【 F. I. F. T. E. E. N. 】
『 Sorry Hae , part awaa tak banyak setakat ni but dont worry be happy. Nanti akan banyak eh 😆 Btw korang muncul and comment pls aku selalu stalk activity korang tau 』
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“HYUNBIN!”
“EUNWOO!”
“ARGH!”
Ryuki menjerit lantang lalu jatuh terduduk apabila melihat mayat Hyunbin dan Eunwoo yang dilumuri darah itu di dalam tab mandi. Kepala mereka bersatu.
“Kenapa ni-- oh my god!” Nayoung dan yang lain sampai di bilik air juga terkejut melihat mayat Hyunbin dan Eunwoo.
“K-kita kena lari dari sini..” kata Hyeki perlahan lalu dia segera berlari ke pintu utama. Dia cuba membuka pintu itu. Dia memulas-mulas tombol pintu tetapi tidak boleh. Kunci dipulas tetapi tetap tidak boleh buka.
Tiba-tiba lampu berkelip-kelip. Lampu, sofa, meja makan dan segala barang bergegar-gegar.
“A-apa kau nak?!” tengking Hyeki. Jun cuba mendekati Hyeki bagi melindunginya tetapi kakinya ditarik ke belakang. Jun terapung di udara dan meronta-ronta minta dilepaskan.
“Sakit kepala aku bodoh! Lepaskan!” tubuh badan Jun dicampak ke dinding. Lelaki itu mengerang kesakitan.
“Jun!” Joshua dan Jimin berlari mendapatkan Jun yang memegang belakangnya yang sakit. Senak belakangnya terasa sampai ke tulang.
“Kau siapa?! Kami tak salah apa-apa dan langsung tak terlibat dalam hal kau, tapi kenapa cuba libatkan kami?!” soal Hyeki sambil memandang sekeliling. Dia rasa geram. Hantu itu tak pernah nak menjawab soalan tu.
“Keluarga kau, seksa aku! Seksa keluarga aku! Sebab itulah aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Dendam yang selama 8 tahun aku pendam akan terlunas sekarang.”
“Tapi kenapa libatkan mereka yang tak bersalah?!” soal Hyeki yang masih tidak puas hati.
“Sesiapa yang rapat dengan keturunan yang menyeksa aku juga layak diseksa!”
“Petua mana kau pakai yal?!” teriak Seunghee yang berdiri di tangga. Dia berjalan menuju ke Hyeki. Sambil tu dia bercakap dan memandang ke kiri dan ke kanan.
“Walau siapa pun kau, kau tak layak tentukan siapa patut diseksa. Kau bukan tuhan untuk tentukan siapa untuk kau lepaskan kemarahan kau!” selesai sahaja Seunghee berkata-kata, muncul seorang gadis berpakaian putih bertompok darah.
“Kau juga tak layak untuk halang aku.” gadis itu berjalan perlahan-lahan ke arah Hyeki dan Seunghee. Mata merah dengan darah yang mengalir itu mencerlung tajam ke arah mereka berdua. “Salah kau kerana lahir sebagai salah seorang dari keturunan si tak guna itu. Aku benci kau!”
Dia menunjuk jari telunjuk pada Hyeki. “Kau tak kenal aku, Heyi?” dia tersenyum. Senyuman sinisnya amat menyeramkan.
“Kau siapa untuk aku kenal? Beritahu aku, siapa lagi yang terlibat dalam hal ni? Aku pasti ada di antara kami yang--” kata-kata Hyeki dipotong laju oleh gadis itu dengan nada marah.
“Aku Lina! Dan aku tak rasa kau nak tahu siapa dalang yang menyebabkan korang berada di sini. Mesti kau akan salahka aku kemudian kerana kecewa dengan orang itu. By the way, aku sedih kau tak ingat aku..”
“Kau.. Betul-betul tak ingat aku dan...”
“Hyeryung?”
Hyeki kelihatan tersentak. Matanya bergetar memandang gadis yang bernama Lina itu. Hyeryung? Lina? Aku..kenal?
“Yalah. Mana kau nak ingat sebab wajah kami berdua hodoh masa tu kerana dipukul halmeoni kau! Kau tahu tak.. Betapa aku bencikan kau sebagai cucu dia yang disayangi separuh dari keluarga aku?”
“Ya, kau dapat segalanya yang sepatutnya diberi pada kami sedikit. Keluarga yang tamak haloba! Tak layak hidup di dunia ini. By the way aku Hyeryung. Bekas kakak tiri kau.”
Sekali lagi Hyeki tersentak mendengar kata-kata Lina dan kemunculan Hyeryung. Seunghee hanya menjadi pemerhati kerana tidak tahu hendak membuat apa.
‘Yang lain ni membuta tuli ke apa.. Mana mereka. Pabo.’ rungut Seunghee dalam hati. ‘Diorang main intro-intro ni ada chance aku nak blah bagitahu yang lain. Tapi macam mana dengan Heyi?’ Seunghee berfikir-fikir semasa mereka sedang sibuk berbincang hal keluarga.
“Heyi, aku tahu kau suka main game. Jom main game yang aku dan Hyeryung sediakan?” ajak Lina yang mukanya telah keluar urat-urat.
“G-game?” Hyeki menelan liurnya. Sememangnya dia obses pada game, tetapi perlukah dia terima game yang entah apa dari roh yang penuh dendam itu?
“Cari dan bunuh dua orang dalang yang menjurus ke arah kematian korang. Kalau tidak jumpa mereka dalam masa lima hari, semua orang akan mati. Jika kau salah, kau hanya akan membazirkan nyawa kawan kau.” terang Hyeryung lalu disambung oleh Lina.
“Kau juga tak akan dapat keluar dari rumah ini. Dan kau juga harus survive dari makhluk-makhluk yang menjaga pintu keluar. Kau hanya akan keluar setelah membunuh orang kanan kami.” Lina dan Hyeryung menghilangkan diri sejurus habis Lina berkata.
“Bukan nak kata goodluck ke apa. Jahanam punya hantu.” keluh Seunghee sambil mencebik bibir. Hyeki diam dan menutup mata, berfikir apa yang perlu dibuat.
Dan baru mereka sedar bahawa rumah ini bukan seperti villa yang mereka duduki sebelum ini. Ia mula menjadi berselok belok dan membuat mereka pening.
“Heyi ah..” panggil Jun yang berpaut pada tiang kayu itu. Hyeki berlari mendapatkan Jun. “Waeyo? Sunbae okay kan?” soal Hyeki sambil mengusap-usap belakang Jun kerana dia tahu Jun sakit dihempas tadi.
Huehue.
“Apa kita nak buat Heyi? Joshua, Jimin dan yang lain berpecah.” Hyeki memandang Seunghee. Dia juga masih lesu untuk lakukan sesuatu.
『✾』
“Hantu tu fikir kelakar ke? Dasar keturunan bangla.” Haein, Maera, Aeyin dan Jena hanya memerhati Nayoung yang sedari tadi membebel tak sudah sudah. Entah bila dia akan habis membebel.
“Nay, bila nak berhenti? Aku nak jumpa Hoseok oppa.. Aku takut apa-apa terjadi pada dia nanti. Rumah ni dah tak selamat weh! Kau sendiri nampak makhluk berdarah bernanah tu kan? Dah macam zombi aku tengok.” kata Haein yang mula bosan dengan setiap butir bebelan Nayoung.
“Entah kau. Bernanah telinga aku dengar kau membebel je kerja.” sokong Jena. Hanya ada mereka berlima di dalam bilik itu. Bilik itu adalah satu-satunya zon selamat yang mereka jumpa setakat ini. Nayoung hanya menjeling Jena dan Haein. Dia sudah berhenti membebel lalu keadaan mula senyap seketika.
“Rumah ni dah jadi makin besar.. Makin berselirat. Makin susah nak cari pintu keluar. Tingkap-tingkap pun dah tersekat. Dia betul-betul nak kita mati.” ujar Aeyin sambil melemparkan pandangan keluar. Muka masing-masing seperti pasrah.
“Kau dengar tak hantu durjana tu cakap apa tadi? Dia kata kita mesti bunuh dua orang dari kalangan kita untuk keluar? Takkan kita nak bunuh sesama kita kan.?” Maera bertanya pula. Setelah lama dia mendiamkan diri selama ini.
“Kalau dah itu caranya untuk keluar...” kata-kata Jena membuat Maera dan yang lain terkejut.
“Kau nak bunuh aku, Jen?” soal Aeyin yang bersandar di tepi tingkap itu. Jena merenung Aeyin agak lama sebelum membalas, “Dengar Yin. Kita memang dah bersahabat selama lebih 5 tahun. Tapi kita harus berkorban demi keselamatan yang lain. Korang boleh cakap aku ni hipokrit, tapi cuba korang fikir. Kalau 22 orang dalam rumah ni mati hanya kerana dua manusia, berbaloi ke?”
Kata-kata Jena cuba dihadam oleh mereka berempat. Masing-masing mengangguk-angguk kerana ada betulnya juga kata Jena. “For your information, Semalam aku.. Nampak Hyunnie.” Jena menarik nafas sebelum menyambung. “A-aku nampak dia.. Heret Hae. Dan aku bodoh sebab tak dapat buat apa-apa. Aku ragu-ragu nak beritahu korang. Dan sekarang ni kita terperangkap di sini, entah macam mana kita nak selamatkan Hae? Entah hidup ke tak Hae tu sekarang.”
“Habistu.. Kita nak buat apa?” Maera bertanyakan pendapat. Maka mulalah otak masing-masing beroperasi, memikirkan pelbagai cara.
“Mula-mula... Kita kena cari yang lain.” saran Haein lalu mereka semua mengangguk setuju.
Aeyin perlahan-lahan membuka pintu dan mengeluarkan kepala. Huehue sentiasa menjadi pembuka pintu ya Yin ><
Mereka berjalan secara berjengket, keluar dari bilik itu. Walau apapun mereka tidak akan berpecah. Setiap dari mereka menggenggam senjata masing-masing. Mereka jalan sehingga ke penjuru koridor bilik itu. Sampai di hujung, suatu makhluk tiba-tiba muncul.
“WUARGH!”
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top