Did You Guys Fight or Something? (56)

(Sambungan kisah Married Couple punya. Anggap sahaja yang ini sebelum chapter 'What Happen Next? (14) tu.)

Di pagi hari di rumah elemental. Kelihatan Gempa sedang mengacau makanan yang terisi di dalam kuali. Dia mencedokkan makanan tersebut ke dalam pinggan lalu meletakkan pinggan tersebut di atas meja.

Gempa: Hhuuh...siap. Nasib baik hari ini aku bangun awal.

Gempa mengelap peluh keringatnya yang mengalir di dahinya. Semuanya kerana dia memasak tadi. Memasak juga cukup melelahkan ya?

Solar berjalan menuruni tangga. Dia dapat menghidu bau aroma masakan yang enak dari dalam dapur. Dia menjenguk. Kelihatan Gempa sedang memasak sesuatu. Solar berjalan masuk ke ruang dapur dan menegur Gempa.

Solar: Gem? Kau masak apa?

Gempa: ....udang goreng.

Solar: Ouh. Umm...dah siap?

Gempa: Sikit lagi. Kau tolong panggilkan yang lain, ya?

Gempa menoleh memandang Solar. Solar membalas pandangan Gempa sambil tersenyum dan mengangguk. Pada waktu itu dia tidak perasan lagi akan perubahan pada Gempa.

Namun sebaik sahaja tiba waktu makan.

Trio: Yaaayy!! Makan!!

Gempa tersenyum lalu duduk di atas kerusi. Dia menikmati makanan yang terhidang di atas meja bersama 5 kembarnya. Dan jika dihitung bersama...hanya ada 6 di sana.

Thorn yang perasan akan kehilangan Hali terus memandang Gempa pelik. Gempa tak panggil ke? Bukan ke dia sering memastikan terlebih dahulu semua ada baru mula makan?

Thorn: Mama? Mana Papa?

Gempa: Aa? Uuhh...t-tak tahu.

Solar memandang Gempa dalam diam. Entah kenapa melalui reaksi Gempa tadi seperti bukan reaksi yang selalunya dilihat. Reaksi itu...seperti mahu larikan diri dari menyentuh topik 'Hali'.

Dan tidak lama kemudian, Hali berjalan turun melalui tangga dan melepasi ruang dapur. Blaze yang perasan akan kehadiran Hali terus memanggilnya.

Blaze: Papa? Tak nak makan ke?

Hali: ...tak.

Taufan: Tak pernah kau tak join kitorang makan.

Hali: Suka hatilah.

Suasana hening seketika. Hali memandang mereka ber-6. Dia sempat memandang Gempa yang hanya makan sahaja makanan yang tersedia. Tidak seperti yang lain yang sedang memandang Hali, Gempa malah seperti menganggap Hali tidak wujud di situ.

Hali mendengus kesal. Hatinya terasa sakit dan panas. Dia mengalihkan pandangannya lalu berjalan keluar dari rumah. Entah apa yang difikirkannya tak tahulah.

Klik!

Bunyi pintu tertutup memecahkan suasana sunyi. Yang.lain mula fokus kembali kepada makanan mereka. Tidak perasan pun bahawa ada sesuatu yang pelik di sekitar situ. Gempa tidak tanya pun ke mana Hali mahu pergi. Malah mengajaknya? Memang nampak macam mustahil sangat.

Blaze: Peliklah. Biasanya dia join saja kita makan, kan?

Taufan: Entahnya. Mood tak baiklah tu.

Solar: Atau ada sesiapa bergaduh dengan dia?

Solar menjeling kearah Gempa. Gempa berhenti kaku dari menyuap makanan di dalam mulutnya. Di situ Solar perasan, benarlah tanggapannya. Ada sesuatu yang berlaku antara Hali dan Gempa.

Gempa meletakkan sudu yang digunakannya di atas pinggan.

Gempa: Uuhh...a-aku minta izin untuk naik dulu.

Taufan: Oh, ok!

Gempa bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dari ruang dapur. Dia menaiki tingkat atas dan terus memasuki biliknya setelah itu dikunci dari dalam.

.
.
.

Gempa membenamkan wajahnya pada batal miliknya. Dia mengingat kembali akan dirinya yang tidak memandang Hali tadi.

"Aduh... aku sudah melampau ni.."

Gempa memejamkan matanya perit. Sakitnya hati apabila dirinya mengabaikan Hali tadi.

Dan dengan perlahan Gempa bermonolog sendirian di dalam bilik.

Gempa: Halilintar dah banyak buat baik dekat aku. Takkan sebab peristiwa beberapa bulan lepas dah buat aku benci dia..?

Gempa duduk dari baringnya. Dia merenung dirinya.

Gempa: Rantai tu... agak-agak Halilintar simpan tak?

Gempa berdiam diri sebelum dia menghela nafas kecewa. Dia membaringkan dirinya kembali di atas katil. Hari ini dia tiada selera untuk makan atau buat apa pun. Dia mahu tenangkan fikirannya sahaja.

.

.

.

Kilauan cahaya yang bersinar pada sebentuk cincin itu bersinar terang kerana pantulan cahaya bulan. Warna cincin yang asalnya warna emas keemasan dan mempunyai garisan merah berkilat di tengahnya menjadi warna kelabu hitam kerana suasana malam hari.

Warna kelam itu sama sahaja seperti warna hati yang memegangnya - Halilintar.

Hali merenung cincin itu lama. Dia melihat di dalam cincin itu. Ada sesuatu tertulis di dalamnya. Iris rubynya merenung cincin tersebut lama.

Hali: Patut aku buang cincin ni...?

Hali sandarkan dirinya di pagar yang berada di sisi jambatan kecil yang dia sedang berada sekarang. Di bawah jambatan itu, terdapat aliran sungai kecil yang sedang mengalir. Dan terdapat juga pantulan Hali di sana besertakan cahaya bulan di atas Hali.

"Jam berapa dah sekarang?"

Hali mengeluarkan telefon dari saku seluarnya. Dia melihat waktu yang tertera pada layar telefon tersebut.

"Pukul 11 malam, huh?"

Hali menghela nafas. Dia menyimpan kembali telefonnya lalu mendongak ke langit. Melihat jutaan taburan bintang yang berkelipan di sekitar bandar yang tidak dihiasi terlalu banyak lampu rumah dan jalan raya. Membuatkan sinaran bintang dapat dilihat dengan begitu indah sekali di sore hari.

Seketika Hali tersenyum. Kerana teringatkan beberapa memori yang tiba-tiba bermain di dalam kepalanya.

●˚●˚●˚●

Gempa: Kenapa kau bawa aku ke sini?

Hali hanya berdiam diri sambil menatap wajah Gempa yang diterangi malam purnama di malam itu. Sungguh indah sekali. Ditambah pula iris gold Gempa yang bersinar terang.

Hali: Kau kelihatan manis sekali malam ini Gempa.

Gempa: Eh..? ////// (blush)

●˚●˚●˚●

Gempa mengheret Hali menuju ke lorong belakang sekolah yang tidak terlalu ramai pelajar. Setelah mereka tiba di kawasan yang cukup sunyi, Gempa melepaskan pegangannya lalu menatap Hali sambil berpeluk tubuh. Wajah Gempa kelihatan marah sekali.

Namun masih tetap comel.

Gempa: Halilintar.

Hali: Tsk, apa?

Gempa: Kau tahu kan tingkah laku kau itu akan mencemarkan nama baik sekolah?

Hali: Huh, peduli apa aku. Tak payah nak kecoh sangatlah setakat aku bergaduh saja!

Gempa: Kau kena faham Halilintar! Sebagai seorang pelajar kau memainkan peranan yang penting di dalam kawasan sekolah! Aku dan semua tahulah yang kau tu jaguh seni mempertahankan diri! Masuk karate, taekwondo, silat dan lain-lain lagi! Tapi janganlah gunakan kelebihan yang ada untuk mencari kelemahan orang lain!

Hali: Oi, peduli apa aku?! Suka hatilah! Kau tu cuma ketua pelajar saja! Kau tak layaklah nak nasihat dekat aku!

Gempa: Aku sedar diri aku ni siapa, tapi aku ada hak dan kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada kau! Aku tak kisah kau nak cemarkan nama baik aku sebagai ketua pelajar, tetapi selagi aku masih ada kuasa untuk buat kau tunduk, aku akan lakukan.

Hali: Heh, kau berani ke? (smirk)

Gempa: Kau jangan cabar aku.

●˚●˚●˚●

Fang: Selamat hari lahir, Gempa.

Gempa: Terima kasih, Fang! Dan uhh... Yaya, Fang. Aku... aku nak cakap sesuatu dekat korang ni.

Yaya: Hm? Kenapa ni Gempa?

Gempa terus menarik kedua tangan Yaya dan Fang sehingga mereka berada dalam jarak yang jauh dari yang lain. Dan sebaik sahaja jarak mereka berjauhan, Gempa terus menundukkan kepalanya dan membongkokkan badannya 90˚ di hadapan Yaya dan Fang.

Gempa: Maafkan aku! Maafkan aku sebab aku dah hilangkan hadiah yang korang bagi!

Yaya/Fang: Eh?

Gempa kembali berdiri namun masih menunduk. Dari riak wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sungguh kecewa. Air mata kembali bertakung di kelopak matanya. Gempa mengepal tangannya kuat.

Gempa: A-aku... aku tak sengaja dah hilangkan hadiah yang korang berdua bagi. Aku.. tsk- aku betul-betul tak sengaja... isk.. maafkan aku... sniff...

Fang/Yaya: ....

●˚●˚●˚●

PANG!!!
Bruk!

Gempa jatuh tersungkur sebaik sahaja menerima tamparan keras oleh Hali. Darah mengalir keluar dari mulut Gempa kerana kecederaan daripada tamparan tadi. Isakkan tangisan Gempa semakin kuat kedengaran kerana tamparan hangat itu amat pedih baginya. Namun bukan merasa kasihan, Hali seolah mahu menambahkan lagi tamparan itu biar wajah Gempa bengkak.

Hali: Apsal kau jatuh?! BANGUNLAH!!

Gempa: Isk..hikss...H-Halilintar..isk... maafkan aku. Isk.. a-aku betul-betul tak tahu..!!

Hali menarik kolar baju Gempa membuatkan Gempa berdiri secara terpaksa. Hali memandang wajah Gempa dengan penuh aura kemarahan. Seolah mahu mencengkik Gempa Hali memegang kolar baju Gempa.

Gempa: Koff! Koff! Hk-Khalilintar-!!

Hali: Kau tak payahlah nak tunjuk kesian dekat aku! Aku tak nak hadaplah! Hoi, kau dengar sini.

Hali menarik rantai yang ada di leher Gempa. Dan dengan dengusan Hali menujukkan rantai itu di depan wajah Gempa.

Hali: Kau nak ke hah rantai ni?! NAK?!!

Gempa: Isk..b-bagi balik rantai tu!!

Gempa cuba mencapai rantai itu dari genggaman Hali namun belum sempat Hali sudah menolak Gempa kuat sehingga Gempa terjatuh buat kali ke-2.

Bruk!

Gempa: Aduh! Isk.. Halilintar! Aku betul-betul tak tahu!! Maafkan aku! Tolonglah maafkan aku!!

Hali membongkok di depan Gempa. Dengan sengaja dan penuh kemarahan Hali menolak-nolak kepala Gempa dj dahinya berkali-kali sambil melepaskan kemarahan yang terbuku di hati.

Hali: Kau mintak maaf saja tak cukuplah! Apsal kau bodoh sangat hah?! Mintak maaf dan nangis sampai keluar air mata darah pun aku tak heranlah!!

Gempa: Halilintar.. hiks.. tolonglah. Maafkan aku.. isk..

Hali: PERGI MATILAH DENGAN MAAF KAU TU!!!

Hali sempat menolak Gempa dengan kuat sekali lagi sehingga Gempa dari jatuh terduduk bertukar terbaring lemah. Hali berdiri sambil mendengus.

Gempa: Hiks.. hiks... Halilintar! Bagi balik rantai aku!!

Hali: Mimpilah kalau kau nak dapatkan rantai ni!! Kau ingat ya, kalau kau dapat balik rantai ni suatu hari nanti, tak bermakna kau masih ada peluang! KAU FAHAM?! KAU NANGIS SAMPAI KELUAR AIR MATA DARAH PUN AKU TAK KISAHLAH!! DARI KAU NANGIS MACAM ORANG GILA DEKAT SINI, BAIK KAU PERGI MATI JE!! KAU FAHAM TAK?!! MATI JE TERUS!!!

Dengan amarah yang berbaki Hali terus memusingkan badannya lalu melangkah keluar dari rumah seletah menutup pintu rapat. Gempa yang melihat pemergian Hali terus bangkit dan ingin mengejar Hali sebelum sesuatu tak dijangkan berlaku.

Gempa: H-Halilintar- tunggu!!

Kzzzt!!

Gempa: ARGH-!!!

Gempa terjatuh lemah sebaik sahaja dia merasakan sengatan elektrik yang kuat yang barusan sahaja menyentuhnya. Tanpa disangka, Hali meletakkan pedang petirnya yang mempunyai cas elektrik pada pintu membuatkan Gempa terkena renjatan elektrik dan kini sudah terduduk lemah akibat renjatan kuat tadi.

Gempa terus mengeluarkan isakkan tangisannya yang dia laluinya seorang diri tanpa ada sesiapa pun yang berada di sisinya ketika itu. Gempa menggenggam hatinya kuat sambil meraung di dalam tangisannya.

Gempa: Hiks.. Halilintar.. isk.. tolonglah. Isk.. bagi balik rantai yang kau berikan kepada aku... tolonglah... isk.. Hwaaaaaa!! Aku benci kau Halilintar!!!!!

●˚●˚●˚●

Bagaikan putaran masa yang kini kembali ke waktu asal, di bilik Gempa. Di dalam suasana yang gelap itu kelihatan dan kedengaran Gempa sedang menangis dalam isakkannya. Habis basah segala bantal yang ditekap mukanya di situ.

Gempa: Isk.. isk.. kau yang.. hiks.. sepatutnya mati! Aku benci kau Halilintar. Aku benci!!! PERGI MATILAH HALILINTAR!!!

.

.

.

Kini iris ruby itu sudah tidak mampu lagi menahan tampungan air mata yang bertakung di kelopak matanya. Terus dibiarkan air mata itu mengalir tanpa henti.

Hali mengetap giginya sambil menggenggam rantai yang selama ini menjadi saksi pergaduhan mereka berdua. Hali menangis sambil berulang kali mengucapkan kata-kata yang sama.

Hali: Isk.. Gempa. Tolonglah... maafkan aku. Maafkan aku Gempa...

Hali menutup wajahnya untuk menahankan diri daripada meraung. Namun itu tidak berhasil. Lalu Hali menjerit sekuat hatinya.

Hali: MAAFKAN AKU GEMPAAAAA!!!!

Tanpa menghiraukan segala akibat daripada jeritannya, Hali terus menangis sehingga dia kelelahan dan kembali pulang ke rumah untuk berehat.








============
Ani: Panjang ayat dia pendek tapi entah kenapa rasa macam jalan ceritanya kali ini panjang. ;;w;;

Zie: Isk.. kenapa Hali sanggup bertindak kejam buat macam tu pada Gempa... QAQ

Ani: Hmm... apa boleh buat kak? ;;w;; Akhirnya keduanya mengalami penyesalan yang tidak berkesudahan.

Zie: Semoga lebih banyak penerangan akan kita bersama perolehi di chapter akan datang. ;;A;;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top