Bab 24

Di luar...

Duri:Hmmm.. Mana blaze ni? Dia kata dia dah sampai. Mana dia?

Mata duri meliar melihat sekeliling, mana tahu jika kereta yang dipandu oleh blaze berada berdekatan kawasan ini.

Sedang kornea matanya itu sibuk mencari kelibat blaze, tiba-tiba dia merasakan seseorang sedang menutup mulutnya dengan kain. Serta-merta pandangannya terus menjadi gelap.

(Situasi Taufan & Blaze)

Blaze:Cepat masuk!!!

Taufan terus mencampak tubuh duri yang pengsan ke dalam kereta. Lalu taufan terus masuk ke dalam kereta secara tergesa-gesa.

Taufan:Cepat blaze!!! Kita dah takde masa!

Blaze:Takpe, aku boleh pecut tahu. Dia takkan sedarkan?

Taufan:Don't worry, kesan ubat tu lama tahu... Sehingga esok pagi. Yang penting, bila dia bangun tidur saja...

Blaze:Dia takkan tahu apa yang terjadi. Hahahaha!

Di lorong...

Rania:Ah.. You all ni come on lah! Cepat sikit boleh tak jangan terhegeh-hegeh sangat!

Blaze:Kau sabar boleh tak?! Kau ingat senang ke aku nak bawa adik aku ni? Kau tu tahu mengarah je, baik kau diam.

Rania mencebik tanda menyampah dengan reaksi blaze. Setelah taufan berjaya membawa duri masuk ke dalam rumah gadis itu, blaze pantas menutup pintu supaya tiada sesiapa tahu aktiviti mereka.

Taufan pula terus mencampak tubuh duri di atas katil. Mujur tilam itu lembut, kalau tidak boleh patah tulang belakang duri.

Rania pula terkaku apabila memerhatikan penampilan duri.

Ramia:Oh my god... Hot gila bila I tengok adik you ni. Oh my god... Hensemnya dia!!!

Blaze:Kau tak payah gatal sangat! Dia ni bukannya lelaki yang pandang perempuan macam kau.Dahlah, cepat buat kerja kau. Upah dah dapatkan? Dah buat cepat!

Taufan:Kau buat elok-elok ya. Pastikan nampak real punya.

Rania:Okey...

Bkaze:Boleh viral kan dekat sosial media nanti! Hahahaha!

Mata Rania ralit memerhatikan duri, kornea matanya itu tidak terlepas memandang setiap inci tubuh duri. Ternyata penampilan duri pada malam itu juga mampu menarik perhatian Rania.

Blaze terus menyergah Rania setelah dia sedar gadis itu tertarik kepada duri.

Blaze:Dah, dah cepat buat! Kau jangan nak bazirkan masa aku. Kalau dia tersedar nanti kantoilah kita.

Rania:Ouh.. O.. Okey. Ermm.. Aku nak bersiap, korang bukalah baju dia ya.

Keesokan paginya...

Duri membuka matanya perlahan-lahan lalu melihat keadaan sekeliling. Kepalanya terasa berpusing-pusing, namun dia menggagahkan diri untuk bangun bagi membersihkan diri.

Otaknya ligat berfikir untuk mengingati kembali apa yang terjadi namun tidak berjaya. Dia terus  bersikap positif dan menganggap dia tertidur sebaik sahaja masuk ke dalam kereta blaze.

Kakinya pantas menuju ke dapur setelah dia tahu dia sudah terlewat untuk pergi ke tempat kerja. Dia teeus menyapa  adik-beradiknya yang berada di situ namun hanya jelingan saja yang dihadiahkan.

Duri mengabaikan situasi itu dan terus menikmati hidangannya. Tangan Halilintar mahu menuang teh panas ke dalam cawan tetapi dia sengaja menuang air itu hingga terkena di tangan duri.

Duri:Aduh..

Halilintar:Ops.. Tak sengaja.. Maaf ya.

Halilintar tersenyum sinis. Ais pula terus membuli duri.

Ais:Sorry, duri. Aku tak sengaja tumpahkan mi goreng ni dekat baju kau... Hehehehe!

Duri berasa hairan mengapa mereka bersikap demikian dengannya namun dia mengabaikan mata yang memandangnya.

Usai menikmati sarapan pada pagi itu, duri tergesa-gesa pergi ke pejabatnya namun dia terjatuh apabila tersadung sesuatu.

Duri:Aduh!!!

Orang yang menyadung duri itu ialah Halilintar.

Halilintar:Ouh.. Kau jatuh ke? Sorrylah aku tak perasan pula kau nak lalu. Yelah, tak sanggup lah pandang diri kau yang 'kotor' tu.

Duri langsung tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Halilintar. Kotor? Siapa yang dia maksudkan kotor tu? Dan apa yang dia dah buat?

Dia merasakan seperti Halilintar ada menyorokkan sesuatu daripadanya. Namun dia batalkan niatnya itu yang mahu ketahui lebih lanjut kerana dia sudah lambat mahu pergi ke tempat kerja.

Sedang dia cuba mahu bangun, Halilintar terus menghulurkan tangannya tanda mahu membantu.

Halilintar:Mari.. Aku tolong..

Duri:Terima ka..

Baru saja duri mahu menyambut huluran Halilintar serta-merta Halilintar menarik tangannya itu.

Halilintar:Hahahaha! Padan muka!! Jangan mimpi kau boleh pegang tangan aku!Sudahlah, aku jijik lah nak pegang orang macam kau!

Halilintar terus meninggalkan duri yang terkaku di situ.

Duri semakin tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang. Apa yang terjadi? Ada benda yang mereka cuba sorokkan daripadanya ke?

Duri berfikir mungkin mereka mahu bergurau dengannya, dia mengabaikan semua itu lalu terus pergi ke tempat kerja dalam keadaan tergesa-gesa.

Di pejabat...

Duri terkejut melihat mejanya itu dipenuhi dengan longgokan sampah berserta pandangan benci daripada rakan - rakannya.

Jujur dia tidak tahu apa yang terjadi. Mengapa semua ini terjadi kepadanya? Apa kesalahan yang dilakukan oleh dia kali ini?

Duri mengeluh panjang lalu tangannya pantas mengemas sisa sampah yang terdapat di atas meja. Okey, mejanya dipenuhi longgokan kertas yang dipenuhi kata-kata nista. Semua kata-kata itu mampu mengguris hati kecilnya ini.

Sedang tangannya sibuk mengutip sampah, fang memanggilnya bersama nada serius.

Fang:Oit duri.

Duri:Ah.. Fang kenapa ni?

Fang:Aku nak kau jelaskan apa yang dah jadi. Apa yang kau dah buat semalam?

Duri:Aku.. Aku buat apa semalam?

Fang:Jangan pura-pura tak tahulah!!

Duri:Aku memang tak tahu apa yang aku dah buat! Aku tak buat apa-apalah! Demi Allah, aku berani bersumpah aku tak tahu apa dah jadi!

Fang:Oh jadi kau nak kata yang kau tak bersalahlah!

Duri:Ya!

Fang:Habis ini apa?!Ni yang kau kata kau tak bersalah hah?!!!! Selama ni aku ingat kau baik! Tapi rupa-rupanya kau ni jahat!

Duri terkejut apabila melihat gambar yang terpapar di skrin telefon. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Telinganya sempat menangkap perbualan antara ying dan yaya.

Yaya:Hish, teruk betullah duri tu! Nampak je baik tapi jahat rupanya!

Ying:Betul tu! Tak sangka dia sanggup buat macam ni!

Yaya:Jangan fikir dia tu baik sangat... Nafsu siapa boleh tahan sebab tu dia nak buat macam tu.

Ying:Hah, tengok ni! Ramai orang kecam dia! Memang patut dia matilah!

Duri terus melihat Fang semula dengan mata yang berkaca-kaca.

Fang:Kau dah dengar semuanya kan? Semuanya dah jelaskan?!! Manusia yang berdosa macam kau tak layak ada di muka bumi ni!!

Duri terus terjatuh setelah fang menolak tubuhnya dengan kuat. Dia benar-benar tidak tahu apa yang terjadi semalam. Dia terus berfikir siapa yang berani melakukan angkara ini.

Lamunannya terus tersentak apabila fang menyepaknya dengan kuat.

Fang:Kau tercegat apa lagi dekat sini Huh?! Pergilah cepat!! Jijik tahu tak aku tengok muka kau dekat sini!

Duri berasa sedih kerana fang menghalaunya dengan kasar. Sungguh kejamnya dunia ini pada dirinya, mengapa kebahagiaan hanya datang seketika pada dirinya?

Fang:Pergilah!!!

Kecil hati duri kerana diherdik sebegitu rupa. Dia bangun perlahan-lahan lalu pergi meninggalkan rakan-rakannya bersama air mata kecewa. Kecewa kerana berapa mudahnya rakan-rakannya mempercayai berita itu.

Dia sangkakan di tempat kerjanya saja akan mendapat kata-kata nista sebegitu rupa. Malangnya, di luar ini lebih kejam. Ada yang mengherdiknya, ada juga yang mencampakkan sampah kepadanya.

Dia merasakan seperti dunia ini adalah sebuah neraka. Jiwa dan raganya kini merintih kerana terseksa. Namun apakan daya, dirinya tak mampu menghalang.

Akan tetapi semua perbuatan itu terhenti apabila ada seseorang menyelamatkan dirinya.

Solar:Duri okey?! Ada cedera apa-apa tak?! Jangan risau solar akan lindungi duri!

Duri bersyukur kerana solar masih setia bersama dengannya. Bersyukur kerana solar tidak mempercayai kata-kata yang dilemparkan di berita itu.

Solar:Mari kita pulang rumah... Biar solar rawat luka duri ya?

Duri:Te.. Terima kasih solar...

Solar:Okey, jom. Jangan risau, solar percaya yang duri takkan buat macam tu! Biar solar cari siapa dalang di sebalik kes ini, Okey?!

Duri:Okey.

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top