tengah cuci pinggan lah ni. Tak nampak? (cuci pinggan di antara pinggang Gempa)
Wajah Gempa kian merona. Hali ni memang tak reti tengok keadaan kan? Gempa hanya menghela nafas penat. Aduhh...pelik-pelik pula OOC yang dibuat oleh Ani dan Kak Zie ni.
Gempa: Baiklah...bagitau. Kau nak apa sebenarnya?
Hali: Hmmm...nak kiss? (smirk)
Sebaik sahaja Hali menyatakan a.k.a menjawab soalan Gempa dengan ekstra smirknya, Gempa terus bertambah merah. Rasa menyesal pun ada sebab tanya. Hadap jelah Gempa.
Gempa: Haih...yelah...
Hali: Eh? Apa-?
Cupp!
Belum sempat Hali memahami maksud Gempa, bibirnya bertembung dengan Gempa. Dah lah muka dekat. Memeluk insan yang menciumnya. Aduh!! Naik diabetes macamni!! ><'
Namun ciuman itu seketika sahaja. Gempa kembali memusingkan kepalanya dan ambil pinggan dari tangan Hali dan mencucinya. Hali pula sudah diam terpaku dengan wajah merah menyala. Kan bagus kalau boleh ulang tayang? =^='
Selesai sahaja mencuci, Gempa pun meletakkan pinggan ke tempat tinggal(?) pinggan dan berjaya melepaskan diri daripada pelukan Hali.
END MATURE CONTENT!
Sebaik Gempa keluar dari zone peluk(?) Gempa tersentap melihat elemen yang lain plus Fang mengintai di sebalik dinding dari belakang. Mereka dengan reaksi "Teruskan. Abaikan kami." membuatkan Gempa pula yang merona kemerahan. Namun dalam malu Gempa terpaksa menahan malu sekejap dengan cara...
Gempa: K-KORANG SEMUA?!! B-BUAT APA TENGOK KAMI HAH?!! //////// (mengamuk)
Hali yang kaku tadi terkejut dengan jeritan Gempa dan terus berpaling dan mendapati Gempa sedang kejar elemen yang lain termasuk Fang sehingga keluar dari rumah.
Hari-hari mereka merpati sejoli bagai pinang dibelah 2 dan bagai cincin dan permata lalui dengan perasaan yang hangat dan menggembirakan. Walaupun banyak chaos yang terjadi namun dapat mereka atasi dengan tenang sambil bergelak tawa.
Inilah keluarga. Keluarga yang bahagia yang setiap insan perolehi dengan cara yang berbeza namun masih ramai tidak sedari. Bukalah mata di depanmu. Kerana keluarga yang bahagia ialah keluarga yang dapat menerima kekurangan setiap ahli mereka.
End!
==========
p/s: Jadi tak ayat? X"D
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top