【 S. E. V. E. N. T. E. E. N. 】

Hoseok’s

Aku dan kawan-kawanku yang lain sedang berehat di dalam sebuah bilik papan. Entah ini bilik apa, penuh dengan darah. Pada fikiran aku, ini adalah darah Shrek yang dikhabarkan keluar dari TV.

“Mana pula kita nak cari mereka? Rumah ni dah lebih besar dari banglo. Macam game Slendarina!” rungut Hongbin membuatkan yang lain turut mengeluh.

“Apa dosa aku ya Tuhan. Rasa nak ketawa, datang-datang Busan mesti je benda buruk berlaku pada aku. Dulu ada tragedi zombi Busan. Sekarang ni kes terperangkap dalam villa Busan. Lepas ni terperangkap dalam kontena ke macam mana?” bebel Joshua yang sedang cuba menerima kenyataan bahawa mereka kini terperangkap.

“Kau ni membebel mengalahkan perempuan.” kata Yoongi sarkastik. Joshua menggulingkan mata menyampah dengan Yoongi yang sentiasa acah swag.

“Bila kita boleh jumpa mereka? Aku rindu Hyunnie..” ujar Jimin sambil menongkat dagu di atas kotak lama di situ.

“Bukan Hyunnie hilang ke?” soal Taehyung membuatkan Jimin mengeluh. Banyak kali dia mengeluh hari ni. “Well, aku yakin dia ada di sekitar rumah ni. Firasat aku kuat mengatakan, dia masih ada di dalam rumah ni.” balas Jimin manakala mereka yang lain tidak memberi reaksi. Entah tak tahu nak buat reaksi apa.

“The problem is, kita tak tahu sama ada mereka masih hidup atau dah–” kata-kata Hongbin dipintas oleh Jungkook.

“Jangan sebut! Anda percaya, anda berjaya. Kau percaya mereka mati, jadi nanti kau akan berjaya meneka yang mereka mati! Tolonglah.. Aku pun ada firasat yang mengatakan mereka masih hidup dan tengah mencari kita semua.” bebel Jungkook panjang lebar. Jarang untuk mendengar dia membebel. Begitu jarang kerana selalunya Jin yang akan membebel.

“Sekarang ni, kita rehat sekejap. Dengar cerita, hantu tu bagi kita lima hari kan? Jadi kita start cari 5 jam dan cukup 2 hari right?” cadang Jin lalu dipersetujui semua.

“Laparlah.. Macam mana nak survive kalau stok makanan kita dah tinggal banyak ni je?” soalku sambil menunjuk ke arah snek-snek yang sempat kami ambil dari dapur tadi.

“Bertahan dulu untuk malam ni. Kita akan cari stok makanan esok.” jawab Jin sambil membaringkan diri atas lantai itu. Mereka yang lain juga berbuat benda yang sama kecuali aku. Bila dah lapar, adalah satu kesilapan besar jika aku berbaring kerana ia berisiko besar untuk isi makanan aku sebelum ini terkeluar.

Ya, itulah masalah aku bila sudah lapar. Jadi, tolonglah hamba ini. Dapatkan makanan segera atau hamba akan menderita usus terkeluar. Huehue.

『✾』

➽ Nayoung’s

Aku tak rasa akan ada sebuah penamat. Tetapi kita mesti cuba kan? Cuba sampai dapat. Tapi apabila letih sudah terasa, perasaan ingin berputus asa membuak-buak.

“Nay."

“Nay?”

“Nay, are you here me?”

“Woi pompuan!”

Tiba-tiba aku terjaga dari lena apabila terasa ketukan di kepala. Dengan mamai dan muka blur aku gosok mata dan memandang gerangan yang sesenang 123 je ketuk kepala aku.

Oh, Jena. I knew it.

“Panggil pompuan baru sedar eh? Boleh tukar--”

Ppap!

“Otak kau! Aku kan tengah tidur. Ish kacau betul.” balasku geram lalu menjeling Jena tajam dan dia hanya menjelir lidah sambil tersengih. Oh Tuhan, ampunkan aku kalau-kalau aku terlempang dia sampai tercabut kepala.

“Jen, mana Maera, Haein dan Aeyin?” soalku apabila tidak nampak kelibat mereka.

“Sebenarnya...” kata-kata Jena tergantung. Dia kelihatan ragu-ragu hendak memberitahu. “M-mereka pergi cari yang lain. Kau tidur dan Yin kata tak mahu kau dikejut dan aku jaga kau. So, now jom cari diorang?” mendengar penjelasan Jena, aku menepuk dahi.

Oh hell. What the heck is this? Bala apa lagi yang datang ni, oh berikanlah aku kesabaran.

“Jen! Kenapa tak kejut je aku?! Kau sedar tak ini lebih merumitkan?! Mana kau rasa kita boleh jumpa mangkuk-mangkuk tu dekat rumah yang dah macam ular? Berliku-liku! Haish!!!” bentak aku lalu menyerabutkan rambutnya.

“Heh! Entahlah si Yin tu yang buat aku rasa serba salah nak kejutkan kau nak buat macam mana?! Dia kesian dengan kau yang mengalami luka-luka ni. Eh bersyukurlah! Apa? Kau nak salahkan aku ke?!” balas Jena tidak mahu mengalah. Dia menarik muka masam lalu memalingkan muka ke arah lain.

“Ya! Aku salahkan kau. Sejak bila pulak Jena Kim ni ada sifat serba salah? Eh musykil pulak aku. Tak pernah-pernah. Tak ada angin tak ada ribut, tetiba meroyan kata serba salah bagai.” kata aku sambil mencebik bibir.

“Ah lantak kaulah! Hidup sendiri, mampus pun sendiri!” ucap Jena lalu keluar dan menghempas pintu kuat. Aku pun hanya menjeling dan berpeluk tubuh. “Pergilah! Aku tak perlukan kau pun!” teriakku dengan nada geram.

Dalam 10 minit kemudian. Masih tiada satu ketukan atau tanda-tanda yang dia ingin datang balik. Aku jadi fedap lalu beranikan diri untuk keluar dari bilik yang busuk itu. Bukan dapat apa-apa faedah kalau berkurung dalam bilik tu. Buat seksa diri je.

“J-jen? Jen! Please sahut!” aku menyeru dengan harapan yang dia akan sahut seruan aku. Tetapi tak.

Oh no I hate fakehope so much. Aku takkan maafkan kau wahai fakehope. Tunggulah sampai raya tahun depan pun, harem aku nak maafkan dikau. K meroyan lagi.

“Jen— ARGH!” aku menjerit kesakitan apabila kakiku seperti digigit oleh sesuatu dengan kuat. Aku memandang bawah dan ia sangat mengejutkan aku. Dengan sekuat hati, terus aku menghayunkan kaki aku membuatkan benda itu melepaskan gigitan dan mengerang.

Well, the power of Son Nayoung.

“P–pergi!” aku menyepak-nyepak muka dia yang still tak bangun dari lantai itu. Hm, lumpur mungkin.

Tetiba, sepantas kilat makhluk itu bangun lalu menerkam aku. Aku menahan lehernya menggunakan lengan aku agar dia tak dapat menggigit aku. Heh, ingat senang nak gigit aku yang fabs ni? Dab kit.

“J–jebal...” ujarku perlahan dengan nafas yang tertahan. Sungguh tenaga aku hampir habis hendak melawan makhluk yang kuat ini. Sekali pandang, memang macam zombi. Aku menutup mata kerana pasrah dengan apa yang akan jadi.

Puk!

Aku membuka mata apabila terasa makhluk itu seperti tidak bergerak and yes, ia pengsan. Eh idk pengsan ke dah matey , asalkan aku bahagia. ( ̄∀ ̄)

“Jen?” terbeliak mata aku melihat heroin yang selamatkan nyawa aku tadi. Jena? Ah seriously... Kenapa tak Yoongi sun– okay, Nay sila bersyukur.

“Jadi, masih tak perlukan aku?” perli Jena sambil smirk. Aku menggulingkan mata. “Okay Jen. Sorry.”

“For?” soalnya dengan riak wajah selamba. Oh dia ni memang menguji kesabaran.

“Marah kau. Salahkan kau dan sewaktu dengannya.” jawabku dengan penuh tak rela. Jena tergelak kecil lalu dia mencangkung dan memegang bahu aku.

“Takkanlah aku nak tinggalkan kau kan Nay? Kau kan antara bestfriend aku.” ujarnya sambil senyum. Aku terpana. Buat pertama kali aku lihat Jena selembut ini.

Aku membalas senyumannya. “Thanks, Jen.” dia mengangguk. Jena membantu aku bangun lalu ingin mula bergerak. Tetapi hasrat terhenti apabila kami memandang belakang. Makhluk-makhluk ngeri itu menyeringai memandang kami lalu mula mengejar kami dengan agresif.

“Naik atas Nay!” arah Jena lalu kami menaiki tangga. Walaupun kaki aku agak lemah, aku paksa juga agar naik ke atas. Aku lagi sanggup mati kebulur dari digigit seperti tadi. Rasanya fuh hanya tuhan yang tahu.

“Korang! Sini! Masuk bilik tu!” cadang seseorang yang sangat aku kenal.

Hae. Hyunnie.

Mereka masih hidup? Oh tidak aku betul-betul tak ada masa untuk berteka teki. Aku yang semakin lemah dan letih kerana berlari selepas bertarung dengan makhluk tadi. Sungguh aku dah tak larat. Biar apapun ada dalam bilik tu asalkan tidak dikerumun oleh makhluk-makhluk ini. Biarpun makhluk hilang mata tadi.

Jena membuka pintu lalu kami berempat masuk dan menutup pintu kasar. Aku mengunci pintu lalu menoleh belakang dan menyandarkan diri pada dinding. Dan kini aku sedar, kesemua kawan-kawan dan sunbae berada dihadapan mata.

“Nay, Jen!”

“...Hae? Hyunnie?...”

Aku terduduk kerana lututku yang longgar sekarang. Aku lega. Terlampau lega, apabila sudah bertemu dengan mereka semua.

Heyi, Haein, Yin, Hae, Hyunnie dan Seung. Sekejap. Aku rasa seperti ada yang kosong. Maera?

“Where’s Maera?” aku bertanya.

“D–dia.. Ditangkap oleh Jihye semasa kami keluar mencari semua.” jelas Haein sayu. Aku hanya mampu mengeluh. Jihye. Aku dah agak dia dalang semua ni.

“Jadi kita mesti cari Choi Jihye dan bunuh dia kan? Tetapi siapa lagi seorang?” soalan Seunghee membuat kami memberi bermacam-macam perasaan.  Separuh mengangguk dan separuh lagi tidak memberikan reaksi.

“Eh btw macam mana Hae dengan Hyunnie boleh sampai sini? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang kau heret Hae hari tu!” soal Jena pula pada Haera dan Hyunnie.

“Sebenarnya macam ni.. Haera pengsan so aku terpaksa heret dia untuk pergi ke tempat selamat. Tiba-tiba kami ditangkap oleh perempuan pakai hoodie dan dikurung dalam bangsal lama di padang tu.” Jihyun memberikan penjelasan. Kami semua mengangguk faham. Hm itulah, lain kali jangan buruk sangka.

“Kita berehat dululah. Penatlah main lari-lari dengan makhluk tu. Takda function. Kita cuma kena cari dua dalang dan hapuskan. Kemudian kita boleh keluar!” saran Aeyin lalu dipersetujui semua. Ya, aku sememangnya amat letih. Tetapi mungkin kerana lama tidur tadi, aku tak terasa ingin tidur. Jadi aku hanya memeluk tubuh dan termenung. Nampaknya mereka semua membuat cara masing-masing. Ada juga yang turut termenung. Ada yang tidur sama ada secara berbaring atau menyandarkan diri pada dinding.

Aku tenung lantai. Lama. Aku teringat kenangan-kenangan kami, Pearls selama kami berkawan. Dari permulaan hingga kini.

«FLASHBACK»

[NO ONE POV]

“Hai! Nama awak siapa?” soal Aeyin ramah pada Nayoung yang sedang menulis sesuatu pada buku notanya. Nayoung membalas senyuman Aeyin lalu menjawab, “Nama saya Son Nayoung. Nak lebih senang panggil je Nay.”

Aeyin mengangguk lalu menghulurkan tangan di hadapan Nayoung. “Sudi tak berkawan dengan saya?” Nayoung agak segan waktu itu lalu tergelak kecil. Dia menjabat tangan Aeyin. “Sudah tentu!”

Pada waktu rehat, Nayoung dan Aeyin berehat bersama. Maka datanglah Jihyun, Haera, Seunghee dan Jena menumpang makan di meja bersama-sama. Beberapa minit kemudian Maera dan Hyeki turut berdiri di hadapan meja mereka.

“Hai, boleh kami duduk? Meja lain dah penuh.” pinta Hyeki lalu Jihyun membalas, “Boleh-boleh. Buatlah macam meja sendiri ye.” lalu mereka tergelak. Mereka mula berkenal-kenal.

Kemudian mereka membuat keputusan, hendak berkawan baik. Sejak itu mereka menjadi serasi dan terkenal di sekolah. Terkenal dengan persahabatan mereka yang kukuh. Suatu hari, Haera mencadangkan sesuatu berkaitan mereka.

“Guys, nak tak namakan kumpulan kita as Pearls? Kita adalah mutiara yang amat berharga pada masing-masing.” mendengar cadangan Haera, mereka berfikir dan mengangguk.

“Bagus jugak idea tu! Now, we’re Pearls. Tiada apa dapat pisahkan kita selain ajal maut.” sokong Seunghee dan mereka yang lain mengiyakan.

“Pearls, together forever?” soal Jena sambil mendepankan belakang telapak tangannya. Ahli Pearls meletakkan satu-satu tangan mereka di atas tangan masing-masing. Lalu mereka melambungkan tangan masing masing sambil mengucap,

“Yes! Forever and ever!”

「❀」

Aku tersenyum sendiri saat mengimbas kembali kenangan perkenalan antara kami. Waktu itu kami hanya tahu bergembira. Tetapi ia sekalipun tak menjejaskan gred dan prestasi kami.

Sungguh rindu pada kenangan manis kami. Tetapi aku berasa sedih dengan nasib kami sekarang. Terperangkap, tercedera, terpaksa membunuh rakan hanya untuk keluar dari sini. Sungguhpun aku bencikan Jihye, aku masih mempunyai hati perut. Sungguh aku tak mampu. Biarlah mereka sahaja uruskan dan aku hanya mengikut dari belakang.

“Jauh termenung.” sapa seseorang dan dia duduk di sebelah aku. Aku melihat dia menggunakan ekor mata. Oh Yoongi sunbae.

“Hehe..”

“Fikir pasal apa?”

“Pasal kehidupan.” jawabku dengan nada agak pasrah. Entahlah, kini aku tiada semangat untuk teruskan semua ini. Ia akan jadi sia-sia kalau pengakhirannya tetap begitu. “Saya.. Kecewa dengan kenyataan tentang persahabatan itu tak semestinya kekal. Jadi, persahabatan kami semua hanya sampai sini je ke?” ujarku lagi. Yoongi memandangku.

“Nay, nak tahu sesuatu?” soalnya lalu aku angguk perlahan.

“Persahabatan ni sama sahaja seperti cinta secara luarannya. Tak selamanya kekal. Tetapi antara cinta dan persahabatan, mana yang Nay rasa lebih susah?” terang Yoongi dengan soalan diakhir ayatnya.

“Cinta? Sebab saya pernah merana kerana cinta.”

“Salah. Jawapannya adalah persahabatan. Kerana persahabatan itulah adanya cinta. Kalau persahabatan tidak terjaga, maka cinta itu tidak wujud. Kerana persahabatan, hidup kita boleh hancur. Misalnya seperti sekarang. Kita terpaksa mengorbankan seorang kawan demi keselamatan kita dan orang lain. Itu berbaloi tetapi... Perasaan sangat bersalah akan hadir dalam diri kita.”

“Persahabatan juga menyebabkan kita tak boleh nak merasai cinta. Pernah tak, kawan kau suka pada orang yang kau suka? Di situ kita rasa agak serba salah dan terpaksa abaikan perasaan sendiri demi menjaga hubungan persahabatan. Nampak tak betapa susahnya kenyataan persahabatan ni?”

“Persahabatan dan percintaan amat jauh darjatnya. Sahabat itu bagaikan air hujan yang menyiram kita si bunga. Sahabat yang membuatkan kita kembang mekar. Sahabat yang sentiasa ada untuk kita. Mustahil nak hidup dalam dunia ni tanpa seorang sahabat. Jadi janganlah disebabkan cinta, kita terpaksa membuang seseorang yang telah berjasa dalam hidup kita. Dia berjasa kerana sudi menjadi sahabat kita.” terang Yoongi panjang lebar, membuatkan aku sedikit tersentuh.

Betul tu. Sahabat adalah keluarga kedua. Kenapa mesti aku mendahuluikan percintaan? Aku sanggup belasah Jihye sampai lunyai hanya kerana cinta. Oh Tuhan. Aku baru sedar.

“S–sunbae.. Terima kasih untuk nasihat sunbae. Dan saya sebenarnya–” kata-kata aku dipintas oleh Yoongi.

“Son Nayoung, aku cintakan kau.”
____________________________________

Jgn fedap gais, mestilah ada scene and sweet scene utk korang jugak takkan Nay je kan XD sabar yee :)

Btw , pls . I know certain yg tak hiatus tu langsung tak votmment . Pe cite hg ? Natang mana main acc wp hg ? Doraemon ? Pokemon ? Tolonglah.. I beg u. Aku taknak kick sesiapa kalau boleh. So tolong jgn buat aku kick kau pls . yg hiatus takpe dh inform an . klau hg yg tk votmment tu hiatus tpi tk inform tk guna gk beb ;) Pls . muncul .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top