Dare 4! NEKO?! (NekoGem) (27)
Ani: Mama~? Oooo Mama?
Ani melilau-lilau mencari kelibat Gempa di dalam dapur. Takde? Pelik. Biasanya takde tempat lain Gempa akan lepak selain dapur. Yalah, ini kan 'kubu medan tempur' Gempa. Cakap je senjata apa, semua Gempa ada.
Nak listkan senjata Gempa memang banyak, tapi bolehlah share sikit. Antara senjata Gempa...
Yang paling famous...
~ Kuali Terbang
~ Pistol Singki
~ Balingan Pisau Dapur
~ Hikmat Kepedihan Bawang Merah
~ Tepung Hantu
~ Periuk Penghukum
~ Pencedok Nasi Keinsafan
~ Pencuci Pinggan Mangkuk Berbisa
~ Lada Pembunuh
Dan banyak lagi. Banyak sangat dan semua nama pelik-pelik belaka. Peduli yang itu. Cari Gempa dulu!
K.Zie: Ani cari Gempa ke?
Ani: Ha'a. Mana dia kak?
Ani berjalan mendekati Kak Zie yang baru masuk rumah tolong Gempa sidai pakaian di anpaian. Tapi kelibat Gempa tiada.
K.Zie: Dia keluar tadi. Beli beras.
Ani: Oohh...Papa mana?
Solar: Keluar jumpa Kaizo kejap. Katanya nak berlatih pedang.
Blaze: (tiba-tiba muncul) BERLATIH PEDANG?!! HUIYOO~!! CAYALAH PAPA!!! ✨
Solar: OIAPIKEPALABERAPI!! (melatah)
Krik..krikk...
Ani: Betul juga..Api berkepala api...hmm... (angguk)
Blaze: WOI! Kepala aku tak berapi lah!! 🔥
K.Zie: Tu yang atas kepala tu?
Blaze: Eh?! 0=0'
Ais: Meh aku padamkan~ =w=
Ais pun bertukar menjadi Boboiboy Air semula lalu memadamkan api yang muncul di kepala Blaze. Mujur tak terbakar kepala tu. Kalau tak, hilang cool. =^='
Air: Tak perlu berterima kasih...=w=
Blaze: Heish! Siapa nak hah?!! 🔥 🔥
Ani: Opopopop!! Jangan gaduh! Nanti Mama balik mesti mengamuk!
Blaze: Hmph! Tapi dia yang mulakan dulu! (tunjuk Ais)
Air kembali bertukar kepada kuasa tahap tertingginya iaitu Ais.
Ais: Apa? Aku dah kira baik lah kan? Nak tolong kau.
Blaze: Diamlah! Baik aku pergi main game dengan Taufan dan Thorn! Hmph!
Ais: Eleh merajuk. Pergilah!
Blaze menjeling ke arah Ais lalu berjalan menaiki tangga meninggalkan mereka ber-4.
Gempa: Aku dah balik~
Ani: Selamat pu- MAMA~!!! 😆
Ani berlari riang menuju ke arah Gempa. Gempa yang baru pulang terkebil-kebil matanya melihat Ani yang sekarang sudah memeluknya erat.
Gempa: Kenapa ni?
Ani: Hehe! Takde apa. ^^ Mama, Mama bila nak habiskan dare Mama ni?
Gempa: Kenapa?
Ani: Hehe! Sebab ada dare baru untuk Mama nanti~ ;3
Gempa: Eh?! Hmmh...oklah. Buat hari ni boleh? Ada 1 chapter lagi kan?
Ani: Ha'a. (angguk)
Gempa: Ok. Solar, tolong angkatkan beras ni ke dapur. Dan Zie, terima kasih sudi tolong. 😊
K.Zie: Takde hal... 😊
Solar berjalan menghampiri Ani dan Gempa lalu mengambil beberapa plastik yang berisi beras yang baru dibeli Gempa. Alangkah terkejutnya dia-
Solar: Wuish! Demi TAPOPS BERAT GILA BEG-BEG PLASTIK NI!! 😨
Ani yang memandang berdekatan terus mencuba mengangkat 1 beg plastik dan dia juga ikut terkejut.
Ani: Nnnghh!! Berat! Huish! Macam mana Mama angkat ni semua seorang diri?! Mama panggik teksi ke?! 😨
Gempa: Mana ada teksi lalu kat kawasan ni. Haih..aku angkat seorang dirilah.
All kec Gem: (gasp) 😨 😨 😨
Solar: B-B-Biar betul.... 😅
Gempa: Betullah. Ringan je.
K.Zie: Tak silap akak 1 beg plastik besar beras ni berat dia 5 kg. Ni ada 4 plastik...jadi...20 kg Gempa angkat sorang? 😅
Gempa: Apalah sangat...ok lagi tu. Sudah-sudah, simpan semua barang.
Solar: Ok bos! Ais! Tolong aku!
Ais: Hahhh? Malaslah... 😴
Solar: Ish! Cepatlah! Nanti aku tak nak kongsi tips diet baru tahu!
Ais: Erk?! Hmm...yelah-yelah. Hoaamm~ 😴
Ais berjalan ke arah Solar dan membantu Solar mengangkat lagi 2 plastik beg berisi beras.
Gempa: Ha, Ani. Dah boleh dah kan mula dare?
Ani: Eh, ha'a lah! Mama kena bertukar tau?
Gempa: Hah? Lagi sekali? Haih...yelah-yelah. Eh jap. Kena tukar jadi-
Ani: HENSHIN!! MAMA WA NEKO!!
POOF!!
Kepulan-kepulan asap muncul di ruangan utama rumah tersebut. Dan semua orang yang berada di situ terbatuk-batuk kerana terhidup asap.
"Meow~"
Ani: Uhuk! Uhuk! Eh...? Bunyi apa tu?
Solar: Koff! Koff! Betuah! Bunyi kucing lah!
Ani: Tahu...uhuk! Tapi dari mana?
"Nyaa~"
Zie terpandang seekor kucing yang berbulu lebat menghampirinya lalu memandangnya. Iris yang dilihat Zie dapat diteka siapa 'kucing' ni.
K.Zie: Eh, ni...Gempa kan?
Zie mengangkat seekor kucing yang berbulu lebat dengan ekor yang panjang dan ditunjukkan kepada yang lain.
Ani: Eh, ha'a lah. Comelnya~ 😍💕
Ais: Aik? Kucing apa jenis berbulu lebat ni?
Solar: Hmm...tak silap aku...ni kucing yang sama spesis dengan Norwegian Forest Cat.
Taufan: Kucing apa tu? Kucing hutan ke?
Solar: Lebih kuranglah- WOAAAHH!!! (terkejut)
Terjatuh Solar disebabkan kemunculan tiba-tiba Taufan di sebelahnya. Bersamanya Thorn dan Blaze yang baru turun dari tingkat atas.
Solar: Aduhh...woi! Kot ya pun bagilah salam dulu! 💢
Taufan: Ehehe! Sorry! 😅
Thorn: Comelnya~!!! 😍 Kucing siapa korang bawa balik ni?
Ani: Thorn, kalau ni kucing orang, takkan kami nak ambil kot. Kucing ni memang asal sinilah... 😅
Thorn: Oh yeke?
Blaze: Eh? Kita mana ada bela kucing sebelum ni. Jadi ni kucing siapa?
Blaze mengusap bulu kucing tersebut dengan lembut sambil bermain dengan telinga kucing tersebut. Gentle betul Blaze dari sisi macam ni. 😙
Ani: Haihh...korang ni. Cuba tengok iris kucing tu.
Trio Trouble Maker serentak memandang ke arah iris kucing tersebut.
"Nyaw~"
Terkelip-kelip mereka memandang kucing tersebut. Memproses data dalam otak mereka yang sudah berkarat tu. //author run
Taufan: Tak nampak apa pun...comel nampaklah.
Thorn: Muka aku ke yang kau nampak comel tu? 0w0
Blaze: Gila perasan. Konfiden betul dia ni... 😂
Thorn: Lhaa...bukan tuju kepada Thorn ke?
Taufan: Bukan Thorn...aku tujukan dekat kucing ni... 😅
Thorn: Alaa... 😞
Solar: Pfftt...! (tahan gelak)
Taufan: Tapi...aku tak dapat nak tangkap lah. Apa maksud kau Ani?
Ani menghela nafas kesal. Dia mengambil kucing tersebut dari Kak Zie lalu menghalakan kepada Trio Trouble Maker.
Ani: Ni Mama lah!!
Trio: .... 😐....Oohhh~!!! ✨
Akhirnya, baru Trio Trouble Maker faham apa maksud Ani. Gempa rupanya....Taufan memandang kembali iris kucing tersebut. Betullah, iris kucing ini berwarna emas. Tak perasan pula.
Ais: Apsallah otak korang lambat proses sangat?
Solar: Line slow lah tu...
"Myaw~"
Ani memandang ke arah kucing tersebut. Eh silap. Gempa.
Ani: Kenapa?
"Nyaw!"
Ani: Err...Ani tak fahamlah bahasa kucing. 😅 Nak buat macam mana, takde sekolah ajar subjek kucing.
Solar: Karut apa kau ni?! Mana ada sekolah ajar bahasa kucing!
Ais: Entah-entah ada kot...tapi kita je special tak ambil.
Solar face palm jadinya. Geram juga aku dekat 2 makhluk ni. Sama juga otak macam trio 3 ekor tu.
K.Zie: Haih korang ni. 😂 (pergi dekat Ani) Gempa lapar ya?
"Miaw~"
K.Zie: Taufan, Solar. Ada tak makanan kucing dekat sini?
Taufan: Kalau tak silap takde. Sebab kami mana pernah bela kucing. Yang Cattus tu pun kami selalu beli rotan. Gempa makan rotan?
Dengan muka tidak bersalahnya Taufan tersenyum sambil bertanya kepada Gempa. Gempa walaupun dengan muka kucing, dia ada kelebihan buat muka poker face. Ingat aku ni Cattus yang hidup kat planet Gurunda tu?
"Nyaw!"
Solar: Mengarutlah kau ni Taufan! Bukan semua kucing makan rotan macam Cattus tu!
Blaze: Habistu nak bagi makan apa?
K.Zie: Ha! Apa kata kita pergi belikan makanan kucing? Korang tahu mana tempat jual makanan haiwan peliharaan?
Kesemua yang berada di situ kecuali Zie dan Gempa menggeleng kepala. Memandangkan mereka tiada haiwan peliharaan dan Cattus ialah pemakan rotan, jadi mereka tidak peka tentang kedai yang menjual makanan untuk haiwan peliharaan.
Ani: Habistu macam mana ni?
Taufan: Takde cara lain. Jom kita semua cari kedai yang jual makanan untuk kucing.
Blaze: Tapi nak mula dari mana?
Thorn: Bandar? Mana tahu ada jual?
Taufan: Ok, kita mulakan dari bandar.
Ani: Ok!
Ani meletakkan Gempa di atas lantai lalu memandang ke arah kucing tersebut.
Ani: Mama, kitorang keluar dulu cari makanan untuk Mama. Mama duduk rumah jangan pergi mana-mana tau?
"Meow~"
Mendapat respon dari Gempa, yang lain pun keluar dari rumah bersama. Ais juga terpaksa ikut apabila kena heret paksa oleh Blaze.
ThUd!
Bunyi pintu tertutup rapat jelas kedengaran. Gempa yang duduk berposisi seperti kucing duduk hanya memandang pintu tersebut.
'Haih...1 hal pula...dah la aku lapar ni..sejak tadi pagi tak makan lagi...'
Gempa berjalan dengan gaya cat walk menuju ke dapur dan mendongak melihat meja dapur yang dengan ketinggian kucingnya itu baginya agak tinggi.
'Fuh! Tinggi gila...! Macam mana aku nak naik ni? Ni kali pertama aku jadi kucing...'
Gempa menghela nafas di dalam hati. Namun dia tidak mahu menyerah. Dia cuba memposisikan kedudukannya dan bersedia untuk lompat ke atas kerusi. Sebaik yakin dengan posisinya, dia cuba melompat setinggi yang boleh.
THUK!
'ADUH!'
"NYAW!!"
Rintih Gempa apabila dia terhantuk pada bawah meja di kepalanya membuatkan dia terjatuh tergolek di atas lantai. Dia bangun kembali dan cuba dan cuba sekali lagi. Namun hampa.
Gempa akhirnya berputus asa dan membuat keputusan untuk menunggu Ani dan yang lain pulang.
KLik! KreEaAKkk
Kedengaran bunyi pintu terbuka dari luar menandakan seseorang sudah pulang. Gempa yang peka akan bunyi berlari keluar dari kawasan dapur dan menuju ke pintu rumah. Terima kasih untuk telinga kucingnya yang sensitif itu, jadi dia dapat dengar dengan jelas.
"Miaw! Meow-"
Alangkah terkejutnya Gempa sambil sempat dia brek mengejut dari lariannya apabila melihat susuk tubuh yang baru pulang itu. Itu..itu bukan Ani atau yang lain! Itu-
'HALILINTAR!'
Hali: Eh? Kucing...?
Hali yang baru selesai membuka kasutnya ternampak suatu makhluk berbulu yang pendek darinya berlari mendekatinya tapi sempat brek mengejut.
Dia meletakkan beg galasnya sambil membuka topinya yang berada di atas kepala membebaskan haba dari atas kepalanya.
Hali: Hmm...macam mana kau masuk ni?
Hali berjalan mendekati kucing tersebut a.k.a Gempa lalu mengangkatnya. Dia menatap wajah kucing tersebut.
Hali: Heh, comel juga kau ni. Macam Gempa dah aku tengok. (smirk)
'Eh?! 0/////0'
Walaupun berbadan kucing, tapi pemikiran Gempa masih lagi persis dirinya yang asal. Jadi apabila dia dipuji oleh Hali sambil melihat wajah Hali yang tersenyum sinis itu, membuatkan dirinya berdebar. Jika dia dalam keadaan manusia, pasti mukanya sudah merah.
"Nyaww~"
Hali: Kau tak boleh ada dekat sini kucing. Nanti kau buat sepah tak pasal-pasal Gempa mengamuk.
Gempa membuat poker face-cat nya. Tadi puji. Ni kau perli pula ya? Bertuah punya seme!
"Nyaw!"
Hali: Hmm...mana yang lain ek?
Hali tidak mempedulikan kucing tersebut dan membawanya menghala ke pintu. Sambil-sambil itu matanya melilau mencari kelibat pecahannya yang lain. Selain dia dan kucing ni...dah takde orang lain ke?
Akhirnya Hali dan kucing itu tiba di luar rumah. Hali meletakkan kucing tersebut.
"Meow!"
Hali: Dah, baik kau pergi balik ke tempat asal kau. Nanti diorang balik kecoh pula.
"Nyaw!"
Hali berkerut dahi melihat kucing itu seperti...berkeras tidak mahu pergi. Dan kucing itu juga bergesel di kakinya cuba bermanja.
Hali duduk secara mencangkung lalu mengusap bawah tengkuk kucing itu lembut.
'W-woaahh~!! Selesanya~! Lagi Halilintar lagi~!!'
"Prrr~ nyaaa~"
Hali ketawa geli melihat kucing tersebut yang suka akan belaiannya.
Hali: Heheheh, suka betul kau.
Hali melihat leher kucing itu. Eh? Macam ada sesuatu. Hali terus mengangkat kucing tersebut dan melihat di lehernya.
Macam ada simbol. Tapi tak dapaf tengok dengan jelas sebah tertutup oleh bulu-bulu yang lebat itu.
Hali: Apa benda kat leher kau ni?
"Miaw~"
Hali menatap wajah kucing tersebut. Kucing ni macam....tak bertuan. Ok nak belalah!
Hali: Kau takde tuan ek?
"Meow!"
Hali: Ok, aku bela kau ya? Kau pun comel macam Gempa. Manja macam dia. Keras kepala pun ada ni aku tengok. Memang dah macam Gempa dah... 😂
"Hsss!!"
Hali: Eh? Terasa ke? Hehehe...sorry~ dah. Jom masuk.
Hali malah tidak takut akan bunyi hisikan geram kucing itu.
'TAK GUNA KAU HALILINTAR!! TUNGGU KAU AKU CAKAR MUKA KAU BILA DAH JADI MANUSIA NANTI!'
Gempa menyumpah seranah di dalam hatinya di dalam dukungan Hali. Geram betul dengan mamat ni. Mukut tu memang tak lama makan cili lepasni.
.
.
.
Hali merebahkan dirinya bersama kucing itu di atas sofa di ruang tamu.
Hali: Haih...apa nak buat ni? Gempa tak balik lagi ke dari beli beras? Rindu... 😩
"Meow~"
'Kau....rindu aku?'
Hali menatap wajah kucing di atas badannya itu. Dia mengusap badan kucing itu lembut.
Hali: Ya, aku rindu. Salah ke aku rindu orang aku suka?
"Meow!"
Hali terkekek ketawa. Macam dia boleh baca pula apa yang kucing ini katakan tapi tak mungkinlah.
'Kau boleh baca ke apa aku rasakan sekarang Halilintar?'
Gempa menatap wajah Hali. Jarak ini cukup dekat dan lama berbanding sebelum ini. Gempa cuba mendaki badan Hali lalu tiba di bahu si pengendali elemen kilat itu.
Gempa menggeselkan wajahnya pada wajah Hali lembut. Dia mendapat kekekan tawa dari Hali dan diusap kepala lembut.
Hali: Heheh, manja betul! Entah-entah kau memang Gempa tak?
"Meow!"
Hali: Tapi tak mungkinlah. Kalau tak mesti aku dah boleh teka kan?
'Bukan ke kau teka aku ni Gempa ke tidak ke tadi? Haih...pelik...pelik...'
"Meow...nyaww..."
Hali: Hm? Kenapa ni?
"Miaw..."
Hali menatap wajah kucing di hadapannya. Dia cuba mentafsir wajah kucing tersebut. Macam ada yang tak kena...tapi apa?
'Laparnya...bila aku boleh makan ni...?'
Hali: Kau...lapar ya?
'Eh?'
"Nyaw!"
Hali: Oooh...lapar rupanya. Jom aku bagi kau makan.
'M-macam mana kau tahu? Halilintar...kau...memang betul-betul memahami aku ke...?'
Hali membawa Gempa ke ruang dapur dan membuka penutup makanan atau dipanggil saji di atas meja. Terhidang makanan sarapan pagi tadi.
Hali: Ni Gempa masak ni. Hmm..masih panas lagi. Mesti sempat dipanaskan ni. Jap eh kucing, aku sediakan kau makanan.
Hali meletakkan Gempa di atas meja makan. Walaupun Gempa kucing, tapi dia dapat mengawal nafsu makannya jadi makanan yang terhidang di tunggu dengan sabar dan dia tidak mencuri ambil pun makanan di situ.
Hali mengambil pinggan lalu mencedok sedikit nasi dan digaulkan dengan ikan goreng.
Setelah selesai, Hali meletakkan pinggan tersebut di atas meja berhadapan dengan Gempa. Dia kemudian duduk di sebelah kucing itu sambil menyuakan pinggan berisi nasi dan ikat tersebut.
Hali: Nah, makanlah. Aku yakin makanan ni sedap dan 100% selamat. Hehe, masakkan Gempa kot.
"Meow~"
Gempa tidak banyak bunyi lalu dia menikmati makanan yang diberikan oleh Hali. Dapat makanan ni pun dah cukup daripada tak dapat makan langsung.
Hali sempat mengulas lembut kepala kucing itu di saat ia sedang makan. Ditatap wajah kucing yang sedang menikmati makanan yang dia sediakan itu.
Hali: Aku kena namakan kau sesuatu. Barulah cool sikit. Takkan nak panggil kau 'kucing' je kan?
Gempa tidak menghiraukan apa yang dikatakan Hali. Dia sedang khusyuk makan dan cuba menghabiskan makanan itu.
Hali: Aku namakan kau...Kin lah. Sebab iris kau warna emas. Macam Gempa. Cantik bila dipandang lama-lama.
Gempa menghentikan makannya seketika. Dia menatap wajah Hali yang bertopang dagu dengan tangannya.
Hali: Mesti kau tertanya siapa Gempa kan? Yalah, aku selalu sebut-sebut nama dia.
Gempa tidak memberikan respon. Dia mahu dengar...apa yang Hali lihat pada dirinya yang sebenar.
Hali: Kin, kau tahu tak? Gempa ni...dia lain dari pecahan aku yang lain. Senang cakap dia yang paling normal antara kami.
Hali merenung iris emas Gempa. Dia menatap dengan tatapan yang lembut.
Hali: Gempa seorang yang rajin, berdisiplin, bertanggungjawab, berani, prihatin dan orang yang memang boleh dipercayai dan diharapkan. Dia juga kat sekolah disenangi ramai. Tapi adalah kedegilan dia tu. Kalau dia cakap A memang A lah jawabnya.
Hali menghela nafas. Dia menundukkan pandangannya.
Hali: Aku suka dia. Suka sangat. Tapi tulah...rasa macam bertepuk sebelah tangan pula. Mesti kau tertanya kenapa kan? Aku tak tahu...macam tengah main tarik tali dengan dia. Dia sekejap ok, sekejap tak.
Hali sekali lagi mendesah kecewa. Di irisnya jelas kelihatan kekecewaan di dalam dirinya.
"Meow"
Hali: Tapi...aku masih suka dia. Dia yang pertama dan terakhir.
"Meow~"
'Halilintar...'
Hali: Walaupun aku macam selalu ganggu dia, nak usik dia, marah dia, buat dia marah..tapi dia masih sabar. Dan yang paling aku suka...dia sebenarnya sukakan aku. Cuma aku rasa...dia tak tahu macam mana nak luahkan isi hati dia tu.
Hali tersenyum saat menyebut Gempa juga sukakannya.
Hali: Walaubagaimanapun...aku akan tetap setia. Biarlah apa orang dan dia fikirkan. Aku nak bersama dia. Sebab...aku cintakan dia.
"Meow~"
Hali memandang ke arah kucing tersebut. Dia tersenyum senang.
Gempa di dalam isi hatinya sudah meronta mahu membalas perasaan Hali namun apakan daya? Dia sekarang bertukar menjadi kucing.
Walaupun kecewa, namun Gempa bersyukur. Kerana dia tahu, Hali takkan berkata begitu di depannya.
Hali: Eh, kau dah habis makan? Cepatnya Kin! Ok seterusnya kita mandi nak?
'M-mandi?!'
"Meow!!"
Dengan pantas Gempa berlari turun dari meja dan menyorok di bawah kerusi sofa.
Hali yang baru selesai menutup makanan dan meletakkan pinggan di dalam singki berjalan sambil bercekak pinggang melihat Gempa sedang menyorok.
Menyorok bukan sebab takut air, tapi TAK MAHU MANDI DENGAN HALI!!!
'A-Aku tak pernah mandi dengan dia sebelum ni!! Alamak malunya!!'
Hali: Amboi nak mandi pun nak bermanja dulu ke? Mari sini Kin. Jangan risau, suhu air tu sesuai dengan kau.
Hali cuba meraih Gempa dan akhirnya dia dapat. Dia mengangkat Gempa manakala Gempa meronta tidak mahu.
"Nyaw!! MEOWWW~!!"
Hali: Ish! Janganlah Kin! Kau kena mandi! Nanti berbau badan susah kita kena marah dengan Gempa nanti! Dah, jom!
Dengan mudah Hali menangkap Gempa lalu mendukung badan kucing Gempa naik ke tingkat atas dan terus menuju ke dalam biliknya.
Hali meletakkan Gempa di atas katilnya lalu dia membuka jaket dan baju shirtnya satu persatu hinggalah apa yang dipakainya hanya seluar pendek paras lutut sahaja.
'*gasp* AAAAAAAAAA!!!!! >///////<'
Malu dalam hati Gempa menatap posture badan Hali yang err...agak cukup...ekhem! Sexy dan hot. Uwu
Hali: Dah, jom mandi.
Hali sekali lagi mendukung Gempa dan sekali lagi Gempa tak dapat nak larikan diri.
Selangkah demi selangkah mereka mendekati bilik air dan akhirnya berjaya masuk walaupun Hali mencuba melawan rontaan kucing itu. Ada kena cakar sikit tapi Hali mempedulikannya.
.
.
.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik air, Hali menutup pintu rapat tidak mahu Gempa berlari keluar dalam keadaan mereka tengah mandi.
Hali: Ok, jom mandi? Nak masuk dalam tab bersama aku atau mandi dengan air paip?
"MEOW!!"
'TAK NAK DUA-DUA PLEASEEEEE~!!!'
Hali: Hmm...sorry Kin. Aku tak faham apa kau cakap. Meh, mandi dengan paip jelah. Lepastu baru masuk tab dengan aku ok?
"RYEOW!!"
'MATILA AKU~!!! ;;A;;'
SPIIISSHH~!!
Bunyi percikkan air paip kedengaran di dalam bilik mandi Hali. Kelihatan Hali memegang seekor kucing di tangannya dengan kemas dan kuat sehingga kucing itu tidak dapat melarikan diri.
"Meow~!!"
Hali: Ish, duduk diamlah Kin! Susah nak mandikan kau kalau kau tak duduk diam! Aku tahu kau kucing tapi kau kenalah biasakan diri dengan air.
'MASALAHNYA AKU BUKAN KUCING DAN AKU SUKA AIR! TAPI YANG AKU TAK SUKA IALAH MANDI DENGAN KAU TAHU TAK?!!'
"MeOw!!"
.
.
.
Hali: Hahh~!! Siap pun!
Setelah 5 minit berhempas pulas memandikan kucing, akhirnya Hali siap. Siap sabunkan lagi. Entah pakai sabun apa tak tahulah. Tapi hati-hati ya adik-adik? Jangan campurkan kucing dengan sabun mandi yang kita selalu pakai. Badan kucing dengan kita berbeza. Bahaya kalau selalu diamalkan!
Hali membawa kucing itu bersamanya ke dalam tab yang sudah berisi air suam dan suhu yang sesuai untuk mandi.
Hali: Sedia Kin?
"Meow!"
'TAAAKKK!!!!'
SPLASH~!!
Tab yang dilimpahi air kini diisi oleh Hali bersama seekor kucing di pangkuannya. Hali memeluk kucing itu sambil membelainya manja di atas kepala. Kucing itu cuba meloloskan diri namun sebaik sahaja diusap kepala ia menjadi tenang dan mula mendiamkan diri.
'Prrrr~'
Hali: Kau suka ya?
"Meow~"
Hali: Heheh, manja betul kau ni. Nak kena tunggu dibelai baru kau diam ya? Sini aku cium sikit.
'Apa....?'
.
.
.
Sementara itu di kawasan perumahan berdekatan rumah elemental, kelihatan Ani, Kak Zie, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar baru pulang dari membeli sesuatu. Di tangan Ani terdapat 1 beg plastik yang mana isinya ialah beberapa paket makanan kucing.
Taufan: Eh, apa kata kita cepat sikit?
Blaze: Apsal pula?
Taufan: Aku risaulah dengan Gempa yang duduk seorang diri dekat rumah tu.
Solar: Kenapa pula? Bukan ke tak lama lagi Hali akan balik ke?
Taufan: Itulah yang aku risau masalahnya. Entah-entah dibuang Gempa yang jadi kucing tu. Macam tak kenal si Hali tu.
Blaze: Betul juga tu. Jom cepat!
.
.
.
Setibanya mereka di rumah, Thorn berjalan masuk ke dalam rumah dan matanya melilau mencari kelibat Gempa atau kucing yang lalu-lalang. Tiada apa pun.
Thorn: Takde pun kucing. Mana Mama Gem Ani~?? QAQ
Ani: Errr...aku pun tak tahu. Tapi aku takut bila ada orang jumpa dia je...
Solar: Apsal pula?
Ani: Kuasa aku ada had. Hehe, mungkin sebab aku masih noob? 0w0'
Taufan: Apa maksud kau kalau orang jumpa Gempa?
Ais: Kejap..entah-entah...
Ais memandang ke arah Ani dan Ani mengganguk. Ani memandang setiap seorang yang berada di sekelilingnya dan cuba menarik nafas menenangkan dirinya.
Ani: Kuasa aku ada had. Kalau orang jumpa dan cium dia-
Taufan: Apsal nak ada orang cium dia pula?
Ais: Faham-faham lah yang baka kucing Gempa jadi tu baka kucing mewah, jadi mesti ramai yang suka kan?
Solar, Taufan dan Blaze menggangguk manakala Thorn hanya memandangan dengan wajah 0w0 nya dan Zie hanya terus mendengar akan perbualan mereka itu.
Ais: Jadi aku rasa kalau orang cium dia...
Ais memandang Ani dan diikuti yang lain. Ani menggangguk mengiyakan perkataan Ais yang tergantung tadi.
.
.
.
Hali mendekatkan wajahnya pada Gempa dan dengan perlahan semakin dekat dan-
Chup!
POOF!!
.
.
.
Ani: Kuasa itu akan hilang dan Gempa akan bertukar menjadi manusia semula.
Blaze: Lhaa...jadi manusia balik saja kot. Apa masalahnya?
Ani menggelengkan kepalannya sambil menunjukkan reaksi yang...resah.
Ani: Gempa akan bertukar menjadi manusia semula...tapi dalam keadaan..tak berbaju.
All kec. Ani: (gasp) WHAT?!!!
.
.
.
Di dalam bilik mandi Hali tiba-tiba dipenuhi asap dan membuatkan Hali terbatuk-batuk kerana terhidu asap tersebut. Dia cuba mengipaskan kepulan asap di hadapannya dan mencari klibat kucing kesayangannya dan entah kenapa dia tengah mimpi atau...kenapa dia rasa ada seseorang sedang berada dalam 1 tab dengan dia?
Hali: (kecilkan mata) Koff! Koff! Siapa tu...?
???: ...
Tidak mendapat jawapan. Hali pasti, ia adalah manusia, kerana Hali dapat merasai jisim orang itu di atas kakinya. Dan orang itu sedar akan kesilapannya lalu dia bangun dan ingin lari sebaik sahaja kepulan asap semakin berkurangan.
Hali sedar akan tindakan orang itu lalu dia terus menarik tangannya. Dan berlakulah sesi pergelutan antara mereka berdua sehinggalah...kepulan asap menghilang.
Hali: (surpsrise) G-GEMPA?!
Gempa: (max blush)
Ok ini janggal keadaannya apabila situasi itu berlaku. Urm...macam mana nak cakap? Ok kita guna ayat save. Halilintar, yang tidak berbaju tetapi berseluar pendek sedang memerangkap kiri dan kanan Gempa yang tidak...berutas benang itu di dalam tab mandi.
Suhu air di dalam tab itu yang panas menjadikan suhu di setiap wajah mereka berdua semakin naik dan sahih bertukar menjadi merah keduanya serentak.
HaliGem: AAAAAAAAA!!!!!
===========
Ani: Lol my bad sebab magik Ani lemah. X"D Tapi ending dia buat rasa tak puas hati kan? Yes, I know. But oh well...0w0
K.Zie: Rasanya chapter ni amat memalukan bagi Gempa akak rasa... ^^'
Gempa: Maruah aku..eh silap. Aku dah jatuh saham.... ;;A;;
Hali: Err...sorry Gem. Aku tak bermaksud-
Gempa: TALK TO THE HAND BRO.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top