Bab 19
Duri membuka daun pintu perlahan-lahan. Dua melihat ruang tamu yang berada dalam keadaan gelap. Dia masuk ke dalam rumah itu dengan penuh hati-hati.
Duri:Assalamualaikum...
Duri mencari kelibat solar di makmal. Manalah tahu, samada si adik swagnya itu sudah tidur atau masih berjaga.Dia memanggil solar dengan nada berbisik supaya ahli dalam rumah itu tidak terjaga daripada mimpi.
Duri:Solar.. Oh.. Solar.. Mana kau? Aku beli sikit makanan untuk kau ni.
Duri ternampak makmal solar masih bercahaya. Dia menghembus nafas lega lalu bergerak pantas ketika menuju ke bilik itu.
Duri:Solar, mujur kau tak tidur lagi... Mari kita makan sama-sama! Aku ada beli makanan favourite kau.
Duri berasa pelik kerana tiada sebarang sahutan daripada budak itu. Dia terkejut kerana insan yang dicari olehnya itu tiada dalam bilik...
Tetapi.... Abangnya itu yang berada dalam bilik bersama senyum sinis.
Gempa:Lambat balik? Pergi mana?
Duri:Mana solar? Duri nak jumpa dia.
Gempa:Heh.. Tak payah nak ubah topik. Aku tanya ni baik kau jawab.
Duri:Soal dan hal aku kau tak perlu masuk campur.
Gempa:Heh... Pandai eh kau menjawab.. Pandai ya kau menjawab...pandainya
Gempa bermundar-mandir di hadapan duri lalu tangannya pantas menolak duri ke dinding. Kepala duri terhantuk sedikit di dinding.
Gempa:Kau tak payah nak berlagak kuatlah, budak.. Aku tanya kau pergi mana jawab jelah!!
Duri:Suka hatilah aku nak pergi mana pun.. Kau tak payahlah sibuk lebih! Daripada jaga tepi kain orang, baik kau jaga tepi kain kau tu sendiri!
Gempa:Diamlah!!! Berani kau jawab eh?! (pukul duri)
Duri:Arghh!!!
Gempa memukul duri dengan kuat serta tanpa belas kasihan. Duri hanya mampu menahan kesakitan yang dialami.
Selepas 25 minit...
Gempa:(sambil pegang tali pinggang) Lain kali kalau aku tanya jawab jelah, tak payah nak mengelak.. Kan kau dah kena padahnya, dahlah baik aku blah dulu... Naik muak pula aku tengok muka jambu kau ni.
Sebelum gempa berlalu pergi meninggalkan duri, dia memijak kepala duri dengan kuat sambil berbisik.
Gempa:Heh.. Sampah.. Cepatlah kau pergi dari dunia ni.
Gempa berlalu pergi tanpa sebarang perasaan bersalah. Setelah bayangan gempa ditelan oleh kegelapan dalam rumah itu, duri bangun perlahan-lahan.
Cecair merah hangat perlahan-lahan mengalir dari bibir duri lalu menitik ke lantai. Duri melihat biasan wajahnya di cermin.
Wajahnya kelihatan teruk... Dipenuhi luka yang dipukul oleh gempa sebentar tadi. Parut itu mungkin akan menghiasi wajah mulusnya ini nanti.
Dia mengesat kesan darah yang mengalir di bibir merahnya itu dengan hujung lengan kemeja.Dia melihat luka yang dipukul oleh gempa kali ini lebih teruk daripada sebelumnya.
Duri:Mungkin gempa memang suka melihat aku terseksa macam ni...
Sampai bila dia nak terus hidup macam ni? Hidup dalam keadaan sengsara.. Jiwa merana... Hanya tangisan yang menemani jiwa dan raga yang terseksa ini.
Kesan darah daripada luka duri itu telah mencemarkan warna lantai di makmal solar itu... Daripada warna putih suci, kini dipenuhi dengan tompokan darah.
Ya, kisah hidup duri diibaratkan seperti lantai yang kotor itu. Penuh derita tetapi disorokkan bersama sebuah senyuman.
Ya, ramai orang luar tidak tahu apa yang dialami oleh duri. Mungkin mereka fikir kehidupan duri sama seperti orang lain,namun kenyataan itu benar-benar palsu sekali.
Duri mengagahkan dirinya untuk bangun namun dia tidak berdaya. Terasa otot-otot dan sendi-sendi di badannya ini terasa berbisa kerana pukulan gempa sebentar tadi.
Namun, dia cuba bangun sehingga dia berjaya.
Duri:Huh... Baik aku pergi ambil kain.. Bersihkan kesan kotoran ni. Aku patut sorokkan perkara ini daripada solar. Kalau dia tahu nanti mesti dia risau.
Baru saja dia mahu melangkah, dua terkejut apabila melihat insan yang disebutkan olehnya tadi kini muncul secara tiba-tiba di hadapan mata.
Di kornea mata duri, jelas terpancar riak wajah sedih daripada solar. Duri cuba mengukir kan senyuman walaupun dia masih rasa kesakitan luka.
Duri:Solar.. Kenapa tak tidur lagi? Solar pergi mana? Puas duri cari tahu? Ni duri ada belikan makanan untuk solar. Kalau solar tak kisah.. Jom kita makan sama-sama.
Solar berasa simpati dengan nasib duri. Dia masih boleh berpura-pura lagi walaupun dia baru disakiti sebentar tadi? Bisik hati solar.
Solar hanya menuruti langkah kaki abangnya itu. Di berasa kasihan kerana duri dipukul teruk oleh gempa. Apa salah duri dekat gempa sehingga dia sanggup mencederakan duri macam ni?
Kepala duri terasa berdenyut-denyut akibat dihempuk kuat oleh gempa tadi. Namun, dia berpura-pura menunjukkan dia kuat di hadapan solar. Dia cuba menutup lukanya ini bersama senyuman terukir di bibir.
Duri Nah.. Makanlah. Duri beli makanan untuk solar, mana tahu solar tetiba rasa lapar waktu malam macam ni. Makanlah...
Duri mula menjamah makanannya itu. Spaghetti carbonara yang berada elok di atas pinggan tidak terusik sedikit pun oleh solar. Iris kelabu solar masih memerhati iris hijau duri.
Dia tahu... Di kornea mata duri jelas terpancar segala kesengsaraan yang dirasai oleh duri. Namun dia tahu, abangnya ini pandai menutup semua kisah gelap itu.
Duri pula berasa hairan kerna solar tidak menjamah hidangannya itu.
Duri:Eh, solar. Kenapa kau tak makan ni? Makanlah, kesian Spaghetti tu. Kau tak usik dia pun. Hahaha!
Bunyi ketawa itu solar tahu.. Bunyi yang dipenuhi kepura-puraan. Matanya makasih lagi melihat wajah duri. Dia berani kan diri untuk bertanya.
Solar Duri.. Kenapa muka kau.. Banyak luka ni?
Duri:Oh, ini tadi.. Ada kucing pak senin koboi tu. Tetiba datang terjah teyus dekat muka aku, tak tahu pula dia ajak konco dia sekali untuk cakar muka aku. Kelakarkan?
Duri terus ketawa. Solar tahu duri cuma mereka ceritanya. Telinganya tadi masih terngiang-ngiang dengan jeritan kesengsaraan duri tadi.
(Flashback...)
Duri:Arghhh!! Hentikan, gempa! Aku mohon tolong.. Hentikan..
Gempa:Kau makin pandai eh nak bohong aku!!! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau pergi dekat lorong?! Jumpa perempuan lepastu lepaskan nafsu kau?! Kau dah puas bernaksiat kan?!! Kan?!!!
Duri:Ampun gempa.. Demi Allah duri tak buat pun semua benda yang gempa cakapkan tu... Duri berani bersumpah dengan nama Allah...
Gempa:Tak payah nak main sumpah-sumpahlah!!! Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak percayakan kata-kata dusta kau, hah?! Sini aku ajar kau lebih teruk lagi!!! (ambil tali pinggang pukul duri sekuat hati)
Solar terdengar jeritan kesakitan duri. Wajahnya terus dibasahi air mata. Jika dia mahu selamatkan duri, pasti dia akan dibuli oleh yang lain kerana dia sudah diugut sebelum ini.
Sebab itu dia hanya mampu melihat dari jauh.
(End flashback)
Solar:(Dalam hati Maafkan aku duri.. Sebab tak selamatkan kau...Maafkan aku.)
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top