DARE 3! WIFE~ 💕 (26)

Gempa: Ani!!! Mari sini!! (kejar Ani)

Ani: Ya Ampuuunn!! Mama~!! Mohon ampun Mama~!! 😨😭 (lari)

Blaze: Kejar dia lagi Mama!

Thorn: Dapatkan Ani Mama!

Taufan: Mama jangan mengalah!!

Kelihatan waktu tengah hari di rumah elemental Boboiboy itu kelihatan hangat dengan sesi kejar mengejar antara Ani dan Gempa.

Hali yang baru turun dari tingkat atas ternampak sesi kejar mengejar antara anak beranak itu :v

Hali: Eh, kenapa ni?

Gempa pun menghentikan lariannya sebaik sahaja Hali bertanya dan berjalan menghampiri Gempa. Gempa mendengus kesal sebelum dia menerangkan niat kenapa dia mengejar Ani.

Gempa: Hmph! Ani ni lah. Entah bila nak tukar aku kepada asal balik!

Ani: Kejap lah Mama! Dare ni tak habis lagi!

Gempa: Habistu? Takkan nak aku jadi perempuan sampai habis dare ni?!

Taufan: Kenapa? Kalau Gempa jadi perempuan sampai habis chapter pun...apa masalahnya?

Gempa mengeluh kesal mendengar pertanyaan Taufan. Sempat dijeling geram namun di mata yang lain nampak comel. Lol.

Gempa: Heish! Tak nak lah jadi perempuan! Tak selesa! Ingat aku ni Sajat ke apa? Rizulala? Safiey Ilias? Tak kuasa aku...

Solar: Tenang Gempa. Diorang tu memang sukarela nak jadi perempuan dan sanggup habiskan duit untuk tukar jantina. Kau ni atas sebab 'terpaksa' saja.

Thorn: Tak baiklah Mama hina mereka...mereka kan manusia juga. Manusia mana lari dari buat kesalahan.

STAB!

Bagai tusukan 100 pedang yang mengena setiap makhluk bernama manusia di situ kecuali Thorn. Duh...dia punya deep tu lain macam!

Gempa: Errr...ekhem! Oklah...aku bagi peluang. Lagipun sebagai terima kasih buat hikari2210

Blaze: Heheh, terbaik~ 👍

Hali: Hm, ok jadi dare kali ni tentang apa pula?

Ani: Ok, first. Solar dan Ais- eh tak payahlah Ais. Kang dua-dua jatuh pula. Ha, Solar dan Taufan. Korang berdiri di belakang Gempa siap-siap.

Ais: Dah kenapa aku kena rijek pula ni? =-=

Taufan: Apsal pula?

Ani: Ikut jelah~

Taufan dan Solar saling berpandangan dan menghinjut bahu antara satu sama lain sebelum mereka akur dan berdiri di belakang Gempa.

Gempa: Jangan macam-macam pula korang belakang aku ni...(jeling)

Solar&Taufan: (gasp) (angguk)

Ani&Blaze: Pfftt...!! 😂

Hali: Hish! Dahlah! Apa pula rancangan kau ni?

Ani: Oh? Ok, ok. Kali ini role Gempa ialah...GEMPA JADI ISTERI HALILINTAR!!! 😆🎉🎉

All kec. Ani: APA?!!!

Gempa dengan serta merta berasa pening dan berat kepala lalu pengsan. Mujur Taufan dan Solar sudah siap sedia di belakang Gempa. Jadi mereka sempat menyambut Gempa.

Hali: K-kau ni biar betul?! /////

Ani: Betullah! Dah. Jom mula! Korang 2 serahkan Gempa pada Hali. Jom, kita keluar.

Thorn: Eh, tak nak tunggu Mama bangun ke?

Ani: Tak perlu. Lagipun.....kita mana boleh kacau 'married couple' kan~ 😏 (smirk)

Hali yang menerima sindiran Ani terus bertukar merah wajahnya. Malu bukan kepalang kali ini! Kalau dulu orang lain asyik kata mereka ni married couple, sekarang mereka kena betul-betul (dalam pura-pura) jadi married couple pula?!

Hali memandang wajah Gempa yang sedang pengsan. Hmmm...apa salahnya kan?
.
.
.
Setelah setengah jam = 30 minit, akhirnya Gempa sedar dari pengsannya. Dia dapati dirinya sedang baring di atas sofa ruang tamu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Kenapa sunyi sangat ni?

Hali: Ha! Dah bangun? (tiba-tiba muncul)

Gempa: OIMAKHALIHUSBANDAKU!! Eh?! Ish! Halilintar! Jangan terkejutkan aku macam tu!

Hali: Hehehe! Kau tu yang mengelamun tadi. Lagipun...mengaku juga kau aku ni husband kau~ 😚

Gempa bertukar merah apabila mendengar Hali berkata sedemikian. Ish! Inilah parahnya apabila kau kuat melatah!

Gempa: Hmph...mana yang lain?

Hali: Anak-anak kita dah keluar.

Gempa: Oh...eh jap. Anak-anak?

Iris ruby bertemu gold. Mereka saling bertatapan. Persis berkomunikaai melalui eye contact.

Lantas wajah Gempa bertukar merah. Seperti faham maksud Hali.

Hali: Heh, faham pun.

Gempa: K-kau ni! ////// Janganlah main-main! Takkan setakat dare tu kau pun nak join!

Hali: Kenapa? Tak boleh ke~ (smirk)

Gempa merona kemerahan. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan pergi meninggalkan Hali yang duduk di sofa bersebelahannya dan menuju ke tingkat atas.
.
.
.
DI BILIK GEMPA

Kelihatan Gempa kian resah. Wajahnya masih merona dan dia berjalan ke hulu-ke hilir memikirkan sesuatu.

'Aku kena jalankan dare aku...ugh..tapi...aku malulah..'

Gempa menghela nafas lalu duduk di atas katilnya. Dia cuba memikirkan sesuatu cara lain untuk manja dengan Hali.

'Semua cara manja yang bagi aku boleh tahan dah aku buat semua dah...takkan aku nak tergedik-gedik minta macam-macam pada Halilintar? Ish...tak patutlah. Kesian dia...'

Gempa membaringkan dirinya. Ah, sakit kepala fikir!

Seketika kemudian Gempa duduk dari baringnya. Haih...tak boleh buat apa. Kepalanya sudah buntu. Dia harus buat juga.

Gempa bangun dari duduk di atas rajangnya lalu berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke tangga.
.
.
.
Di tingkat bawah kelihatan Hali sedang menonton perlawanan bola sepak. Sebenarnya banyak cerita lain yang sedang ditayangkan tetapi semua drama. Cj Wowshop lagi. Malas nak layan Hali akhirnya layan je bola. Ada lah ciri kelakian sikit kan?

Gempa mengatur nafasnya dan cuba mengumpul keberanian di dalam dirinya. Cukup yakin, Gempa menarik nafas dan menghembusnya lalu berjalan nenuju ke arah Hali.

Gempa: Halilintar.

Hali memusingkan kepalanya lalu mendongak memandang Gempa yanng berdiri di belakangnya.

Gempa: Aku nak minta something....boleh?

Hali: Apa?

Gempa: Nak....peluk kau? /////

Wajah Gempa tiba-tiba bertukar merah. Ok sekarang dia sudah berdebar.

Hali: ....hah?

Gempa: Alaa...nak peluk husband saya! Please! ><'

'Tolonglah faham aku kena berlakon sekarang!! Tak guna punya Pikachu!'

Gempa memaki hamun di dalam dirinya. Kenapa hari ini otak Hali slow ni?!

Hali: Hnn...ok. Meh sini.

Hali menepuk pahanya mengarahkan Gempa duduk di situ. Gempa awalnya sweatdrop tetapi demi lakonan, dia cuba jadi excited.

Gempa: Y-yeayy~ 😅

Gempa pun berjalan ke arah Hali lalu duduk di atas paha Hali seperti yang diarahkan. Kini mereka saling bertatapan. Menghiraukan tv yang terbuka dan sedang menyaksikan adengan hangat dari married couple ini.

Hali: Kenapa ni Lyubov? (smirk)

Gempa: Alah..saja~ nak manja tak boleh ke?

Hali: Hnngg~ boleh.

Gempa memeluk leher Hali dan membenamkan wajahnya di bahu Hali. Manakala Hali memeluk pinggang Gempa sambil mencium aroma wangi dari rambut Gempa.
.
.
.
Di waktu petang, Hali sedang melayari internet dari fonnya. Terlalu khusyuk sehingga dia tidak perasan akan kehadiran Gempa.

Gempa: (tengok Hali) Buat apa tu?

Hali: ...

Gempa: Anu...Halilintar...? Hello...?

Gempa mencucuk-cucuk pipi Hali. Hali yang merasa sedikit terganggu mengeraskan suaranya.

Hali: Ish! Jangan kacaulah!

Gempa: ...Tapi bukan ke Halilintar perlu layan Gempa?

Hali: Buat apa?!

Gempa: ...kan sekarang kita sebagai...suami isteri...?

Hali: Ish! Kacau betullah! Dah takde benda lain ke?! Tak nampak ke tengah main Mobile Legend ni?!

Gempa tersentap seketika dengan tengkingan Hali. Kot ya pun nak marah masa main Mobile Legend tak perlu lah sampai macam tu sekali.

Kalau ikutkan hati Gempa dia nak je kasi kuali terbang dekat Hali. Tapi demi menjiwai watak dia terpaksa terasa hati dan mengalirkan air mata.

Gempa: Hmm...(sniff) Kot ya pun...janganlah marah...

Hali yang mendengar suara Gempa menjadi sayu memandang ke arah gadis di sebelahnya. Alamak...dia tak perasan dia marah Gempa tadi!

Hali: G-Gempa...sorry...aku-

Hali baru mahu menyentuh Gempa namun sudah ditepis kasar.

Gempa: Apsal layan aku?! Pergilah main fon kau tu!! Dah lah! Aku tak penting pun kan?!

Gempa bangun dari duduknya dan ingin beredar namun sempat ditarik oleh Hali dan Hali merebahkan Gempa di atas pahanya. Hali memeluk Gempa dari belakang erat.

Hali: Aku pujuk kau ni sebab...watak je...bukannya nak sangat... ////// J-jadi...jangan nangis please?

Gempa mengembungkan pipinya protes. Dia geram dengan sifat lembut Hali padanya. Gempa memandang Hali dengan geram.

Gempa: Cium.

Hali: Hn?

Gempa: Cium aku. Baru akan dimaafkan.

Hali: ...betul ni?

Gempa menggangguk sambil mengesat air matanya. Hali tersenyum lalu perlahan menyapu air mata Gempa dan merapatkan wajah mereka berdua.

Chu~

Bibir mereka menempel antara satu sama lain dengan lembut. Gempa melepaskan ciuman dengan wajah yang merona. Walaupun terpaksa berlakon manja, dia suka melihat sisi lembut Hali.

Hali: Manja juga Gempa aku ni. (smirk)

Gempa: Dah kehabisan idea lah... //////

Hali: Heh, tapi nakal juga dalam manja pun. Berani buat aku gelabah ya? (smirk)

Wajah Gempa merona kemerahan. Dia menggeleng mohon maaf lalu meletakkan wajahnya pada dada bidang Hali. Malu~

Hali: Pfft...cute.
.
.
.
Malam menjelma. Hali menerima mesej dari Harru untuk lepak di rumah Harru seketika. Hali segera bersiap dan bersedia untuk keluar.

Hali: Gem, aku nak keluar lepas ni. Harru ajak pergi rumah dia.

Gempa: Nak ikut?

Hali: Tak boleh.

Gempa: Alaa... 😞

Hali: Amboi manjanya. Sudah, aku kena gerak ni.

Hali berjalan menuruni tangga diikuti Gempa dari belakang. Gempa menghantar Hali ke pintu rumah. Selesai Hali memakai kasut, dia berdiri sambil menatap wajah Gempa.

Hali: Dah, kunci pintu baik-baik. Jangan buka selagi aku tak panggil. Kalau mengantuk tidurlah. Jangan tunggu pula.

Gempa: Taulah...! Ermmm...//////

Hali memandang hairan ke arah Gempa. Tiba-tiba Gempa menunduk malu sambil bermain ibu jarinya. Alis kananya terangkat pelik. Dah kenapa isteri aku sorang ni?

Hali: Kenapa?

Gempa: Err...t-takde...c-c-c-cciiuman...selamat jalan ke...? //////

Wajah Gempa semakin merona kemerahan. Dia menggenggam tangannya kuat menahan malu. Hali yang mendengar permintaan Gempa tertawa kecil melihat kerenah Gempa yang baginya...comel.

Tapi ego tetap ego. 😁

Hali: Hmmh...ok lah. T-tapi sebab tak nak kau merajuk je. Nanti tak pasal-pasal tak tidur malam.

Perlahan Hali menarik wajah Gempa lalu mengucup bibir Gempa lembut. Selang beberapa saat, Hali melepaskan ciuman tersebut lalu berjalan keluar dari rumah.

Sebelum pintu tertutup kelihatan wajah Hali sedikit merona kemerahan malu akan tindakannya tadi.

Sementara itu Gempa.

Klik!

Sebaik sahaja pintu tertutup. Gempa yang berdiri terus terduduk di atas lantai dan secara tiba-tiba dia bertukar menjadi ke jantina asal iaitu lelaki kembali.

Namun itu bukan isu bagi Gempa. Kedua tangannya memegang bibirnya dengan terketar-ketar. Wajahnya masih merona kemerahan.

Gempa: A-Aku c-cium...d-dia....! //////

Di dalam hati Gempa menjerit tidak tentu fasal. Takkan nak jerit terus dari mulut. Nanti tak fasal-fasal jiran bising.

==========
Ani: HwaaaAAaaA~!! Sweetnya!! 😍😭

K.Zie: Kenapa kita tak letak watak lain banyak sangat dalam chapter ni?

Ani: Kan dare Gempa kena manja dekat Hali. Jadi auto focus dekat mereka sajalah. Sorry readers kalau tak suka. 😅

K.Zie: Backstage untuk chapter wife ini mungkin takkan dibuat?? Atau readers nak? Buat pilihan mahu atau tidak dan akak dan Ani akan pilih yang mana paling banyak. ^^

Nak

atau

Tak Nak

Tinggalkan komen di bawah!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top