Are You Okay Gempa? (13)

Sewaktu mereka sedang menikmati movie yang ditayangkan di kaca televisyen itu, Gempa membuat keputusan untuk membuat air kepada mereka.

Gempa bangun dari duduknya di atas sofa lalu dia berjalan ke arah dapur.

5 minit kemudian, pintu bilik Halilintar terbuka lalu keluar Hali dengan lengkap berbaju t-shirt merah dan seluar jeans hitamnya. Kepalanya setia dengan topi cap dino nya yang berwarna hitam-merah dihiaskan lambang petir merah berkilauan.

Hali berjalan nenuruni tangga lalu dai terus berjalan menuju ke arah pintu. Dia ternampak kembar yang lain bersama Ani dan Harru sedang makan dan menonton kaca televisyen. Tetapi dia tersedar yang susuk tubuh Gempa tiada bersama mereka.

Kling!

Bunyi gelas terlanggar kecil antara satu sama lain mengalih perhatian Hali ke kiri iaitu di muka pintu antara ruang tamu dan dapur.

Gempa: Halilintar?

Hali: Gempa...

Iris bertemu emas. Pandangan mereka sama-sama terkejut. Namun eye contact itu tidak berkekalan lama apabila Gempa mengalihkan pandangannya ke tepi lalu berjalan melepasi Hali begitu sahaja.

Hali hairan dengan Gempa. Biasanya Gempa akan bertanya ke mana Hali akan pergi jika berpakaian sedemikian ataupun pelawa Hali untuk minum. Tapi ini lain pula. Ah...Hali tahu.

Tentang tadi..

FLASHBACK
.
.
.
Sebaik sahaja Ani dan Harru menuruni tingkat bawah dengan tangga. Hali di dalam biliknya baru sahaja selesai bercakap melalui telefon. Dia baru hendak beritahu kepada Gempa yang tidak lama lagi dia akan keluar, sebaik sahaja Hali ingin memulas tombol pintu, dia terdengar akan perbualan Taufan bersama Gempa.

Gempa: Haih...

Taufan: ...Gempa.

Gempa: Hm? (toleh dan memandang Taufan)

Taufan: Kalau Pa- maksud aku, kalau Hali tinggalkan kau...aku akan ganti tempat dia dan cuba sedaya upaya menceriakan kau. Aku harap pada waktu itu, kau dapat membuka hati kau untuk aku jika ia betul-betul terjadi...

Gempa hanya memandang Taufan dengan tatapan kosong. Namun, sebaris senyuman muncul di bibir pemilik iris emas itu.

Gempa: Tengoklah nanti... 😊

Dan mereka berdua turun bersama menikmati juadah dan movie yang dibawa oleh Harru membiarkan Hali terkecuali dalam kelompok itu.

Hali yang mengintai di sebalik ruang pintu kecil sambil mendengar merasa hatinya patah dan hancur seperti kaca. (Melampau betul ayat...)

Hali: Kenapa...?

Hali membatalkan niatnya untuk bertemu Gempa. Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik itu selama 5 minit sebelum dia mula membuat keputusan untuk teruskan rancangannya.
.
.
.
END FLASHBACK

Hali hanya memandang belakang Gempa yang sedang berjalan semakin lama semakin menjauhinya. Perit hatinya kembali muncul apabila tiada lagi senyuman manis Gempa di berikan kepadanya.

Hali rasa marah pada Taufan kerana berniat mengambil Gempa darinya. Di dalam hatinya, dia tekad ingin teruskan rancangannya. Kita lihat siapa akan menyesal nanti.
.
.
.
KLIK! BAM!

Bunyi pintu rumah tertutup rapat didengari oleh orang rumah itu. 8 manusia yang sedang menonton movie.itu memandang wajah antara satu sama lain.

Blaze: Nak pergi mana pula Papa tu?

Taufan: Tadi dia kata dia nak jumpa seseorang.

Solar: Siapa?

Taufan: Err..

Taufan tidak mampu menjawab pertanyaan Solar. Nasib baik dia tidak terlepas cakap. Jika tidak, pasti Gempa akan semakin sedih. Solar yang memandang Taufan kini tahu akan sebabnya. Manakala Gempa tidak mempedulikan perbualan itu. Dia tahu siapa Hali akan jumpa walaupun tak tahu siapa namanya. Cuma dia tahu, orang itu penting bagi Halilintar.

Selang 2 jam 30 minit, mereka masih lagi sedang menonton movie. Tetapi ditukar ke movie lain pula. Kali ini sudah movie ke-2 mereka. Gempa memandang jam di dinding yang berada di atas muka pintu dapur dan menghadap ke ruang tamu. Sudah jam 5 petang. Sampai masanya untuk memasak makan malam. Gempa pun bangun dari duduknya dan berjalan ke dapur.

Yang lain masih lagi duduk di hadapan televisyen. Menarik pula movie bila ditonton beramai-ramai. Err...kecuali Solar yang minta diri untuk buat eksperimen yang tiba-tiba keluar dari kepalanya manakala Ais sudah terlentok tidur di sofa sambil memeluk bantal kegemarannya yang entah bila dia ambil.

DI DAPUR

Gempa membuka peti sejuk lalu melihat bahan mentah di dalamnya.

Gempa: Kosong? Haih...kena beli ni. Nasib baik awal lagi.

Taufan: Gempa?

Gempa memalingkan wajahnya dari peti ke arah Taufan yang duduk berdekatan dengan meja makan.

Gempa: Ya Taufan?

Taufan: Nak masak ke?

Gempa: Ha'a. Untuk makan malam.

Taufan: Kan awal lagi ni.

Gempa: Aku kena beli barang lah. Bahan mentah dah habis ni. 😅

Taufan berjalan mendekati Gempa yang mana Gempa baru sahaja menutup pintu peti sejuk itu.

Taufan: Nak aku tolong belikan?

Gempa: Eh, tak mengapalah. Aku boleh beli sendiri. 😊

Taufan tersenyum melihat senyuman Gempa. Taufan seorang yang periang tetapi matang (kadang-kadang...) dan hanya dia sahaja tahu setiap maksud di sebalik senyuman setiap orang. Bagai pakar psikologi yang handal. Tetapi itu hanya kelebihan biasa Taufan. Dia tidak terlalu gunakan sangat.

Taufan: Takpelah. Meh aku belikan. Alang-alang aku nak beli alatan menulis aku ni.

Gempa: Betul ni?

Taufan: Iya... 😅

Gempa ketawa terkekek dengan kesungguhan Taufan. Namun Gempa membiarkan sahaja. Dia mengambil wang dari celah poket seluarnya lalu memberikan Taufan beberapa keping wang kertas.

Gempa: Make sure yang ada promosi, murah, segar, banyak dan untung ya~ 😉

Taufan: Baik bos! (tabik TAPOPS)

Gempa tertawa seketika melayan kerenah Taufan. Gempa mengikut Taufan yang sedang berjalan menuju ke arah pintu utama rumah. Sebelum keluar, Taufan sempat berpaling ke arah Gempa.

Taufan: Kau okay, Gempa?

Gempa menyengetkan kepalanya hairan. Kenapa tiba-tiba?

Ah...sekarang Gempa tahu maksud soalan Taufan itu.

Gempa: ...ok je. 😊

Taufan pun keluar dari rumah lalu menggunakan kuasa anginnya dan terbang ke mall yang berada di bandar.

Gempa kemudian menutup pintu dan memandang ke arah yang lain yang masih khusyuk menonto movie.

Harru: Taufan pergi mana?

Gempa: Beli barang dapur.

Ani: Mama ada pesan tak yang Ani nak gula-gula?? ;;A;;

Gempa: Eh, lupalah... 😅

Ani: Alaa... QAQ

Gempa: Err...ok, biar aku pergi beli gula-gula dekat kedai runcit berdekatan taman tu. Ok?

Ani: Yay!! XD

Thorn: Thorn nak aiskrim!! 😆

Blaze: Nak snack! Pastikan tak pedas ya Mama~? :3

Gempa: (rolling eyes) Hmm..yelah. Okay aku keluar ni korang kunci pintu ya?

All kec. Gempa: Ok!

Kemudian, Gempa keluar rumah dan berlari menuju ke arah taman.

===========
Ani: Huhu cerita ni semakin hambar bila tiada moment HaliGem. 😔

K.Zie: Hmm! Hmm! Akak pun masih takde dalam ni... QwQ

Ani: Agak-agak...inikah pengakhiran kisah HaliGem?? 😩

K.Zie: Huweee~!! Tak naklah~ 😭

Ani&K.Zie: Nantikan pengakhiran tajuk ini (tak habis lagi cerita ni) dengan chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top