Bab 28
Keesokan harinya....
Seperti biasa duri akan menjalani rutin hariannya iaitu pergi ke tempat kerja pada awal pagi.
Duri tiba di tempat kerjanya awal daripada biasa. Baru saja dia mahu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang empuk itu, namanya dipanggil oleh seseorang.
Dan si pemanggil itu ialah fang.
Selalunya setiap kali fang bertembung dengan duri, senyuman pasti akan terukir di bibirnya. Namun sejak penyebaran fitnah itu tiada lagi senyuman yang dihadiahkan untuknya.
Namun duri redhakan hatinya untuk menerima ketentuan takdir. Mungkin kejadian yang berlaku kali ini memberi hikmah besar kepadanya.
Fang:Oit, duri.
Duri:Hmm, kenapa fang? Nape jumpa aku ni?
Fang:Boss kata dia nak jumpa kau sekarang dekat meeting room.
Duri:Ouh, Okey. Ada hal mustahak sangat ke yang boss nak jumpa aku ni?
Soalan duri itu dibalas dengan nada dingin fang.
Fang:Manalah aku nak tahu. Kau nak tahu sendiri kau pergilah. Dahlah aku nak pergi buat kerja aku.
Duri:Okey...
Duri berasa berdebar apabila mendengar perkataan majikannya itu mahu berjumpa dengannya. Debaran semakin menyesak di dadanya. Terasa jantungnya itu berdegup seperti mahu tercabut keluar dari badannya.
Tanpa membuang masa, duri bergegas menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua dalam bangunan ini.
Tiba di hadapan pintu bilik mesyuarat, duri merasakan degupan jantungnya semakin kencang. Di sebalik pintu kaca itu, jelas terpancar wajah serius majikannya itu.
Reaksi daripada majikannya itu semakin menambahkan debaran di hati duri. Dia berdoa semoga tiada perkara buruk yang akan berlaku dalam bilik mesyuarat tadi.
Tok! Tok! Tok!
Boss:Masuk...
Duri:Assalamualaikum, tuan.
Boss:Waalaikumsalam, oh kamu rupanya.
Duri:Tuan.. Panggil saya ke?
Boss:Iyelah, habis siapa lagi yang saya mahu jumpa selain kamu...
Duri:(Dalam hati:Erkk! Garangnya! Aduh habislah aku! Mesti laporan aku tak bagus!)
Boss:Jadi, silakan duduk.
Duri duduk di atas kerusi yang menghadap majikannya itu. Dia hanya menantikan apa saja yang keluar daripada mulut majikannya itu.
Boss:Awak rasa... Apa tujuan saya panggil awak ke sini?
Duri:Ermm.. Tak tuan.
Boss:Seriously awak tak tahu?
Duri:Hmm.. Ini berkaitan dengan laporan saya ke tuan?
Boss:Kamu rasa?
Duri:Ermm.. Mungkin?
Boss:Ada sebab saya panggil kamu ke mari. Tunggu kejap ya, duri.
Tanpa melengahkan masa majikan duri terus mengambil telefon pintarnya lalu menunjukkan sesuatu.
Duri terkejut sebentar apabila melihat skrin telefon itu.
Duri:Ini...
Boss:Kamu tahu tentang ini bukan?
Duri:Ya...Berita tentang...
Boss:Ya, ada orang fitnah kamu. Saya nak berterus-terang dengan kamu, duri.
Duri:Ermm... Boss nak cakap apa? Maaf sebab menyampuk.
Duri menantikan jawapan dengan penuh debaran.
Boss:Jujurnya pada awalnya saya.. Mempercayai berita ini. Dan saya nak minta maaf sebab hebohkan hal ini.. Kepada pekerja saya... Yang lain.
Duri terdiam seketika. Lidahnya kelu untuk berbicara, majikannya itu meneruskan percakapannya.
Boss:Tapi, selepas saya tahu ada kekecohan yang berlaku di pejabat ini saya terus berfikir dengan teliti. Dan saya mengambil keputusan untuk menelefon adik kamu..Kejap, apa nama dia ya? So...
Duri:Solar, tuan.
Boss:Haa, betul! Betul! Saya telefon dia dan minta dua menceritakan apa yang berlaku. Selepas saya mendengar segalanya, baru saya sedar yang saya dah buat satu kesalahan yang amat besar. Dan pada masa itu, saya rasa berdosa sangat-sangat.
Duri terdiam sambil fikirannya melayang mengingatkan solar di rumah. Hatinya terus menjadi sayu.
Duri:(Dalam hati:Solar....Terima kasih sebab selamatkan duri.)
Boss:Jadi, duri. Tujuan saya panggil kamu ni ada sebab.
Duri:Ermm.. Kalau tuan tak kisah boleh duri tahu apa yang tuan nak sampaikan?
Duri terkejut sebentar kerana majikannya itu terus memeluknya dengan erat tanpa rasa jijik pun. Pelukannya itu semakin erat disertai sebuah tangisan.
Boss:Maafkan saya, duri. Saya dah buat kesalahan paling besar dekat kamu... Pasti awak tak nak maafkan saya lagikan?
Duri menghela nafas lalu tersenyum. Dia melihat wajah majikannya itu bersama senyuman.
Duri:Takpe, tuan. Walau apapun yang jadi dan berlaku kepada saya di atas muka bumi ini, saya tetap memaafkan orang itu tak kisah lah salah dia tu besar atau tidak mahupun saya sendiri yang melakukan kesilapan.Dan saya akan terus berdoa perkara yang terbaik untuk dia.
Majikannya itu berasa terharu mendengar pengakuan duri. Ya, nada duri itu ikhlas ketika membicarakan ayat itu. Serta-merta mutiara jernihnya mengalir laju lagi seolah-olah tidak mahu berhenti.
Boss:Ye.. Terima kasih, duri. Saya berasa malu dengan kamu. Yelah, kamu ni... Terlalu baik.
Duri:Sama-sama, tuan. Takdelah boss, saya ni bukannya maksum macam nabi Muhammad S.A.W.Lagipun,bukan ke nabi mengajar kita supaya memaafkan atau meminta maaf antara satu sama lain?
Bosd:Ya.. Saya rasa bersalah sangat-sangat sebab hebohkan perkara itu. Maaf ya.
Duri:Takpe, boss. Saya dah lama maafkan siapa yang pernah menyakitkan hati saya mahupun orang yang melakukan dalang itu. Dahlah, boss. Tak perlu menangis lagi, nampak tak berkarismalah.
Serentak terdengar bunyi gelak tawa diantara mereka berdua dalam bilik itu. Majikan itu terus mengusap tangan duri.
Boss:Terima kasih, duri. Sebab sudi maafkan saya tuan.
Duri:Alah takpe tuan. Dah memang itu tanggungjawab saya sebagai umat islam bukan?
Boss:Kalau macam tu jom saya belanja kamu makan tengahari ni.
Duri:Eh, takpelah boss. Tak payahlah, takut orang kata saya ni melampau pula. Yelah sebab guna duit tuan.
Boss:Takpe, saya ikhlas nak belanja kamu. Haa, kalau kamu tak kisah kamu akaklah adik kamu sekali. Saya pun nak ucapkan terima kasih sebab ceritakan perkara sebenar.
Duri:Ouh, baik tuan. Saya.. Gerak dulu ya? Banyak lagi fail yang saya perlu.. Uruskan.
Boss:Baiklah.
Duri:Terima kasih, tuan. Saya gerak dulu, assalamualaikum.
Boss:Waalaikumussalam.
Baru saja duri mahu melangkah pergi meninggalkan ruang itu,dia telah dipanggil sekali lagi oleh majikannya.
Boss:Duri?
Duri:Ya bos. Kenapa?
Boss:Kalau awak tak kisah... Apa kata kalau saya naikkan gaji dan pangkat kamu bulan ni?
Duri:Eh kenapa tuan nak buat macam tu pula? Takpelah, tuan. Nanti apa pula kata orang lain bila dapat tahu perkara ini.
Boss:Takpe, duri. Saya rasa kamu layak dinaikkan pangkat. Saya nampak kesungguhan kamu ketika bekerja. Semua kerja yang kamu buat pun... Semua kemas dan elok. Lagipun, CEO dekat syarikat kita ni tak lama lagi akan bersara dah. Kalau boleh, saya nak lantik kamu sebab saya rasa kamulah orang yang layak sandang jawatan itu.
Mata duri terbuntang sebentar. CEO? Tingginya pangkat itu, lagipun dia baru saja bekerja di sini. Kalau dia mendapat pangkat itu apa pula kata pekerja lain nanti? Mesti diorang kata dia sogokkan wang.
Duri:Takpelah,tuan. Saya rasa ada orang yang lebih layak pegang jawatan itu. Lagipun, saya baru je bekerja disini. Jika saya terima tawaran tuan nanti.. Apa kata orang lain nanti? Mesti diorang kata saya.. Bagi rasuah.
Boss:Tak perlu, duri. Lagipun, saya dah capai kata sepakat dengan pekerja atasan saya. Takpe, lepas semuanya kembali pulih nanti saya akan umumkan awaklah CEO baru syarikat saya. Okey?
Duri:Baiklah, tuan. Terima kasih, saya gerak dulu.
Boss:Sama-sama dan jangan lupa tengahari ini ya?
Duri:Baik.
Duri berlaku keluar dari pejabat bersama senyuman yang tidak lengkang dari bibirnya.
Benar kata orang, buat baik dibalas baik. Jika kita terus melakukan baik dengan insan mahupun makhluk di muka bumi ini... Percayalah bahawa suatu hari nanti kita akan peroleh kebaikan dan keberkatan melalui perbuatan kita. Kerana orang yang kita bantu itu menganggap pertolongan yang kita hulurkan itu adalah bermakna kepadanya.
Duri terus mengorak langkah dengan penuh semangat. Semangatnya semakin berlobargkovar untuk bekerja. Ya, dia akan kumpulkan duit demi membeli hadiah untuk gempa.
Duri:Terima kasih tuan kerana mempercayai saya. Terima kasih solar kerana bantu duri.
Bibirnya pantas mengucapkan syukur dengan rezeki pemberian Allah. Dia akan berusaha walaupun ada dugaan! Dia takkan mengalah!
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top