𝓐𝓷𝓲𝓼 𝓐𝓴𝓻𝓪𝓶 2
Lima tahun berlalu. Sekarang aku sudah berumur 22. Kenangan lalu masih segar diingatanku dan tidak lupa Akram ingatanku kepadanya begitu segar. Dia juga masih menjadi warden di situ. Dia kata dia nak berhenti jadi warden selepas batch aku habis SPM. Tetapi sekarang dia tak berhenti lagi. Sayang sungguh dia kepada sekolah tu. Macam mana ya rupa dia sekarang. Walaupun kenangan tersebut aku masih ingat tetapi rupa dia aku terlupa pula.
Sekarang aku bekerja sebagai seorang Cikgu sekolah tadika.
"Arif belum balik lagi ke? Ibu tak datang jemput lagi?" Aku memandang wajah mendung Arif.
"Ibu kata Pakcu datang. Tapi Pakcu tak datang lagi. Ibu tak boleh datang sebab ibu jaga adik." Katanya dengan nada sedih.
"Arif masuk dalam dulu. Biar cikgu call ibu Arif tanya kenapa Pakcu tak datang lagi ok?" Dia mengikuti langkahku.
Selepas beberapa minit berbual dengan ibu Arif di talian aku memberitahu Arif bahawa Pakcunya ada hal. Mungkin lewat sedikit.
AKRAM POV
Telefon ku berbunyi. Aku mengambilnya tanpa melihat siapa yang menelefon.
"Hello Am. Kan akak suruh ambil Arif. Kenapa tak ambil lagi. Kesian dia lama tunggu. Cikgu dia pun dah call tadi.
"Eh sorry kak lupa. Jap Am pergi ambil." Kunco motor berkuasa tinggi itu dibawa laju. Aku tiba didepan tadika anak sedaraku.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam apabila tidak kelihatan orang disitu.
"Waalaikumsalam. Ni paksunya Arif ke?" Tanya wanita muda tersebut. Tapi kenapa muka dia macam pernah nampak eh.
"Kita pernah kenal ke?" Tanyaku kepadanya.
"Erk. Rasanya tak." Kata wanita tersebut. Tapi aku pasti rupa ini. Dia. Dia yang membuatkan aku jatuh cinta. Cintaku kepadanya masih segar di sanubari.
"Em tak pelah. Arif jom kita balik." Anak buahku mengikut langkahku.
"Pakcu macam mana Arif nak naik. Arif takut jatuh." Eh aku lupa pula budak ni gayat naik motor.
"Allah pakcu lupa pulak." Aku menepuk perlahan dahiku.
"Er encik. Kalau encik tak kesah boleh saya tumpangkan Arif balik dengan saya? Lagipun saya nak balik juga ni." aku memikir kata-katanya sebelum menganggukkan kepala.
"Arif pergi balik dengam cikgu. Pakcu ikut belakang boleh?" Arif menganggukkan kepala.
Selepas dia menghantar Arif pulang. Aku mula pergi ke sekolah.
Hem kenapa dia hadir balik. Baru aku nak lupakan dia. Adakah jodoh diantara kami begitu kuat?
Aku mencapai telefon untuk menelefon ibuku bertanyakan hal ini.
End POV
Selepas menghantar Arif pulang aku teringatkan tentang pakcunya. Kenapa aku macam rasa sesuatu apabila demgannya ya? Adakah rasa itu hadir?
Sebulan kemudian.
Aku pulang kekampung apabila ibuku meyuruh untuk pulang. Katanya ada sesuatu yang hendak dibincangkan.
"Em ada apa ibu panggil kakak balik ni?" Tanyaku kepada ibu.
"Sebenarnya seminggu yang lepas ada orang menghantar rombongan meminang kakak. Ibu serahkan semuanya kepada kakak untuk terima atau menolak." Terang ibu.
"Boleh bagi kakak waktu?" Ibu hanya menganggukkan kepala.
Seminggu berturut-turut aku melakukan solat istikharah. Akhirnya aku bersetuju untuk berkahwin pada usia 22 tahun. Akhirnya aku tak single.
Ibu sudah memberitahu kepada pihak sebelah sana melalui telefon. Katanya mereka hendak datang kerumah pada esok hari untuk berbincang. Tetapi aku tidak dapat turut serta.
Melalui panggilan telefon ibu memberitahu bahawa. Aku akan bernikah pada hujung bulan depan. Ya Allah lajunya. Tak sabar betul pihak lelaki ni.
Aku memesan kepada ibu supaya tidak memberitahu siapa calon suamiku. Biarlah aku tahu ketika kami sudah sah. Aku tak kesah wajahnya yang penting hatinya ikhlas menerimaku seadanya.
Tbc.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top