Bab 25

Di rumah...

Usai membersihkan diri, solar mendekati duri yang termenung jauh di sebalik jendela.

(Sebernanya solar lindungi duri daripada kena baling dengan sampah tadi sebab tulah.)

Dia berasa simpati apabila melihat nasib duri. Mujur dia bertemu dengan duri tepat pada masanya.

Solar:Duri.. Kau Okey?

Duri masih lagi termenung memandang ke arah langit yang mendung, mendung seperti hatinya.

Solar mengeluh perlahan. Dia tahu yang duri masih berkecil hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Solar:Takpe duri, solar akan berusaha untuk cari siapa yang berani sebarkan benda ni! Kalau solar jumpa orangnya, siaplah dia kena tembakan solar!!!

Duri:Hurmmm...

Solar kecewa kerana duri tidak seceria macam dulu. Duri masih lagi termenung memikirkan nasib diri sendiri.

Sedang solar sibuk memikirkan cara untuk menghiburkan hati duri, tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara duri.












Solar memang gembira kerana duri bercakap juga akhirnya.. Tetapi dia bercakap benda tak sepatutnya.












Duri:Kenapa duri hidup di dunia ni? Kenapa duri tak mati je? Memang semua orang nak duri mati ke? Kalau duri mati semua orang puas hati kan?

Solar:Astaghfirullahaladzim duri.. Duri tak baiklah cakap macam tu. Solar gembira kerana duri ada dekat dunia ni! At least solar ada peneman juga!

Duri:Tapi diorang memang nak duri matikan!! Diorang tak suka kalau duri masih hidup di muka bumi ni lagi! Duri benci semua ni! Duri benci!!

Duri menangis meratapi kesedihan. Solar datang memeluk duri bagi memberi sokongan. Dia juga turut menangis seperti duri.

Solar:Jangan macam ni duri... Duri kan kuat.. Duri sayang solar kan? Jangan cakap macam tu.. Solar tak nak kesunyian...

Duri:Duri.. Dah tak mampu lagi...solar...duri dah tak mampu...

Solar:Jangan duri! Solar masih perlukan duri! Dan duri masih perlukan solar!! Kita tak boleh mengalah duri! Duri mesti tabah hadapi liku kehidupan sebab semua ini Allah dah tentukan!

Duri:Mungkin betul apa yang Fang cakap.. Duri banyak buat dosa. Duri tak layak hidup di sini...

Solar:Duri.. Please jangan cakap macam tu!!! Solar tak nak duri mengalah! Solar nak duri yang dulu! Duri yang kuat hadapi dugaan yang diberi.. Jangan mengalah duri!

Duri menangis teresak-esak sambil memeluk solar. Kini, dia hanya ada solar di sisi. Semua insan yang dia kenali sudah tidak mempercayainya lagi.

Hanya kerana satu berita, semua orang terus menghukumnya. Benar kata orang, kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Nasi sudah menjadi bubur, namun apakan daya, perkara yang lepas tidak boleh berputar kembali.

Hidup ini bagaikan roda, ada masa kita gembira, ada masa kesedihan atau kesusahan datang kepada kita. Yang tinggal hanyalah kita perlu tabah dan kuatkan iman dalam menghadapi liku kehidupan ini.

Semua ini terjadi kerana ada hikmah. Allah sudah mengaturkan segalanya dalam kehidupan kita. Allah cuma mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan kita dalam menghadapi semua ini. Dan balasan serta ganjarannya kita akan peroleh di syurga nanti....

Iaitu pahala. Ya, pahala. Ganjaran yang akan diberikan kepada hamba Allah S.W.T yang tabah menghadapi dugaan di muka bumi ini.

(Kalau ada salah sorry ye. Mohon betulkan :v)

Solar:Takpe duri, macam duri kata dekat solar. Masalah solar, masalah duri. Kalau masalah duri...

Duri:Masalah solar juga. Solar, terima kasih sebab sudi bersama dengan duri. Terima kasih.. Sebab.. Percayakan duri.

Solar:Takpe, duri. Walau apapun jadi, solar tetap akan bersama dengan duri tak kiralah bahaya atau tidak...solar akan pertahankan duri.

Duri terharu apabila mendengar pengakuan ikhlas solar. Senyuman yang diberikan solar bukan pura-pura. Pengakuan dan senyuman ikhlas.. Ya senyuman solar itu menguatkan semangatnya. Ya, semangatnya kini membara kembali.

Air mata diseka, perlahan-lahan bibirnya membentuk sesuatu.

Ya, senyuman. Dia takkan mengalah dalam menghadapi dugaan hidup. Dan senyumannya semakin lebar.

Setiap orang ada dugaan hidup masing-masing, kita tidak tahu mungkin di luar sana dugaan dan cabaran mereka lebih besar. Seperti nasib orang Palestin, setiap hari tanah air mereka diserang. Namun mereka tetap kuat dalam menghadapi cabaran tersebut, dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

(Kejap,saya ni nak bagi ceramah ke nak buat story? Ya Allah sorrylah saya ni asyik membebel :v)

Tangan solar dan duri berpaut erat, tanda mereka sanggup dan bersedia menghadapi dugaan yang bakal tiba. Ya, duri takkan mengalah kerana dia masih ada solar. Dan solar yakin duri seorang yang cekal hati.

"Terima kasih solar kerana sentiasa bersama denganku",bisik duri dalam hatinya.

"Terima kasih duri sebab jadi abang yang terbaik untukku", bisik hati solar.

Ya, mereka takkan mengalah!

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top