rehat pt.1
" Shua, dah pukul berapa? "
" Menurut daripada jam tangan keluaran terbaharu jenama mahal yang baru aku beli semalam variasi biru metalik diyakini tidak calar dan tidak luntur warnanya serta tahan sinaran UV dengan harga hampir sama dengan kereta mainan aku dulu, jam menunjukkan pukul 1O.1O pagi " Joshua menjawab panjang. Tangannya dilambaikan, menebarkan bau ketiak.
" Aku ghase, ada baiknya kita gi kantin " Chan memberi cadangan bernas dan langsung disetujui oleh 12 orang rakan sehidup sematinya.
" AYUHLAH KITA MAKA "
Seventeen berarak ke kantin beramai ramai dari kelas. Diketuai Jun yang memegang sepanduk tertulis ' kami lapar dan kami nak makan ' di barisan hadapan sekali. 97 liner selaku pembuat sepanduk berjalan bangga. Diorang sempat rembat kertas sebelum perarakan bermula. Bukan apa, sebagai pembakar semangat.
" Weh, kantin dekat mana? " Jun bertanya dengan muka bengong.
" Tak tau la. Ha ni salah cikgu lah tak bagitau kantin dekat mana. Apa dia ingat bapak aku sekolah sini ke dulu? " Seokmin menggeleng dengan penuh kekesalan. Dia punya kesal tu macam lupa nak pakai underwear pagi ni.
" Kita ikut signboard lah! " Joshua memberi cadangan.
" Serius? Dekat sekolah ada signboard ke? " Seungcheol meragui. Otak dia laju bekerja nak ingat celah mana dan zaman bila dekat sekolah ada signboard bagai.
" Ada lah. Dulu masa tadika cikgu aku buat signboard tandas dekat mana, dapur dekat mana. Ha kan ada tu " semua member mengangguk. Ye lah, masing ii dulu masa tadika lompat pagar, tu yang senang si Shua nak kelentong.
Semua sibuk cari signboard dekat lorong. Ada yang intai dalam longkang, buka paip air dan dalam tong sampah tapi maknae line lagi mantab, sampai dalam pasir diorang gali. Jun dan Seokmin dikecualikan daripada aktiviti mencari signboard, alasannya sebab Jun kena gendong sepanduk pastu Seokmin pulak kepala dia masih tergeleng dari tadi.
" Aduh masa macam ni lah pundi kencing nak penuh! " Jeonghan merungut. Dah lah cari signboard kantin tak jumpa ii lepastu air kencing pulak buat tak rilek nak keluar.
Jeonghan belok ke lorong kanan dan menemukan tandas dengan pintu yang terbuka.
" Betul ke tandas ni? " dia bergumam. Matanya tertumpu pada tulisan dengan cecair pencuci tandas yang diconteng dengan jari.
" Tempat untuk berkawan dengan setan, sila masuk jika anda sebahagian daripada mereka " Jeonghan membaca patah perkataan tersebut. Dia berpatah balik ke lorong utama.
" Aku jumpa tandas, ayuhlah kita membuang berjemaah sebelum gi kantin " Jeonghan menyeru rakan sekelasnya.
Di dalam tandas, kedengaran bunyi sesuatu bergeser dengan lantai. Diikuti bau wangi.
" Siapa kat dalam tu? " tanya Wonwoo takut ii.
" Entah lah. Setan kut? " Woozi menjawab santai. Sesantai matanya yang sentiasa santai memandang.
" Aku ada baca dalam buku, kalau tempat tu takde orang lepastu ada bau wangi jangan pergi situ. Nanti kau termasuk ke alam sebalik mata " Mingyu menyebarkan fahaman ayah pin. Entah buku mana dia baca aku pun tak tahu.
" Tapi nampak macam tandas normal je? " Minghao menyampuk. Dinding tandas yang bercat warna biru laut dengan stickers warna warni dekat siling itu sama sekali tak menimbulkan syak.
" Hesy, kau ni! Biasanya tempat ii keras macam ni memang nampak normal. Entah ii ada bomoh dekat dalam! " Seungkwan menyebarkan pemikiran negatif makcik bawang. Vernon dan Dino yang memang penakut percaya bulat ii.
" Bomoh? Natang apa tu? "
" Alah dia macam orang yang eh -
Seungkwan menekup mulutnya ketika sedar suara asing berasal dari dalam tandas itu bukan suaranya.
Seventeen pandang depan, ada seorang lelaki hensem yang sama sekali tak layak visualnya untuk jadi seorang pencuci taik sedang bersandar di dinding dengan memegang batang mop.
" Ha ni datang ramai ii nak tinggal taik kat sini lah ni " ujarnya dengan muka redho.
" Takdelah, nak tinggal urin sikit je "
" Kau ni ke budak ii sekolah ni? Hensem aku lagi masa sekolah dulu " si pencuci tandas syok sendiri.
" Abang ni siapa ye? " Seungcheol bertanya, dari celah ii ketiak Mingyu.
" Aku Kim Youngjo, panggil je abang Ravn. Aku kerja tolong flush kan taik korang lah nanti. Aduh, makin banyak lah kapal selam antik nanti hiks " Ravn bersekap dada, merenung nasib beliau.
" Abunk rawrvan, boleh tau kantin dekat mana? Kami cari signboard tadi tak jumpa jugak " Jun bertanya.
" Signboard? Kau ingat ni lebuh raya ke? "
" Hehehe "
" Kebetulan aku pun nak pergi kantin nanti. Semua sebab si pakcik penyapu tu rembat Horlicks aku hiks aku tabah " Ravn memicit kepala.
" Wokey! Ayuh! " Seventeen baru nak keluar sebelum ditahan.
" Tadi kata nak melepas, gi lah dulu. Apa kau nak kencing macam kucing jantan ke dekat tiang kantin nanti? " Ravn memandang mereka dengan muka jijik.
" Boleh juge ~ "
" BODO! "
Maka, setelah beberapa purnama menunggu masing ii melepaskan urin, Seventeen bersama Ravn berangkat ke kantin dengan Jun yang masih memegang sepanduk dan Seokmin yang sudah sembuh dari parkinson.
" Halu, ada orang ke? "
Senyap.
" Aik? Pakcik kantin ponteng kerja ke? " Vernon membuat hipotesis awal.
Krekk
" Ye encik? Wakil dari jabatan kesihatan ke ni? Kantin tak buka hari ni. Tukang masak balik rumah sebab cirit. Encik datang tahun depan lah ye " seorang lelaki yang agak mini keluar dari pintu kantin.
" Kami budak sekolah lah pakcik! Baru je belajar mengira, takkanlah dah jadi orang pejabat. Terror naw "
Prek!
" Padan muka kau! Siapa suruh buat aku tak rilek lagi! " lelaki tadi membaling polisterin ke arah Ravn yang syok memanaskan punggung di bangku kantin.
" Asal aku kena? "
" Diam! "
" Ok Woong, ok " Ravn merajuk lantas masuk bawah meja.
" Makhluk dekat dapur gi keluar, takde nye jabatan kesihatan datang "
Empat orang lelaki keluar dengan masing ii mengunyah. Yang sorang tu siap berlari bawak Maggie cup.
" Yow, asal tak cakap nak datang makan? " Ravn menyapa dari bawah meja.
" Aku nak ajak kau tadi tapi nampak khusyuk sangat cuci jamban sambil bust skincare routine "
Seventeen memerhati pakcik ii yang baru keluar tadi. Seorang pakai baju T dengan kasut but. Seorang pakai selipar jepun, Seorang pakai kemas macam cikgu dan seorang lagi pakai baju guard.
Belum sempat semua nak heboh tanya macam ii, acik kantin terlebih dahulu membuka mulut.
" Korang tak nak makan? Ke datang sini nak ambil bau je? "
" MAKANNNN "
" Ha pergi dekat Ravn tu. Hari ni aku belanja sebab awal tahun, banyak sikit duit aku "
Seventeen pakat serbu meja panjang dekat luar astu makan semua benda dalam pinggan macam dah berbulan tak makan.
" Wah, kurang ajaran eh tak ucap terima kasih " acik kantin menggeleng sebelum ikut sama ke meja.
" Pakcik ii ni siapa ye semua? " Hoshi bertanya heboh. Dalam mulut dia penuh dengan roti lepastu tangan tu pulak sibuk nak raba pinggan member sebelah.
" Aku acik kantin sinilah, Yeo Hwanwoong. Makanan aku selamat dan diyakini tak beracun, kalau ya pun jangan risau dekat sekolah ni ada tandas " Seventeen hampir mengucap mendengarnya.
" Aku Kim Gunhak, atau Leedo. Kerja sapu sekolah. Dulu aku ingat ni tadika eh sekali dapat kerja ghupenye sekolah " Leedo mencuba tabah. Jeonghan dah mula nak mengutuk dalam hati.
" Haluuu aku Lee Keonhee! Aku ni tukang kebun sekolah. Mana ii pokok dekat sekolah ni aku lah yang decorate tau! Kalau rajin, sekali dengan padang sekolah aku gunting! Muehehehe " Mingyu yang duduk bersebelahan menjauh. Entah kenapa dia rasa terancam.
" Aku Lee Gunmin, panggil je Seoho, kerani sekolah pastu aku bukan abang si Keonhee tu ye. Kalau rasa nak ponteng sekolah marilah pejabat mintak surat cuti dengan aku. Kita boleh adjust " Seoho mula menjadi setan di kantin.
" Dasar firaun " kutuk Hwanwoong.
" Aku pulak acik guard. Son Dongju. Aku lah yang kau jumpa kat pagar tu " Seventeen hanya ber 'oh'. Malas nak react lebih ii.
" Aku ada tambahan, kami ni muda lagi tau tapi sijil straight A hilang tu yang jadi staf dekat sini. Kalau tak dah jadi doktor eh " Ravn mengenang masa lalu. Dengan sandwich separuh dekat tangan memang menjiwai.
" SEMBANG! "
" Rasanya sakit sekali yeorobun " - Ravn hujung tahun 2O21
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top