Bab 29

Beberapa bulan pun telah berlalu, akhirnya duri berjaya mengumpulkan duit untuk membeli hadiah kepada gempa.

Duri bangun pada pagi itu dengan perasaan gembira pada pagi itu. Harini dia bercuti, jadi bolehlah dia pergi membeli kasut bola baru untuk gempa.

Kekecohan tentang fitnah duri itupun sudah beransur reda. Rakan-rakan sekerja duri meminta maaf kerana menghukumnya tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Seperti biasa, setiap pagi duri akan tersenyum kepada adik-beradiknya.

Duri:Selamat pagi, semua!

Solar:Pagi duri! Duduklah, jom kita makan!

Walaupun sapaan duri hanya dibiarkan seperti ditiup oleh angin daripada adik-beradiknya, namun duri tetap gembira kerana solar membalas sapaannya.

Duri:Solar?

Solar:Ya, duri kenapa?

Duri:Kejap lagi duri mahu keluar. Solar nak pesan apa-apa tak? Kalau tak duri nak singgah beli.

Solar:Tak pelah, barang semua dah cukup, tapi kenapa duri nak keluar? Ada hal penting ke?

Duri:Ha'ah.

Solar:Ouh..solar nak ikut boleh?

Baru saja duri mahu membalas pertanyaan solar, gempa terus masuk campur dalam perbualan mereka. Tangannya pantas mengutip pinggan kotor di atas meja.

Gempa:Kau tak payahlah ikut solar. Kalau kau ikut budak ni silap hati bulan takut kaukena tempias nasib malang dia. Takut kau pula yang mati nanti.

Solar:Tapi...

Solar mahu membidas kata-kata gempa namun pantas halang oleh duri.

Duri:Takpe, solar. Solar tak payahlah ikut, bahayalah dekat luar sana tu. Lagipun sekarang cuaca panas, solar duduk rumah ya?

Solar:Tapi solar nak ikut duri...

Gempa:Kan aku dah cakap tak payah ikut tak payahlah! Yang kau ni kenapa degil sangat hah?!

Duri:Takpe, solar. Dengar je cakap gempa. Nanti takut jadi apa-apa pula dekat solar kalau solar keluar nanti. Duduk je dekat rumah ya? Nanti solar nak apa-apa bagitahu je duri.. Okey?

Solar:Nanti kalau apagapa jadi dekat duri macam mana?

Duri mengusap wajah solar perlahan-lahan.

Duri:Takpe, duri janji duri selamat. Duri pandai jaga diri sendiri... Tunggu duri balik ya?

Solar:Okey! (senyum)

Usai bersarapan, duri terus naik ke atas untuk bersiap. Hati solar terdetik supaya menghalang duri untuk tidak keluar pada pagi itu. Namun, dia abaikan perasaan itu kerana dianggao seperti melebih-lebih.

Selepas 5 minit, duri turun ke bawah lalu menuju ke arah pintu. Solar mendekatinya dan menanyakan satu soalan.

Solar:Duri pasti ke duri nak keluar harini? Tak boleh ke duri keluar hari lain?

Duri:Tak boleh lah, solar. Hari lain duri sibuk... Harini je duri free sikit. Takpe, duri pergi sekejap je. Duduk di rumah ya? Jaga abang gempa dan yang lain sekali.

Hati solar berat mahu melepaskan duri namun dia terpaksa relakan kehendak abangnya itu supaya duri tidak kecewa. Setelah duri berlaku pergi, dia berbisik sesuatu.

Solar:Ish, kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Hmm.. Perasaan aku je kot. Insya Allah, duri pasti selamat di bawah perlindungannya.

Sementara itu...

(Di kedai)

Duri:Wow... Cantiknya warna ni! Pasti gempa suka kalau kau bagi! Agak-agak ada saiznya tak? Baik aku tanya.

Duri terus bertanyakan tentang saiz kasut itu. Sambil dia menunggu pemilik kedai itu membawa kasut yang  bersaiz lain, matanya ralit memerhatikan kasut yang dipegangnya itu.

Duri:Pasti gempa suka dengan hadiah aku ni! Aku harap dia terima!!

Tanpa duri sedar, ada sepasang matanya sedang memerhatikan ya dari jauh. Orang itu asyik memerhatikan gerak-geri duri sejak duri keluar dari rumah tadi.

(.....) :Bagus, aku ada mangsa baru. Tunggulah kau.

Di rumah....

Hati solar berasa kurang enak seolah-olah seperti akan ada perkara yang bakal berlaku kepada duri nanti. Dia cuba menafikan perasaan itu namun perasaan itu semakin mengasak di fikiran serta batinnya.

Gempa pula terlelap di dalam biliknya. Dia bermimpi sesuatu.

(Mimpi Gempa)

(...) :Tak.. Aku takde duit macam yang kau cakapkan.

(...) :Bohong. Kau tipu aku! Aku tahu kau ada duit tapi kau sorokkannya. Baik kau bagi sekarang sebelum pisau ni tamatkan riwayat kau. Kalau kau nak selamat, bagi apa yang aku nak.

(...) :Kau buatlah apapun, tapi aku tetap akan kata 'aku takde duit'. Faham?

(...) :Grrrr.. Berani kau melawan aku eh. [rampas barang yang dipegang oleh (....)] Kalau takde duit baik kau bagi aku benda ni.

(...) :Huh, jangan harap! Ini untuk abang aku bukannya untuk kau!

(...) :Baik kau bagi sekarang kalau kau nsk selamat!

(...) :Jangan harap!!!

Mereka berdua terus merebut barang yang dipegang oleh mereka itu.

(...) :Lepaskan barang ni kalau kau tak nak kena dengan aku!!

(...) :Aku cakap takkan kau tak faham ke?!

(...) :Eighhh!

Tiba-tiba, salah seorang daripada mereka itu mengeluarkan sesuatu yang tajam. Tanpa belas kasihan, dia terus menikam perut seseorang itu tanpa belas kasihan.

(...) :Urghh...

Orang itu terus terbaring lemah di atas lantai sambil darahnya membuak-buak keluar seperti tidak mahu berhenti. Tangannya itu pantas memeluk barang yang dibeli sebentar tadi.

(...) :Heh, padan muka! Siapa suruh lawan aku lagi, dah tahu diri tu lemah! Dahlah, baik aku blah dari sini.. Selamat tinggal!

Orang terbaring itu terus memerhatikan ke arah gempa. Ya, orang terbaring lemah itu ialah duri!!

Duri:Hehe.. Maaf.. Gempa... Duri tak sempat nak bagi hadiah ni.... Jaga diri ya? Duri dah lama maafkan gempa, maafkan orang lain. Terima kasih sebab jadi abang yang terbaik... Untuk.. Duri...huhh..huhh..Selamat.. Tinggal.. Gemm...

Mata duri terus terpejam erat. Dan gempa pula terus terjaga daripada lenanya.

Gempa:Huh?!!!

Gempa terus bangun daripada pembanringannya dengan nafas yang tercungap-cungap.Peluh mula membasahi seluruh badannya, serta-serta fikirannya terus teringatkan kepada duri.

Gempa:Dah pukul tiga petang! Duri tak pulang lagi ke?!

Kaki gempa terus tergesa-gesa ketika turun ke bawah. Dia terus menegur adik-adiknya yang khusyuk menonton televisyen.

Gempa:Korang!!!

Halilintar:Eh, gempa! Kenapa dengan kau ni?

Ais:Ha'ah, penat semacam je. Kau exercise ke tadi. Yelah baju kau lencun dengan peluh ni.

Gempa:Solar...duri..duri dah pulang ke?

Solar:Belum, lama betul dia keluar ni...

Tiba-tiba, blaze menyampuk perbualan mereka.

Blaze Yang kau ni dah kenapa risaukan sangat pasal dia?! Dia tu reti jaga diri sendirilah!

Taufan:Betul tu! Dahlah, daripada kau fikirkan pasal mamat gila tu baik kau masakkan untuk kami.

Blaze:Betul, betul. Aku pun dah lapar ni.

Gempa:Ta.. Tapi...

Taufan:Ish, pergi jelah! Kalau aku suruh tu pergi jelah tak faham ke?! Dahlah, baik kau pergi sekarang! Kacau je aku nak tengok tv.

Gempa berasa kecil hati kerana Taufan menengkingnya. Namun, dia abaikan perasaan itu dan kakinya pantas pergi ke dapur untuk menyediakan makanan.

Sedang mereka rancak berborak, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi ketukan dari pintu. Serentak keenam-enam pasang mata itu memerhatikan ke arah pintu. Kedengaran  seseorang sedang memberi salam dari luar.

(...) :Assalamualaikum.

Blaze:Eh, siapa pula yang datang ni? Korang ada jemput sesiapa ke?

Serentak mereka menggelengkan kepala.

Taufan:Dah tu siapa pula yang datang ni?

Halilintar:Tok aba kot. Mungkin dia datang nak bagi kejutan untuk kita.

Ais Tapi suara dia bukan macam suara tok aba...

Jantung mereka terus berdebar serentak.

Solar:Jom, kita tengok siapa yang datang.

Gempa:Ha'ah, dengar bunyi suara macam ramai.

Serentak mereka terdengar bunyi ketukan dan panggilkan salam sekali lagi. Mereka menarik nafas lalu gempa memulas tombol pintu.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat ada dua orang polis berdiri di hadapan pintu rumah mereka. Peluh dingin muka merecik di dahi mereka. Mereka tertanya tanya apakah tujuan polis itu datang ke sini.

Lalu satu soalan pantas muncul di minda mereka, apa kesalahan besar yang adik m-beradik mereka lakukannya kali ini?

Serentak polis itu menanyakan satu soalan kepada mereka. Terus sepapan yang menjelma di minda mereka itu hilang seperti ditiup angin.

Polis 1:Assalamualaikum, adik. Boleh saya tanya ini rumah... Duri ke?

Serentak mereka berenam mengangguk. Solar meringankan mulut untuk bertanya agar segala soalan di fikirannya ini dapat dijawab.

Solar:Ya, ini rumah kami... Kenapa encik?

Polis 2:Jadi.. Kamu semua ni.. Adik-beradik dialah?

Semua:Ahaaa...ya...

Polis:Saya ada satu berita yang ingin disampaikan... Harap adik-adik semua bersabar.

Mereka semua terus menantikan jawapan dengan penuh debaran. Blaze dan ais sudah memeluk antara satu sama lain.

Polis 2:Sebernanya....

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top