Bab 10
Bunyi hon jelas kedengaran di hadapan rumah mereka. Halilintar yang terdengar bunyi tersebut segera keluar untuk mengetahui apa yang terjadi.
Posmen:Assalamualaikum!
Halilintar yang terdengar suara itu terus menjawab salam itu.Yelah tak jawab dosa nanti. :>
Halilintar:Waalaikumsalam, ya encik ada apa ni?
Posmen:Oh, adik ni Boboiboy Solar ke?
Halilintar:Eh, tak. Saya abang dia, kenapa encik sebut nama dia?
Halilintar hairan mengapa 'encik penghantar surat' itu menyebut nama adik kesayangannya. Otaknya berfikir sejenak.
Halilintar:Budak ni ada beli barang online lagi ke tanpa pengetahuan aku? Hmm.. Nak kena ni. - _ -
Lelaki itu pula terus menghulurkan satu sampul surat kepada Halilintar.
Posmen:Ini ada surat untuk adik kamu. Nah, assalamualaikum.
Halilintar mengambil surat itu perlahan-lahan.
Halilintar:Sama-sama...
Hati kecil Halilintar terus berbisik sesuatu.
Halilintar:"Surat apa ni? Surat cinta dari yaya eh? Kalau ya aku nak curi-curi baca.. Hehe... :-P"
Duri yang perasan Halilintar memegang sesuatu terus mulutnya ringan bertanya.
Duri:Halilintar, kau pegang apa tu?
Halilintar:Oh.. Er... Ni...
Duri:Nampak macam surat.. Surat siapa tu? Surat abang eh?
Halilintar:Oh.. Ni.. Ermm.. Arrr.. Err..
Wajah comel duri terus menunjukkan wajah penuh tanda tanya. Satu keluhan kasar terlepas dari bibir Halilintar.
Halilintar:Ni. Surat untuk adik kau..
Duri:Oh, ni surat solar rupanya... Takpe, biar duri tolong bagi dekat dia.
Halilintar mahu memberikan surat itu kepada duri. Namun, matanya sempat melihat nama penghantar surat itu.
Duri pula terus menghulurkan tangannya, baru saja surat itu mahu bertukar tangan, surat itu ditarik kembali oleh Halilintar dengan pantas.
Duri:Eh, kenapa Halilintar ambil balik surat tu? Kata itu surat solar.
Halilintar:Ermm.. Takpe, alang-alang Halilintar ada dekat bawah ni.. Duri tolong panggilkan solar boleh? Kata.. Halilintar nak bincang something dengan dia.
Duri:Ermm... Okey.
Di dalam makmal...
Tok! Tok! Tok!
Solar:Ye, masuklah...
Duri menolak pintu makmal dengan perlahan-lahan.
Solar:Eh, duri rupanya! Kenapa duri datang sini? Duri nak apa? Duri lapar eh? Kalau macam tu jom kita beli aiskrim.
Duri:Ehh.. Bukan. Abang Halilintar... Dia nak jumpa solar dekat bawah.
Solar:Oh, Halilintar nak jumpa solar?
Duri:Iye...
Solar:Okey, kalau macam tu jom ikut solar.
Solar mahu memegang tangan duri, namun duri pantas menarik tangannya.
Solar:Eh, kenapa ni duri?
Duri:Ermmm... Takpelah, solar. Solar pergilah dulu bincang dengan Halilintar, duri.. Err.. Duri.. Nak pergi tandas kejap. Nanti duri menyusul,okey?
Solar:Oh, Okey.
Di ruang tamu...
Solar:Halilintar....
Halilintar:Haa, solar. Datang pun kau.
Solar:Duri kata kau nak jumpa aku. Ada apa nak jumpa aku ni?
Halilintar:Bukan.. Ada sebab aku panggil kau ni. Kita.. Perlu berbincang.
Solar:Bincang? Bincang pasal apa pula?
Halilintar terus menunjukkan satu sampul surat putih. Hati solar tertanya apakah isi kandungan surat itu.
Halilintar:Baca surat tu dulu.
Solar terus mengambil surat itu lalu dibacanya dengan teliti. Matanya terus terbuntang seperti mata burung hantu.
Halilintar:Kau.. Dapat tawaran untuk belajarkan?
Solar:Erm.. Ha'ah. Tapi...
Halilintar:Tapi apa?
Solar:Aku bukan dapat dekat sini...
Halilintar:Jadi kau dapat mana? Sabah? Kelantan? Pahang? Ke.. Terengganu? Atau Kedah?
Solar:Tak...
Halilintar:Habistu, kau dapat dekat mana?
Solar:Aku.. Dapat dekat England.
Jantung Halilintar terus berhenti seakan di panah petir.
Gempa:Assalamualaikum... Dato' dah kembali...
Halilintar & solar:Aaa.. Waalaikumussalam.
Gempa:Apesal korang berkumpul dekat sini? Ada masalah ke?
Gempa selamba duduk di atas sofa tanpa menghiraukan pandangan jengkel Halilintar dan solar. Dia mengipas-ngipaskan dirinya.
Gempa:Kau tengok apa? Nampak aku panaskan? Korang tak reti nak buka kipas ke?
Halilintar berdecit lalu dia pergi ke arah suis kipas. Dia membuat muka menyampah sambil hatinya berdesis dengan rasa geram bercampur meluat.
Halilintar:"Panas sebab kau ada banyak dosa."
Halilintar terus mendekati solar semula. Gempa memandang tepat ke arah solar.
Gempa:Hmm... Solar? Kau...ada kerja tak?
Solar:Err.. Tak.
Gempa:Tolong buatkan aku air, oh maksud aku jus oren. Pastikan rasa dia tip top okey? Tak nak rasa dia.. Masam sangat dan.. Manis sangat. Okey?
Solar:Erkk..okey.
Halilintar memandang tepat ke arah gempa dengan rasa menyampah.
Halilintar:"Ewah, ewah, dia ingat dia dato' dalam rumah ni? Nak arahkan kami dalam rumah ni sesuka hati? Dia ingat kami ni bibik dia?!"
Halilintar berasa geram dengan perbuatan Halilintar, kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia mencekik budak itu. Namun macam biasalah, itu semua hanya imaginasinya.
Gempa:Halilintar?
Halilintar:Ya?
Gempa:Tadi aku nampak korang macam.. Ada discuss something? Betul ke?
Halilintar:Ha'ah, kenapa tanya?
Gempa:Boleh aku tahu... Apa yang korang discuss tadi? Sebab nampak serius sangat waktu korang berdua bercakap tadi.
Halilintar rasa menyampah pula dengan sikap gempa. Menyibuk je tahu, bisik hati Halilintar.
Halilintar batuk seketika untuk membetulkan suaranya. Solar sudah muncul bersama segelas jus oren di tangannya.
Gempa:Oh, thank you my 'brilliant maid'.
Solar:Welcome.. (Dalam hati:dia ni tak pergi sekolah ke? Dia ingat aku ni perempuan nak panggil maid? Teruk betul - _ -)
Halilintar menyorok kan surat tawaran solar dari pandangan gempa. Gempa menghirup airnya perlahan-lahan sambil merenung tajam ke arah dua insan yang tidak bersalah itu.
Gempa:Tak payah nak sorokkan kertas tu daripada aku, bak sini kertas tu dekat aku.
Halilintar berdegil tidak mahu memberikan kertas itu kepada gempa. Gempa terus mendekati Halilintar lalu tangannya pantas merampas kertas itu. Mujur kertas itu tidak terkoyak.
Matanya terus tertancap pada tulisan di atas kertas itu. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman.
Gempa:Wow, solar... Betul ke kau dapat tawaran ni? Seriously? Wow.. Congrats!!
Gempa ketawa gembira apabila mengetahui berita tersebut. Namun solar tidak menunjukkan sebarang senyuman. Wajah masam macam cekodok basi adalah🤣.
Gempa hairan melihat solar berkelakuan seperti itu. Dia terus memandang tajam ke arah solar.
Gempa:Hei, kenapa dengan muka kau ni? Macam cicak tertelan kapur je aku tengok muka kau ni? (peribahasa apa yang aku merepek tak tahu🤣)
Baru saja solar mahu membalas, Halilintar menyampuk sebentar perbualan mereka.
Halilintar mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam urusan itu. Dia sudah mula nampak aura pergaduhan diantara dua insan itu.
Halilintar:Ermmm.. Aku keluar dulu, nak.. Nak.. Nak hirup udara.. Segar.. Okey bye!
Solar kembali memandang ke arah gempa semula. Alis gempa ternaik sedikit.
Solar:Aku... Aku tak nak terima tawaran tu! Aku tak nak belajar dekat sana!
Gempa:What?! Hei, kau ni memang teruklah! Kau dapat tawaran belajar dekat England, kau lepaskan macam tu je?!! Apa ni?! Kau tau tak, kalau kau belajar sana nanti kau dapat biasiswa sekali!! Kau ni lembab betullah!!
Author:Err.. Gempa?
Gempa:Apa?
Author:Sekarang kan musim covid, mana boleh pergi luar negara.. Kan.. Hahaha!
Gempa & solar: 😑😑😑
Author:Oh, tak lawak eh? Err.. Okey...
Okey kita kembali kepada... Story.
Solar:Alah, belajar di situ semata-mata nak dapatkan biasiswa je buat apa?! Baik aku belajar di sini, aku boleh temankan duri juga!!
........................................……………………
Author:Eh, solar. Duit tu, kau nak lepaskan camtu je? Rugilah.. Nanti macam mana kau..
Gempa & solar:Author!!
Author:Apa? Betullah kan?
Gempa & solar:😑😑😑😑😑
Author:Oh Okey... (sambung taip)
……………………………………………….……
Gempa:Kau ni tak habis-habis dengan budak tu! Kau tau tak dia tu PEMBAWA BALA dekat kita semua?!!
Pang!!
Solar terus menampar pipi gempa dengan kasar. Di sebalik kaca matanya itu, matanya menjeling tajam ke arah gempa.
Solar:Jaga sikit mulut kau tu!!! Dia tu adik kaulah, tak guna!!!
Gempa:Dia bukan adik aku!!! Aku takkan mengaku dia tu adik aku!!!! Dia tu pembunuh!! Sebab dialah ibu ayah kita mati!!!!
Solar:Woi, kau ni terimalah takdir!! Duri tak bersalahlah! Bukan sebab dia ibu ayah kita mati!! Dah Allah nak kata kun fayakun, maka jadi jadilah ia!
Tangan gempa pula terus menolak solar tanpa belas kasihan.
Gempa:Ceh!! Kau tu tak payah nak mengajar aku sangatlah! Tak payah nak berlagak alim! Sedarlah diri tu sikit yang dia tu jahil!
Solar terus naik ke atas dengan rasa marah. Kakinya menghentak setiap anak tangga itu bagi melepaskan semua rasa geramnya.
Gempa terus memerli solar lagi. Kali ini dia menjerit pula.
Gempa:Kalau sentap tu bagitahu jelah, aku tahu yang kau tu jahat!!! Hahaha!
Bersambung......
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top