Bab 16

Di dapur...

Semua elemental sedang menikmati hidangan tengahari mereka. Mata gempa seolah-olah sedang mencari sesuatu di meja itu.

Halilintar yang perasan dengan gerak-geri mata gempa terus dia memandang ke arah lauk yang di masaknya.

Apa yang kurangnya, dia sudah masak lauk seperti yang gempa mahukan harini. Ada yang tak kena ke?

Iris merahnya pula memerhatikan iris berwarna emas gempa. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Untuk mengelakkan persoalan terus berada lebih banyak dalam otaknya ini, dia terus bertanya kepada adiknya itu.

Halilintar:Gempa, kau cari apa?

Gempa:Eh.. Cari? Mmm.. Mana ada aku cari! Aku tak cari apa-apa pun! Merepek lah kau ni.

Halilintar:Habis, kenapa aku tengok mata kau asyik memerhati sekeliling tadi? Melilau sana sini, juling mata tu nanti baru tahu.

Gempa terkejut kerana Halilintar memerhatikan gelagatnya. Dia terus berlakon berpura-pura tidak tahu apa-apa.

Gempa:Tt.. Takdelah. Aku tengok langsir tu.. Err dah kotor dan lusuh. So kena cuci lah, nanti kau cuci okay.

Ais:Langsir tu baru tukar je semalam, Che gempa oii. Berapa juta kali kau nak minta Halilintar basuh hah?

Solar:Ha'ah, kau ingat dia ni PA kau? Nak arahkan sesuka hati? Macam tu?

Gempa:Diamlah!! Korang budak kecik jangan nak masuk campur! Tak kisahlah langsir buruk tu baru tukar semalam ke apa ke, aku semua baru. Faham?!

Ais:Tapi gempa, kita kena bersikap jimat-cermat. Mana boleh bersikap boros. Lagipun, kita dahlah nak kena bayar bil lagi apa semua tu.

Taufan:Tak pun, macam ni. Apa kata korang mintak duit dekat tok aba. Korang katalah nak bayar bil rumah. Nanti korang bagilah duit tu dekat kami...

Blaze:(Sambil menyilang kaki atas meja) lepas tu bolehlah aku guna duit tu nak pergi dekat lorong. Boleh kami cuci mata sikit.

Taufan:Ha'ahlah, blaze. Bernas idea kau! Dekat situ ada awek cun!! Pwitt!! At least duit tu takdelah habis dekat korang. (sambil jeling ais, halilintar dan solar)

Blaze:Alah, kau mintak je Halilintar. Apa susah, kau kan cucu kesayangan tok aba. Mesti tok aba bagi punya...

Halilintar:Ish, tak baiklah buat macam tu! Itu bohong namanya! Berdosa tahu?!

Taufan:Alah.. Bohong je... Bukannya dosa besar pun. Lainlah syirik ke, judi ke.. Itu barulah dosa.

Blaze:Alah.. Kali ni je Halilintar... Kau baikkan, kau sayang kamikan? Kalau sayang buatlah.

Halilintar:Aku tak nak buat banyak dosa atas muka bumi ni tahu?! Aku cuma nak jadi cucu yang soleh untuk tok aba!! Kalau kita punyalah banyak buat amal kebaikan pun, tapi hati still nak buat dosa dan jahat apa semua tu takde makna juga!! Buat penat je kau buat semua tu!

Gempa:Ceh... Pura-pura alim. Wei, Halilintar. Sedarlah diri sikit yang kau tu.. Jahil. Tak payah nak berlagak pandai sangatlah macam pak ustaz, poyo je lebih.

Wajah Halilintar sudah kelihatan memerah. Ais memujuk Halilintar supaya bersabar.

Gempa:Betullah apa aku cakap betul tak lembab?

PAP!!!

Tangan Halilintar terus menepuk meja dengan kuat. Kesabarannya semakin tipis apabila mendengar sindiran gempa. Matanya semakin kecil apabila melihat gempa. Rasa seperti mahu saja belasah adiknya itu.

Gempa:Kenapa... Marah ke? Tak sedar ke itu.. Diri kau sebernanya? Betul tak Halilintar?

Halilintar:Kau jangan cabar kesabaran akulah, biadap!!

Tangan Halilintar hampir mahu mendarat pada pipi gempa, namun ianya sempat dihalang oleh ais. Ais memegang erat tangan Halilintar.

Ais:Sabar, Halilintar. Kita ada dekat depan rezeki ni, tak elok bergaduh macam ni.

Halilintar menepis kasar tangan ais lalu berlaku pergi dari situ bersama perasaannya.

Tanpa dia sedar, air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi. Dan pandangannya menjadi semakin kabur...

Ya, dia menangis. Menangis kerana gempa bukanlah seperti gempa yang dia kenal dahulu.

Halilintar:Kenapa gempa? Ke.. Kenapa.. Kenapa kau... Berubah sampai macam ni? Kau.. Bukan diri kau yang... Yang dulu....hiks..

Halilintar duduk tersandar di dinding. Kini dia dibuai perasaan sedihnya. Sedih dan kecewa... Perasaan itu bercampur lalu digaul sebati hingga membentuk satu resepi.

Ya, resepi itu ialah resepi untuk membentuk sebuah tangisan pada Halilintar. Air mata mengalir semakin laju seperti hujan membasahi bumi.

Matanya pada saat itu terbayang akan wajah kedua arwah orang yang amat dirinduinya. Orang itu adalah ibu dan ayah mereka sendiri.

Jejas terpancar di kornea matanya iaitu wajah ibu dan ayah yang disayangi kelihatan kecewa. Kecewa kerana anak-anak mereka sudah berubah sikap.

Terutamanya Gempa. Orang yang diharapkan selama ini untuk menjaga mereka sebagai adik-beradik. Tapi semua itu berubah 360° selepas kematian orang yang disayangi.

Ais:Halilintar...

Halilintar terkejut melihat ais yang berdiri di hapannya dengan wajahnya yang risau. Serta-merta fikirannya teringat kepada ibu dan ayah.

Dia terus menarik tangan ais lalu memeluknya. Dilepaskan semua tangisan ya di bahu ais. Ais mengusap belakang badan Halilintar.

Ais:Halilintar, sudahlah tu. Jangan menangis lagi.

Halilintar:Aku tak boleh ais.. Aku tak boleh... Gempa bukan macam orang yang kita kenal dulu. Dia dah berubah ais.. Dia.. Jadi lebih kejam. Aku kecewa dengan dia... Kecewa...

Ais:Halilintar....

Semakin kuat esakan tangisan Halilintar. Ais mengeluh lalu memikirkan tentang duri.

Ais:Dalam hati(agaknya duri dah makan atau belum? Apalah yang dia tengah buat sekarang ni ya?)

Ais mengelamun sebentar sambil fikirannya asyik memikirkan tentang duri. Sehinggalah dia tidak sedar yang Halilintar sudah berhenti menangis.

Halilintar:(sambil mengesat air mata) aku.. Masuk bilik dulu eh? Nak baring kejap, letih.

Sejak bila si Halilintar ni berhenti menangis dia pun tidak tahu. Dia hanya menangguk lalu turun ke bawah untuk bertemu solar.

Ais:Solar?

Solar:Halilintar mana? Dia Okey tak?

Ais:Dia menangis tadi tapi sekarang dia dah okey.

Solar:Alhamdulillah baguslah macam tu. Sayang betul dia dekat gempa, sampaikan gempa jadi macam ni pun dia menangis.

Ais:Itulah pasal. Solar, plan tu bila kita nak jalankan?

Solar:Kita lancarkan malam ni. Bersedia semua, kita akan balas dendam...

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top