Bab 4

Waktu malam...

(Dalam mimpi)

?? =Jangan kau berani nak ambil barang ni!!! Orang macam kau tak layak sentuh barang berharga ni!! Ini untuk abang aku!!!

?? =Ohh.. Barang berharga ya... Ni barang berharga kau!!!

(Tamat mimpi)

Gempa:Jangan!!!!!

Wajah gempa dibasahi dengan peluh. Dia terus membuka matanya dengan rasa terkejut, dadanya kini berombak kencang bagaikan gendang dipalu.

Gempa:Huh... Huhhh... Apekah? Mimpi yang sama lagi?

Gempa meraup wajahnya perlahan-lahan. Sejak akhir-akhir ini, dia sering mengalami mimpi yang sama. Setiap kali dia ingin melihat insan yang berada di dalam mimpinya itu, pandangannya sering terkabur.

Gempa:Aduh.. Apa maksud mimpi tu eh? Apa yang dia cuba nak sampaikan dekat aku? Kalau dikirakan termasuk harini, sudah 10 kali aku bermimpi kejadian yang sama.. Apa maksud mimpi itu?

Otak gempa ligat berfikir tentang mimpinya yang dialami sebentar tadi. Sudah beberapa hari dia cuba mentafsir maksud mimpi itu, tetapi tidak berjaya.

Gempa:Hmm... Kepada siapa aku boleh ceritakan masalah ini ya?

Mata gempa terus memerhatikan seseorang di satu sudut. Dia tersenyum tanda berpuas hati.

Gempa:Hmm.. Baik aku cerita dekat Halilintar. Mana tahu dia boleh tolong aku, tapikan sekarang pukul berapa?

Tangan gempa terus mencapai telefon pintar kesayangannya. Berapa terkejutnya dia apabila melihat digit yang tertera di skrin telefonnya itu.

Gempa:Hah?! Dah pukul 7:30 pagi?! Alamak, aku dah lambat nak pergi kerja!!! Baik aku mandi sekarang!!!

Gempa terus tergesa-gesa menyiapkan dirinya.

Jam 9:00 pagi...

Duri:Hmm..hmm..hmm..lalala..

Solar:Selamat pagi budak comel!

Duri:Selamat pagi so... Adeh!! Adeh!

Duri mengaduh kesakitan kerana solar memicit pipinya. Dia terus memuncungkan bibirnya. Muncungnya lebih panjang dari muncung itik(kalahlah muncung kau cik itik)

Duri:Solar, sakitlah solar picit pipi duri macam tu...

Solar:Alaaaaa, Solar tak boleh tahanlah tengok pipi duri ni... Chubby sangat... Comellah kembar solar seorang ni!

Duri:Hahaha, adedehh.. Adeh.. Solar, boleh tak solar lepaskan duri sekarang? Duri nak makan sarapan ni, solar dah makan ke?

Solar:Belum, solar tunggu duri ni. Jom kita makan.

Duri:Alaaaaa, kenapa susahkan diri tunggu duri je? Solar makan jelah, duri okay je kalau makan seorang diri.

Solar:Takpe, solar sanggup tunggu duri~

Tujuan solar menunggu duri adalah dia tidak mahu sesiapa buli duri, terutamanya blaze dan taufan. Sebab itulah dia sentiasa menemani duri. Dia mahu melindungi abang kesayangannya itu.

Mereka berdua terus berjalan bersama-sama untuk menuju ke dapur. Halilintar yang melihat mereka tersenyum gembira.

Halilintar:Datang pun korang berdua, nah aku dah sediakan sarapan korang. Kenapa korang turun lambat ni?

Solar:Ni haa, aku tunggu duri ni. Tak pelah, apa salahnya aku tunggu abang kesayangan aku kan?

Halilintar:Haha, yelah yelah... Nah, makanlah. Aku nak buat kerja lain kejap.

Solar:Terima kasih, Halilintar. Oh, blaze dan taufan mana?

Halilintar:Alah, diorang ada je dekat belakang rumah tu. Tengah main kejar-kejar...

Solar:Oh... Duri, duri!!

Baru saja duri mahu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya yang comel itu,dia terus melihat solar. Diletakkan semula sudu yang dipegangnya sebentar tadi.

Duri:Kenapa solar?

Solar:Duri busy tak lepas ni?

Duri:Errmmm.. Tak. Kenapa?

Solar:Jom, duri! Kita pergi makmal solar!! Nak tak?!

Duri:Eh, takpe ke duri masuk makmal solar? Nanti kalau duri ada rosakkan barang solar macam mana? Mesti solar marahkan?

Solar:Alah, takpe... Solar dengan duri je boleh masuk makmal solar. Yang lain, tak boleh!

Duri:Okey, duri ikut solar!! Tapi kenapa solar ajak duri masuk makmal ni? Ada projek best ke?

Solar:Hehehe, adalah.. Tunggu je nanti. Dah jom kita makan..

Duri terus menyuap nasi goreng dengan perasaan pelik. Otaknya kini sarat dengan pelbagai soalan. Takpe, semuanya akan terungkai selepas ini. Tunggu jelah.

Di dalam bilik...

Solar terus mengambil sehelai kain berwarna hijau muda lalu dihulurkan kepada abangnya itu. Duri menunjukkan wajah yang penuh tanda tanya.

Duri:Kenapa solar bagi duri kain? Muka duri comot ke?

Solar:Taklah, duri kena tutup mata duri guna sapu tangan ni. Kalau tak, tak jadilah suprise solar.

Duri:Suprise?Suprise apa pula ni?

Duri berasa semakin pelik dengan adik kembarnya itu. Kejutan apa pulalah yang adiknya ini mahu berikan?

Solar:Alahhh,tutup je mata tu.. Tutup, tutup...

Duri:Ahh, nanti!! Ahhhhh...

Mahu tidak mahu, duri terpaksa mengikuti solar. Hatinya juga ingin tahu 'kejutan' apa yang solar mahu berikan kepadanya.

Di dalam makmal...

Duri:Solar, kita.. Kita dah sampai ke?

Solar:Kejap ya...

Solar terus mengambil ramuan eksperimennya, dia terus membuka ikatan kain tersebut.

Solar:Tadaaa!!!! Nah untuk duri!!

Duri:Wah!!! Cantiknya!! Tapi... ini apa?

Solar:Nilah yang solar nak cerita dekat duri ni. Duri duduk dulu, pegang botol ni elok-elok.

Duri:Okey...

Mata bulat hijau duri memerhati segenap ruang makmal kesayangan solar. Dia kagum melihat barang serta buku solar yang tersusun kemas, meja lantai mahupun kipas serta kerusi tiada sebarang habuk. Ternyata adiknya ini amat menitikberatkan kebersihan.

Solar:Sebernanya, solar buat satu eksperimen. Ramuan yang solar cipta tu fungsinya adalah boleh mempercepatkan pertumbuhan tanaman-tanaman duri.

Duri:Wah.. Seriuslah?! (muka bling-bling)

Solar:Iya jadi harini kita nak kaji sama ada eksperimen solar ni berhasil atau tidak. Kalau jadi, bolehlah duri gunanya nanti!

Duri terus memeluk solar dengan erat. Dia berasa gembira dengan pemberian adiknya itu.

Duri:Te.. Terima kasih solar... Solar memang adik yang baik...

Duri menangis kegembiraan. Solar pula membalas pelukan abangnya itu dengan senyuman gembira.

Solar:Sama-sama... Duri..

Namun mereka tidak sedar, di sebalik tingkap ada dua insan yang sedang memerhatikan mereka dengan penuh rasa benci.

Blaze:Oh, kalau duri masuk makmal kau boleh.. Kami semua nak masuk kau tak bagi pula?!

Taufan:Betul tu, hish.. Ni tak adil!!! Solar pilih kasih, dia tak sayang kita!!

Blaze:Entah nya dia tu, dia tu lupa ke apa yang duri pernah buat dekat kita?! Eeee.. Geram betullah!! Rasa macam nak tikam je si duri tu.. Entah, entah. Duri pergi bomohkan si solar tu supaya solar ikut arahan dia!!

Taufan:(sweat drop)sabar blaze.. Sabar...

Tiba-tiba, mata taufan terus terpandang ke arah bahan eksperimen buatan solar. Dia terus mendapat idea.

Taufan:Blaze, aku ada idea.. Sini, sini.

Taufan terus membisikkan ideanya. Blaze tersenyum jahat.

Blaze:Habislah kau, duri.. Uehehehehe....

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top