Bab 23
Waktu pagi..
Duri sedang memperbetulkan kedudukan tali leher di kolar bajunya. Ada masa si solar ni tolong betulkan juga apa yang mampu. Nampak gaya macam si solar ni assistant dia pula.
Solar:Okey, yang ini dan ini.. Siap! Wahh... Hensemnya duri pakai baju ni!!!
Duri terus memerhatikan penampilannya di hadapan cermin. Benar penampilannya pada pagi itu jauh berbeza daripada sebelumnya. Gaya pemakaiannya nampak seperti dia... Sudah matang.
Duri:Okey ke duri pakai macam ni? Rasa macam tak Okey je.
Solar:Okeylah, dekat mata solar duri nampak.... Hensem pagi ni.100% bertentangan dengan sifat sebenar duri. Wah.. Abang aku nampak matanglah.
Duri:Sudah-sudahlah tu, duri biasa-biasa jelah. Tak perlulah melebih-lebih... Okey jom kita turun sarapan.
Solar:Eh, betul juga. Jom takut duri lambat nak pergi kerja!!
Solar terus menarik tangan duri untuk turun ke bawah. Duri hanya tersenyum apabila memerhatikan gelagat adiknya itu.
Di dapur...
Solar:Good morning guys!!!
Semua:Good morning, M.r swag!
Duri:Selamat pagi semua!!!
Halilintar:Selamat pa...
Ayat Halilintar terus tergantung apabila memerhatikan gaya duri pada pagi itu. Tampak berkarisma di matanya,suapannya pada nasi goreng itu terus terhenti dan serta-merta sudu yang berada di tangannya itu terjatuh di lantai.
Elemental yang lain juga terkejut apabila memerhatikan gaya duri pada pagi itu. Semua mata fokus memandang ke arah duri yang bergaya.
Ais terus terjaga daripada tidurnya apabila terbau sesuatu yang wangi. Ya, solar menyemburkan sedikit minyak wangi kepada duri tadi.
Taufan dan blaze pula terlopong apabila melihat duri melintasi di hadapan mereka. Nampak gaya seperti seorang lelaki yang bergaya dan kaya-raya.
Yelah, duri pada pagi itu berkemeja putih dan lengannya dilipat. Di lengannya pula tersangkut tuksedo berwarna hitam pekat.
Gempa pula yang sedang menuang air teh tidak sedar dia tertumpahkan ke atas lantai. Iris emasnya itu fokus melihat gaya duri.
Duri pula berasa pelik kerana lima pasang mata itu memerhatikan tepat ke arahnya.
Duri:Kenapa semua pandang duri macam tu? Duti nampak pelik ke pagi ni?
Halilintar:Duri kau nampak...
Ais:Sangat bergaya...
Halilintar:Betul!! Kau nampak macho gila pagi ni!!
Duri;Eh iyeke? Mana ada duri biasa biasa je..
Ais:Wah kau beli bila baju ni!! Nampak baru lagi!!!
Ais terus melihat duri dari atas ke bawah. Sungguh, dia tidak percaya duri berpakaian sebegitu rupa. Terus hilang sifat polos duri.
Halilintar:Kan.. Siap pakai perfume lagi. Perghh wangi gila.. Tahniah duri.. Kau dah up.
Duri:Hehe.. Sama-sama. Ni semua solar yang bantu. Duri bukan tahu sangat.
Halilintar:Wah, seriuslah solar!! Kalau macam tu aku nak minta kau tolong siapkan untuk aku boleh tak?
Solar:Boleh...
Halilintar:Wah, terima ka...
Solar:Boleh blah.
Halilintar:What the... Kedekut.
Solar:Lah.. Betullah apa lagi yang aku nak betulkan dekat kau. Kau dah cukup hensem tahu?
Ais:Betul tu, lagipun bukan ke kau ramai peminat? Lainlah aku ni, sikit je...
Blaze:Tu sebab kau kerja tidur je. Siapa nak minat kau kalau kau tahu tidur je.
Suasana di situ terus gamat dengan gelak ketawa mereka. Ais tersipu-sipu malu apabila mendengar jawapan blaze.
Gempa:Ya Allah!! Aku ingatkan aku tuang air ni dalam cawan! Rupa-rupanya dekat lantai!
Halilintar:Haa yang ni satu lagi kuat berangan. Yang kau tuang dekat lantai tu kenapa?? Kami yang nak minum bukan lantai.
Ais:Ke.. Sebab kau terpana tengok penampilan duri ni. Kan.. Kan..
Halilintar:See gempa. Adik yang paling kau benci ni pun dah berubah. Kau tu je asyik bersangka buruk Cepatlah bertaubat ya...
Mereka berdua terus ketawa apabila melihat wajah gempar yang terkulat-kulat. Gempa terus mencebik, benci kerana diperli sebegitu rupa.
Gempa pula memulangkan laku buah keras kepada hali dan ais.
Gempa:Eleh kata dekat aku.. Macamlah korang baik sangat. Padahal sama jahil je dengan si duri tu. Oit duri, kau tak payah ingat kau tu baik sangat ya. Sedarlah diri tu jahat faham?
Gempa terus berlalu meninggalkan adik-beradiknya kerana tersentap dengan ayat yang diberikan oleh Halilintar. Dia memang mahu mengaku tapi sayangnya tembok ego yang menghalang.
Halilintar:Ceh.. Orang melawak je pun.
Ais:Kan.. Suka sentap lebih. Tak fahamlah aku ngan dia tu. Dahlah daripada kita membawang pasal dia, baik kita sambung makan.
Halilintar:Kan.. Lebih baik isi perut daripada isi dosa, kan?
Ais:Betul tu.. Eh solar, duri! Duduklah yang tercegat dekat situ kenapa? Cepat makan..
Duri:Ah.. Okey Okey.
Blaze terus memerhatikan gelagat duri sambil tangannya sibuk menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Seleranya yang tertumpu pada kelazatan nasi goreng itu terus terbantut.
Taufan pula hairan melihat kelakuan teman seperjuangannya itu. Dah kenapa ni? Sakit perut ke? Omel taufan dalam hati.
Blaze yang fokus melihat si duri itu terus melatah kecil kerana terkejut taufan menyiku pinggangnya. Dia terus memandang ke arah blaze dengan perasaan geram.
Blaze:Kau ni apahal?
Taufan:Patutnya aku yang tanya macam tu dekat kau! Kau tu yang apahal, aku tengok muka tu macam dah telan seratus cekodok basi.
Blaze:Oit, kau nak aku mati ke?
Taufan:Anggapan...
Blaze:Hmmm... (sambung makan)
Taufan:Oit aku tanya ni..
Blaze:Tanya apa?
Taufan:Hish.. Asal kau tengok budak mentah tu haa?
Blaze:Ish bukan.. Kau nampak dia pakai smart harini kan?
Taufan memandang seketika ke arah duri yang rancak berborak dengan solar, lalu matanya itu memandang kembali ke arah blaze.
Taufan:Ahaa... So?
Bkazr:So, aku ada idea.
Taufan:Haa, seriuslah? Cerita lah dekat aku sikit.
Blaze terus membisikkan ideanya kepada taufan. Taufan tersenyum jahat.
Taufan:Okey Okey...kita akan buat...
Waktu malam..
Duri:Alhamdulillah, habis juga semua kerja ni.
Tangan duri pantas menyusun semuka fail yang bertaburan di atas meja kerjanya. Yaya yang melihat duri sibuk mengemas terus ramah bertanya.
Yaya:Hai duri!
Duri:Eh,yaya rupanya terkejut aku. Kenapa yaya datang sini?
Yaya:Takdelah, saje nak tegur duri. Oh, duri dah siapkan kerja ke?
Duri:Alhamdulillah, semua dah settle. Rasa macam cepat pula harini duri siapkan semua fail ni.
Yaya:Baguslah.. Duri?
Duri:Ya? Ada apa lagi yaya, duri nak jumpa boss ni.
Yaya:Cantik baju duri harini.
Duri:Oh, ya ke? Hehe, terima kasih.
Yaya:Duri beli dekat mana? Boleh juga yaya belikan untuk boyfriend yaya nanti.
Duri:Oh, ini semalam solar belikan untuk duri. Baikkan dia?
Yaya:Wah.. Bagus betul solar tu. Makin rapat lah korang berdua ni. Erm.. Gempa macam mana?
Duri terus terdiam lalu tertunduk memandang ke arah lantai.
Yaya terus berasa bersalah setelah melihat reaksi duri.
Yaya:Ermm.. Yaya minta maaf ya sebab tanya macam tu. Yaya tahu yaya memang tidak patut tanya macam tu. Maaf ya.
Duri:Eh, takpelah. Duri tak kecil hati pun. Hehe... Oh duri pergi jumpa boss dulu ya?
Yaya:Duri nak yaya tolong angkatkan? Nampak macam berat je tu.
Duri:Eh takpe. Ringan je ni. Duri pergi dulu.
Yaya:Okey.
Duri terus mengangkat timbunan fail-fail kerja untuk diserahkan kepada majikannya.
Usai dia berbincang dengan majikan ya, dia terus keluar dari bilik itu bersama senyuman lega. Lega kerana majikannya itu amat berpuas hati dengan kerjanya.
Baru saja dia mahu bergerak ke arah mejanya semula, telefonnya berdering tanda minta diangkat.
Skrin telefonnya jelas terpapar nama abangnya, blaze. Panggilan dijawab bersama perasaan ceria.
Duri:Hai blaze! Kenapa telefon duri ni?
Blaze:Duri, duri dah nak balik ke?
Duri:Ya, kenapa? Barang dekat rumah sudah habis ke? Kalau tak duri mahu singgah kedai dan beli.
Blaze:Eh, bukan. Takdelah, saja blaze nak datang jemput ambil duri harini. Tak salahkan?
Duri:Eh, ya ke? Ya Allah maaflah sebab duri ni susahkan blaze. Nanti duri bagi upah ya?
Blaze:Eh, tak perlu tak perlu. Blaze ikhlas je...
Duri:Wah, terima kasih bkaze! Duri kemas barang dulu ya..
Blaze:Okey.
Bibir blaze pantas mengukirkan senyuman penuh makna. Tangannya itu pantas mendail nombor telefon taufan pula.
Taufan:Macam mana bro? Jadi?
Blaze:Semuanya berjalan lancar. Kita tunggu hasilnya nanti.Hasilnya pasti memuaskan.
Taufan:Hehe.. Okey. Huehehehehehehe...
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top