Dare 7! Bye ThundQuake~!! (39)
Ani: Ok! Seperti yang kita rancang. Korang ada bongkarkan dekat diorang berdua tak?!
Blaze: Errr...
Taufan: Takde...
Solar: Kot...?
Harru: Iya?
B.T.S: (angguk canggung)
Ani: Hmm...meragukan...
Harru: Thorn, diorang ber-3 ada bagitahu Hali dan Gempa apa-apa tak?
Thorn: Oh? Kelmarin Solar nyaris beritahu. Lepastu Taufan dan Blaze pergi main teka-teki dengan Papa dan nyaris Papa tahu. Itu pun lepas Ais datang bekukan diorang berdua. ^^
Ani dan Harru berikan death glare kepada trio B.T.S tersebut.
Ani: TAK BOLEH HARAP!
B.T.S: Erk?! T-Tapi kami pastikan diorang tak tahu!! ><'
Harru: Haih...ok dah. Kita kena cepat ni. Zie senpai dah tunggu dah tu.
Ani: Ok! Seperti rancangan readers~ mweheheheh~
.
.
.
Semasa sedang mengangkat barang masuk ke kereta, Thorn berjalan mendekati Solar.
Thorn: Solar, apa maksud Ani dengan rancangan readers tadi?
Solar: ...kau tak tahu ke?
Thorn menggeleng kepala dengan wajah 0w0 nya.
Solar: Haih..ni tengok.
Solar: Kebetulan Alyaalyaaaaaa dewiusjena dan AkiSakura1404 berikan cadangan yang sama...jadi Ani buat keputusan untuk gabungkan kesemuanya.
Thorn: Owh~ Eh, yang AkiSakura1404 punya tu macam mana pula?
Solar: Ani kata dia boleh buat 1 dan 2 sahaja. Jadi Aki, Ani mohon maaf sebab dia tak dapat nak buat yang ke-3 punya. Kalau nak marah Ani tolong ajak aku sekali. Teringin pula nak baling tong gas dekat dia. =w=
Thorn: Ham? Apa Solar cakap tadi?
Solar: Erk?! T-takde apa-apa!
.
.
.
Ani: Hhaaahhh~ akhirnya siap juga kemas barang. Hm...agak-agak bila Mama dan Papa nak balik?
Taufan melihat jam tangan kuasanya. Dia tersenyum lalu memandang ke arah yang lain.
Taufan: 5 minit dari sekarang. Baik kita sama-sama get ready.
Ani: Ok! Semua ingat skrip masing-masing?
All kec. Ani: INGAT!
.
.
.
5 MINIT KEMUDIAN
Gempa: Kami dah balik. ^^
Kelihatan Gempa masuk ke dalam rumah sambil membawa beberapa kantung beg plastik dan di belakagnnya Halilintar yang turut membawa beg plastik di tangannya.
Taufan: Selamat pulang~ dah beli dah semua barang?
Taufan bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri Gempa. Dia mengambil beberapa beg plastik di tangan Gempa dan diikuti Blaze dan Thorn yang mengambil dari Hali.
Gempa: Ha'a. Alang-alang promosi tu. Aku ada beli apa yang korang nak.
Hali: Tapi kau tak beli pun apa yang aku nak weyh.
Thorn: Apa yang Papa nak?
Hali: ....baju yang ada gambar Gempa.
Semua yang berada di situ kecuali Hali hanya bersweat drop. Hali pula mengeluh sedih dan mula murung. Gempa menggeleng kepalanya sebelum dia berjalan menghala ke arah dapur.
Ani pura-pura melihat jam di dinding dan dia terus bangun dari duduknya.
Ani: Eh, kita akan lambat nanti! Jom gerak.
Hali yang baru duduk di atas sofa pandang aneh kepada yang lain yang sedang cepat-cepat pakai kasut dan bersedia nak keluar.
Hali: Ni nak pergi mana semuanya?
Taufan: Err....pergi mall kejap. ^^'
Gempa yang mendengar alasan Taufan mula munculkan kepalanya dari dapur dan mengangkat alirnya hairan.
Gempa: Eh? Kan aku dah kata aku dah beli barang yang korang nak. Ada lagi ke?
Ani: Err...ha'a! Ada!
Hali: Iya? Apa dia?
Solar: Err...i-itu...b-b-buku fanart HaliGem dan buku fanfic HaliGem! ^^'
HaliGem: Hah??
Semua yang berada di situ kaku di tempat mereka sebaik sahaja mereka mendengar alasan Solar. Boleh pakai ke alasan tu?
Taufan: (bisik) Ada ke buku macam tu?
Blaze: (bisik) Entah...biarkanlah dia handle sendiri...
Hali: Yeke ada? Dekat kedai mana?
Hali menjeling tajam setiap seorang yang berada di pintu tersebut. Macam pelik je tingkah laku diorang ni.
Ani: Err...ah! Ada! Buku tu baru dikeluarkan hari ni! Ani dapat noti tadi! K-kena cepat ni! Takut terlepas pula! Buku limted edition tu! ^^'
Cepat-cepat Ani menolak seorang demi seorang elemental keluar dari rumah. Hali baru sahaja ingin bangun dan bertanya kepada mereka sehingga Gempa menghentikan langkah Hali.
Gempa: Aku rasa baik kita biarkan saja mereka pergi. Lagipun masa kita pergi beli barang dekat mall kita ada nampak orang berkerumun dekat kedai buku kan?
Hali: Hmm...yeke?
Gempa: Betullah. Aku nampak tadi. Kau kat sebelah yang pandang menghadap aku takkan tak nampak?
Hali: Macam mana nak nampak? Khusyuk tengok wajah Lyubov' aku ni hah. (smirk)
Gempa: .../////// ish!
KLIK!
HaliGem: Eh?
Keduanya menoleh serentak ke arah bunyi asal yang mengganggu moment diorang tadi. Bunyi pintu tertutup. Eh? Mana budak-budak ramai tadi?
.
.
.
DI LUAR
Taufan: Hahh...selamat...
Ani: Alaahh...baru nak layan HaliGem tadi. QAQ
Harru: Sudahlah. Baik kita pergi cepat. Kang nanti kantoi pula!
All kec. Harru: Jom!
.
.
.
Halilintar dan Gempa menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa dan tanpa mereka sedar masa begitu pantas berlalu sehinggalah waktu petang tiba.
Gempa yang baru selesai mengangkat kain dari ampaian melihat ke arah jam dinding. Sudah mahu masuk pukul 6 petang.
Gempa: Dah nak malam...mana diorang tak balik lagi ni?
Hali: Mungkin diorang dah nak balik lah tu.
Gempa: Aku risaulah.
Hali: Baik kau pergi naik mandi dulu. Rehatkan diri. Nanti diorang baliklah tu.
Gempa hanya menggangguk faham lalu membawa diri yang penuh dengan kerisauan itu naik ke atas. Hali hanya memandang belakang Gempa sebelum dia teruskan aktiviti menonton televisyennya.
Ding!
Mesej masuk. Hali membuka fonnya lalu melihat sebuah mesej dari Ani.
Hali: Haihh...budak ni tak habis-habis hantar mesej. Tak boleh nak call ke?
Rungut Hali sambil melihat noti yang masuk itu. Namun dalam marahnya dibuka juga mesej tersebut. Setelah baca, terbelalak mata Hali terkejut.
Hali: HAAAHHH?!! (shock)
Akibat dari jeritan kuat Hali, Gempa berlari keluar dari dapur dan segera mendapatkan Hali yang berada di ruang tamu. Dengan tercungap-cungap Gempa tiba di tempat Hali.
Gempa: Huff! Huff! K-kenapa Halilintar?!
Hali: Oh? Takde apa...
Gempa: Hah?! (anime fall) Ha-habistu yang terjerit-jerit tadi tu kenapa?!
Hali: Oh..diorang kata yang diorang pergi bercuti. Itu je.
Gempa: .....W-w-w-WHAT?!! CUTI KAT MANA?!! 😲
Hali: ...dekat pulau. Entah pulau mana. Diorang semua pergi. Kecuali kita.
Gempa: Hhhaaahh...apa kejadah pula mereka kali ni??
Gempa mula memijit kepalanya sambil menghela nafas kecewa. Walaupun dah selalu kena macam ni oleh mereka yang lain, tapi ia takkan pernah henti-henti menyakitkan kepala Gempa. Fikirkan saja pun dah sakit kepala.
Hali: Heh, rileks Gem.
Gempa: Relax? Apa yang nak di-relax-kan?
Hali: Aku kan ada~ (wink)
Gempa: (meremang) Dari layan kau, baik aku sambung masak. ...kau nak makan apa?
Hali: ...kalau aku cakap pun kau takkan buat.
Gempa: Kenapa pula? Apa yang kau nak?
Hali: Aku nak kau. (smirk)
Melihat senyuman sinis+nakal Hali membuatkan sudip yang berada di tangan Gempa nak saja melayang dekat wajah Hali tu. Kalau boleh buat, dah lama dia buat.
Cuma sadis sahaja takde tulis benda tu dalam skrip. Lol.
Gempa: Kau lupa makan ubat ya pagi tadi?
Hali: Tak. Kot. Sebab Lyubov yang tak nak tolong suapkan? (pout)
Gempa: Adooii...aku memang tak fahamlah dengan kau ni. Sudahlah! Aku nak masak. Kau makan lah apa aku masak nanti. (pergi)
Hali: Geeemm!!
Gempa: Apa? (stop)
Hali: Nak mi segera, ya?
Gempa: ...ok. (rolling eyes)
Lalu tanpa berkata panjang, Gempa pun masuk ke dalam dapur semula untuk mula memasak.
.
.
.
Gempa: Nah.
Gempa menghulurkan mangkuk yang berisi kuah panas mi segera di dalamnya. Dari dekat dapat dilihat wap-wap panas yang berasap keluar dari mangkuk putih bercorak tanah dan berlogo kilat merah itu.
Hali: (ambil) Eh? Sejak bila kita ada mangkuk ni?
Gempa: Ani yang bagi. Dia kata dia tempah khas untuk kau dan aku saja.
Hali: Pfft- Gem...bila kau cakap "tempah khas untuk kau dan aku saja" macam...kita ni memang ditakdirkan bersama pula. Uii~ bahagianya~ (smirk)
Hali memasang senyum nakalnya kepada Gempa. Gempa kemerahan wajahnya. Tidak sedar pula yang dia keluarkan kata-kata macam tu.
Gempa: Bagi mangkuk panas ni kang!
Hali: Eh! Ok..ok! Mianhae Lyubov~ (wink)
Gempa: (blush) Cepat-cepatlah habiskan mee tu! Acah-acah Korea pula. (bisik) Taula hensem... /////
Hali: (makan) Hn? Kau cakap something ke tadi? (pandang Gempa)
Gempa: Takde apalah! =//////=
Hali hanya mengabaikan sahaja wajah kemerahan Gempa. Walaupun di dalam hatinya tertanya juga kenapa Gempa amat mudah kemerahan sekarang?
Hali masih sedang mengisi mulutnya dengan mi segera yang panas itu. Dan dalam masa yang sama dia menghulurkan mangkuk itu kepada Gempa. Membuatkan Gempa memandangnya pelik.
Gempa: Kenapa? Panas?
Hali: Mffhh...khau...makhan ah shkali...
Gempa: ...kot ya pun habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu.
Hali: Makhan elah!
Hali masih tidak memutuskan mi segera tersebut. Dia mencedok mi tersebut menggunakan garfu lalu menghalakannya kepada Gempa.
Gempa hanya menghela nafas. Namun dia makan sahaja pemberian Hali itu. Kalau tak makan nanti bising pula 'seme' dia tu.
Dan sebaik sahaja Gempa menelan separuh dari mi tersebut, dia tersedar yang beberapa mi tersebut berambung dengan Hali punya.
Gempa mahu memutuskan mi tersebut dengan menggigit miliknya namun tiba-tiba tangan Hali merangkul bahu Gempa.
Hali: Jangan lepas.
Gempa: (shock) (gigit mi sampai putus) Mmmh! Tak nak! 😛
Hali hanya mendengus kesal. Aduh..baru nak acah sweet tadi.
Gempa: (telan mi) Sudah, habiskan mee tu cepat. Nak cuci pula.
Hali: Kau tak nak makan?
Gempa: Takpelah.
Hali: Mesti sebab kau tengok aku makan kau dah rasa kenyang kan? (smirk)
Gempa: Eeiii... perasannya! Aku tak hadap sangatlah tengok muka kau makan ni! Cuma aku dah kenyang!
Hali: Hmmm...yelah. Cuba kau jujur sikit dengan perasaan kau tu.
Hali hanya sambung makan mi segeranya. Dia menyumbat mi tersebut sehingga penuh mulutnya. Dia sempat menjeling ke arah Gempa yang rolling eyes memandangnya.
Hali: Nanthi terhlephas phula...(bisik)
Gempa: Hm? Kau cakap something?
Hali hanya sekadar menggeleng. Dia menghabiskan 1 mangkuk mi segera yang sudah kurang panas itu dengan menghirup kuah terakhir dari dalam mangkuk itu.
Hali meletakkan mangkuk itu di atas meja. Kelihatan di bibirnya terdapat beberapa titisan kuah mi tadi. Dengan segera Gempa mengeluarkan tisu muka kepada Hali.
Hali: .... (ambil) Kau ni macam boleh agak je apa akan jadi.
Gempa: ...aku dah kenal kau lah.
Hali: Hati aku?
Gempa: Tak sangat.
Hali: Apsal?
Gempa: Sebab kita tak pernah bersama pun, kan? So tak perlu sangat...
Gempa hanya menarik mangkuk yang kosong itu dari depan Hali lalu bangun bersama mangkuk itu untuk dibawa ke dapur.
Hali hanya menghabiskan dirinya dengan mengelap mulutnya menggunakan tisu yang diberikan oleh Gempa tadi.
Di dalam fikiran Hali, dia terfikirkan sesuatu. Dan di hatinya juga sedang berharap dengan apa yang difikirkannya.
Hali: ...macam mana aku nak buat dia percaya aku suka kat dia?
Hali menghela nafas. Lalu dia bangun dan berjalan masuk ke dapur tanpa disedari oleh Gempa.
Gempa masih sedang mencuci pinggan mangkuk yang dia sengaja tinggalkan tadi untuk dicuci bersama. Dalam pada dia sedang asyik mencuci, dalam fikirannya sedang teringatkan sesuatu.
"Untunglah...siapa yang dapat Halilintar tu. Lebih-lebih lagi yang rapat dengan dia. Macam Taufan. Diorang kenal antara satu sama lain. Aku ni siapalah nak kacau orang...dah la selalu overthinking..."
Gempa menghela nafas kecewa. Dia sentiasa menyalahkan dirinya yang sering cepat dan mudah kecewa serta sentiasa berfikiran terlalu negatif. Dia juga sering keras kepala dan ego.
Gempa: Haih...apa patut aku buat..?
Hali: Buat apa? (peluk Gempa dari belakang)
Gempa: E-Eh?! (terkejut)
Hali: Gem, kau selalu pendam masalah kau. Aku tahulah tadi kau bunyi macam ada masalah. Cuba kau cerita sikit dekat aku...
Gempa: ...takde apalah.
Hali: See? Baru je cakap. Kau jangan buat aku jadi macam Taufan pula. Main 'serang' je kau tanpa kau sedar.
Gempa terkedu seketika. Bila dengar je Hali menyebut nama Taufan saja sudah buat diri dia hina di depan Hali. Lebih-lebih lagi Hali mahu ancam dia dengan hal itu.
"Dia nak cakap dia akan bersama Taufan ke apa kalau aku selalu macam ni?"
Desis hati Gempa. Kenapa Gem? Kau selalu menyalahkan diri kau dan selalu berfikiran perkara yang tidak mungkin berlaku. Lebih-lebih lagi dalam buku ni.
B*tch please! Dalam buku ni takkan wujudlah ship HaliTau tu! Kalau dah sedar dalam ni takde ship tu mohon tekan back lah sebab author buku ni dah malas nak hadap HaliTau shippers yang mengada-ngada nak bandingkan ship HaliTa u dan HaliGem.
Eh, suka hati oranglah nak buat ship apa. Bukannya canon pun HaliTau tu!
//tak bermaksud nak cari gaduh, cuma nak nasihatkan tolong check mata tu takut dah 'buta' sangat tertukar tajuk HaliGem ni. Jangan lupa check otak juga takut-takut lah...
Ok back to the story. 😂 Adoi...author melalut ke lain pula tadi. Sowwy~!!
Hali berasa hairan dengan tingkah Gempa yang mendiamkan diri itu. Namun dia semakin mengeratkan pelukannya pada badan munggil Gempa.
Gempa: Uuhh...Halilintar?
Hali: Hn?
Gempa: Katakanlah kalau...kita punya pair ni tak wujud...kau masih pandang aku sebagai orang lain selain diri kau ke?
Hali: Apa kau merepek ni?
Gempa: Takdelah. Cuma...
Hali: Ok sekarang aku nak tanya kau. Kalau aku cubit pipi tembem kau ni, kau sakit tak?
Hali segera mengalihkan tangan kanannya yang melingkar ke pinggang Gempa lalu mencubit pipi kanan Gempa kuat.
Gempa meringis kesakitan sambil cuba mengalihkan tangan Hali yang berbisa itu.
Gempa: Adoi! Adoi! Doi! Doi!! Sakittt!! 😭
Hali: Sakit kan? (lepaskan cubitan)
Gempa: Mestilah sakit!!
Gempa mengusap pipinya yang semakin kemerahan dalam kesakitan itu sambil memukul tangan Hali yang telah 'berjasa' mencubit pipi pau nya itu.
Gempa: Kenapa kau buat macam tu? 😤
Hali: Nak kau sedar sikit dari lamunan kau tu.
Gempa: ..hah?
Hali: Kau tu lah. Sibuk sangat overthinking dan buat andaian yang pelik-pelik. Kata andai kau takde lah, andai kita tak pernah bersamalah. Kenyataan dan realitinya dalam buku ni kita bersama kan? See? Aku tengah peluk kau dah ni!
Hali semakin mengeratkan pelukannya kepada Gempa. Gempa seketika terkelu dalam mengimbas kembali kata-kata Hali tadi. Walaupun bunyinya macam kasar tetapi ia membawa makna kepada Gempa.
Gempa: Mio Marito...
Hali: Yes, Lyubov?
Gempa: I need you.
Hali: ... (senyum) Aku pun.
Lalu Gempa memusingkan badannya dan membalas kembali pelukan Hali. Hanya mereka sahaja yang sering melakukan segala kasih sayang mereka melalui setiap aktiviti. Dan mereka sahaja yang memahami antara satu sama lain.
===========
Ani: Uhuk! Habis juga chapter niii!! ;;A;;
Zie: Relaks Ani...akak punya story tu pun dan nak ending dah. QwQ Sayangnya nak tamatkan cerita tu semua... ;;A;;
Ani: Takpe kak. Di setiap permulaan ada pengakhirannya. Sama-sama bersedia mental masing-masing je. :'D
Zie: (sniff) Oklah! Itu sahaja! Janga lupa vote dan komen!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top