【 F. O. U. R. T. E. E. N. 】

HAERA's POV

Aku membuka mata perlahan-lahan. Pada mulanya mata aku menampakkan kawasan itu kelabu dan seperti bergerak-gerak. Kemudian kembali normal. Nampaknya, aku berada di dalam sebuah rumah usang. Baunya amat usang bercampur hanyir.

Aku cuba bangun. Biasanya aku bangun dengan menekan lenganku, tetapi terasa seperti ia terikat sekarang.

"Ah! Kenapa tak boleh gerak pula ni?" soal diriku sendiri dan sedaya upaya menggerakkan tangan. Okay, baru aku sedar yang tanganku diikat dengan gari besi ke dinding ke belakang. Oh ini sangat menyeksakan.

"Sesiapa..?!" teriakku sekuat hati kerana kawasan rumah itu kelihatan besar. Berharapan yang ada orang akan dengar.

Ternyata aku silap. Bila satu suara berbunyi. Dan keluar susuk tubuh seorang perempuan dengan mukanya ditutup oleh hoodie.

“Jangan berharap sesiapa akan dengar. Sebab itu hanya harapan palsu yang buat kau derita di akhirnya.”

“Kau siapa?! Kenapa kau buat kami macam ni?” soalku sambil menggagahkan diri untuk bangun dari posisi baring.

“Well, aku tak rasa kau nak tahu aku siapa Hae. Baik kau fikirkan cara untuk bagitahu kawan-kawan kau yang lain.”

“Selamat berjaya, Song Haera.”

Kemudian perempuan itu keluar dari bilik itu. Urgh, bau tengik itu betul-betul menganggu pernafasanku.

Pearls... Tolong...

『✾』

“Nak guna hikmat bomoh? Kau gila ke Jen?”

Masing-masing mengangkat muka dengan mata terbeliak kerana terkejut dengan cadangan Jena.

“Habis? Kau nak cari mayat Hae dengan Hyunnie ke apa?” soal Jena kembali. Dia memeluk tubuh sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. “Jom pergi cari bomoh tu sekarang atau Hae dan Hyunnie kembali sebagai mayat hidup yang ingin kembali ke Busan.”

“Fine, Jena fine.”

『 Di Kedai PoJib 』

“Tumpang tanya, berdekatan sini ada bomoh tak? Kami ingin minta bantuan.” soal Haein kepada gadis yang menjaga kaunter di kedai barang-barang emergency.

Entahlah mungkin dia rajin agaknya nak buka kedai begini malam-malam.

“Kamu pergi ke simpang Sains04, belok dan kamu akan nampak simpang Geografi02. Ada sebuah rumah berbumbung nipah, dan di situlah kediaman bomoh yang paling berkesan.” jelasnya tanpa mengangkat wajah.

“Gumawo.” ucap Jena lalu dia, Haein, Aeyin, Seunghee dan Nayoung berlalu pergi. Sempat Jena mencuri pandang gadis tadi. Gadis itu tetap dengan posisinya yang tidak berbuat apa dan dia mengangkat wajahnya. Matanya berwarna merah darah.

“Kau akan mati.”

Jena agak takut dengan suara itu lalu dia menarik Seunghee, Haein agar mempercepatkan langkah diikuti Aeyin dan Nayoung.

『 Di Simpang Geografi02 』

Tok! Tok! Tok!

Aeyin mengetuk pintu perlahan. Mereka agak gementar kerana ini pertama kali mereka berhadapan dengan bomoh.

“Bomohnya dah mampus ke?” soal Jena sambil cuba mengintai melalui lubang-lubang kecil. Kepalanya diketuk oleh Seunghee. “Budak ni nak kena sumbat dengan lori tauhu ke? Nanti dia dengar, kita mati kering dalam tangan hantu tu. Kau nak?” bebel Seunghee secara berbisik. Jena hanya menggulingkan mata.

Skreettt!

Pintu usang itu terbuka. Dibuka sendiri seluas mungkin. Menampakkan seorang tok janggut berbadan besar sedang duduk seperti seorang gangster sambil mengusap-usap janggutnya.

“Aaa-- selamat malam tok! K-kami datang nak--” kata-kata Aeyin terhenti apabila sebiji buah belimbing dibaling hampir mengena pada Haein.

“Tok tahu. Malah tok tahu apa yang berlaku. Duduk sini.” arah lelaki tua itu dengan suara serak dan sesak nafas. Umurnya masih panjang hm.

Nayoung, Aeyin, Haein, Seunghee dan Jena duduk di hadapan lelaki tua itu dengan ragu-ragu.

“Panggil Tok Eja sebab nama panjang tok Yoon Eja An.” baru sahaja Jena ingin membuka mulut ingin menanyakan nama panggilan Tok Eja, lelaki tua itu menjawabnya terlebih dahulu.

“O-okay.” jawab mereka berlima agak gagap. Antara nama itu pelik atau tidak, paling penting sekarang apa nak buat pada langkah pertama?

“Sebelum apa-apa, kenapa kamu semua pergi ke rumah itu?” soal Tok Eja yang kembali mengusap-usap janggutnya yang panjang mengurai itu.

“Sebenarnya macam ni... Dulu masa kami bercuti di sini, kami telah pun menginap di rumah tu. Bila kami keluar je dari rumah tu, bermacam-macam perkara aneh berlaku pada kami. Jadi kami ambil keputusan untuk datang ke sini... Tujuannya untuk em.. Kami ni semua ego tinggi jadi biarlah sesiapa pun yang terambil apa-apa barang dari rumah tu pulangkan ia sendiri.” jelas Jena panjang lebar. Tok Eja terangguk-angguk mendengar penjelasan Jena.

Dia memotong tembikai menjadi sekecil kecilnya dan menabur di atas kemenyan.

“Err tok, selalu orang guna limau nipis?” Seunghee mengangkat tangan dan bertanya secara berhati-hati. Selalunya orang tua pawang ni panas baran.

“Ni cara tok. Tak elok meniru cara orang, lebih baik guna cara sendiri. Guna otak sikit. Ini asyik meniru je haa kan dah banyak pekerja kfc tu.” balas Tok Eja dengan muka serius. Seunghee mengangguk.

“Tok nampak...”

Haein, Jena, Seunghee, Nayoung dan Aeyin menunggu sambungan Tok Eja. Seperti di hospital, effect zooming terjadi. “Apa yang tok nampak?” soal Haein gementar.

“Nampaaakk..” makin sengau suara orang tua itu. Effect zoomimg makin beraksi.

“Tok nampak Park Shin Hye.”

Seunghee, Haein dan Jena menghembus nafas lalu menjeling Tok Eja. Buat suspens lebih hasilnya hampeh juga.

“Aih nampaknya tok salah formular ni. Kejap em... Ha! Kiwi lebih berkesan.” kata Tok Eja lalu memotong kiwi dan meletak ke dalam kemenyan baru. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera dan meniupnya.

“Yin.. Aku dah terbau busuk ni. Dia ada di sini ke?” soal Nayoung sambil memeluk lengan Aeyin. Aeyin juga membalas pelukan itu kerana dirinya juga telah meremang. “Tok, bau busuk ni dia ke?” soal Haein. Tok Eja menggeleng sambil menutup mata.

“Tok terkentut.”

“Aish tok!”

“Hehe... Tok makan pedas sangat tadi, menggelegak perut tok.” ujar Tok Eja sambil tersengih sekejap sebelum mukanya kembali serius.

“Tok dah tahu...”

Nayoung dan yang lain mengangkat muka memandang Tok Eja penuh harapan. Tok Eja menarik nafas lalu menghembus.

“Dia marah dengan salah seorang dari kamu kerana keturunannya menyiksa keluarganya. Tetapi kerana kamu bersahabat baik, dia ingin membunuh kamu semua sekali.” penerangan Tok Eja sama sekali mengejutkan mereka berlima.

Tunggu.

Keturunan?

Jangan kata... Dalam kalangan mereka selama ini berketurunan dari rumah lama itu dan meninggalkan kesan pada mereka?

『✾』

Nayoung, Jena, Seunghee, Aeyin dan Haein pulang ke rumah dan menceritakan segalanya yang diberitahu oleh Tok Eja.

Berkerut-kerut dahi mereka mendengarnya. Masing-masing kelihatan tidak percaya dengan keterangan itu.

“Tak mungkin... Cheon taknak mati!” kata Cheoneun sambil memeluk Moonbin erat. Dia menangis kecil. Moonbin menenangkan gadis itu.

Ryuki dan Jihye masing-masing memeluk teman lelaki mereka. Namjoon dan Kyungsoo masing-masing tidak tahu nak buat apa jadi mereka hanya boleh tolong menenangkan kesayangan mereka.

“Mana.. Hyunbin?” soal Ryuki apabila sedar ketiadaan Hyunbin, sahabat baiknya. Mereka mula cemas kerana kelibat Eunwoo pun mereka tidak nampak.

“Cari mereka cepat!” arah Jun lalu mereka segera mencari Hyunbin dan Eunwoo di segenap rumah.

“HYUNBIN!!!”

“EUNWOO!!!”

“ARGHHHH!!!”
____________________________________

Maaf Yery demam ( ・ิ..・ิ )

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top