Bab 7
Solar:Kkk.. Kk.. Kau tahu ke mana dia pergi?!
Halilintar:Aku dah dapat kesan lokasi dia, jom ikut aku!
Solar:Jom!
Gempa:Oit, yang korang ni kalut sangat cari budak tu kenapa?
Blaze:Ha'ah, lagipun biarlah dia balik ke sini sendiri. Siapa suruh cari fasal lari masuk hutan ke apa ke.. Padan muka dia sesat!
Taufan:Betul tu, eh kalau dia mati pun bagus jugak kan..
Tercetuslah ketawa tiga elemental itu. Solar terus memandang mereka dengan tajam.
Solar:Apa kau cakap? Berani.. Berani kau.. Berani kau cakap macam tu dekat duri?!!
Solar mahu menumbuk taufan namun dia dihalang oleh ais.
Ais:Sudahlah tu, solar. Kalau kau layan diorang ni pun bukan boleh betulkan balik apa yang diorang cakap!
Halilintar:Betul tu, lagipun buang masa je kau layan dia!
Solar mendengus geram lalu dia menepis tangan ais.
Taufan:Laa,kenapa tak tumbuk je? Kenapa.. Kau takut kalah dengan aku ke? Hahahaha!!!
Solar terus menunjukkan muka bengisnya. Dia semakin hilang sabar dengan sikap taufan.Baru saja dia mahu menumbuk taufan, tangannya dihalang oleh seseorang.
Gempa:Kau nak buat diorang ya? Huh.. Woi, sebelum kau hadap diorang, baik kau hadap aku dulu!!
Gempa terus menolak solar dengan kasar sehingga dia terjatuh di atas lantai. Solar bangun perlahan-lahan.
Solar:Ishhhh, berani kau tolak aku!!!
Gempa:Huh, kalau kau rasa kau lelaki, marilah kita lawan.. Aku pasti aku yang menang...
Solar semakin geram kerana dia terasa dirinya dicabar. Gempa tersenyum sinis lalu menyambung ayatnya.
Gempa:Sebab akukan kuat, bukan macam kau!! Ahahaha!!
Solar:Eighhhhh!!! Tak guna!! Ambik ni!!
Solar sudah meluru ke arah gempa, ais dan Halilintar pula tidak sempat menghalang solar yang semakin mengganas.
Ais:Solar tunggu!! Nanti!!! Jangan gaduh!! Kalau kau gaduh nanti bertambah teruk luka kau!
Namun solar mengabaikan peringatan ais. Hatinya sudah tidak kisah semua itu sekarang, yang penting sekarang ni dia mahu mempertahankan maruah duri.
Skip bergaduh...
Halilintar terus menarik tangan solar manakala tangan gempa pula ditarik kasar oleh taufan.
Ais:Cukup... Hentikan pergaduhan ni sekarang!! Korang fikir gaduh ni boleh bagi kita jumpa duri ke? Korang ingat diri boleh terus muncul ke kalau korang bertumbuk lebam habis mata ni hah?!
Blaze:Eh, eh, eh mamat ni... Sibuklah. Oit, orang tengah feeling bergaduh kenapa kau kacau hah?!
Mata biru ais terus mencerun ke arah wajah blaze.
Ais:Menghentikan pergaduhan lebih baik daripada meneruskan pergaduhan!
Blaze:Eceh.. Dia buat baik pulak.. Hahaha.. Tak payah berlakon baiklah ais. Kau pun sebenarnya sama je kan? Suka cari gaduh.. Tapi tak sedar diri yang dia tu... Lembab...pfttt hahaha!!!
Halilintar:Blaze cukuplah tu!! Kau dah makin melampau!!!
Blaze:Laa.. Yang kau nak menyibuk sangat ni kenapa?! Ni mulut aku, suka hati akulah!! Ni dosa aku, suka hati akulah!!
Ais:Kau dah makin biadap blaze!!Kkk.. Kau..kau bukan macam dulu!! Aku benci kau!!
Ais terus berlari masuk ke bilik sambil menangis.
Halilintar:Ais,nanti!! Blaze.. Baik kau minta maaf balik dekat ais! Perbuatan kau tadi memang tak boleh dimaafkan tau!
Blaze:Laa,yeke? Ada nampak muka saya ni.. Kisah? Hehehe..
Halilintar:Dia ni...
Solar terus menegang erat bahu Halilintar.
Solar:Sudahlah tu, solar. Jom kita pergi cari duri, pasal pergaduhan apa semua ni kita boleh settlekan baik-baik nanti...
Halilintar:Huh!! Fine!! Jom!
Sebelum mereka berdua melangkah pergi, Halilintar sempat menjeling blaze dengan menghantar isyarat sesuatu.
Halilintar:'Jagalah kau nanti! '
Blaze hanya tersenyum sinis.
Di sebuah hutan tebal...
Duri P.O.V...
Duri:Huh...huh..huh..aku..aku dekat mana ni..
Mata duri terus melihat sekeliling. Dia mula diserang rasa panik.
Duri:Aaa.. Alamak! Apa aku nak buat ni?! Aku dah sesat sekarang!! Kalau nak cari jalan pun sekarang dah nak dekat waktu malam.. Habislah aku, mesti gempa marah aku nanti. Tapi aku memang betul-betul kecewa dengan mereka.
Duri terus duduk di atas batu yang besar. Dia duduk berteleku di situ. Dia bermonolog sendirian.
Duri:Takpelah duri, duri maafkan jelah mereka tu. Duri tahu diorang tak sengaja cakap macam tu, sebab duri tahu diorang tengah marah dan.. Diorang cuma bergurau.. Hehe..
Duri tersenyum manis semula, dia terus melupakan segala perkara itu.
Duri:Duri harap mereka cari duri, terutamanya solar... Duri tak sabar nak peluk solar.. Duri rindu solar.. Hikss..
Pipi comel duri terus dibasahi air matanya. Wajah solar kini bermain-main di mata serta fikirannya. Dia memeluk lututnya lalu melepaskan tangisannya di situ.
Halilintar & solar P.O.V..
Solar:Kau bawa lampu suluh tak?
Halilintar:Aduh.. Aku lupa pulak!! Aduh, macam mana ni... Haih dahlah nak masuk waktu malam dah.. Hmm.. Solar?
Solar:Apa?
Halilintar:Kau boleh guna kuasa kau tak nak gantikan lampu suluh?
Solar:Eh, mana boleh!
Halilintar:Eh kenapa pulak?!
Solar:Kuasa aku guna banyak tenaga lah, nanti kalau habis macam mana?
Halilintar:Alaa, guna sikit je.. Bukannya suruh kau guna banyak-banyak!
Solar:Tak.. Tak boleh jugak! Nanti kalau pengsan siapa yang kena bawa? Kau jugakkan?
Halilintar:Kedekut tenaga betullah... Fine!Dah jom cari duri..
Solar:Eh, tunggu kejap! Kau cakap pasal lampu suluh, aku ada bawa telefon!
Halilintar:Waa.. Bijak kau ni.. Bijak.. Dah jom kita cari duri! Jom!
Solar:Let's go!!! We need to find him now! Faster my brother, faster!!
Halilintar:Shema?! Tak maksud aku... Apa?!! Wei kejap kau cakap apa tadi? Aku tak fahamlah...
Solar:Urghhh, never mind! Now, let's go!! Don't waste my time, We need to find him quickly!! Come on, Halilintar! Time is gold you know?!
Halilintar:Wei, dengan aku tak payahlah nak speaking english berbagai apa semua ni! Kau ingat aku faham ke?! Wo bu mingbai, solar!! (Laa, dia cakap cina pulak 😂)
Halilintar berasa hairan kerana solar tidak membalas percakapanya.Mata merahnya itu melihat solar sudah berlari jauh meredah onak duri di hutan itu.
Halilintar:Solar,tunggu aku!! Jangan pergi lagi!! Nanti takut kau sesat!!
Selepas 1 jam..
Solar:Duri!!!! Duri!!! Mana kau?!! Ni solar, solar datang nak cari duri!!!!
Halilintar:Aduh.. Penatnya.. Kita tak jumpa pun duri...
Solar:Hmm, kau pasti ke dia masuk dalam hutan ni?
Halilintar:Iye, aku ikut kesan tompokan darah tu.
Solar:Seriuslah itu darah duri? Mungkin itu darah orang lain kot...
Halilintar:Habis tu, macam mana darah tu boleh terlekat dekat serpihan kaca ni?
Solar terdiam sebentar lalu dia melihat wajah Halilintar. Matanya membulat besar.
Halilintar:Kau ni dah kena tengok aku? Yelah, aku tau yang aku ni hensem.. Tak payahlah tengok macam tu.. Aduh!!
Tangan solar pantas menampar bahu Halilintar.
Solar:Jangan nak perasan okey, lagi satu jangan fikir aku ni gay okey! Tengok muka yaya pun okey lagi.. Comel pun comel.Eh,tapi kau cakap radas makmal aku pecah ke tadi?
Halilintar:Ha'ah.. Eh kejap! Alamak!
Solar:Siapa yang pecahkan radas makmal aku huh?!! Siapa?! Siapa?! Mesti taufan kan?!!! Erghh, dia ni kan!!
Halilintar:Okey, Okey..Dah solar, sabar...sabar..erkk!!
Solar:Nak sabar macam mana?!! Kau tau tak benda tu mahal kot aku beli!! Guna duit sendiri pulak tu!! Lepas tu, suka hati je korang pecahkan barang tu!! Korang ingat barang tu murah macam gula-gula 20 sen je ke?!!
Halilintar:Iye, aku tahu.. Sabarlah.. Okey, nanti aku belanja beli benda tu yang baru untuk kau.. Kau nak yang besar dan lagi mahal pun takpe Okey? Dah, jom kita sambung cari duri.. Jom..
Solar:Okey...
Solar mencebik kesedihan kerana radas makmal kesayangannya pecah. Dia terus melihat skrin telefonnya.
Halilintar:Kau tengok apa tu?
Solar:Oh, lupa nak beritahu. Aku pernah cipta satu alat pengesan ni.. Alat ni boleh memberitahu di mana lokasi korang semua ada. So, dengan adanya alat ni aku boleh tahu korang ada di mana.
Halilintar:Laa, kenapa kau tak cakap awal-awal tadi kau ada benda ni? Kalau tak, tak payahlah kita susah nak cari dia.. Nak ke hulur ke hilir ke hulur ke hilir macam tadi..
Solar:Aku keluarkan pada saat penting je, kau jangan cuba nak mengelat cari duri eh? Alat ni aku akan gunakan bila kita dah tak tahu duri ada dekat mana sekarang...
Beep!! Beep!!
Solar:Eh, ada cahaya hijau!
Halilintar:Mesti duri ada dekat sini! Kalau ikutkan arah dari mana dia berada sekarang?
Solar:Hmm.. Mengikut kompas dia berada dari arah.. Barat dari sini.
Halilintar terus membelek kompas di telefonnya.
Halilintar:Bagus, kita dah semakin menghampiri dia. Jom, kita cari dia sekarang!
Solar:Jom!
2 jam kemudian..
Duri P.O.V...
Duri:Huh.. Sejuknya.. Mana diorang ni? Gelapnya..
Duri memeluk badannya bagi menahan kesejukan. Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu dari semak-samun.
Duri:Huh?! Sss.. Ss.. Siapa tu?! Siapa di sana?!
Namun tiada sebarang sahutan dari bunyi itu. Bunyi itu semakin mendekati duri.
Duri:Errr.. Siapa tu?! Cepat bagitahu kau siapa?!
(Jap, tiny nak buat bunyi apa tau.. Hah, dah ingat.)
Tiba-tiba, ada seekor ular sawa menyusur ke arah duri. Duri apa lagi terus menjerit macam nak bagi semua pokok dalam hutan tu tumbang.
Duri:Waaaaa!!!! Ular!!!!!!!
Duri terus berlari namun ular itu pantas mengejarnya. (Eh, betul ke ni? Ape-ape jelah UwU) Tiba-tiba, kakinya tersadung batu dan membuatkan dia terjatuh.
Ular sawa itu pula semakin menghampiri duri.
Duri:Jangan makan duri.. Tolonglah.. Duri takde kerja lagi.. Duri tak sempat nak minta maaf dekat semua orang.. Duri tahu duri ni teruk.. Tolong jangan makan duri.. Ampun bang jago... Waaaaa, jangan patuk akuuuuuuuu!!! Makkkkkkkkk tolonggggg!!!!!
Baru saja ular itu mahu mematuk duri, tiba-tiba ada satu cahaya menghala ke arah ular itu.
Solar:Tembakan cahaya!!!
Halilintar:Tetakan pedang Halilintar!!
Duri:Huh?!!Kk.. Korang?!
Dan ular itu pun sudah mati di tangan mereka.
Solar:Duri, kau..
Duri:Solar!!!
Duri terus memeluk solar dengan erat. Dia terus menangis teresak-esak di bahu solar.
Duri:Solar.. Duri takut.. Duri takut..
Solar:Dah, dah. Solar kan dah ada dekat depan duri sekarang. Dah, dah. Jangan nangis lagi, tak comellah kalau duri nangis..
Solar terus mengesat air mata duri. Duri tersenyum perlahan.
Duri:Terima kasih solar, Halilintar... Sebab cari duri.. Duri bersyukur sangat-sangat.
Solar:Takpe, lagipun kami risau juga dekat duri.Sebab tu kami terus cari duri.
Duri:Eh, baju solar dah kotorlah! Kalau gempa marah solar nanti macam mana?! Dan macam mana dengan luka solar?! Solar Okey ke ni?!!
Bertubi-tubi soalan dituju ke arah solar. Solar tersengih lalu ketawa perlahan.
Solar:Alaa, biarlah dia nak marah. Orang pergi cari duri, bukannya pergi main. Luka solar Okey, sikit je ni. Alah, setakat calar apa semua tu apalah nak dibandingkan sangat dengan kehilangan duri. Kalau duri hilang, solar risau sangat tahu?
Duri berasa terharu lalu dia memeluk solar sekali lagi. Dan pelukannya kini lebih erat.
Duri:Terima kasih, solar...
Solar:Sama-sama..
Halilintar:Okey, dah. Jom kita balik, takut lewat malam pula nanti!
Duri & solar:Jom!!
Mereka pun pulang bersama.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top