【 E. I. G. H. T. E. E. N. 】
『 Siapa yg mati dalam chap ni and chap seterusnya nanti, just put your trust on me and keep reading and COMMENTS okay ? Siapa yg tak comments , dia takkan muncul dekat ending ;) unless for yg hiatus and informed. 』
“Korang masih boleh bertahan kan?” soal Hongbin meminta kepastian semua. Pearls dan rakan-rakannya yang memegang senjata masing-masing mengangguk setuju.
“Okay, let’s go guys.”
| ✧ |
Pearls dan sunbae mereka kini berjalan perlahan-lahan melalui laluan rumah yang kian memanjang itu.
“Sekarang ni, macam mana kita nak tahu di mana jalan keluar?” soal Haein yang memerhati kiri dan kanan, takut-takut ada yang bersedia untuk menerkam mereka.
“Kita akan turun.. Turun dan turun. Kita kenal pintu utama bukan? Jika nampak sahaja pintu itu, mesti itulah jalan keluar.” jawab Hoseok.
“Bijaknya opp– ehem.. Sunbae.”
“Panggil oppa sahajalah.” kata Hoseok sambil senyum mengusik. Haein hanya tertawa kecil. Ada-ada sahaja crush nya ini.
“Nak ikut mana ni?” soal Hyeki.
“Aku rasa kanan..” balas Jihyun walaupun dirinya sendiri ragu-ragu. “Hyunnie, kau cuba pergi dekat situ and dengar apa-apa. Kalau ada bunyi di lorong tu, kita ikut kiri.” arah Jena.
Jihyun mencebik bibir lalu berjalan mendekati lorong sebelah kanan. Dia hanya mendekatkan telinga dengan hujung dinding lorong tersebut. Takut sekiranya ada benda yang tiba-tiba meluru keluar nanti.
Pada mulanya dia tidak mendengar apa-apa. Tapi beberapa saat sejurus dia ingin kembali ke tempat dia berdiri tadi, mereka semua mendengar suara yang bernafas berat kemudian mengaum kecil.
“Okay... Danger.” Seunghee membuat konklusi lalu mereka sebulat suara untuk memilih lorong sebelah kiri. Nayoung menyalakan torchlight di handphone nya untuk menerangi jalan. Mereka lalu sahaja di lorong yang lurus itu.
Sepanjang lorong itu, mereka cuba untuk menahan nafas dari bau hanyir darah dan bangkai itu. Banyak darah terpercik di lantai dan dinding. Ada juga tulisan ‘YOU CAN’T GET OUT FROM THIS HELL.’ tertulis pada dinding.
“Hantu vandalisme betul.” ujar Haera.
“Tapi aku respect diorang sebab otak diorang kreatif kau tahu? Selok belok rumah kemain berbelit-belit. Makhluk kemain lawo make up.” kata-kata Jihyun membuatkan separuh dari mereka ketawa kecil.
“Eh, itu ada lorong keluar.” semua memandang ke hadapan apabila mendengar pernyataan Aeyin. Mereka masih berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Biarkan lembab seperti siput sedut sembelit, asalkan selamat tanpa sebarang mimpi buruk terulit.
“Now kita kena terus berjalan ke hadapan? Fakehope betullah.” Nayoung bertanya lalu mengeluh apabila melihat laluan yang seperti tiada penghujungnya. Yang lebih itu hanyalah dinding.
Hyeki melangkah ke arah penjuru dinding apabila ternampak sesuatu. Dia mengamati benda itu lama sebelum cuba menyentuhnya.
SKREET!
Tiba-tiba dinding yang terdapat sekeping kaca yang melekat itu terangkat lalu dia nampak sebuah butang.
“Wah Heyi! Pandainya kau.” Maera memuji Hyeki membuatkan Hyeki flip butang tersebut sebelum menekannya.
“Well, ini lah gamers sejati. Butang macam ini selalu ada di PS4 yang aku main. Game Until Dawn, Resident Evil— ”
“Okay Heyi, okay.” Seunghee memotong kata-kata Hyeki kerana tidak mahu mendengar nama-nama game yang membuang masa itu.
Sejurus Hyeki menekan butang itu, dinding itu terbuka seperti pagar automatik secara perlahan.
Mereka cuba melihat apa yang berada di sebalik dinding yang lambat terbuka itu. Sedikit cahaya malap menerangi ruang gelap itu.
{{ Bukak lagu dekat media. Kalau internet slow bukak apa-apa lagu sedih yg korang ada. }}
Masing-masing terkaku apabila melihat makhluk menyerupai manusia yang menjadikan manusia sebagai makanan itu perlahan-lahan menoleh ke belakang dengan nafas berat mereka.
“H–heyi.. Kau.. Memang.. T–terbaik.” Aeyin berkata dengan sedikit gagap.
“LARI!” teriak Maera lalu mereka mula berlari melalui lorong terus itu. Makhluk-makhluk itu mengejar mereka dengan kadar kelajuan yang agak pantas.
Agak lama juga mereka berlari tetapi makhluk itu masih mengejar dan mereka semua hampir keletihan.
“K–korang.. Huh.. Huh.. Itu.. Huh.. Itu pintu!” ujar Haein dengan termengah-mengah.
Haera mula berlari dengan pantas untuk membuka pintu lebih awal untuk kawan-kawannya keluar. Dia segera menolak pintu itu dan memberi laluan untuk rakan-rakannya keluar dahulu.
Semua dari mereka melepasi pintu itu lalu Haera sepantas mungkin menutup pintu itu tetapi ada makhluk sempat menahan pintu itu menggunakan tangannya. Tangannya cuba menangkap apa-apa yang berdekatan. Haera cuba menahan pintu itu. Seokjin turut menolong Haera menahan pintu itu.
“H–hyunnie.. P–pergi tengok p–pintu sana.. Ada a–apa-apa t–tak?” arah Haera yang kepenatan untuk menahan pintu yang ditolak oleh makhluk-makhluk itu. Rupa-rupanya ada lagi sebuah pintu sebelah sana ruang itu.
Jihyun segera pergi ke arah pintu itu lalu membukanya dengan perlahan dan mengeluarkan kepala untuk melihat keadaan. “Okay, ruang ini kosong dan mempunyai lorong lagi.” lapor Jihyun.
Pintu yang ditahan Haera dan Seokjin takkan bertahan lama. Tenaga mereka berdua berkurangan.
“K–korang.. Korang larilah. S–sunbae, ikut diorang ya..?” kata-kata Haera menerima gelengan dari semua ahli Pearls.
“Kau kena ikut kami, Hae.” Nayoung menegaskan kata-katanya.
“Betul tu. Kau kena ikut. Aku taknak sesiapa dari kita mati, Hae.. Tolonglah.” Aeyin bersetuju dengan Nayoung. Pearls yang lain juga mengangguk setuju.
“K–kalau aku lari dengan korang .. Kita tak akan sempat tutup pintu itu dan tak b–berbaloi pun.. Korang larilah.” Haera masih tak mengalah. Dia mahu juga menjadi korban pada makhluk-makhluk ganas itu semata-mata ingin menyelamatkan rakan-rakannya.
“H–hae...” Jihyun tidak sanggup meninggalkan sahabat baiknya. Dia mendekati Haera lalu memeluk lengannya. “Kalau macam itu, biar aku bersama kau.” cadang Jihyun. Haera laju menggeleng.
“Tak Hyunnie. K–kau pergi dengan diorang. Kalau kau s–sayang aku, kau pergi l–lari dengan diorang!” air mata Jihyun tumpah mendengar ayat Haera, membuatkan dirinya dilema.
“Korang.. A–apa yang aku n–nak korang tahu, aku sayang k–korang sangat-sangat. A–aku tak akan lupakan korang.. Sudah.. P–pergi. Aku t–tak dapat tahan ini lebih lama. Sunbae, pergi dengan diorang! Palliwa!” ucap Haera dengan nada suara yang kian serak.
“T–tak, Hae. Sunbae akan bersama Hae okay? K–kita tanggung ini bersama-sama.” balas Seokjin yang juga kepenatan. “S–sunbae...”
“Jin...” sayu sahaja suara Jungkook menyeru nama rakan baiknya itu. Seokjin melihat semua rakan seperjuangannya itu lalu senyum nipis. “Aku k–kuat.. Jangan r–risau..”
“Hae, tolong izinkan saya temani awak.” pinta Seokjin dengan sayu dan memandang Haera di sebelahnya itu. Haera hanya diam.
“K–korang tolonglah cepat pergi. Aku.. A–aku dah tak mampu lagi...”
“PERGI!” akhirnya Haera menengking mereka agar cepat keluar dari ruang itu.
“Hae.. Maafkan kami. Terima kasih sangat... Kami pun sayangkan kau.” ucap Seunghee mewakili ahli Pearls yang lain dengan berat hati.
“Jin.. Terima kasih.” Yoongi juga mengucapkan benda yang sama. Yoongi bencikan semua ini, tetapi dia tidak boleh pentingkan diri. Ramai nyawa di sini yang dia harus selamatkan.
Mereka memasuki ruang di sebelah dengan langkah longlai. Perlahan mereka semua memandang belakang. Jihyun yang memegang tombol pintu itu melihat wajah rakan baiknya dengan air mata yang laju mengalir di pipi.
Haera cuba untuk senyum dengan susah. “H–hyunnie-ah.. A–aku akan r–rindukan k–kau..” ujar Haera untuk kali terakhir dengan suara mengiggil.
Akhirnya pintu tidak mampu ditahan lagi oleh dua manusia itu. Ia ditolak dengan ganas lalu Jihyun pantas menutup pintunya dan mereka menyelak kayu bagi mengunci pintu itu.
Jihyun dapat lihat Haera dan Seokjin yang dihimpit oleh berbelas-belas makhluk ganas itu semasa ingin menutup pintu. Pasti makhluk itu sedang melahap mereka dua.
Dia jatuh terduduk lalu menangis dengan bahu terhinjut-hinjut. Jimin memeluk bahu Jihyun untuk memujuknya.
“H–hae...” Jihyun menyeru nama sahabatnya dalam tangisan sayu nya.
“Jin..” air mata Taehyung juga jatuh apabila mengenangkan Seokjin yang banyak membantu dirinya dikala susah. Seokjin sangat baik. Tidak pernah Seokjin menyakiti walau salah seorang dari mereka.
“Korang memang pentingkan diri sendiri.”
Tiba-tiba mereka mendengar satu suara Lina yang tidak tahu dari mana.
“Siapa yang pentingkan diri hah?! Kau yang buatkan kami kehilangan kawan kami! Hantu bodoh! Cikgu ajar dekat depan lain kali dengar! Kan dah jadi bodoh.” teriak Jena, membalas kata-kata daripada roh tersebut.
“Apakata korang try survive diri sendiri bersama pasangan korang? Mesti lebih menarik bukan?” suara Yery pula bergema di segenap ruang, mencadangkan sesuatu yang membangkitkan amarah mereka semua.
“Tidak cukup dengan kau ambil nyawa Haera, apa lagi kau nak?!” tengking Jihyun yang begitu marah sekali.
Tiba-tiba mereka terbau sesuatu. Bau seperti gam. Bau apakah ini? Makin bau itu menusuk ruang pernafasan, makin mereka terasa lemah longlai.
“I–ini.. Gas t–tid..ur...” kata Hyeki lalu rebah ke lantai. Satu-satu dari mereka tumbang ke lantai.
Apa yang bakal terjadi?
____________________________________
Sorry late update. Aku senang ja.. Korang tak hargai usaha aku buat a.f ni , aku boleh terus jadikan korang watak sampingan ;")
Lepas ni ada lagi update. A.f ni dah nak habis gais.
Oh ya, support ff kawan Yery boleh?
By ; -taecher ❀
Baca , vote and comments okay ? Support lah dia dan dia akan support korang pulak nanti ;)
— Yery
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top