Bab 5
Solar:Jom, duri! Kita pergi dekat kebun duri sekarang!
Duri:Okey, jom!!
Blaze:Duri!! Solar!!
D & S:Huh?!
Duri dan solar berasa hairan apabila melihat blaze yang tercungap-cungap kepenatan. Solar terus bertanya dengan nada yang risau.
Solar:Blaze kenapa ni? Apa dah jadi?
Blaze:Ais... Ais...
Duri:Kenapa dengan ais?!
Blaze:Ais terjatuh dari tangga!! Taufan tertolak dia tadi sewaktu kami main kejar-kejar!
Solar:Apa?! Aku kena tolong ais!! Diorang dekat mana sekarang?!
Blaze:De.. Dekat bawah.. Cepat solar.. Cepat... Aku tak nak kehilangan ais.. Cukuplah kita 'kehilangan mak ayah dulu'.
Perkataan 'kehilangan mak ayah dulu' itu sengaja ditekankan oleh blaze. Dia tersenyum sinis apabila melihat reaksi terkilan duri.Dia terus memandang solar.
Blaze:Jom, solar! Kita turun sekarang!
Solar:Baiklah..mari! Tapi duri macam mana?
Blaze:Oh, lupa nak beritahu.. Duri, Halilintar nak jumpa kau dekat kebun dia. Dia kata dia nak belajar tanam pokok.
Duri:Oh, okay..
Blaze terus menarik tangan solar. Dia tersenyum jahat.
Blaze:Plan.. Berjaya.. Hehehe..
Duri pun pergilah ke kebunnya tanpa mengetahui niat jahat blaze dan taufan.
Di kebun..
Duri:Selamat pagi kawan-kawan duri!! Harap korang semua sihat je!
Duri berasa gembira apabila melihat kesemua pokok kesayangannya berada dalam keadaan yang sihat.
Namun, dia tidak menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Duri:Tapikan, tadi blaze ada bagitau yang Halilintar nak jumpa aku. Mana dia? Takde pun..
Ketika mata duri meliar mencari kelibat Halilintar, tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang amat dia kenali.
Duri:Eh, taufan! Taufan buat apa dekat sini? Bukan ke taufan cederakan ais tadi? Kena taufan buat macam tu?
Taufan ketawa sinis. Duri berasa semakin hairan.
Duri:Kenapa taufan ketawa? Duri tak buat lawak lah, duri serius ni! Kenapa taufan tolak abang ais?!
Taufan:Hahaha... Teruknya kau ni duri. Lurus bendul sangat.. Bodohnya kau..
Duri semakin pelik dengan taufan. Dia cuba untuk memahami ayat taufan.
Duri:Aa.. Apa yang kau nak buat?
Taufan:Takde apa.. Takde apa.. Cuma taufan nak bagi sesuatu je dekat duri...
Taufan semakin mendekati duri.Duri mula menujukkan wajah ketakutan.
Taufan:Solar takde dekat sini, tinggal kau dan aku je, duri. Hueheheee...
Sementara itu...
Di ruang tamu...
Solar:Hmm.. Sepatutnya ais ada dekat sini, tapi mana dia? Kesan darah pun takde..blaze?
Tiada sebarang sahutan daripada blaze. Solar terus menoleh ke belakang.
Solar:Eh, mana blaze? Bukan ke dia ada belakang aku tadi?
Tanpa solar sedari, ada seseorang sedang mendekatinya perlahan-lahan.
Solar:Mana blaze dan ais ni? Takkanlah si blaze tu nak tipu aku, kalau dia tipu berani be.. Uurmmmphhh!!!
Solar terus terkejut apabila ada tangan yang menekup mulutnya dengan sehelai kain. Dia ingin meronta dan menjerit minta tolong, namun dia terus rebah tidak sedarkan diri.
Blaze:Hehehe, padan muka kau solar. Ingat kau ni cekap, rupanya cemerkap. Hahaha!
Di kebun...
Duri:Apa yang taufan nak dari duri hah?!
Taufan:Kau dengar sini eh, sekali lagi kau dekat dengan solar.. Kau akan terima balasan dari kami!! Dia tu adik kami, bukannya adik kau!!! Kau tak layak jadi abang dia, tak guna!
Duri:Tak boleh!! Solar pun adik duri juga, mana boleh korang je yang kawan dengan dia! Lagipun, solar bukannya boleh dikongkong oleh korang! Dia pun berhak nak kawan dengan sesiapa je!
Taufan:Berani kau jawab ye...
Taufan terus merampas barang yang diberikan oleh solar kepada duri.
Duri:Bagi baliklah! Itu hadiah duri, bukannya taufan!!
Taufan:Orang macam kau.. Tak layak terima apa-apa barang dari solar! Kau tu pembawa bala!!
Taufan terus membalingkan botol kaca itu ke tanah. Serpihan kaca bersepah di tanah bersama tumpahan cecair itu. Duri yang melihatnya terus berasa geram.
Duri:Eighhh... Berani kau..
Duri terus menolak taufan dengan kasar. Taufan terus terjatuh lalu kepalanya terhantuk sikit di batu.
Di ruang tamu...
Gempa:Assalamualaikum, eh mana semua orang?
Tiba-tiba, gempa terdengar bunyi kecoh di belakang rumah.
Gempa:Hah, bunyi apa tu? Baik aku pergi tengok!!
Di kebun...
Blaze:Taufan!!!
Blaze terus berlari ke arah taufan. Dia membantu taufan untuk bangun.
Blaze:Kau okay?
Taufan:Ye. Aduh.. Sakitnya..
Blaze:Hah,dahi kau berdarah ni! Hei, duri apa yang kau dah buat dekat dia hah?!
Duri:Aku dah agak dah, ni semua plan korang! Apa yang korang buat dekat solar hah?! Mana dia?!
Duri terus mencengkam leher baju blaze. Gempa yang melihatnya terus menengking.
Gempa:Duri!!
Semua:Huh?!
Taufan yang ternampak gempa terus berlakon menahan kesakitan yang teramat.
Taufan:Aduh.. Sakitnya.. Aduh.. Blaze, gempa.. Tolong aku..
Blaze:Aduh.. Sakitnya.. Gempa, tolong kami...
Gempa:Hoi, duri!! Apa yang kau buat kali ni, Huh?! Tak puas hati lagi ke kau cederakan mak dan ayah?! Sekarang kau nak cederakan taufan dan blaze pula?!
Duri:Tak.. Duri cuma... Aduh!!
Gempa terus memukul duri. Duri hanya mampu menahan kesakitan.
Duri:Demi Allah, gempa.. Duri berani bersumpah.. Bukan duri yang buat. Duri.. Mangsa keadaan je...
Gempa:Hoi, kau tak payahlah nak tunjuk alim sangat!! Konon nak sebut Allah apa semua tu!! Sedarlah diri yang kau tu jahat!!
Di makmal solar...
Ais:Eh, kenapa senyap je ni.. Kenapa pintu makmal solar terbuka ni? Hmm, baik aku pergi tengok.
Apabila ais memasuki ke dalam bilik solar,ais terus terkejut.
Ais:Ya Allah!! Solar!!!
Kembali kepada situasi di kebun...
Gempa:Kau ni memang tak pernah-pernah serik!!
Duri:Arghh.. Ampunkan duri, gempa.. Hikss...
Tiba-tiba, ais muncul dengan wajah yang cemas.
Ais:Gempa!! Taufan!!! Blaze!!!
Gempa:Huh, ais! Kenapa ni?!
Ais:So.. Solar pengsan!! Dia ada dekat makmal dia! Dekat badan dia penuh dengan luka!
Taufan terus memfitnah duri.
Taufan:Hah, ni mesti duri yang buat!!
Blaze:Betul tu, eighhh kau ni dah makin melampau duri!!
Duri:Eh, mana ada!! Duri tak buat apa-apa pun!
Aus:Korang ni tak payahlah nak main tuduh-tuduh! Mustahil duri yang buat!
Blaze:Kau tak tau ke yang dia ni pembawa bala!! Tak faham ke?!
Gempa:Sudah!!! Duri, malam ni kau tak payah makan!! Dendanya kau kena kemas dapur dan cuci pinggan mangkuk malam ni! Ais, bawa blaze dan taufan! Rawat diorang, aku nak pergi tengok solar!! Ingat duri, kau tak boleh makan malam ni.
Ais memandang simpati ke arah duri. Dia tahu duri hanyalah mangsa keadaan.
Mereka semua meninggalkan duri di situ. Duri mengalirkan air matanya perlahan-lahan.
Duri:Apa salah duri dekat korang? Duri cuma mangsa keadaan je.. Kenapa korang tak percayakan duri? Kenapa? Hikss.. Hikss..
Duri terduduk lemah sambil melayan perasaannya. Cuaca pada petang itu juga mendung, seolah-ah memahami hati duri. Kini, duri meratapi dan menangis bersendirian di kebun itu tanpa pengetahuan sesiapa.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top