👊🏻Ťe Amoŕ⚡ Part 1💕 (58)

Blaze: Apa benda yang kau cakap ni Ais?

Semua mata tertumpu tepat kepada Ais. Ais menjeling ke arah Blaze sebelum dia menghela nafas lelah. Kena ulang-ulang banyak kali ni yang aku menyampah ni.

Ais: Haih... aku cakap. Dah alang-alang kita semua ada dekat sini, apa kata kita dengan tentang kisah Mama dan Papa.

Semua yang ada di situ diam canggung. Hali menghela nafas lalu menyandarkan dirinya pada kerusi sofa yang didudukinya. Dia berpaling ke arah dapur. Melihat Gempa sedang membancuh air yang akan dihidangkan sebentar lagi.

Taufan juga turut memandang ke arah tempat di mana Hali memandang - Gempa.

Taufan: Oi, Hali.

Hali menjeling ke arah Taufan. Taufan membalas jelingan itu. Kedua tangannya di genggam erat.

Taufan: Kau... kau tampar Gempa ke hah?

Hali: Tsk-

Taufan: Apsal kau buat benda gila macam tu, hah!?

Hali: Kau tak payah nak sibuklah!

Blaze: Kau gila ke?! Macam mana kami tak sibuk hah?! Kau... kau dah tampar Gempa! Dan Gempa tak bagitahu apa pun tentang semua ni!

Hali: Huh, bukan Gempa lah kalau kerja dia asyik mengadu saja.

Solar: Memang bukan. Tapi kami juga tak boleh terima kalau Gempa terus menerus diamkan diri!

Thorn: Papa... apa sebenarnya yang terjadi?

Hali mendengus kesal. Dia memicit matanya dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya. Seketika kemudian, Gempa datang semula sambil menatang dulang yang diisi dengan jug air yang segar dan sejuk dan beberapa kuih yang beraneka sedapnya. Trio yang memandangnya terus menyerbu kuih-muih tersebut sehingga mengabaikan ketegangan tadi.

Gempa kembali duduk di sebelah Hali.

Gempa: Hm... walaupun bukan hak aku sangat, tapi aku rasa... (jeling Hali) baik aku dan Halilintar ceritakan sahaja.

Hali: (pandang Gempa) Kau pasti ke?

Gempa mengangguk sambil tersenyum tipis ke arah Hali. Hali menghela nafas lelah lalu mengangguk sambil menyandarkan bandarnya ke sofa sekali lagi.

Hali: Hmm... sebaiknya baik aku cerita mengikut pihak aku. Sebab aku yang lebih tahu tentang sebab kenapa aku tampar Gempa.

Solar: Baiklah kalau macam tu, kau ceritakan saja.

.
.
.

˚●»Flashback«●˚

.
.
.

Hali's POV

Kalau tak silap, waktu tu tinggal 1 minggu lagi sebelum hari lahir kita semua. Semuanya seperti biasa.

Jauh lebih biasa.

Aku dan Gempa masih takde apa-apa hubungan istimewa mahupun perasaan istimewa. Hanya sekadar kembar abang-adik yang biasa.

Aku penuhi masa aku dengan melayan aktiviti aku, dan Gempa melayan waktunya dengan aktiviti padatnya.

Hali's POV END

Yaya: Gempa~ Oo.. Gempa.

Pagi itu, Yaya datang ke rumah kembar elemental itu, Gempa yang kebetulan sedang menyapu di halaman rumah terdengar suara Yaya memanggilnya. Dia segera menuju ke bahagian depan rumah sehingga ternampak Yaya di depan rumah.

Gempa: Ha, Yaya. Kenapa ni?

Yaya: Oh, ni aku dah siapkan laporan yang kau suruh aku buat tempoh hari.

Yaya menghulurkan Gempa beberapa fail dan kertas di dalamnya. Gempa menerimanya dengan senyuman lalu memeluknya di dadanya.

Gempa: Terima kasih, Yaya! Tak tahulah nak buat macam mana tanpa kau.

Yaya: Hehe, oh ya. Tapi lepasni aku dah tak boleh nak tolong kau dah, Gempa.

Gempa: Eh? Kenapa pula?

Yaya: Aku kena jaga adik aku. Mak aku kena ikut ayah aku ke luar negeri sekejap. Kena balik awal setiap hari.

Gempa: Hmm... ok. Takpe nanti apa-apa hal biar aku yang uruskan, ya? Kau berehatlah.

Yaya: Eh? Boleh ke? Lepasni kita akan ada banyak hal kena urus. Kau mana nak belajar lagi, lepastu buat kerja ni semua.

Gempa: Jangan risau. Aku boleh handle semua ni.

Gempa tersenyum manis ke arah Yaya. Yaya hanya mengangguk faham walaupun dalam hatinya semakin risau ke atas Gempa.

Secara kebetulan sewaktu Gempa sedang berbual bersama Yaya, Hali baru sahaja turun dari tingkat atas dan ternampak perbualan mesra mereka.

"Huh, datang nak bagi kerja lagi lah tu."

Hali berdecih melihat Yaya. Dia tahu, Yaya merupakan setiausaha Gempa yang paling Gempa harapkan, tapi yang membuatkan Hali kesal ialah separuh dari kerja yang sepatutnya Yaya lakukan, dengan mudah dia menyerahkan kepada Gempa.

Gempa pula hanya menerima dengan senyumannya. Jika tiada Hali dan yang lain yang menolong Gempa menolak segala tugasan Gempa, pasti Gempa tidak akan jumpa katilnya di malam hari hingga ke pagi.

Hali berjalan mendekati mereka berdua. Dia bersandar pada ambang pintu rumah tersebut, irisnya memandang Yaya dengan dingin.

Hali: Oi.

Serentak Yaya dan Gempa berpaling.

Gempa: Halilintar?

Hali: Kau datang nak bagi Gempa kerja lagi ke, hah?

Yaya: Eh, uuhh... s-saya-

Hali: Sudah. Aku nak kau balik sekarang. Kalau kau datang sebab nak menyusahkan Gempa lagi, aku takkan teragak-agak untuk habiskan kau. Jangan datang kalau kau semata-mata nak menyusahkan Gempa. Faham?!

Yaya: U-umm... f-faham. G-Gempa, aku balik dulu, ya?

Yaya terus memusingkan diri dan beredar dari situ. Gempa tak sempat nak menghentikan Yaya tetapi Yaya sudah berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah elemental.

Gempa: Y-Yaya! Haih... Halilintar! Apsal kau cakap macam tu pada Yaya, hah?

Hali: Apa? Kau nak back-up dia? Kau ni sayang sangat pada anak-anak buah kau. Sampai diri sendiri pun tak kisah.

Gempa: Peduli lah semua tu! Tapi kau tak sepatutnya cakap macam tu tadi! Yaya dah banyak tolong aku!

Hali hanya meng-rolling eyes kepada Gempa lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Hali duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya ke hadapan. Gempa mengdengus kesal melihat kelakuan Hali.

Gempa berjalan masuk ke dalam rumah lalu menuju ke tangga. Kelihatan Trio Trouble Makers baru sahaja turun dari tingkat atas dan berlari menuju ke Gempa.

Trio: Gempaaa~!! (peluk Gempa)

Gempa: Eh?? K-kenapa ni??

Thorn: Mama!! Mama tahu tak minggu depan hari apaaa?? 😆

Gempa: Hari? Hmm... hari apa?

Blaze: Ish! Apa lah Gempa ni! Minggu depan kan hari jadi kita semua!!

Gempa: Ooohh!! Yelah! Hehehe! Maaflah aku terlupa. 😅

Taufan: Kita nak sambut hari jadi kita pergi makan dekat mana pula Gem??

Gempa: Hmm... tak pasti lagi lah. Nanti aku fikirkan.

Trio: Yaayy!! Terbaiklah Gempa/Mama!

Taufan: Kitorang nak main dekat luar dengan Gopal dan Fang. Gem ada nak pesan apa-apa tak??

Gempa: Hmm.. takpelah. Nanti aku nak keluar juga. Hati-hati.

Trio: Ok! Byee~!!

Lalu Trio tersebut berlari keluar dari rumah. Gempa tersenyum memandang mereka sebelum dia mula terfikirkan sesuatu.

Gempa: Hmmm... kalau buat party hari jadi dekat rumah ni pun elok. Kena kemas rumah dulu lah.

Hali: Hhh... tambah pula 1 kerja.

Hali tiba-tiba menyampuk. Gempa menoleh ke arah Hali. Kelihatan Hali tidak memandangnya sama sekali. Tapi Gempa yakin bahawa tadi suara Hali menerpa gegendang telinganya.

Gempa: A-apa kau cakap tadi?

Hali: ...

Gempa menghela nafas kesal. Dia berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Meninggalkan Hali yang masih dalam kedudukannya sedang menonton siara televisyen.

Hali menjeling ke arah Gempa sekilas. Melihat Gempa sedang menaiki tangga tanpa memandangnya.

Hali: Huh... degil betul.

Hali menggelengkan kepalanya lalu kembali sambung.melayan rancangan televisyennya.







===============
Ani: Uwu biasa-biasa saja hubungan mereka, tapi masih ada hint hubungan mereka~ XD

Zie: Ok, part seterusnya di HaliGem Married Couple! XD

Ani: Jangan lupa vote dan komen!

Author's note!!

Baca "👊 Te Amor ⚡ Part 2 💕" di buku kedua iaitu "Halilitar x Gempa MARRIED COUPLE!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top