Bab 6
Solar:Urghhh.. Sakitnya kepala aku...
Solar membuka kelopak matanya perlahan-lahan.
Ais:Huh, solar dah sedar! Blaze!! Blaze!!
Blaze:Haa, ya ya!! Kenapa panggil aku ni?!
Ais:Beritahu gempa yang solar dah sedar!! Cepat!
Blaze:Oh, okey-okey!
Selepas beberapa minit...
Gempa:Syukurlah kau dah sedar... Kau okey tak solar?
Solar:Ermm... Tak kot. Aku rasa pening lagi, mungkin kesan ubat yang aku kena tadi kot.
Gempa:Hish, makin melampau duri ni! Sanggup dia letak ubat dekat kau?! Lepas tu berani pulak dia cederakan kau!! Hish, dia memang nak kena ni...
Solar:Huh? Gempa apa yang kau merepek ni? Duri pergi kebun dialah tadi. Taufan kata Halilintar nak belajar tanam pokok dari dia.
Ais:Hah?! Apa pulak yang kau merepek ni solar?! Bukan ke Halilintar kata dia pergi kedai tok aba?
Gempa:Ahh.. Aku tak percaya.. Ni semua rekaan je. Pasti ni idea si duri tu! Dia saja je nak reka cerita supaya korang berdua percayakan dia!! Dialah orang yang cederakan kau solar!
Solar:Ya allah, gempa apa yang kau cakap ni. Memang betul bukan duri yang buat semua ni. Aku yakin bukan dia yang buat..
Taufan:Kau jangan percayakan sangat abang kau seorang tu!! Aku yakin dia buat tu ada sebab! Yelah, mesti dia cemburu sebab kau kan pandai..
Blaze:Betul tu, Hish kalau dah tak pandai nak buat camna.. Kalau dia bunuh solar bukannya kepandaian solar boleh dapat dekat dia kot.
Taufan:Betul tu, salah dia juga. Siapa suruh tak belajar pandai-pandai. Kan dah dapat result gagal dalam spm! Padan muka!!
Ais:Blaze, taufan.. Tak baiklah cakap macam tu. Walaupun kita pandai tapi jangan sesekali kita menghina kebijakan seseorang itu. Itu dikira kita bongkak tahu?
Solar:Tak aku tak percaya semua ni, aku tahu bukan duri yang buat... Ni mesti korang berdua yang buat kan?!
Solar terus memandang taufan dan blaze. Mereka berdua meneruskan lakonan tipu helah mereka.
Taufan:Hei, apa main tuduh-tuduh pula ni?! Bukan kitorang yang buatlah!!
Blaze:Betul tu, kau kejam betullah solar. Sampai hati kau tuduh kami. Kau bukannya tahu pun yang duri nak cederakan kami tadi!Hah kau tengok dahi taufan ni! Kesian dia!! Duri tolak dia tadi tahu tak?!
Solar:Ah, aku tak percaya.. Ni semua mesti plan korang kan?! Hei korang ni tak insaf-insaf lagi ke?! Kenapa korang ni nak seksa duri sangat hah?!Korang memang dengki ke kalau tengok dia sentiasa gembira?! Apa masalah korang ni hah?! Hati busuk betullah korang berdua ni!!!
Blaze:Hish.. Berani kau!!
Blaze mahu menampar solar, namun perbuatannya ditahan oleh ais. Mata biru aqua ais memandang tajam ke arah blaze.
Ais:Aku tahu ni helah kau, blaze. Aku boleh baca fikiran kau..
Blaze:Kau pun sama ais?! Ish, sedarlah ais! Duri tu nak bunuh kita semua ais!! Percayalah cakap aku!!
Ais:Baik kau diam sebelum aku buat kau lebih teruk lagi!!
Semua elemental tersentak apabila terdengar jeritan daripada ais. Pertama kali mereka melihat ais memarahi blaze, selalunya dia akan bersikap tenang sahaja. Nampak gayanya dia tidak boleh menahan sabar kali ini.
Blaze:Baiklah, ais.. Kalau kau tak percayakan aku sudah.. Kau akan menyesal suatu hari nanti..
Ais:Aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk, kau tak perlu arahkan aku..
Blaze dan ais muka bersikap dingin. Gempa berasa geram melihat sikap ais.
Gempa:Yang kau ni percaya sangat dekat budak mentah tu kenapa hah?!
Ais:Kan aku dah cakap aku tahu yang mana baik dan yang mana buruk!! Tak faham ke?!
Gempa:Masalahnya bukan aku yang tak faham tapi kau yang tak faham!!! Kau tu yang tak sedar diri!! Suka sangat nak protect si duri tu?! Apa yang special sangat dia dekat kau eh?! Ke korang ni... Gay?
Papppp!!!!!
Ais terus memberi satu tamparan kasar kepada gempa. Darah mula mengalir di bibir gempa. Gempa tersenyum sinis, wajah ais sudah merah padam.
Gempa:Huh.. Kenapa? Betul kan apa yang aku cakap tadi? Heh, kalau ya pun mengaku jelah...
Ais:Kau jaga sikit mulut kau tu eh!!! Jangan biadap sangat!!! Hoi aku takde kerjalah nak buat benda camtu!! Kau jaga sikit mulut kau sebelum penumbuk ni melayang dekat muka tau yang tak hensem tu!!
Gempa:Amboi, suka hati eh kau cakap aku tak hensem.. Nape kau tu hensem sangat ke hah?!! Tak sedar diri yang dia tu gemuk...
Ais:Aku tak kata pun aku hensem.. Heh... Perasan hensem betul kau ni..
Gempa terus mencengkam hoodie ais membuatkannya meleret jatuh ke bahu. Kini ais terbaring di lantai, gempa pula sudah menggenggam penumbuk ya.
Ais:Oh... Nak gaduh eh? Nak gaduh?! Haa, tumbuk lah aku!!!! Tumbuklah!!Cari gaduh sangat kan?!
Gempa:Haaa, kau nak makan sangat kan buku lima aku ni.. Ambik kau!!!
Halilintar:BERHENTI!!!!!!!!!!
Semua:Erkkk!!! Alamak!!
Di ruang tamu...
Semua elemental terduduk kaku di atas sofa. Mereka hanya mampu menundukkan wajah masing-masing kerana mereka tidak sanggup memandang muka bengis Halilintar itu.
Halilintar:Sekarang ni aku nak tanya... Mana duri?
Solar:Dia dekat kebun...
Halilintar:Tunggu kejap, aku nak pergi panggil dia.
Halilintar meninggalkan mereka semua sebentar.
Solar:Ni semua salah korang berdua!
Gempa:Eh, salah aku pula.. Ni salah aislah! Dia yang mulakan dulu.
Ais:Eh, eh, eh.. Suka hati je kau eik? Oit siapa yang start dulu semua ni? Kau kan, budak tanah?
Gempa:Makin biadaplah kau ni!! Eighhh!!
Solar:Sudah!Korang nak kena marah lagi ke dengan Halilintar? Stop bergaduh boleh tak? Wei, kalau kita gaduh pun.. Benda ni takkan settle jugak tau. Apa kata kita tunggu Halilintar dan duri je sekarang. Okey?
Ais & gempa:Hmmm.... Okey(Rolling eyes)
Sementara itu...
(Di kebun duri)
Halilintar:Duri!!! Duri!!!! Mana kau!!!!Ni Halilintar! Aku dah balik ni!!
Tiada sebarang sahutan daripada adiknya itu. Halilintar terus memanggil lagi.
Halilintar:Duri!!! Kau dekat mana?! Aku dah beli makanan untuk kau ni!!!
Hati Halilintar terus dilanda perasaan risau. Dia terus berlari di sekeliling kebun itu dengan harapan agar berjumpa dengan duri.
Halilintar:Duri!!! Mana kau pergi!!!
Tiba-tiba, Halilintar tersepak sesuatu.
Halilintar:Aduh.. Hish benda apa pulak yang aku sepak ni?! Menyemak betullah! Huh?
Lidah Halilintar terasa kelu sebentar.
Halilintar:Ini... Bukan ke?...
Halilintar memegang topi milik duri. Matanya tertancap ke arah serpihan kaca di atas tanah. Dia menegang kaca itu dengan berhati-hati.
Halilintar:Hmm...kalau ditengokkan ini bukan kaca biasa. Ini bukan serpihan kaca gelas.. Ini..
Halilintar membelek serpihan kaca itu, dia terkejut sebentar.
Halilintar:Ini kaca dari radas makmal! Jadi ni mesti solar punya!!
Halilintar perasan terdapat juga kesan darah di kaca itu. Lalu dia mendapati terdapat banyak kesan tompokan darah di atas tanah.
Halilintar:Ini mesti duri punya. Baik aku ikut jejak langkah ni.
Halilintar terus mengekori kesan itu sehingga kesan tersebut menuju ke suatu tempat. Dia terus tergamam dan berdiri kaku seperti boneka di situ.
Halilintar:Takkanlah dia masuk dalam...
Di ruang tamu...
Blaze:Hish.. Mana si Halilintar ni?! Kata nak pergi panggil duri!! Kenapa lama sangat?!!
Taufan:Betul tu, dah lama aku tunggu!! Dahlah orang tengah lapar!
Gempa:Sekarang ni kan kita bukan dapat makan, kita dapat marah je!
Ais berjalan perlahan-lahan. Blaze terus menegurnya.
Blaze:Oit, kau nak pergi mana?! Halilintar suruh duduk sinilah! Tak faham bahasa ke?!!
Ais:Sibuklah kau!! Aku nak pergi cari Halilintar lah, tak guna!!!
Tiba-tiba Halilintar berlari ke arah mereka bersama wajah cemas.
Halilintar:Korang!!!
Semua:Huh?! Halilintar, kenapa ni?!
Halilintar:Duri... Duri...
Solar:Ke.. Kenapa dengan duri?!
Halilintar:Dia.. Dia dah hilang!!!!!
Semua:APA?!!
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top